WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday, 12 April 2012

PAPTI: HASRAT MELAKAR SEJARAH & KISAH DEPOK KARYA ALUMNI...


Persatuan Alumni Pendidikan Tinggi Indonesia atau PAPTI adalah wadah bagi menghimpun rakyat Malaysia yang merupakan alumni IPT di seluruh Indonesia yang telah menamatkan pengajian mereka dan kembali ke tanah air.

PAPTI telah ditubuhkan sejak1975 dan pernah terlibat secara langsung dalam mempersiapkan para pelajar yang mahu melanjutkan pengajian k...e Indonesia. Sehingga kini PAPTI terus utuh sebagai organisasi yang memayungi ribuan alumni dari seluruh Indonesia sejak tahun 1950-an hingga hari ini.

Maklumat lanjut mengenai PAPTI sila lawat
http://papti.blogspot.com/




 Majlis makan malam di Restoran Idaman Bandar Baru Bangi baru-baru ini. Siapa yang jadi "good Samaritan" malam itu kurang jelas. Namun terima kasih banyak...

PERTEMUAN PENULIS PAPTI 30 – 31 DISEMBER 2011 & 1 JANUARI 2012.

YANG AKAN DIBINCANGKAN:

Penerbitan buku Kisah Di Indonesia oleh ahli-ahli PAPTI

Pemilihan Bahan yang sedia ada

Kosting

Pemasaran

pungutan



Penerbitan Buku Who is Who PAPTI

Bahan-bahan yang diperlukan

kerja-kerja penyelidikan dan temu bual pemimpin PAPTI terdahulu dan semasa.

format dan saiz

Kosting

pemasaran

pungutan.



Cabang niaga PAPTI :

Mencontohi Gapeniaga dalam GAPENA. Mungkin PAPTI menubuhkan Paptiniaga mengikut konsep gapeniaga Gapena. Mendapatkan pandangan pengurus Gapeniaga Sdr Hamzah Hamdani di Gapena atau langsung dengan Ketua 1 Gapena Tan Sri Prof Emeritus Dr. Ismail Hussain di Rumah Gapena.



Pejabat Tetap PAPTI.

 Setelah 36 tahun PAPTI masih belum mempunyai pejabatnya sendiri.

Keahlian Bersekutu PAPTI

Terdiri daripada mereka yang mendapatkan kelulusan melalui university swasta di Indonesia melalui kuliah part-time atau koresponden. Majoritinya terdiri daripada guru-guru dan kini banyak yang telah mempunyai kelulusan. Antara yang perlu disebut namanya Dato’ Dr. Nordin Abd. Rahman (atondra), Dr. Ibrahim Ghaffar, Dr. Ahmad Razali Yusof dan drs. Anwar Asmadi

Dana untuk pengurusan harian PAPTI.

Hubungan Malaysia-Indonesia yang seperti coklat chipsmore.

PERLUKAH PAPTI TERBITKAN BUKU KISAH DI INDONESIA INI?

1.    Dari segi bahan cukupkah untuk menerbitkannya, berdasarkan bahan-bahan yang sudah terkumpul?

2.    Soalnya, apakah bahan-bahan yang sudah terkumpul itu dari satu genre atau yang beragam. Jika beragam apakah sesuai untuk dikumpulkan dalam satu antologi?

3.    Dari sudut costing apakah tidak terlalu mahal jika diterbitkan atas dasar publish on demad? Apakah ada pencetak yang mahu mencetaknya jika kirang daripada 500 naskhah. Atau PAPTI bersedia menampung kos at “whatever it costs”.

4.    Apakah ada pendekatan lain yang boleh diterokai sehingga membolehkan buku ini diterbit dan dicetak paling minimum 500 naskhah? Bolehkah PAPTI gunakan buku ini diterbitkan dalam bentuk set (satu set lima buah buku, misalnya) yang beraneka genre. Sebabnya mungkin ada kisah yang bukan sepenuhnya dari jenis buku remaja.

5.    Format yang akan digunakan jika jadi diterbitkan.

6.    Kemungkinan menggunakan pendekatan whom we know dan tidak  what we know. PAPTI boleh mendapatkan

7.    bahan-bahan yang baik tetapi jika PAPTI tidak memanfaatkan jaringan hubungan yang mungkin ada dalam kalangan orang  atasan, PAPTI akan gagal menerbitkan buku ini, akibat terlalu sedikit permintaan, memandangkan PAPTI hanya mempunyai kurang daripada 500 anggota. Dan tidak semua anggota PAPTI berminat untuk membeli buku ini.

8.    PAPTI memanfaatkan tokoh2 konglomerat, politik yang menjadi anggota PAPTI, juga kenalan yang mempunyai pengaruh dalam bidang ekonomi, politik dan pendidikan. 

9.    Tokoh2 veteran PAPTI boleh diminta bantuannya untuk mengetengahkan buku PAPTI  ini. Antara yang boleh didekati Datuk Seri Dr. Sulaiman Mohamad, RObiah Dato’ Hj Kosai EXCO Johor, Penerbit Yahaya Ismail dan Dato’ Baha Zain,  Mereka berpengaruh dalam bidangnya masing-masing.

10.                       Membentuk cabang niaga PAPTI jalan keluar yang paling efektif. Penubuhan Akademi Penulis banyak membantu. 

 KOMEN UMUM SIRI NOSTALGIA  KARYA NORAIZAN AB HALIM

1.    Kesimpulan umum : Too good to be true, and the Series are based on true story, with much less fictional.

2.    Nilai moral : Nilai murni yang tinggi dengan watak hitam putih yang ideal dengan kurangnya diwarnai oleh watak kelabu terutama tiga watak utamanya, nur, irfan dan roslan.

Namun roslan lebih dekat dengan reality dan watak kehidupan, berbanding nur dan irfan.  Lebih melihat nilainya dari pendekatan komunikasi berbanding nilai kesusasteraan dan nilai psikologis.

 3.    Jalan Cerita & Perwatakan :Ada elemen tersirat daripada hubungan nur dengan irfan, masing-masing berkemungkinan ingin menyembunyikan rasa dan perasaan masing-masing untuk menjaga dan mengawal hubungan yang menjadi intim secara “instant” daripada sudut waktu. Apakah ada unsur hipokrit dalam perwatakan dua watak penting biarlah pembaca menafsirkannya.

 Saling memanfaatkan suasana dan keadaan. Ini dapat dibuktikan dengan ikrar untuk tidak bercinta lagi tetapi dalam tempoh tidak sampai setahun primadona siri ini telah “over heads and heals” jatuh cinta dengan “ketulusan budi irfan”, malah turut menarik untuk jatuh hati dengan roslan, yang tidak sampai dua minggu terus menjalin hubungan erat dan “ngajak kahwin”.

 Umumnya jejaka Indonesia amat jarang yang mempunyai watak hitam putih seperti irfan, apatah lagi dari sudut usia irfan sudah masuk ke usia yang kenal erti cinta dan nafsu. Namun pengarangnya telah meletakkan alas an bahawa jejaka yang satu ini mahu mencari sesuatu yang ideal dalam watak primadonanya untuk dijadikan calon isteri. Begitu juga dengan nur yang seolah-olah terpesona dengan cara hidup irfan yang hidup berada dengan keluarga yang hidup mewah di kota Jakarta dan di luar Negara. Andainya irfan seorang seperti jejaka lain yang masih menuntut apakah nur bersedia menjadi pujaan irfan dengan seadanya. Padahal nur sudah berjanji untuk tidak akan jatuh cinta lagi setelah dilukai oleh seseorang di Malaysia (persisnya di Kuantan).

