WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday 31 December 2010

KENAPA MALINGSIA??!! HINA SANGATKAH ORANG MALAYSIA DI MATA MEREKA?



Dua gambar di atas (AFP) menjelaskan sikap orang Indonesia terhadap tamu yang datang berkunjung. Perkataan Malingsia di kain rentang dan penggunaan kereta perisai untuk mengangkut pemain-pemain Malaysia. begitu patriotiknya penonton Indonesia dalam menghadapi musuh ketatnya dari Malaysia.
Hampir 90 ribu penonton memenuhi Stadium Bung Karno Jakarta untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Suzuki. Dan jutaan lagi menontonnya melalui TV di Indonesia dan Malaysia. Yang tak sedapnya apabila terbaca poster atau kain rentang yang antara lain ditulis dengan istilah Malingsia. Begitu hina sekalikah orang Malaysia, khusunya pemain-pemain "sepakbola" di mata orang Indonesia?

Orang Indonesia tahu makna Malingsia, kata terbitan daripada "maling" dan "Malaysia". Maling bererti "pencuri" atau "perampok". Malaysia , ya negara Malaysia. Jadi kain rentang itu membawa erti orang Malaysia itu maling atau pencuri dan tim nasionalnya perlu kalahkan.

Di manakah semangat kesukanan yang dimahukan Presiden SBY supaya penontonnya bertindak sopan, menjaga tatasusila. Barangkali presiden itu mahu kata, "Hormatilah tamu yang datang berkunjung." Tapi apa yang tamu peroleh? Kain rentang berwajah Malingsia.

Nampaknya tak habis-habis orang Indonesia ini memperlekeh perahabatan dua jiran serumpun ini. Bagaikan semangat patriotik bangsanya menjangkau ke tahaf taksub sehingga mereka sanggup memperlekeh bangsa serumpun jirannya. Kelihatannya ada sahaja yang tak betul dengan Malaysia. Kelihatannya juga Indonesia masih mahu Malaysia menganggap Indonesia abang dan Indonesia adik. Nama Karno bagi stadium Jakarta itu bagaikan "jinx" buat Malaysia d an era Konfrontasi Soekarno tahun 1960an daulu datang lagi.

Orang Malaysia memang trkenal dengan sikap "tolak ansur"nya dan mudah memberi dan menerima. Walaupun kepala dipijak pun tak apa. Ibarat kera di hutan disusukan anak di rumah kelaparan. Baguslah, bangsa Malaysia teruskanlah bersikap dan bersifat begitu.

Media pula tidak begitu berperanan memperbaiki hubungan. Dengar sahaja cerita pendatang Malaysia yang ada di negara ini, baik yang datang secara gelap (perkataan haram mereka tak mahu terima) mahupun yang sah. Jutaan jumlahnya. Apa mereka kata: "Gue di sini bantu lu makmur. Gue kerja negara lu maju. Kalau gue gak ada di sini, negara lu bisa bangkrut. Jadi jasa gue sama negara lu besar lho!

Hebat, hebat!!

Thursday 23 December 2010

ANTARA 1MALAYSIA NAJIB DENGAN TSUNAMI POLITIK II ANWAR IBRAHIM


Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan hadiah Sastera perdana Malaysia kepada Dato' Shahnon Ahmad baru-baru ini.

Paling-paling Pakatan Rakyat (PR) sudah mengumumkan manifesto menuju Putrajaya dalam konvensyen yang diadakan di Pulau Pinang dua minggu lalu.. Bila pilihanraya umum ke-13 diadakan bukan soalnya. Impian PR ialah Putrajaya dan PR mahu menjelaskan kepada rakyat apa yang akan tiga parti (DAP, PAS dan PKR) lakukan menjelang pilihanraya. Tidak kiralah bila ia akan diadakan walaupun ramai kata pada suku pertama tahun 2011.

Bagaimana dengan Barisan Nasional (BN)? Begitu yakinkah parti-parti komponen yang bergabung dalam BN sehingga tak perlu terburu-buru mengumumkan manifesto. yang jelas tema manifestonya nanti mestilah pembangunan untuk rakyat. Lagi pun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak belum bercadang hendak mansuhkan Parlimen dan memberi laluan untuk mengadakan pilihanraya umum. Sesetengah orang politik berpendapat, PR dan BN memang sedang menguji kesiap-siagaan masing-masing menjelang hari keramat itu.

