Blog YB Zulkifli Noordin
TAK PERLU ULAS DAN TAK PERLU PINDA.
ARTIKEL INI SUDAH SELF-EXPLANATORY.
BLOG ZULKIFLI NOORDIN
DIPETIK SELURUHNYA DARI BLOG MP KULIM
BANDAR BARU, YB ZULKIFLI NOORDIN YANG MENGULAS AMANAT DATO' SERI ABDUL HADI
AWANG. PANDANGAN BELIAU INI TIDAK SEMESTINYA MERUPAKAN PANDANGAN BLOGER FUAD HASHIM, 25 DECEMBER 2012
AMANAT DHOLALAH
25 Disember 2012
Salam 2 all.
Pendedahan oleh saudara Zainon Ismail
@ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai CN Al Afghan didalam buku terbarunya
"Kafirkah Aku?" mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.
Desakan CN Al Afghan supaya DS Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta
maaf menarik perhatian ramai.
CN Al Afghan bukan calang orang. Dia
adalah ahli PAS seumur hidup. Dia ahli tegar PAS. Dia pernah berjuang di dalam
peperangan Afghanistan menentang Russia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang
mujahidin. Dia pernah ditahan dibawah ISA.
Sekembali daripada jihad Afghanistan
dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan
balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang
balu tersebut. CN Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas,
istiqomah dan ikhlas!
Beliau mendesak DS Hadi Awang menarik
balik Amanat Hadi Awang 1981!
"Saudara-sau
Pendedahan oleh saudara Zainon Ismail
@ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai CN Al Afghan didalam buku terbarunya
"Kafirkah Aku?" mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang
1981. Desakan CN Al Afghan supaya DS Hadi Awang menarik balik amanat itu dan
meminta maaf menarik perhatian ramai.
CN Al Afghan bukan calang orang. Dia
adalah ahli PAS seumur hidup. Dia ahli tegar PAS. Dia pernah berjuang di dalam
peperangan Afghanistan menentang Russia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang
mujahidin. Dia pernah ditahan dibawah ISA.
Sekembali daripada jihad Afghanistan
dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan
balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang
balu tersebut. CN Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas,
istiqomah dan ikhlas!
Beliau mendesak DS Hadi Awang menarik
balik Amanat Hadi Awang 1981!
"Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia
ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang
kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang
mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba
berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah
kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati
melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita
tidak perlu masuk Buddha, Kita
tidak perlu masuk Hindu, Kita
tidak perlu masuk Kristian, Tapi
kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
|
Inilah teks apa yang dikenali sebagai
"Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada
ucapan Datuk Seri Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada
07 April 1981. Datuk Seri Hadi Awang, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu
baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir
(sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).
"Amanat Hadi Awang 1981"
ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelusuk negara oleh PAS. Ianya
memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah
episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan
penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah
syahid per se!
Sembahyang bermakmum dengan Imam UMNO
tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadhi UMNO tidak
sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO
haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO!
Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau!
Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam PAS tidak mahu
menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum
keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!
Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini
ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 Nov 1985. Empat tahun setelah
Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi dilubok pemikiran ahli PAS, Kg.
Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah di pagi yang hitam itu.
Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @
Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan
kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim
Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk
menegakkan sebuah Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam serta
hudud, qisas & ta'zir! Amanat Hadi Awang jelas terpampang didinding pusat
kegiatan Kg. Memali.
Dalam peristiwa berdarah 18 Nov 1985,
empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil
tindak-balas yang berakhir dengan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya terkorban
bersama 13 lagi pengikutnya.
Sepantas kilat Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh PAS. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Perkuboran Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumoran darah!

Apakah yang mendorong Allahyarham
Ustaz Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! Apa
alasan yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya membunuh
empat anggota polis tersebut. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu
Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah dengan mereka!
Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim
Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang
menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan
pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal
dibunuh? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan
bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua
adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya
yang terkorban sahaja boleh menjawab.
Tetapi yang pastinya, didalam bumi
Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang
tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat
Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung
semua ini dihadapan ALLAH nanti?
Persoalannya ialah, apakah yang mendorong
Datuk Seri Hadi Awang membuat Amanat 1981 tersebut?