Sesuatu yang agak menakjubkan ialah solat yang tidak pernah ditinggalkan dua watak utama ini – nur dan irfan – satu nilai murni yang terlalu tinggi bagi seorang yang hidup di kampus. Namun ini boleh ditafsirkn sebagai kedua-dua watak ini telah mempunyai pendidikan agama yang luar biasa tinggi yang telah ditanamkan kedua-dua orang tuanya. Nur oleh keluarganya di Malaysia dan irfan oleh keluarganya di Jakarta atau Australia.

 Watak roslan lebih down to earth dari sudut personalitinya. Seorang jejaka yang telah berumur menjangkaui lebih usia marital “tersangkut” dengan nur ketika di cangkareng airport, Jakarta. Namun timbul sedikit persoalan dengan cara roslan memperkenalkan dirinya kepada nur. Malah roslan telah seperti merancang sesuatu sehingga akhirnya mereka secara “kebetulan” untuk bersama-sama dalam pesawat sepanjang perjalanan menuju Kuala Lumpur. Dan tak sampai dua minggu mereka sudah saling memberi “cinta” dengan  kehadiran ibu bapa roslan ke restoran ibu nur di kuantan dan pemberian  hadiah istimewa cincin berlian sebagai tanda ikatan yang berlanjutan. Barangkali elemen diplomatik  roslan sebagai orang kedutaan di luar negri mendapat “latihan” dalam hal yang berkait dengan hubungan sesama insan, terutama hubunga lelaki perempuan. Semestinya tanpa disedari oleh watak nur.

 Perwatakan roslan yang menarik, seperti halnya irfan tentunya mengundang seribu persoalan dalam hubungan intim seorang jejaka dengan seorang gadis cantik. Kurang jelas apakah roslan telah begitu terpesona dengan nur sehingga menganggap semua wanita yang pernah dikenalinya di luar negeri (kalau ada), dari sudut statusnya sebagai seorang diplomat dan ibubapa yang yang konglomerat bergelar datuk dan datin. Roslan seperti tidak rela lagi berpisah dengan nur hanya dalam tempoh tak sampai sebulan. Lazimnya, seorang diplomat yang dianggap “eligible bachelor” dan di usia yang layak berumah tangga mungkin begotu terpesona dengan perwatakan nur yang sememangnya manis dan “above average”.

 Elemen hubungan psikologis begitu terperinci dalam erti kata hubungan antara sesama manusia, terutama yang berkait dengan unsur jiwang-jiwang” cinta remaja. begitu mendalam sekali. Inilah kehebatan siri ini. Unsur positivisme begitu menonjol dengan nilai-nilai murni yang ideal dan mengesankan. Unsur negative seperti ditaiadakan sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja. Walaupun secara tersirat masih boleh dipersoalkan. Misalnya, kenapa irfan tidak memaklumkan kepada nur yang dua siri yang berkait dengan lagu-lagu rohani tidak dijelaskan. Padahal irfan tahu bahawa itu adalah lagu-lagu kudus yang memuja-muji kristus (jesus Christ). Dua siri telah diperuntukkan untuk perkara ini. Alas an irfan biarlah nur tahu sendiri. Kemudian kita melihat reaksi nur ketika dapat tahu bahawa dia sedang hadir dalam program agama kristian dan upacara trinity. Contoh lagi, unsur kesetiaan irfan terhadap cintanya kepada nur dalam masa hanya enam bulan sahaja sukar untuk diyakini dalam suasana budaya Indonesia, terutama apabila ia diwarnai oleh suasana dan situasi keberadaan keluarga irfan. Irfan ke sana ke mari dengan mobilnya yang waktu itu adalah jenis yang branded. Apakah nur tidak mengambil kesempatan atas keberadaan irfan dengan keluarganya. Bagaikan ada unsur hipokrit dan maksud tersirat daripada yang tersurat.

Apakah tidak mungkin irfan mempunyai motif tertentu ketika berkata bahawa tidak ada hotel yang masih kosong apabila berkunjung ke Bandung. Hanya ada satu kamar untuk mereka bermalam di bandung, dan secara kebetulan di saat-saat akhir ada bilik kosong untuk mereka nginap secara berasingan. Kemudian ketika di Jogjakarta Irfan ada melahirkan walaupun secara bersenda untuk mereka nginap dalam satu kamar sahaj, tetapi ditolak dengan baik oleh nur. Apakah ini satu ujian (to test the water) oleh irfan untuk “whatever motive he has in his mind”. Pembaca boleh buat tafsiran sendiri.

 Barangkali pula pengarang siri ini mahu mempastikan nilai-nilai murni sesuai dengan kehendak sukatan kurikulum pelajar-pelajar sekolah seperti yang digariskan dalam  pendidikan peringkat menengah rendah dan tinggi.

 Unsur kebetuan terlalu banyak hadir dalam siri ini, dari saat nur mahu belajar ke Indonesia hinggalah ke saat-saat tanpa ada bilik kosong di bandung untuk bermalam  pertemuan dengan kekasih lama di tepi sungai Kuantan, pertemuan ketika mendaftar sebagai pelajar baru di UI dengan pelajar senior bernama irfan, petrmuan dengan roslan di airport, pertemuan dalam pesawat dengan duduk sebelah-menyebelah (yang ini kelihatannya dirancang Roslan) dan lain-lain  menjadikan siri ini seperti terikat dengan unsur kebetulan dalam meneruskan siri penceritaan. Mungkin ini satu pendekatan yang lazim dan mudah  bagi seorang penulis berbakat yang tahu untuk menjadikan siri ini terus diikuti banyak orang.

 Tidak pasti apakah sistem pendidikan di UI memerlukan seseorang pelajar itu mengambil kerja luar (practical) pada semester kedua tahun pertama. Barangkali ia amat berbeza dengan misalnya (dari pengalaman saya) yang mengambil tugas  keluar (practical) pada tahun ketiga (semester keenam) di UNPAD, Bandung. Di UI, kuliah komunikasi adalah satu jurusan, sementara di bandung, ia berupa fakultas, yang pada tahun pertama dan kedua tumpuan diberikan kepada teori, tidak praktek. Kemudian lebih surprise, pelajar nur dan kawan-kawan yang mengambil praktikal di Kompas, Suara Karya dan Suara Pembaruan (yang berupa suratkabar paling berpengaruh di Jakarta, malah di seluruh Indonesia) di bimbing oleh ketua editornya sendiri. Barangkali ketua editor kompas ini mempunyai high regards terhadap UI dan pelajar-pelajarnya. Dan lebih menkjubkan ialah berita yang ditulis Nur dan kawan-kawan diletakkan sebagai berita utama muka depan Kompas keesokkan harinya.berita dikutip langsung dari sumbernya, pegawai UNCHR tanpa sepatah pun diedit. Pengalaman saya ketika membuat practical training di Pikiran Rakyat Bandung, saya hanya mendapat latihan daripada seorang assistant editor Koran tersebut dan jarang berita yang kami tulis mendapat tempat dalam Koran itu. Mungkin kami tidak sehebat pelajar nur dari UI. Dan saya di tahun ketiga dan belum pun mengambil major dalam jurusan jurnalistik.