Ramai pula dalam kalangan parti-parti komponen BN memberikan pandangan bahawa persiapan jentera BN belum lagi mantap untuk menghadapi hari keramat itu. Walaupun setiap parti mendakwa angotanya selalu siap sedia, tetapi realitinya BN belum bersedia sepenuhnya. Dan boleh pakai ke pendapat umum hari ini yang mengatakan Najib sedang menikmati populariti kerana 1Malaysianya dan jika pilihanraya diadakan waktu ini BN akan menang besar?

Dalam UMNO sendiri ada masalah yang belum selesai. Tidak kurang pula di kalangan akar umbi parti itu masih ada yang tidak kena, terutama kalau dilihat wujudnya kumpulan yang berpuak-puak. Contohnya Presiden UMNO, Najib nampaknya masih belum mampu kontrol UMNO yang membabitkan masalah bersendiri terutama dalam menyelesaikan masalah berpuak-puak. Dua puak yang kini wujud jela ialah puak yang menyokong mantan perdana menteri Tun Mahathir dengan puak yang menyokong mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lihat sahaja apa yang terjadi selepas pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lepas. Calon terpilih YB Khairy Jamaluddin masih lagi dalam keadaan "terumbang-ambing" . Malah beliau kini dianggap si kitol dalam UMNO dan dianggap agen Singapura dalam kebanyakan blog yang dilaporkan menyokong seorang mantan PM.

Datuk Mukhriz Mahathir, calon yang kalah menikmati segala kemudahan dalam UMNO dan Kerajaan. Ada cakap-cakap beliau mungkin dilantik Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Berjawatan timbalan menteri lagi. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pun jadi timbalan menteri juga. Khairy masih lagi berada dalam Pimai-Pimai Tang Tu.

Bukan tidak mungkin Tun Mahathir masih melihat Khairy sebagai "sore point" dalam UMNO. Blog-blog yang pro-Mahathir menjelaskan semua ini, bagaikan tidak surut-surut. Najib kelihatan tak dapat berbuat banyak. Tak pasti apakah beliau terlalu mementingkan konsep 1Mlaysianya sehingga tak mampu "mendamaikan" kedua-dua mantan PM ini. Tun Mahathir dengan anaknya Mukhriz di satu pihak dengan Tun Abdullah dengan menantunya Khairy di satu pihak yang lain.

Sementara Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak berbuat banyak. Barangkali Muhyiddin masih berhutang budi kepada Tun Mahathir atas "kerjasama" Tun dalam kempen pemilhan UMNO dahulu.

Dan lebih menarik lagi ke mana perginya tokoh-tokoh yang dahulu dilihat dekat dengan Tun Abdullah? Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Syed Hamid Albar (sekarang Pengerusi SPAD), Datuk Shahril Samad, Datuk Noraini Ahmad atau mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh?

Jangan nanti oleh kerana Najib terlalu asyik dengan 1Malaysianya PR akan guna kesempatan untuk mewujudkan semula gelombang politik tsunami keduanya, dalam diam-diam. Sekarang pun setiap paarti dalam gabungan pakatan sedang berpadu tenaga. Dalam pada itu rakyat umumnya masih berharap Malaysia mampu mewujudkan sistem dua parti yang boleh dan mampu mentadbir negara secara silih berganti.

Atau akan wujud pula kuasa ketiga, pakatan baru dengan Datuk Zaid Ibrahim menjenamakan semula parti KITA dan Datuk Jefrey Kitingan menuntut kuasa autonomi untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Bilakah agaknya?

Thursday 16 December 2010

ANTARA MAHATHIR DENGAN ABDULLAH, ANTARA MUKHRIZ DAN KHAIRY. YANG MANA SATU PILIHAN HATI?

Kalau layari kumpulan blog yang dipengaruhi pro-kerajaan , nescaya kita perhatikan ada satu trend. Iaitu, kandungan kumpulan blog ini berpecah dua. Lebih tepat lagi wujud pandangan dan pendapat yang dipengaruhi dua mantan perdana menteri. Satu yang pro-Tun Mahathir dan satu lagi (tak banyak) yang pro-Tun Abdullah. Kalau tak percaya "read between the lines" apa bloger-bloger ini kata. Tapi percayalah kumpulan yang pro-Mahathir kelihatan menguasai komuniti blog pro-kerajaan sekarang.

