WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Wednesday, 28 July 2010

KE MANA MENGHILANGNYA BERITA DAN CERITA MEREKA?

Aneh! Sejak pemilihn UMNO tahun 2009 dan selepas Pilihanraya Umum 2008, kita tidak lagi dengar berita atau cerita beberapa tokoh baru dan lama di zaman pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang begitu popular dan aktif. Yang banyak kita dengar hari ini berita dan cerita tokoh-tokoh yang memuja dan memuji Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan para kabinetnya. Tidak ketinggalan Tun Mahathir, yang dikatakan telah bersara daripada politik tetapi diam-diam aktif di belakang tabir. Masihkah kita ingat cara Muhyiddin mendapat restu dan sokongan Tun Mahathir dalam kempennya untuk mempastikan kemenangan dalam pemilihan Timbalan Pesiden UMNO tahun itu?

Ingin juga nak tahu ke manakah menghilangnya suara tokoh-tokoh aktif ketika di bawah pimpinan Tun Andullah? Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Syed Hamid Albar, Dato' Azalina Othman Said, Dato' Noaini Ahmad, malah Dato' Seri Dr. Ahmad Zaid Hamidi dan Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil, pun dah jarang diberita dan ceritakan. Khairy lebih diberitakan sebagai tokoh muda yang masuk golongan "infamous" berdasarkan sikap bloger pro kerajaan. Dalam kalangan bloger sekarang Khairy dianggap tokoh si kitol yang konon ceritanya mahu menolak kepemimpinan Dato' Seri Najib dan pro-Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Yang begitu menonjol diberita dan ceritakan ialah Tun Mahathir, yang secara tiba-tiba sejak munculnya pada hari terakhir Persidangan UMNO tahun 2009 mendapat sambutan gemuruh para persaklian yan hadir sehingga menenggelami ucapan Tun Abdullah yang sedang cuba mengakhiri sidang. "It was a standing ovation," bisik seorang anggota perwakilan. Menakjubkan! Hebat Tun Mahathir yang menurut seorang anggota perwakilan "pintar mencari masa yang sesuai untuk menenggelamkan Tun Abdullah."

Ke mana perginya berita dan cerita tokoh-tokoh yang hilang ini? Dengar cerita ada mereka dihalang untuk diberita dan diceritakan kepada umum oleh media dan bloger yang dikuasai kerajaan. Sekarang ini media dan bloger sedang berlumba-lumba memperburuk-buruk tokoh-tokoh dengan nama-nma yang dulunya mendapat tempat dalam kepimpinan Tun Abdullah. Ada yang telah menganugerahkan tokoh muda seperti Khairy Jamaluddin, menantu Tun Abdullah sebagai kitol zman ini. Kitol adalah nama dalam sejarah Melaka yang dikatakan pengkhianat kepada kerajaan Melaka ketika itu. Entah mengapa tiba-tiba Khairy menjadi tokoh muda yang tidak disenangi, terutama oleh Tun Mahathir.

Ada yang kata gara-gara Khairy menang dalam pemilihan Ketua Pemuda dengan mengalahkan anak Tun Mahathir adalah puncanya. Kata mereka ada yang tak senang Khairy mampu mengalahkan anak Tun Mahathir sehingga seaktu keluar Dewan Perhimpunan PWTC sudah ramai pemerhati yang boo Khairy. Sehingga hari ini Khairy, cucu Penghulu Haji Bakar di Rembau, Negeri Sembilan itu masih juga namanya diperburuk-buruk.

Soalnya sekarang apa telah terjadi dengan tokoh-tokoh yang seperti telah dihilangkan dalam persada sejarah politik kontemporari ini? Adakah mereka merajuk atau tak ambil kisah lai tentang politik hari ini? Tidak sampai dua tahun nama-nama ini seperti dihapuskan. Atau mereka sedang mengatur strategi. Strategi apa ya? Apapun jua kata pepatah Melayu, air tenang jangan disangka tidak ada buaya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).