 Sehingga siri 31 selesai satu lagi rumusan boleh dicapai. Ada unsur tersembunyi atau istilah wujud ulterior motive dalam diri tiga watak utama ini – Nur, Irfan dan Roslan.  Nur mungkin mahu memanfaatkan keadaan setelah dia dilukai oleh AHH atau ARI. Dendam membara dalam dadanya akan dimanfaatkan untuk membolehkannya hidup dalam dunia kampus yang penuh cabaran itu. Paling-paling ingin menyelsaikan kuliahnya mengikut perjanjian. Tidak mahu memikirkan soal hidup dan kehidupan dan gunakan kesempatan dari kebaikan Irfan atau roslan.

 Bagi irfan pula ada elemen tersembunyi dari sudut akidah sehingga dia sanggup berdalih untuk menyembunyikan isi hatinya. Dia merelakan dirinya dimanfaatkan Nur semata-mata suatu hari nanti Nur seorang anak Malaysia mampu dijinakkan ditukar akidahnya. Irfan cukup yakin dan itulah dia begitu sabra dan sanggup berhabisan demi cintanya kepada agamanya, tetapi ini tergantung kepada jalan penyelesaian di Siri berikutnya.

 Roslan pula mungkin terdesak untuk mencari calon isteri kerana usianya yang telah meningkat. Walaupun dia seorang diplomat dan bergaul bebas di Negara-negara Barat seperti London, tetapi keinginannya memilik seorang gadis dari negerinya sendiri yang berpendidikan dan disenangi oleh ibu bapanya menjadi highlight dalam pencariannya. Percutiannya di Jakarta dan menemukan Nur mengundang hasrat ingin memilik gadis idamannya. Dia pasti telah bertemu dengan orang yang dicari-carinya dan sanggup beulang alik ke Kuantan sepanjang cutinya di Malaysia untuk “menggoda” Nur dengan janji dan cincin berlian.

 Inilah daya tarikan siri nostalgia depok ini. Tiga serangkai menghidupkan konflik yang hanya mampu dan mungkin dileraikan dalam dua siri terakhir. Dan oleh kerana siri ini berdasarkan kisah benar sesungguhnya peleraian itu suah pun berada dalam tangan pembaca yang mengikuti siri ini. Paling-paling menilai keadaan Nur a.k.a. Noraizan Ab Halim hari ini, yang berada di depan kita sekarang. Di mana Irfan sekarang? Di mana roslan Sekarang. Dan di mana Nur sekrang?

4.    Bahasa : Penguasaan bahasa Indonesia Nur adalah superb, malah tidak menghadapi sebarang masalah dalam bertutur dan berkomunikasi. Mungkin alas an yang diberikan ialah hubungan intin nur dengan kawan-kawan dari Indonesia. Saya teringat kata-kata seorang pelajar Indonesia ikatan dinas (seorang militer berjawatan 2nd lieutenant) di kuliah saya. Saya menegurnya dngan berkat grammar bahasa Inggerisnya salah dan cuba perbetulkan. Tetapi saya menerima tempelak apabila dia berkata, “ Mana bias seorang yang bukan berbangsa Inggeris bias mengatakan grammar Inggeris saya salah. Sedangkan saya, orang Indonesia masih belum bias berbahasa Indonesia dengan baik padahal saya bangsa Indonesia.” Jika kita kongsikan pandangan pelajar Indonesia yang sudah bekerja ini dengan kelihaian Nur berbahasa Indonesia dengan mendapat nilai tinggi dalam peperiksaan semester pertama maka ianya amat menakjubkan.

 Apapun bahsa yang digunakan penulis mudah difahami dan bersahaja tanpa unsur sastera dan kesasteraan yang berlebihan. Tidak puitis , kurang metafora dan langsung. Penulis menggunakan bahasa jurnalistik, hasil daripada latar pendidikan dalam bidan kewartawanan. Ayat-ayat yang digunakan tidak banyak membawa makna berlapis.

5.    Flashback dan stream of consciousness : Dua elemen ini  merupakan peranan penting dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengarang  dalam siri ini malah ia merupakan kekuatan siri ini. Di tambah dengan unsur cliffhanger pada akhir cerita membuatkan ramai pembaca mahu terus mengukutinya. Saya rasa pengalaman dan latihan penulis dalam bidang kewartawanan telah memberikan beliau satu kelebihan di samping minatnya dalam bidang yang beliau ceburi, iaitu penulisan.

 6.    Pendekatan Kronologis :Unsur kronologis digunakan dalam mengikat antara satu dengan siri yang lain, di samping unsur perwatakan dua watak utama – nur dan irfan – mengikat secara cohesiveness) dan menjadikan siri ini hidup dan berjiwa. Hal ini dapat dilihat daripada promo yang disampaikan penyelaras Dr. Ismail Abdullah. Cuma yang menjadi persoalan dalam keghairahan penulis ingin “mengangkat dua nama dalam siri ini (tak payah sebut siapa) mengundang  unsur  negatif mencacatkan  kualiti siri ini. Maksud saya oleh kerana siri ini adalah siri nostalgia mengandungi peristiwa dan kejadian yang telah berlaku lebih 20 tahun yang lalu (perisnya tahun 1988), mana mungkin dua nama ini timbul dalam siri ini tanpa alas an yang munasabah.

 Yang jelas antara siri wujud urutan kronologi yang kental. Dari mula Nur membuat persiapan ke Jakarta sehinggalah enam bulan kemudian apabila Nur memasuki Semester dunia perkuliahanya. Namun dalam setiap siri terbaur rencah sorotamn kembali atau flashback dan factor di bawah sedar (stream of consciousness) yang memperkaya hujah dan pandangan watak-wataknya. Kepelbagaian pendekatan ini tidak membosankan dan membantu pembaca untuk meneruskan minatnya menunggu kedatangan siri yang baru. Di sini terlihat potensi penulisnya dalam usaha mempelnagai pendekatan dslsm jalan ceritanya. Fakta dan data yang diperlukan dalam penulisan kisah benar ini amat menyebelahinya dan Nur kaya dengan hal-hal demikian.

 7.    Dialog & Aspek Legal : Satu aspek lagi yang perlu dititikberatkan ialah aspek legal (undang-undang) dan libel. Penggunaan dialog yang dikaitkan dengan nama-nama orang yang masih hidup atau pun yang sudah tidak ada. Memang dialog merupakan satu factor penting menghidupkan jalan cerita atau plot. Banyak dialog terdapat dalam  siri ini. Baik yang membabitkan nama besar mahupun nama-nama sampingan yang lain. Kebanyakan nama-nama ini masih wujud. Nama watak utama seperti irfan, roslan, bapak Paulus, pegawai UNCHR di Jakarta dan lain-lain. Semua dialog ini dirakamkan penulis dalam pelbagai situasi dalam siri ini.

 Oklah kalau dialognya neutral atau tidak kontraversi dan kita masih dalam keadaan akrab. Masalahnya apa kta jika secara tiba-tiba ada nama yang mahu mendakwa bahawa “beliau tidak berkata begitu dan begini.” Jika dialog itu boleh mendatangkan mudarat mereka berhak menyaman penulisnya kerana mereka tidak pernah kata begitu. Sedangkan dialog itu telah dihitam-putihkan dalam bentuk buku.  Pernah satu waktu ketika saya emjadi salah seorang anggota panel penilai dalam Hadiah Sastera Utusan-Public Bank beberpa tahun lalu, kami berdebat tentang aspek legal tentang penggunaan dialog bagi watak-watak yang masih hidup, terutamanya.