Teman yakin DS Hadi Awang berpaksikan
kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang
dan peraturan yang diamalkan dinegara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan
peraturan jahiliyah, penjajah dan kafir!
Kerana apa? Kerana kononnya tidak
meletakkan Al Quran & Sunnah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana
kononnya ianya Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak Al Quran
dan Hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas &
ta'zir tidak dilaksanakan! Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia
bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO.
Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli
tegar PAS!
Persoalannya, betulkah dakwaan itu?
Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan
hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar
Perlembagaan Malaysia tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam?
Kita tidak perlu pergi jauh. Kita
tengok kembali ucapan DS Hadi Awang sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu
ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya
ke 11: Formula Kemenangan".
Ucapan sepanjang 13 mukasurat itu
dibuat sewaktu DS Hadi Awang memangku jawatan Presiden PAS selepas kematian
Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit
jantung.
Pada waktu itu, DS Hadi Awang juga
adalah Menteri Besar Terengganu selepas PAS memenangi PRU 10 pada tahun 1999.
PAS memenangi DUN Terengganu dalam PRU 10 selepas persekongkolan dengan DAP dan
Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO akibat masalah meliwat
kakitangannya. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama
antara parti cauvinis, rasis dan extremis DAP dengan PAS akibat fahaman Negara
Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir.
Dalam menuju PRU 11 (yang berlaku
pada 2004 dimana Kerajaan PAS Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan
kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihanraya. Maka PAS membuat perkiraan
politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar
adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, DS Hadi Awang berkata
dimukasurat 10;
"Justru kerana isu Negara
Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan
Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan
(ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan
perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai
Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan
Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai
menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan
sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang
akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"
Cuba teliti betul-betul petikan
ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981 diatas. Nampak
perbezaan fundamentalnya?
Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.
Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyyah & berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!
Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan di peringkat Federal"!!!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama
tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?
Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup
untuk Datuk Seri Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana
ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang
1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!
Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?
Kita tidak perlu pergi jauh. DS Hadi Awang sendiri telah pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.
Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jinggay, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan perlaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.
Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na'uzubillah) memenangi PRU 13 dan memerintah Malaysia (na'uzubillah minzalik).
Malah yang lebih jelas ialah kenyataan DS Hadi Awang sendiri semasa Muktamar Agong PAS Tahun 2011 yang jelas menyatakan bahawa "PAS mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (Al Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam Al Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan PAS. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda PAS bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!
Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?
Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!
Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis aqidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!
Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada DS Hadi Awang.
1. Adakah kafir Mesir (negara dimana DS Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?
2. Adakah kafir Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?
3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP dibawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?
Adakah wajib memerangi mereka? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?
Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!
Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia tidak Islam, malah dikafirkan?
Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?
Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?
Tepok dada tanyalah iman masing-masing!
Sebab itu teman menegaskan bahawa DS Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:
1. DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong PAS, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!
2. DS Hadi Awang wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis aqidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. DS Hadi Awang wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!
3. DS Hadi Awang wajib memnita maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub PAS, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang di aibkan dan dimalukan; pendekkata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!
4. Setelah itu, DS Hadi Awang wajib mengadakan roadshow dan ceramah berasar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memeperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar PAS yang rosak akibat Amanat itu.
Nasihat teman kepada DS Hadi Awang, janganlah ulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Iblis. Jauhi sifat takbur! Jangan ditutup hati & jiwa kepada sikap ego dan sikap 'ujub yang akhirnya nanti akan memakan diri. Kerana sayangkan sesama Islam lah teman buat teguran ini!
Makhluk yang asalnya Malaikat bernama Azazil, yang sanagt ta'at dan 'abid kepada ALLAH, akhirnya hanya kerana satu kesilapan, Azazil dihumban ke api neraka selama-lamanya! Azazil dilaknat ALLAH dengan gelaran Iblis!
Kesilapan Azazil hanya satu: TAKBUR!
Akibat takbur, angkuh dan sombong, Azazil menjadi Iblis makhluk yang dilaknat ALLAH! Jangan ulangi kesilapan Azazil! Jangan ulangi kesalahan Iblis!
Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri! Semoga ALLAH memberikan keampunan, maghfirah, hidayah dan kekuatan istiqomah demi Islam, hanya kerana Lillah hi ta'ala!
Wallahua'lam & Wassalam.
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 Safar 1434