Thursday, 13 March 2008
KOMEN PILIHANRAYA UMUM 2008
KESAN AWAL KEPUTUSN PILIHANRAYA UMUM 2008 MULA DIRAASAI. SETIDAK-TIDAKNYA OLEH ORANG MELAYU. UTUSAN MALAYSIA HARI INI (12 MAC 2008) MENYIARKAN PANDANGAN SEORANG PEMBACA DENGAN JUDUL"MELAYU MENANG SORAK". KITA SAMA-SAMA FAHAM APA MAKSUDNYA? KELMARIN SEMASA MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN BUKU PUAN AZAH AZIZ DI HOTEL HILTON PETALING JAYA, SEORANG KENALAN DARI UNIVERSII MALAYSIA TERENGGANU MEMBERI KOMEN PENDEK TENTANG KESUDAHAN PILIHANRAYA KE-12 INI. KATANYA MENTALITI ORANG MELAYU JANGAN DIPERKECIL. MEREKA SEKARANG DARIPADA GENERASI BARU YANG BIJAK DAN TAHU MENILAI. BUKANKAH INI PRODUK PERJUANGAN ORANG MELAYU JUGA?
KETIKA MENGHADIRI BEBERAPA KEMPEN PILIHANRAYA DI REMBAU, NEGERI SEMBILAN BARU-BARU INI BEBERAPA PERNYATAAN DARIPADA MAKCIK-MAKCIK DI KAMPUNG BENAR-BENAR MENGINSAFKAN: ANTRA LAIN MEREKA BERKATA. KORIDOR-KORIDOR INI MAKCIK TAK FAHAM. YANG MAKCIK FAHAM IALAH HARGA MINYAK NAIK, HARGA BARANG NAIK. DULU SERINGGIT BOLEH BELI LIMA KEPING KUIH, SEKARANG TIGA KEPING KUIH HARGANYA LEBIH SERINGGIT. DULU MAKCIK LIHAT DUIT LIMA RINGGIT CUKUP MAKAN TIGA EMPAT HARI, SEKARANG NAK BELI IKAN KEMBUNG SEKILO PUN TAK DAPAT. JADI MACAM MANA?
TAK TAHU APA YANG DIPANGKAH MAKCIK-MAKCIK INI SEBELUM MEMASUKKAN KERTAS UNDI KE DALAM KOTAK UNDI. YANG PASTI MENURUT MEREKA SELAMA INI MEREKA PANGKAH PARTI YANG DEKAT DI HATI SEJAK ZAMAN PARTI PAKAI LAMBANG KAPAL LAYAR LAGI. TAPI SEKARANG WALLAHU A'LAM! HARAP-HARAP MEREKA MASIH SETIA KEPADA LAMBAG DACING PULA!
YANG TIDAK SEDAP DIDENGAR IALAH APABILA MAKCIK-MAKCIK INI KATA "KAMI INI BODOH SEMUANYA, ORANG DAH TUA. TULIS PUN MAKCIK TAK TAHU. KALAU TAHU PUN SIKIT-SIKIT TAK MACAM WAKIL-WAKIL RAKYAT KITA. TAPI BODOH-BODOH MAKCIK PUN MASIH LAGI BOLEH GUNAKAN PENSEL UNTUK MELUKIS GAMBAR DARAB DALAM KERTAS UNDI!
PESAN MAKCIK-MAKCIK INI: NAMPAKNYA RTM, IAITU TV KERAJAAN SABAN MALAM KETIKA BERKEMPEN LALU. SIARKAN CERITA TAK ADA LAIN KECUALI CERITA TENTANG EMBANGUNAN DAN DUIT JUTA-JUTA. TAK ADA CACAT CELANYA.
AGAKNYA MAKCIK-MAKCIK INI TELAH MENERIMA SUNTIKAN BERLEBIHAN (OVERDOSE) TENTANG POLITIK PEMBANGUNAN KERAJAAN!
SAMPAI JUMPA LAGI.
Posted by afyassin at Thursday, March 13, 2008 0 comments
SIRI 121 SANG PATRIOT *** CIKAL BAKALKU
-
HJ. YASSIN ZAINAL
HJH. MINAH WAHAB
KELUARGA HJ. YASSIN DAN HJH.MINAH
HJ. MOHD. YATIM ZAINAL
CIKAL BAKALKU
OLEH A.F.YASSIN
*(Just a personal touch and in...
4 years ago
No comments:
Post a Comment