 Kebetulan ketika itu seorang diplomat veteran diminta menjadi wakil Malaysia untuk berdialog dengan Negara Myanmar. Pengarang novel ini (bukan non-fiksyen) menulis dengan dialog yang belum tentu ditutiurkan oleh diplomat itu.  Saya hanya melihat dari sudut legal. Ahirnya saya tak pasti apakah novel itu diputuskan untuk memenangi hadiah tetapi entah macam mana hubungan saya dengan penarang itu sedikit renggang. Saya tak pasti dari mana beliau dapat tahu yang saya membuat teguran begitu padahal segala perbincangan adalah sulit, hanya “within the four walls” bilik mesyuarat. Ini perlu kita binvcangkan dengan serius walaupun ia kelihatan kecil. Tetapi sii nostalgia ini tidaklah serius dengan mengandungi dialog-dialog yang bernada kontraversi.

 8.    Kisah Benar (True Confession) : Saya yakin 90% siri ini adalah diambil dari kisah benar (true confession) dan saya tabik spring kepada pengarangnya yang berani mendedahkan kehidupan jiwang-jiwangnya dengan meyakinkan. Mungkin ada sesuatu yang ingin disembunyikan untuk menjaga hal-hal yang mungkin lebih bersifat peribadi, tapi pada keseluruhannya siri ini amat menarik. Saya sebagai pengulas siri ini berasa siri ini sesui untuk dipilih untuk dibukukan dengan siri2 yang lain yang sejenis dengannya. Maksud  saya kita perlu meletakkan siri ini ke dalam siri kisah remaja dan tidak membaurkannya ke dalam siri yang bukan remaja, jika ada.

 Pengarang yang tidak lagi muda remaja berhasil menyelami gelagat jiwa remaja seolah-olah pengarang masuk ke dalam terowong waktu dan kembali menjelma sebagai anak muda dalam usia belasan tahun. Kadang-kadang terfikir pula konsep “it takes a thief to catch a thief” jika kita mahu menyelami peristiwa kejadian jika kita mahu mendekati reality ketika cerita ini berlaku. Begitu pula halnya dengan orang yang ditugaskan untuk memberi komen atau kritikan terhadap siri ini. Kadang-kadang saya memaksa diri saya kembali masuk ke dunia remaja untuk cuba memahami gejolak rasa anak-anak muda Nur, Irfan dan yang lain-lain yang menjadi watak utama siri ini, walaupun sebenarnya usia saya sudah masuk kategori “orang tua” yang telah masuk waktu maghrib.

 9.    Rumusan :Saya mempunyai pandangan tidak semestinya sesuatu kisah itu bukan kisah remaja walaupun pengarangnya tidak lagi remaja. Perlu kita sedari bahawa yang penting ialah bila kisah itu terjadi dan bagaimana pengarangnya menggarap persoalan. Siri ini sebenarnya berupa  peristiwa yang terjadi pada tahun 1988 dan ketika itu bukan sahaja persoalannya jemaja tetapi pengarangnya juga berjiwa remaja, masih dalam lingkungan belasan tahun. Hanya pengarangnya kini sudah dewasa dan menulis dalam bahasa yang dimiliknya hari ini tetapi tanpa menghilangkan zaman keremajaannya. Dan seperti saya katakana tadi, pengarangnya menjelma menjadi seorang pencuri waktu untuk sementara menjadi pencuri, masuk kea lam remaja. Malah dia Berjaya mencari pencuri waktu yang baik.

 Secara peribadi saya mengambil sikap bahawa kisah benar ini layak dan sesuai untuk diterbitkan setelah mempertimbangkan kekuatan dan kelemahan (kekurangannya). Penulisnya mempunyai bakat besar untuk dimanfaatkan. Dengan bimbingan dan bacaan penulis ini mampu pergi jauh. Saya ucapkan tahniahlah kepada pengarangnya. Cuma perlu kita ingatkan bahwa ini adalah cerita benar, bukan fiksyen. Ia adalah kisah non-fiksyen, walaupun  tidak serautus peratus benar. Berbeza dengan kisah remaja fiksyen yang dilahirkan Enid Blyton dengan kisah misterinya dalam siri The Famous Five atau The Secret Seven. Tetapi tidaklah sampai ke tahap fiksyen dalam karya Harold Robbins yang pada saya lebih banyak dewasanya berbanding remajanya.


Anggota PAPTI Noraizan Ab. Halim

KOMEN NOSTALGIA DEPOK NORAIZAN AB HALIM BY SERIES

 Siri 1 : Ke Jakarta Menyambut Lara

Ok, tapi sebaiknya ada cerita latar (background story) seperti mengapa sampai memilih Jakarta. Ini berdasarkan judul yang tertulis …mengubat lara. Dibimbangi aka nada persepsi bahawa pelajar Malaysia memilih melanjutkan pelajaran ke Indonesia, khususnya ke Jakarta  akibat Negara itu destinasi terakhir yang diinginkan pelajar Malaysia. Tambahan pula alas an yang diberikan Nur, watak utama siri ini memperlihatkan nilai peperiksaan yang kurang memuaskan dan akibat putus cinta dengan jejaka idamannya di Kuantan. Siri pertama ini tidak banyak memberikan info latar, hanya sekitar pergerakan watak dari Rumah Malaysia di Jalan HOS Chokroaminoto ke kampus Depok UI. Padahal jika info ini diberikan ia akan menjadi roh atau pelengkap cerita.

20 Okt 2011.

 Siri 2: Daftar di Depok

Terdapat watak Noi. Watak ini mungkin pelajar senior dari Malaysia. Rumah kos Nur bernama Green Villa. Siri ini membandingkan keadaan kampus UI jauh berbeza dengan kampus di Malaysia, yang jauh lebih baik. Nur cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran depok dan tempat barunya di Jakarta. Ada disebut pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Indonesia, tetapi belum disebut nama pengaranya. Pada waktu itu nama pengarah itu ialah Ismail Zamzam atau nama penanya Zam Ismail. Apakah Zam Ismail yang menjadi pengarah JPMI saat itu?

 Siri 3 : Aku Bukan Sheila Majid

Mengesankan apabila pembaca  akan merasa iri hati dengan watak Irfan, salah seorang watak utama siri ini. Siapakah Irfan, jejaka Indonesia yang manis enyumnya, tampan orangnya berbanding watak SJ yang ditolak lamarannya. Mungkin terlalu awal untuk mencari jawapan kepada pertanyaan ini.  Ketika ini memang tsunami Sheila Majid melanda kota Jakarta dan seluruh Indonesia dengan lagu-lagu jazznya. Kita tidak dapat info tentang apa kesudahannya dengan cerita Irfan dan SJ. Siri ini enak dibaca dengan bahasa bersahaja. Pembaca juga mungkin ingin tahu mengapa  Nur menolak pinangan SJ. Jawapannya belum lagi kot!

Siri 4 : Salamiah Hassan & Sambutan kemerdekaan

Nur berjiwa sentimental dengan mendengar lagu-lagu  kegemarannya oleh , misalnya Uji Rashid dan Salamiah Hassan. Nama Pengarah JPMI disebut, iaitu Ismail Zamzam, yang juga seorang penulis dan penulis buku bahasa Malaysia (buku teks bersama antaranya Prof. Awang Had Salleh, mantan Naib Canselor UKM – AFY) Disebut juga ada yang telah nikah gantung. Siapa? Mungkin SJ atau orang lain. Lebih banyak membawa unsur jiwang-jiwangan. Nama Sheila Majid dan Salamiah Hassan hanya gambaran  pelajar di Jakarta kepada Nur sahaja.

