Dato'Sri Hishamuddin Tun Hussein: DBP di bawah kementeriannya.SIAPA KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA?
OLEH PENA KEMBARA
Hari ini Ahad, 29 Jun 2008, kerusi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Putaka (DBP) kosong tidak diisi. Ketua Pengarahnya , Dato’ Dr. Firdaus Hj. Abdullah tidak muncul-muncul di pejabat sejak 3 Mei lalu. Kali terakhir beliau ditemui adalah ketika menghadiri sidang permuafakatan Melayu di Dewan Persada Johor Bahru 2 April. Mengiringi beliau di persidangan Pengarah Komunikasi Koporat DBP, Sallehuddin Abang Shukeran.
Firdaus khabarnya telah diberi lampu hijau untuk melanjutkan perkhidmatannya setahun lagi. Perkhidmatannya tamat tempoh 3 Mei lalu. Isyarat lampu hijau itu datangnya dari pihak berwenang di Putrajaya. Tetapi entah kenapa Firdaus belum menerima surat “sambung tugas” dan ini mungkin menyebabkan beliau “segan” ke pejabatnya di Tingkat 30 di Menara DBP. Kebiasaannya, surat ambung tugas ini dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran. DBP terletak di kementerian ini dan menterinya sekarang ialah Dato’ Sri Hishamuddin Tun Hussein.
Kurang jelas di mana duduknya perkara. Cakap-cakap dalam kalnagan orang Dewan Bahasa memperkuat andaian bahawa telah wujud apa yang disebut elemen percanggahan kepentingan (conflict of interest) antara dua tokoh penting DBP. Mereka kata konflik itu lebih menjurus kepada yang lebih bersifat peribadi. Namun tidak seorang pun yang mahu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan konflik peribadi ini. Hanya bukan rahsia lagi memang telah wujud perbezaan pandangan dan pendapat antara Ketua Pengarah dengan Pengerusi kepada Lembaga Pengelola. Ketua Pengarahnya Firdaus akhir-akhir ini sering dikatakan “tidak sehaluan” dengan Datuk Johan Jaafar, Pengerusi kepada Lembaga, yang khabarnya khidmatnya telah disambung baru-baru ini.
Menara DBP yang baru. Lokainya di belakang bangunan DBP yang lama.
Dato' Johan Jaaffar, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP. Konflik peribadi? Macam tak percaya pula. Sebabnya perhubungan kedua-dua tokoh ini dilihat paling akrab. Kedua-duanya sentiasa bersama dalam setiap mesyuarat Persatuan Penulis Nasional (PENA) yang dipimpin Ketua 1 Dato’ Ahmad Sebi Abu Bakar. Walaupun telah menjadi mantan, Johan adalah Setiausaha Agung Pena sementara Firdaus Pengerusi Tetap. Apabila dua tokoh ini “berhijrah ke DBP, mereka tetap digandingkan, Johan sebagai ahli Lembaga, kemudian sebagai Timbalan Pengerusi dan akhirnya Pengerusi dan Firdaus dilantik Ketua Pengarah pada tahun 2005. Berdasarkan keintiman demikian siapa akan menjangka kedua-duanya sedang berkonflik? Namun kata orang DBP begitulah hakikatnya dua tokoh kurang sehaluan dan kurang serasi. Di manakah silapnya?
Dato' Dr. Firdaus Abdullah: Kehadirannya di DBP ditunggu-tungguJika pendapat dua tokoh yang pernah bertugas di DBP diambil kira, konflik ini barangkali ada kaitannya. Dato’ M. Noor Azam, yang pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Pengarah satu ketika dahulu pernah menyebut “Di Dewan Bahasa, sepatutnya Dato’ Firdaus memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pengelola sementara Dato’ Johan memegang jawatan Ketua Pengarah. Ini kerana Johan sudah pernah bekerja di Dewan dan tahu elok-belok masalahnya, manakala Dato’ Firdaus tak pernah.” Noor Azam tidak mengulas lebih lanjut.
