WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Monday, 23 May 2011

MUHYIDDIN SINDIR KJ: MAHU SALAHKAN SIAPA KALAU UMNO TAK AKTTIF DALAM LAMAN SOSIAL?

 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

 

Bloger Anak Omak hari ini menulis seperti di bawah:

 

Muhyiddin sindir KJ pembangkang


Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan presiden UMNO telah menyindir Khairy yang dikatakan  bersuara macam pembangkang. Bukan setakat Muhyiddin saja, tanpa dah ada yang kata Khairy suara sumbang.


Baca Rakyat Malaysia sini.

Apalah engkau ni Khairy. Memang nasib kau macam sial, tak boleh diikut. Campak aje sijil Oxford kau tu, kalau begini cara kamu.

Komen:

Komen Anak Omak ini tak ada anehnya. Sebab ahli-ahli UMNO mungkin masih ingat ketika kempen pemilihan Majlis tertinggi UMNO yang terakhir. Ketika itu mentua Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi Predisen UMNO. Beliau menerima tentangan hebat daripada seorang tokoh veteran yang telah keluar dari UMNO dan berkempen seolah-oleh tokoh itu masih berada dalam UMNO. Ketika itu juga kelihatan Timbalan Presiden sekarang membuntuti ke mana sahaja tokoh bekas UMNO itu berkempen menentang presiden parti. Semua orang masih ingat bagaimana Khairy Jamaluddin yang juga berkempen sebagai calon Ketua pergarakan Pemuda UMNO dibelasah kiri kanan oleh sekutu-tokoh bekas UMNO itu. 

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zakarshi.

 Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana tv juga memainkan peranan memperomosi calon-calon Majlis Tertinggi yang pro-bekas tokoh UMNO itu dan memperkecilkan mentua Khairy Jamaluddin. Khairy dan orang-orangnya tidak diberi peluang langsung dalam media, terutama media elektronik. Calon-calon untuk Pemuda UMNO ketika itu tiga orang, termasuk anak kepada bekas tokoh UMNO  itu. Tetapi apabila Khairy Jamaluddin berjaya mengalahkan dua calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda, sepatutnya yang kalah menerimanya dengan hati terbuka. Ini baru namanya  demokrasi. Tetapi sampai la ini nampaknya Khairy masih dikucilkan. Apa sahaja yang disuarakan dan dilakukannya tidak langsung diberi pertimbangan oleh puak-puak yang menentangnya yang kelihatannya menjadi suara majoriti dalam UMNO. 

Inilah demokrasi orang UMNO. Kalah bagai abu dan menang tetap jadi arang. Semangat berkobar-kobar  nak tawan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Fuad Zakarshi dalam satu laporan akhbar hari ini berkata bloger-bloger UMNO dan penyokong BN kurang berkesan. Laman-laman sosial seperti twit dan FB tidak dimanfaatkan seagresif mungkin. Tetapi lihatlah blog-blog orang UMNO, baik pemimpin mahu pun penyokong-penyokongnya. Kandungan blog masing-masing tidak dikemas kini. Malah ada blog pemimpin UMNO sudah tak aktif sejak beberapa tahun yang lalu, termasuklah blog yang bernama FZ dan Noh Omar. 

Baik lagi blog pemimpin pembangkang yang aktif dan dikemaskinikan. Blog Lim Kit Siang, Azmin Ali, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim amat aktif. Begitu juga dengan Hadi Awang dan Nik Aziz. Satu ketika dulu blog MP bebas garang, tetapi sudah mulai luntur seperti yang terlihat dalam blog zahrainmp dan zul4kulim. Blog pemimpin ketua wanita langsung tak nampak bayang. Begitu juga dengan setiausaha agung UMNO. Blog ketua Penerangan UMNO seperti coklat sekejap ada entri baru sekejap tak ada. Masih belum ditemui blog Timbalan Presiden UMNO. Tak pasti wujud ke atau tidak.

Jadi tak perlulah pemimpin UMNO merungut jika dalam kalangan mereka ada yang tak aktif dalam laman sosial. Dan janganlah iri hati apabila ada pemimpin pembangkang yang begitu mengambil berat tentang laman sosial dan peranannya menjangkau hati dan minda rakyat. Maka jangan salahkah orang lain kalau UMNO dan kebanyakan anggotanya sudah terlalu selesa dan tak perlu meningkatkan perjuangan menawan minda rakyat, kerana nampaknya semuanya boleh diusahakan dengan hanya menggesel ibu jari dan jari telunjuk berulang kali.

1 comment:

  1. UMNO kata pemilihan PKR tak telus. Ada tangan-tangan tak bersih mempengaruhi pemilihan sehingga keputusan pemilihn bagaikan telah dirancang. Dalam pemilihan UMNO apa kurngnya. Malah ramai yang tahu ada tangan di luar parti yang cuba pengaruh.Dan Najib Tun Rasak pun terikut-ikut rentak. Lihat sekarang dalam kerajaan pemilihan tokoh-tokoh yang membantu PM tak ikut tradisi lagi. Misalnya, calon Pemuda yang kalah dilantik timbalan menteri. yang menang nombor dua dalam pemuda dilantik timblan menteri. Calon Pemuda yang menang hanya gigit jari. kerana apa? Sebab I bukan orng u dan u bukn orng I. Mana punya demokrasi daah!

    Kemudian untuk calon timbalan presiden diusahakjan supaya calon popular dan berpotensi menng digugurkan dengn alasan yang kadang-kadang seperti dibuat-but. Yang menang tu bersih sangat ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).