Siri 5 :  Surat Misteri Abang

Surat dari Abang Mie dan Kak Eizan. Abang Mie ok tetapi keadaan kesihatan Kak Eizan membimbangkan . tidak dinyatakan Kak Eizan mengidap sakit apa. Nur cuba menelfon dari Wisma Malaysia tetapi gagal menerima jawapan. Nur risau sepanjang malam kerana belum terima penjelasan dari Kuantan.

 Siri 6 : Air Mata & Hari Kemerdekaan

Nama Irfan disebut dengan lebih jelas. Perawakannya menarik daripada kaca mata Nur. Irfan dianggap mirip bintang filem ternama dan penyanyi Indnesia Sophan Sophian. Dalam pada itu Nur mendapat berita sedih apabila Kak Eizan meninggal dunia. Nur menangis dalam pelukan Irfan. Tarikh meninggalnya Ka Eizan bertepatan dengan hari ulang tahun  kemerdekaan Malaysia, iaitu pada 31 Ogos 1988. Mereka berpelukan di luar wartel (warong telfon) setelah Nur menerima berita sedih itu. Nur lupa segala-galanya. Besar kemungkinan suasana ketika itu menyebabkan Irfan semakin dekat dengan Nur. Hanya belum dapat dipasti apakah benih-benih sudah mula bercambah dalam hati Irfan atau hanya sebagai seorang teman yang simpati terhadap Nur yang ditimpa tragedy. Untungnya Irfan bias menemani Nur kerana Irfan memiliki kereta ketika itu. Maka tidak menjadi masalah bagi Nur untuk ke sana ke mari di Kota Jakarta, terutama berulang alik dari Depok ke Wisma Malaysia.

 Siri 7 : Kenapa Cepatnya Kau Pergi

Kak Eizan telah kembali ke Rahmatullah. Irfan berusahamengembali semula semangat Nur. Dalam siri ini pembaca dibawa mengembara ke dalam diri Irfan dan Nur melihat ada sesuatu yang bersifat dan bersifat “warak”. Pernah dibilangin Irfan seperti katanya, “kalau gue, tak sanggup aku kehilangan kamu?” Ternyata dalam keadaan dan suasana begitu Nur tidak dapat membuat perhitungan sama ada Irfan tulus mengucapkan kata-kata begitu atau mempunyai nawaitu yang bertentangan. Maksudnya apakah Irfan “tidak mempunyai apa-apa niat da nada udang di sebalik kata-kata itu. Juga diberitahukan bahawa irfan akan mengunjungi Ibu bapanya di Australia. Kurang jells apakah hubungan Irfan-Nur semakin erat atau sebaliknya.

 Siri 8 : Nyanyian rohani 1

Irfan mungkin nama sebenar dalam siri nostalgia depok ini, seperti halnya nama Nur Aizan. Irfan adalah pelajar senior di Depok. Sebagai pelajar senior sudah menjadi tanggungjawabnya membantu mendaftarkan pelajar-pelajar baru. Hanya sahaja dalam siri ini Irfan bertemu dengan pelajar bernama Nur Aizan yang seperti berada dalam keadaan anak ayam kehilangan ibu, tak pasti bagaimana mahu mendaftarkan diri. Soalnya ialah mengapa tidak ada pelajar senior dari Malaysia yang sedia membantu Nur pada pagi itu. Lazimnya pelajar senior ambil berat tentang kehadiran pelajar-pelajar yang baru sampai dari Malaysia. Juga apakah tidak ada komunikasi antara JPMI dengan pelajar-pelajar senior untuk membantu endaftaran pelajar-pelajar baru dari Malaysia.

 Berdasarkan pengalaman saya ketika mendaftar di UNPAD Bandung pada tahun 1976, 12 tahun sebelum watak Nur ini muncul di Depok, saya ditemani pelajar Senior, malah oleh Ketua Pelajar Malaysia di Bandung, untuk urusan mendaftar di kampus UNPAD di Jalan Dipati Ukur. Walaupun pada ketika itu saya telah terlambat mendaftar hamper seminggu.  Maka dalam hal ini peranan pelajar senior Malaysia dan pegawai di JPMI seperti dipersoalkan.  Apakah mungkin Nur mahu berdikari, mengusahakan bahawa dia juga ingin menyelesaikan masalahnya sendiri. Atau Nur enggan menerima bantuan pelajar senior kerana alas an-alasan yang hanya dia yang mengetahuinya.

 Apapun, Irfan memperkenalkan dii dan membantunya mendaftar. Dalam pada itu Irfan bekerja sambilan di kantor ayahnya sambil meneruskan kuliah. Ayahnya mempunyai perusahaan garment (pakaian) dan adik Irfan yang menguruskannya. Tidak jelas apakah Irfan (yang dipanggil Fan oleh Nur sebaya umurnya dengan Nur. Irfan tinggal di daerah elite Pondok Indah. Nur mndapat bantuan Irfan untuk mempermudah Nur mengirim berita dan rencana ke suratkabar di Kuala Lumpur. Tidak dinyatakan suratkabar tabloid apa di Kuala Lumpur.  Antara cerita menarik yang dikirimkan ialah cerita bencong di sekitar Monas (Monumen Nasional).

 Nur menggambarkan watak Irfan yang ideal lagi warak dan tidak pernah mengambil kesempatan. Kadang-kadang amat sukar bagi pembaca menilai watak Indonesia seperti Irfan yang begitu mulus dan ideal. Apatah lagi Irfan daripada kalangan orang berada a.k.a kaya. Pendeknya Irfan hansem, warak, kaya budi bahasa tanpa cacat celanya. Barangkali pula masih ada manusia yang seperti itu di Kota Jakarta. Tidak ada cerita yang jiwang-jiwang dari pihak Irfan.

 Siri 9 : Nyanyian Kerohanian 2

Ketika menghadirikan diri untuk mendengar lagu-lagu kudus di lokasi tempat upacara nyanyian diadakan.  Dalam siri ini Irfan dikatakan suka membaca, malah hobinya membaca. Setelah kali kedua hadir di upacara nynyian kudus, barulah Nur sedar bahawa dia sedang hadir dalam nyanyian gereja, nyanyian rohani memuja tuhan Kristus. Anenya mengapa Nur tidak dapat meneka nyanyain itu pada awalnya. Dan mengapa Irfan tidak menjelaskan kepadanya bahawa Nur sedang hadir dalam upacara memuja kristus dengan nyanyian trinitinya?  Agak misteri seingga Nur begitu jahil membezakan antara nyanyian rohani dengan nyanyian  kampus. Apakah tidak mungkin Irfan sengaja membiarkan Nur mencari penjelasannya sendiri seperti yang diomongkannya seperti kenapa Nur tidak Tanya, seperti katanya. Apakah Irfan menyimpan sesuatu nawaitu yang tersembunyi (unterior motive)?

  Kemudian pembaca diberikan  cerita seorang bocah (anak kecil) yang meminta-minta di persimpangan. Bocah ini seperti OKU tapi boleh berlari dalam keadaan kecemasan, terutama ketika dirazia…

 Siri 10 : Kaulah Sahabatku

Kalau di kampus Nur akan tercri-cari wajah Irfan dan Ineng. Mereka berdua dekat di hati dan dekat di mata. Katanya Nur mirip wajah Ineng. Dalam pada itu cinta Irfan-Nur mula berputik indah dan ini terbukti dengan setiap kali Irfan merenung mata Nur. Cerita tentang nyanyian tidak perlu diikuti lagi. Barangkali Irfan telah mengetahui bahawa Nur mempunyai asas-asas kerohanian mendalam tentang Islam, sebagai anak Malaysia. Irfan barangkali memahaminya dan Irfan terpaksa memilih jalan selamat untuk mempastikan dia terus bersama-sama Nur dalam cinta kasihnya.

