WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday, 16 December 2010

ANTARA MAHATHIR DENGAN ABDULLAH, ANTARA MUKHRIZ DAN KHAIRY. YANG MANA SATU PILIHAN HATI?

Kalau layari kumpulan blog yang dipengaruhi pro-kerajaan , nescaya kita perhatikan ada satu trend. Iaitu, kandungan kumpulan blog ini berpecah dua. Lebih tepat lagi wujud pandangan dan pendapat yang dipengaruhi dua mantan perdana menteri. Satu yang pro-Tun Mahathir dan satu lagi (tak banyak) yang pro-Tun Abdullah. Kalau tak percaya "read between the lines" apa bloger-bloger ini kata. Tapi percayalah kumpulan yang pro-Mahathir kelihatan menguasai komuniti blog pro-kerajaan sekarang.

Sesetangah bloger terang-terang mempamerkan gambar Tun Mahathir dalam blognya. Walaupun gambar Tun Abdullah tidak dipamerkan dalam kumpulan blog yang pro-beliau, tapi gambar yang mewakilinya terserlah dalam bentuk gambar menantunya, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Minta maaf ya, tersalah tulis nama. Sebenarnya YB ini nama penuhnya Khairy Jamaluddin. Nama Abu Bakar di hujung namanya itu ialah ayah kepada Jamaluddin atau datuk kepada Khairy. Ini menurut cerita orang Rembau sendiri.

Soalnya, mengapa dalam kumpulan bloger pro-kerajaan, tepatnya pro-UMNO ini masih lagi berpuak-puak. Bukan dalam blog sahaja tetapi sudah menular ke dalam media perdana. Nampak sangat berita yang disiarkan cenderung mengetengahkan cerita yang pro-Mahathir. Bahkan setiap malam ada sahaja berita yang berkait dengan pro-Mahathir. Tak cukup itu, ditambah pula dengan berita anak Tun Mahathir, Datuk Mukhriz Mahathir.

Barangkali kebetulan Mukhriz adalah timbalan menteri dan patut sangat beliau menjadi tajuk berita. Tak kisahlah kalau dalam heirarki UMNO, Mukhriz tidak ada apa-apanya, kerana kalah kepada Khairy. Sedangkan Khairy tak memegang jawatan apa-apa dalam kerajaan, padahal beliau adalah Ketua Pemuda UMNO. Aneh ya, politik Malaysia ini. Yang kalah boleh terpilih jadi timbalan menteri. Yang menang ya.. tunggu dulu!. Bertambah aneh lagi apabila Naib Ketua Pemuda, YB Datuk Razali Ibrahim terpilih juga menjadi timbalan Menteri.

Tuah badan, bukan salah ibu mengandung! Dan inilah yang dikatakan bahana kalau menjadi menantu mantan perdana menteri dan inilah juga dikatakan bahana kalau menjadi anak mantan perdana menteri.

Ada juga dalam kalangan media perdana yang berpandangan Perdana Menteri yang sekarang terpaksa memilih untuk "condong" ke mantan pm yang dianggapnya mampu bertahan demi survival politiknya. Ini hanya kata media. Belum tentu betul ya. Bak kata bloger pro-pembangkang, pm sekarang kena terpaksa dan terpaksa berskap begitu. Bahasa badan Najib pun menjelaskan kedudukan perkara. Bahasa badan Tun Mahathir pun sama.

Masalahnya sekarang, UMNO yang dipimpin Najib mahu mempertahankan Putrajaya, malah mahu merapas kembali negeri-negeri yang dikuasai pembangkang (Pakatan Rakyat). Tetapi dalam keadaan berpuak-puak dalam UMNO (parti terbesar dalam Barisan Nasional) apakah jalan ke Putrajaya itu mampu dilalui dengan mudah dan tidak menjadi lebih sukar. Kelihatannya UMNO, terutama pemimpinnya belum bersatu. Sikap berpuak-puak antara yang pro-Mahathir dengan yang pro-Abdullah pun belum dapat diselesaikan.

Pendedahan WikiLeaks tidak banyak membantu, malah sudah timbul cerita bahawa Khairy, menantu mantan pm Abdullah dilaporkan sebagai agen Singapura pula. Sipa punya kerja spin berita seperti ini. Khairy dikatakan adalah si Kitol. Kalau tak percaya layarilah blog yang ikatakan pro-Mahathir ini. Tahu siapa kitul ini? Nak tahu bacalah buku sejarah zaman Kesultanan Melayu Melaka. Kita akan terbaca dua nama Mundaliar dan Si Kitul. Bagus cerita ini. Inilah gambaran yang diberikan kepada Khairy. Bagaikan seperti kata orang Rembau, ada orang yang punya "dendam tak sudah" kepada Khairy. Kasihan dia. Yang menjadi mangsa ahli-ahli UMNO akar umbi. Yang menjadi mangsa UMNO sendiri. Parti berpecah-pecah hanya gara-gara ada dua mantan pm yang tak mahu beralah.

Payah UMNO ini!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).