Tokoh seorang lagi, Dato’ Abd. Rahim Bakar, ialah bekas Pengerusi kepada Lembaga Pengarah selama hampir 12 tahun. Menurutnya, Supaya DBP berfungsi efektif jawatan Pengerusi tidak sepatutnya dilantik daripada mereka yang telah pernah bertugas di Dewan Bahasa. Dato’ Rahim tidak menjelaskan secara terperinci. Rahim ialah bekas Menteri Besar Pahang dan bekas Timbalan Menteri Tenaga dalam kabinet Pusat. Barangkali pengalamanya dalam bidang pentadbiran dan politik mengajarnya banyak.
Dato' Abd. Rahim BakarPendapat dua tokoh ini memang ada kaitannya dengan maalah yang sedang dihadapi DBP. Jika dikaitkan pandangan ini dengan cakap-cakap orang dalam, maka bukan tidak mungkin ada “perbalahan antara dua orang penting” ini semakin menjadi “pergolakan”. Seperti kata satu sumber “ada pihak yang cuba mempermainkan pihak yang lain. Dan sumber ini yakin pergolakan ini ibarat retak menunggu belah.”
Dato' M. Noor AzamJika cakap-cakap ini boleh dipercayai, maka malanglah DBP kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini ia telah terlalu jauh terpinggir daripada jiwa dan semangat rakyat. Pejuang bahasa dan sastera yang begitu prihatin kepada keadaan dan nasib DBP sejak sekian lama tentunya rasa terpukul dan terpukau dengan pergolakan negatif seperti ini. Kedua-dua tokoh yang diberi tanggungjawab memulihkan kredibiliti dan maruah DBP nampaknya terlalu “sibuk dan dalam kesuntukan” untuk apa yang disebut sebagai memperjuangkan “agenda” sendiri. Sumber dalaman begitu yakin ada pihak yang menggunakan elemen politik untuk mempengaruhi sebarang keputusan yang bersifat pentadbiran. Pun ada pula yang mendakwa salah guna kuasa menjadi elemen utama sehingga timbul perbalahan antar-tokoh ini. Dan pegawai dan kakitangan DBP semakin berasa curiga: Meraka bertanya, siapa sebenarnya mempunyai kuasa ekekutif di DBP dan siapa pula mempunya kuasa penggubal dasar? Adakah tugas eksekutif dan penggubal dasar DBP itu sama orangnya?
Baru sahaja ada pihak yang mahu meletakkan landasan baru kepada perjuangan dan misi DBP telah timbul pula perbakahan dan konflik yang merunsingkan. Orang atasan nampaknya menimbulkan karenah sedangkan anak buah mereka menerima traumanya. Maka akan semakin ramaikah penulis di luar sana yang selama ini mengharapkan kerjasama DBP untuk mendapatkan pembelaan dan “kaih sayang kerajaan “ kini tertanya-tanya lagi: mahu ke mana lagi DBP dibawa?
Kegiatan kebahasaan dan kesusasteraan maih belum juga menampakkan banyak impaknya yang positif. Dalam sesuatu organisasi konflik biaanya timbul antara majikan dan pekerja. Di DBP lain pula ceritanya. Konflik timbul antara dua tokoh penting. Padahal dua tokoh penting ini boleh memberi sumbangan yang bererti kepada fungsi DBP, dalam bidang bahasa, sastera dan penerbitan. Dalam hal ini nampaknya Menteri Pelajaran kenalah berbuat sesuatu demi mempastikan DBP berfungsi seperti sepatutnya sehingga tidak sampai merugikan kakitangannya, penulis-penulisnya dan pengguna-pengguna buku terbitannya. Atau perlukah masalah DBP ini dirujuk kepada Perdana Menteri, jika Menteri Pelajaran tidak dapat merungkainya. Ends.
No comments:
Post a Comment