 Siri 11 : Persediaan Balik Kampung

Hubungan Irfan-Nur baru masuk semester pertama tapi mereka berdua sudah ibarat belangkas, intim dan begitu mesra. Begitu pantas dan cepat agak menakjubkan. Mereka berbincang tentang bahasa Indonesia dan kelainnya berbanding bahasa Malaysia. Satu perkara lagi, Irfan yang mempunyai idealnya tidak seperti jejaka Indon yang lain tentang waktu. Irfan begitu patuh dengan waktu, bukan mengikut jam karet. Satu ketika mereka berdua menghabiskan waktu berbelanja di  Blok M. Tanah Abang dan di Pasar Baru. Pada ketika itu mungkin macetnya jalanan tidak seperti sekarang ini. Masih bias ke tiga-tiga tempat dalam masa sehari. Nur membeli kain sutera untuk kak Eizan yang sudah pergi. Barangkali Nur terlupa sebentar saking buah hatinya berada menemaninya walau ke mana sahaja untuk berbelanja. Irfan cukup setia menemani Nur dan sentiasa berada di sisinya. Alangkah bertuahnya Nur yang sentiasa bersama Irfan, jejak tampan dengan mobil sedannya.

 Siri 12 : Kaukah Jodohku

Mobil sedan Irfan jenis Toyota Camry, jenama nomor wahid juga ketika itu. Kedua-dua Irfan-Nur tidak ketinggalan ke Mangga 2 tempat shopping baru berhampiran Ancol dan irfan memang jejaka bertanggungjawab pada mata Nur. Sehingga dengan demikian hubung kaitnya dengan  AAH luput. Bak kata Nur “dah mati.” Tetapi siapa AAH. Sayangnya dengan Irfan sudah begitu mendalam sehingga bias dikatakan Nur masuk ke babak Cinta Kedua. Cinta pertamanya AAH.

 Nur semakin sedar bahawa pengakuan Irfan mahu menjadikannya calon isteri. Dalam siri ini buat pertama kalinya Irfan mencium tangan Nur. Begitu lama sekali seolah-olah enggan melepaskannya.  Timbul tanda Tanya mengapa dulu sewaktu Nur menerima kisah tragik Kak Eizan meninggal dunia Irfan memeluknya, mengusap rambutnya dan menepuk-nepuk belakangnya. Belum pun sampai enam bulan Irfan sudah bersedia nak jadikan Nur isterinya. Dan persoalan Irfan hanya mencium tangan Nur setelah enam bulan bersamanya. Di mana logiknya ketika sebelumnya Irfan sudah memeluknya ketika dalam suasana tragik. Sungguh hebat cinta suci Irfan, seorang pelajar kaya yang memiliki segala-galanya. Pembaca bias memahaminya dan membuat analisis sendiri.

 Siri 13 : Kenalan Baru

Faiz merupakan pelajar senior  Malaysia yang kuliah di depok yang hantar Nur ke airport dalam perjalanan pulang bercuti ke Malaysia. Ketika di airport Nur menerima kenalan baru bernama Roslan, seorang diplomat yang pulang bercuti. Roslan sedia membantu Nur dalam menguruskan akses baggagenya yang sarat muatan. Roslan menepuk bahu Nur apabila Nur tengah-tengah memikirkan bagaimana nak melepaskan diri daripada membayar akses baggage.  Nur agak terperanjat apabila dalam pesawat dia duduk bersebelahan Roslan yang baru dikenalinya.

 Ketika tiba di Subang Airport, Nur diajak makan  di restoran di Seksyen 17, Petaling Jaya. Nama AHH dan SJ disebut AMI dan SAL.  Cinta di kampus masih lagi kelihatan seperti cinta monyet seperti halnya di sekolah. Malah konflik masih belum hadir dengan jelas. Nur masih tetap mempertahankan nilai murni yang tinggi. Kurang pasti apakah hubung kait cinta seperti ini masih relevan ketika mereka sudah berada dalam kehidupan kampus. Seolah-olah rasa dan perasaan Nur dan kawan-kawan se kampus baik dalam kalangan pelajar Indonesia mahu pun Malaysia seperti tak ada perkembangannya.  Sukar mahu dianalisis cinta murni Nur-Irfan dan kini ditambah kenalan baru Roslan.

 Bagaimanapun siri ini memperlihatkan rancangan tersusun Roslan mahu merapati Nur. Mungkin berniat baik, Roslan membantu dalam akses baggage Nur. Dan ketika check-in Nur tak Nampak apa-apa niat yang tersembunyi. Pembaca boleh merasakan “rancangan roslan mengena apabila dalam pesawat lokasi mereka duduk sebelah menyebelah. Padahal roslan boleh sahaja minta kerusi yang berasingan dalam pesawat dan Nur boleh mendapatkan nombor kerusi yang berainan. Tetapi oleh kerana check-in dilakukan oleh Roslan maka rancangan untuk duduk bersama dalam pesawat boleh diatur.

 Melalui diplomatic immunity yang dmilik Roslan Nur mudah membawa barang-barangnya keluar dari pemeriksaan kastam. Kesemua begnya diperiksan sambil lewa sahaja oleh pegawai kastam padahal ketika itu rakyat Malaysia tidak dibenarkan membawa barang terlarang seperti batik Indon melebih yang sepatutnya. Disinilah bermualnya jalinan hubungan Roslan-Nur. Roslan ke Jakarta bercuti. Dan usianya sudah menjangkau awal 30an.

 Siri 14 : Pulang Kampung Bawa Misi

Pertama kali dipekenalkan dengan restoran mak Nur di Batu 10, Jalan Gambang, Kuantan, manakala rumah keluarga Nur di Taman TAS. Juga pembaca diperkenalkan dengan adik Nur  bernama Am yang wajahnya mirip ayah Nur. Am di Tingkatan 4 sementara seorang lagi adik Nur yang dipanggil Boy berada di Tingkatan 2.

 Roslan datang berkunjung lagi ke Restoran Mak Nur. Roslan dating dri Temerloh. Nur masih polos dan tak pasti niat Roslan sebenar dan pembaca pun tidak menduga apakah Roslan benar-benar mahu bersahabat dengan Nur. Apakah pertemuan dengan Nur di airport dan dalam pesawat belum cukup sehingga mahu bertemu lagi.

 Gelaran manja Nur adalah K. Keluarga panggilnya CK. Nama Noaizan Ashikin nama batang tubuh Nur yang diseteujui  Mak. Dalam pada itu bunga-bunga cinta mula meresap dalam diri Nur terhadap Irfan. Malah pada saat itu Nur betul-betul rindukan Irfan. Irfan pula membuat panggilan ke emak Nur tetapi butiran perbualan antara Irfan dan Mak tidak dijelaskan kepada Nur.