Sesetangah bloger terang-terang mempamerkan gambar Tun Mahathir dalam blognya. Walaupun gambar Tun Abdullah tidak dipamerkan dalam kumpulan blog yang pro-beliau, tapi gambar yang mewakilinya terserlah dalam bentuk gambar menantunya, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Minta maaf ya, tersalah tulis nama. Sebenarnya YB ini nama penuhnya Khairy Jamaluddin. Nama Abu Bakar di hujung namanya itu ialah ayah kepada Jamaluddin atau datuk kepada Khairy. Ini menurut cerita orang Rembau sendiri.

Soalnya, mengapa dalam kumpulan bloger pro-kerajaan, tepatnya pro-UMNO ini masih lagi berpuak-puak. Bukan dalam blog sahaja tetapi sudah menular ke dalam media perdana. Nampak sangat berita yang disiarkan cenderung mengetengahkan cerita yang pro-Mahathir. Bahkan setiap malam ada sahaja berita yang berkait dengan pro-Mahathir. Tak cukup itu, ditambah pula dengan berita anak Tun Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir.

Barangkali kebetulan Mukhriz adalah timbalan menteri dan patut sangat beliau menjadi tajuk berita. Tak kisahlah kalau dalam heirarki UMNO, Mukhriz tidak ada apa-apanya, kerana kalah kepada Khairy. Sedangkan Khairy tak memegang jawatan apa-apa dalam kerajaan, padahal beliau adalah Ketua Pemuda UMNO. Aneh ya, politik Malaysia ini. Yang kalah boleh terpilih jadi timbalan menteri. Yang menang ya.. tunggu dulu!. Bertambah aneh lagi apabila Naib Ketua Pemuda, YB Datuk Razali Ibrahim terpilih juga menjadi timbalan Menteri.

Tuah badan, bukan salah ibu mengandung! Dan inilah yang dikatakan bahana kalau menjadi menantu mantan perdana menteri dan inilah juga dikatakan bahana kalau menjadi anak mantan perdana menteri.

Ada juga dalam kalangan media perdana yang berpandangan Perdana Menteri yang sekarang terpaksa memilih untuk "condong" ke mantan pm yang dianggapnya mampu bertahan demi survival politiknya. Ini hanya kata media. Belum tentu betul ya. Bak kata bloger pro-pembangkang, pm sekarang kena terpaksa dan terpaksa berskap begitu. Bahasa badan Najib pun menjelaskan kedudukan perkara. Bahasa badan Tun Mahathir pun sama.

Masalahnya sekarang, UMNO yang dipimpin Najib mahu mempertahankan Putrajaya, malah mahu merapas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang (Pakatan Rakyat). Tetapi dalam keadaan berpuak-puak dalam UMNO (parti terbesar dalam Barisan Nasional) apakah jalan ke Putrajaya itu mampu dilalui dengan mudah dan tidak menjadi lebih sukar. Kelihatannya UMNO, terutama pemimpinnya belum bersatu. Sikap berpuak-puak antara yang pro-Mahathir dengan yang pro-Abdullah pun belum dapat diselesaikan.

Pendedahan WikiLeaks tidak banyak membantu, malah sudah timbul cerita bahawa Khairy, menantu mantan pm Abdullah dilaporkan sebagai agen Singapura pula. Sipa punya kerja spin berita seperti ini. Khairy dikatakan adalah si Kitol. Kalau tak percaya layarilah blog yang ikatakan pro-Mahathir ini. Tahu siapa kitul ini? Nak tahu bacalah buku sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kita akan terbaca dua nama Mundaliar dan Si Kitul. Bagus cerita ini. Inilah gambaran yang diberikan kepada Khairy. Bagaikan seperti kata orang Rembau, ada orang yang punya "dendam tak sudah" kepada Khairy. Kasihan dia. Yang menjadi mangsa ahli-ahli UMNO akar umbi. Yang menjadi mangsa UMNO sendiri. Parti berpecah-pecah hanya gara-gara ada dua mantan pm yang tak mahu beralah.

Payah UMNO ini!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).