Uthaya Sankar SB: Kepetahannya berbahasa Melayu perlu mendapat pujian.BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
AWANG memandang serius percubaan demi percubaan untuk menggugat semangat perlembagaan dan kontrak sosial termasuk dalam isu bahasa.
Baru-baru ini, sekumpulan pemuda Gerakan bertindak memasang enam papan tanda bahasa Mandarin di beberapa jalan di Pulau Pinang.
Selain itu, kerajaan campuran negeri itu berhasrat memasang papan tanda jalan dalam pelbagai bahasa. Malah ada yang mahu bahasa Punjabi turut digunakan.
Semua tindak-tanduk itu jelas mengetepikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana terjamin dalam Perlembagaan.
Awang ingin bertanya apa makna menjadi warganegara jika kita tidak menghormati bahasa kebangsaan, yang merupakan ciri-ciri asas kewarganegaraan di mana-mana negara sekalipun?
Lagipun apakah semua hal di Malaysia mesti mempunyai empat atau lima set bahasa? Cukuplah sekadar perbezaan aliran sekolah, siaran televisyen dan radio, itupun boleh dipersoalkan jika mahu.
Maka kedudukan Bahasa Malaysia tidak boleh disamakan dengan bahasa lain. Itulah realiti di negara ini dan janganlah bersikap umpama kaduk naik junjung.
Awang – Di mana bumi dipijak... (Utusan Malaysia Online)
Komen: Siapa peduli! Tidak ada ketegasan langsung dari pihak pemimpin sampai kepada rakyat akar umbi. Baik Pm, TPM, Menteri Pelajaran, malah semua menteri, terutama Melayunya, tak kisah nak guna bahasa Melayu. Agaknya bahasa Melayu itu terlalu lokal,kolot dan penuturnya udah ketinggalan zaman. Lihat sahajalah dalam sebarang sidang media yang diadakan oleh PM, TPM, menteri, pentadbir dan pemimpin negeri, semacam ada perlumbaan hendak menunjuk-nunjuk siapa yang lebih petah dan hebat berbahaa Melayu. Kadang-kadang naik meluat kita mendengar gaya tutur mereka. Bunyinya hebat yang tak hebat. Biarlah sebutan dan nahunya bertabur, ia tak penting. Bahasa Inggeris mesti digunakan. Kadang-kadang macam orang cakap Melayu tapi bahasanya tidak pula bahasa Melayu.
Jadi orang surrat khabar tak payahlah lagi nak sebut fasal peruntukan dalam Perlembagaan, kontrak osial dan egala macam fasal. Tidak ada gunannya lagi. Orang TV pun begitu. Lihat sahajalah, pagi-pagi lagi jam 6.30 telah ada perlumbaan membaca tajuk dan isi berita dalam bahasa Inggeris. Kalau betul sebutan tak apa, ini entah apa-apa. Kadang-kadang telinga yang mendengar pun malu nak memasukkan bunyi-bunyi sebutan itu ke dalam gegendangnya.
Kini dah ada pula orang pasang pelbagai bahasa kepada papan tanda. Di Pulau Pinang, telah ada papan tanda dalam bahasa yang bukan kebangsaan. Baguslah, tidak lama lagi Pulau Pinang akan pasang papan tanda dalam semua bahasa demi kefahaman semua kaum. Kalau ada yang masih rindukan bahasa kebangsaan, marilah ke Thailand untuk lihat bahasa kebangsaan rakyatnya dimartabatkan sepenuh-penuhnya. Paling-paling di negara itu kerajaannya masih tebal dengan semangat kebangsaannya. Mereka tetap gunakan bahasa Thai di papan tanda dan banyak tempat lain. Tidak pula timbul orang tak faham bahasa. Atau kita ke Indonesia untuk melihat semangat begitu.
telinga pun dah naik "loya" mendengar pemimpin Melayu sendiri bercakap dalam bahasa Inggeris di depan wartawan yang kebanyakannya Melayu. Dalam hal ini kadang-kadang ramai juga terpegun mendengar Harjit Singh, Uthaya Sankar SB, Sharmila Kaur, atau Ivan To di TV 1, atau Karam Singh Warya or Ann Raj di TV3 membaca berita melalui ruangan "akhbar Hari Ini" dengan petah tanpa dipengaruhi pelat Indianya. Berbeza sekali dengan dua pembaca berita dalam ruangan "akhbar hari ini" yang sama di TV3.
Mungkin keterlaluan kalau saya menyatakan dalam isu bahasa ini. Tetapi itulah yang diperlakukan kepada bahasa Melayu walaupun telah diingatkan berkali-kali. Mungkin bahasa biasa tidak diperlukan lagi untuk peringatkan mereka ini tetapi mereka perlukan bahasa perang (kuat kuasa).
ReplyDelete