Siri 15 : Majlis Kahwin Keluarga Roslan

Mak Nur menilai Roslan seorang playboy. Hari-hari Roslan dating ke restoran menemui Nur. Bayangkan Roslan dating dari temerloh ke Gambang. Jika Nur diajak keluar mak suruh adik temankan, padahal restoran mak itu berada dekat masjid Taman TAS. Nampak gayanya kawan-kawan akhir-akhir ini sejak enam bulan yang lalu semuanya daripada anak keluarga orang berada seperti Irfan daripada keluarga bisnes sementara Roslan juga daripada keluarga orang berada Berjaya dalam bisnes dan bergelar dato’ pula.

 Ada yang menilai emak Roslan sombong. Ini yang dinilai adik Nur sehingga adiknya taka da selera nak makan melihat telatah mak Roslan. Keluarga Roslan dating kerana ingin menjemput keluarga Nur ke majlis kahwin keluarga Roslan.

 Siri 16 : Kenapa Dengan Adik Mak?

Semangat Mak tinggi apabila Nur hadir di restoran. Malah semangat mak berada dalam diri Nur, teguh pendirian dan selalu berfikir positif. Usia mak baru 47 tahun ketika Nur melanjutkan pelajaran ke Jakarta. Am, adik Nur berada di samping Kak Eizan malah beradala ribaan Am ketika Ka Eizan menghembuskan nafas terakhirnya. Am semakin kurus kerana dekatnya dia dengan Kak Eizan. Malah Am salahkan ayah kerana tinggalkan Kak Eizan nazak akibat sakit buah pinggang.

Nur berusaha memulihkan semangat Am. Tetapi Am tetap dalam keadaan begitu. Am yang dahulunya bijak berkata-kata kini menjadi pendiam, minder. Kawan-kawannya pula daripada mereka yang kurang baik, mula merokok. Emak dan ayah pula terlalu sibuk dengan kegiatan masing-masing sehingga anak-anak, terutama Am  terabai

 Siri 17 : Keluarga Roslan Datang.

Roslan dating mengejut ke restoran mak setelah beberapa hari tidak muncul-muncul. Malah kali ini Roslan dating bersama ibu bapa dan abangnya sekali. Ayahnya bernama Dato’ Muzaffar.Kata Roslan mereka mampir di restoran itu untuk berkenalan dengan keluarga Nur. Nur cuba masuk ke dapur kerana tidak tahan dengan trauma melihat kehadiran ibu bapanya dahulu. Mereka seperti dianggap sombong, maklum tidak sama taraf.

 Apapun jua, jelingan roslan membuatkan Nur lemah  dan dia tidak dapat membebaskan dirinya. Barangkali jiwa seni dalam dirinya membuatkannya terkulai dalam renungan dan jelingan tajam Roslan. Dan bapa Roslan mula bertanya kepada nur tentang pelajarannya di Jakarta. Nur bagaikan menjawab satu sesi interogasi bagaikan pesalah disoal siasat polis. Seteah makan dan keluarga Roslan minta diri beredar barulah Nur berasa lega dan kebtulan dalam majalah di depannya ada cerita tentang eluarga Roslan.

Dalam pada itu adik mempunyai fihrasat bahawa roslan sukakan Nur.

 Kurang jelas apakah Roslan secara kebetulan membawa keluarganya ke restoran mak atau dirancang untuk orang tuanya mengenali lebih dekat keluarga Nur.

 Siri 18 : Adik Datang Am Pun Berubah

Am begitu manja dengan ayah, malah ayah menganggap Am anak kesayangannya. Sejak kecil begitu kerana wajah Am mirip wajah ayahnya. Semasa kecil Am pernah terkena mercun dan memakan waktu juga menyembuhkannya. Dalam pada itu ayah tegas dengan pendidikan anak-anaknya. Nur yang dianggap “cair otak” adalah anak pintar dan tak pernah merosot dalam pelajaran.

Tetapi sejak berpindah sekolah prestasi pelajarannya menurun. Hal ini mungkin disebabkan oleh Susana persekitaran, kawan-kawan dan gangguanlain. Lokasi sekolah juga jauh daripada rumahnya.

 Nur tidak memperoleh keputusan yang baik di peringkt pepriksaan SPM dan ini tidak membolehkannya meneruskan pelajaran ke luar negeri, terutama di Negara-negara barat. Akhirnya Nur bersedia untuk ke Indonesia yang dianggapnya tempat yang kurang keutamaan dalam fikirannya.  Yang merisaukannya ialah kelakuan Am yang banyak berubah. Sejak akhir-akhir ini. Maka Nur merasa Adik dari Kuala Lumpur perlu dating dan berbincang dengan Am bagaimana sebaiknya mebaiki semula semangat Am. Maka kehadiran Adik ditunggu-tunggu. Adik dan Am begitu rapat dan mana tahu Adik boleh membantu memperbaiki Am.

 Prestasi Nur dalam pelajarannya turut memberi impak jugakepada hubungannya dengan Am. Nur berkecil hati kerana ayah terlalu memberikan keutamaan kepada Adik atau Am. Ini juga menjadi penyebab Nur tidak dapat konsentrasi dalam pelajarannya. Nur bercita-cita menjadi doctor dan meneruskan pelajaran di luar negeri. Dia tidak menduga akan belajar ke Indonesia sebab baginya Indonesia idak termasuk dalam kamus pendidikannya.

 Siri 19 :  Abang Roslan, Kenapa begitu?

Roslan dan Nur minta izin mak Nur untuk keluar  ke Pantai Batu Hitam. Nur taka da mood kerana di pantai itu Nur teringatkan kisah lama bersama AHH. Namun mereka ke sana juga dan makan di Restoran Pantai. Oleh kerana pertemuan hamper saban hari dan roslan kelihata meminati Nur sejak di Jakarta Airport lagi , barulah Nur mulai syak mengapa Roslan ingin membantunya ketika di airport dahulu. Di Batu Hitam inilah Roslan menyatakan hajatnya tetapi dengan gaya Mat Saleh ingin melamar Nur. Maka tak salah fihrasat adik tentang niat Roslan. Dan Aizan menjadi serba salah, hatinya mula mahu menerima Roslan tetapi bagaimana dengan Irfan di Jakarta. Irfan baginya terlalu baik untuk dipinggirkan. Mak pula sudah boleh mengizinkan Nur pergi bersama Roslan tanpa ditemani adik atau sesiapa.

 Siri 20 : Irfan Atau Roslan?

Siri kali ini adalah tentang Roslan akan pulang semula meneruskan tugas diplomatiknya di luar Negara. Kali ini dia akan ke US, bukan lagi London.  Perwatakan Roslam semakin jelas. Dia agak liberal, hidup mewah. Dan mampu memberi hadiah buat Nur sebentuk cincin berlian bertatah intan. Ini berbeza dengan Irfan, walaupun daripada keluarga berada tetapi berhemat dan lebih bersopan santun pada penglihatan Nur.

 Ternyata roslan ibarat spoilt child manakala Irfan seorang anak yang cultured (berbudaya tinggi). Namun masih belum pasti apakah kedua-duanya masih menyimpan ulterior motif terhadap Nur, masih menyembunyikan kuku, terutama Irfan. Kedua-duanya nampaknya bersungguh-sungguh untuk memiliki Nur.

 Yang jelas Irfan lebih menarik berbanding Roslan daripada segi hubungan dengan Nur. Irfan mengambil masa enam bulan membina cinta dan kasih saying, manakala Roslan hanya dalam tempoh seminggu. Maka pembaca semakin suspense melihat cinta segi tiga ini. Nur pula ibarat dara yang rambang mata melihat dua jejaka di depannya, tidak tahu mahu memilih siapa. Perkembangan wataknya begitu pantas, daripada seorang yang telah patah hati enam bulan lalu menjadi seorang yang seperti rakus mencari cinta. Malah Nur tidak dapat nak buat keputusan yang mana satu yang bakal menjadi suaminya. Pembaca seperti terbawa-bawa mahu mengikuti perkembangan seterusnya sama ada percaya yang Nur merupakan seorang wanita yang ingin dihargai oleh jejaka.  Nur seperti berada di Cloud 9.

 Antara Roslan dan Irfan terserlah dua tradisi budaya. Roslam lebih mewakili tradisi barat dalam hubungan teruna dara sementara Irfan meneruskan tradisi budaya timur. Contohnya Irfan tidak memberi cincin untuk ikatan janji manakala Roslan malah melamar Nur dengan cincin berharga untuk meyakinkan Nur bahawa dia cintakan Nur dan mahu menjadikannya calon isteri. Inilah lambing dan resam budaya timur dan barat yang terserlah melalui watak Irfan dan Roslan.

Siri 21 : Terkejutnya Aku!

Rambang mata atau lebih tepat mata keranjang adalah istilah yang sesuai untuk sifat dan sikap Nur terhadap Irfan dan Roslan. Nur gagal memilih siapa antara keduanya yang perlu diikuti. Sebelumnya ada AHH. Tidak jelas dan tidak diberikan sebab mengapa Nur begitu berdendam dan berpatah arang dengan AHH. Mungkin AHH telah memperbodohkan Nur apabila mengatakan wanita yang dekat dengannya hanyalah adik angkat. Tetapi Nur kurang yakin. Liza, sahabat Nur lebih beruntung kerana mempunyai teman yang setia, Rizal,  sehingga dia bertunang.

 Nur tidak dapat melihat kelemahannya kerana disanjung dan dipuja oleh dua lelaki yang semakin dekat dengannya – Irfan dan Roslan. Kedua-dua jejaka ini tidak seperti AHH yang begitu menunjuk-nunjuk di depan Nur ketika kononnya bersama adik angkatnya. Ini membuatkan Nur sakit hati dan berpatah arang. AHH mungkin ingin membuatkan Nur cemburu tetapi rupa-rupanya rancangan AHH memakan dirinya sendiri. Nur tidak dapat menerima hakikat ada gadis lain bersama AHH, sehingga tak sanggup memberi peluang kedua kepada AHH.

 Tidak dijelaskan mengapa Nur begitu marah dengan AHH. Watak ini muncul mendadak dalam siri ini seperti halnya Roslan di Airport dahulu. Mengapa Nur marah sangat juga tidak dijelaskan dengan mendalam, malah kurang meyakinkan. Padahal akibat daripada kemarahan itu Nur dan AHH berpisah

 Siri 22 : Terkejut Lagi!

Ada pertentangan pendapat dalam kata-kata roslan terhadap Nur. Roslan bagi cincin sebagai tanda perkenalan. Namun dalam pada itu Roslan kata dia minat nak masuk meminang, malah ingin menjadikan Nur calon isterinya. Mana satu yang boleh dierima Nur atau pembaca. Atau niat Roslan Nur boleh dipikat kerana memikirkan Nur seorang gadis kampong.

 Nur sudah begitu intim dengan Irfan. Tak pasti apakah Roslan tahu hubungan Nur dengan roslan. Tetapi Roslan gagahi juga dan ingin mengurat Nur  melalui telfon.Ketika Nur ke pusara kak Eizan bersama bekas tuning Abang Mat (seorang pegawai tentera) untuk membaca Yassin dan berzikir  Irfan dating ke restoran Mak hingga mengejutkan Mak sendiri. Adik sengaja diamkan kedatangan Irfan kepada Nur dan tujuan Irfan adalah untuk meminang Nur pada tahun hadapan.

 Mak meneliti Irfan, merenungnya  bagaikan cuba menyelam isi hatinya. Apakah Irfan patut menjadi menantunya, sedangkan dia seorang asing. Manakala Nur hamper pasti akan memilih dan bersetuju menrima Irfan sebagai calon suaminya, berbanding Roslan. Bagaimanapun Roslan cepat memintas dengan memberi cincin berlian buat Nur sedangkan Irfan belum melakukan apa-apa untuk menunjukkan kesetiaan cintanya kepada Nur. Apapun oleh kerana Irfan sudah berada dalam kalnagan keluarga Nur maka sebaiknya dimanfaatkan sahaja hubungan silaturrahmi antara irfan dan keluarga  Kuantan ini.  Hanya sahaja kepada pembaca tidak mendapat penjelasan lebih lanjut tentang apa yang dilakukan Irfan sepanjang beberapa hari di Kuantan.

 Saya melihat jalan cerita sudah semakin jelas sehingga ke siri ini antara cinta segi tiga – Nur-Irfan-Roslan. Konflik mulai menonjol. Nur kelihatan sudah dengan senang hati menerima Irfan berbanding Roslan. Bagaimanapun Nur masih merelakan Roslan dalam keadaan mengharap. Apakah Nur akan menjadikan roslan sebagai calon alternative andainya  Irfan berubah hati atau atau ada niat serong dalam hati Irfan terhadap Nur?

Kemunculan abang Mat, bekas tuning Kak Eizan mengundang tanda Tanya. Mengapa Abang mat tidak meminta adik sahaja menemainya ke kubur Allahyarham tetapi meminta Nur menemaninya. Apakah abang Mat sedang beralih arah , mula meminati adik bekas tunangnya itu, bagaikan mahu bersalin tikar? Jika ini berlaku, cinta Nur bukan lagi tiga segi tetapi sudah menjadi empat segi, malah lima segi andainya AHH diterima kembali sebagai sahabat Nur. AHHku dan ARIku mempunyai latar yang belum begitu jelas dan Nur belum menjelaskannya lagi.

 Dalam siri ini muncul unsur kejutan berbanding kebetulan seperti contoh-contoh berikut:

1.    Roslan telefon dari US hanya selepas dua hari di Negara Uncle Sam itu.

2.    Irfan muncul tiba-tiba di Kuantan walaupun ia diketahui mak dan adik, tetapi tidak Nur.

3.    Kemunculan Abang Mat bekas tuning Kak Eizan

4.    Mak macam setuju menerima Irfan lebih berbanding Roslan, apakah rahsia Irfan sehingga mak bersetuju dia menjadi menantunya, padahal Roslan telah memberi Nur cincin tanda bahawa Nur akan dipinang.

5.    Mak seperti beruntung kerana anaknya, Nur didampingi oleh jejaka berada seperti Irfan, Roslan dan Abang Mat, pegawai tentera. Dan sikap mak ini agak mengejutkan walaupun sebetulnya mana mak yang tidak mahu melihat anaknya hidup senang.

 Siri 23 : Pulang Ke Jakarta

Antara irfan dan Roslan, yang mana satu pilihan Nur kerana kedua-duanya akan menyebabkan Nur akan berjauhan dengan maknya. Irfan di Jakarta manakala Roslan sebagai diplomat di luar Negara. Dan sudah pasti sebagai isteri, Nur akhirnya akan ikut suaminya. Nur kesal kerana Kak Eizan cepat sangat pergi meninggalkan keluarga selama-lamanya.  Nur semakin pusing memikirkannya.  Nur mula tawar untuk pulang ke Jakarta kerana memikirkan hal maknya.

Timbul rasa kesal kenapa Nur tak pilih UKM saja dahulu dan tidaklah begitu jauh meninggalkan mak. Nur mencium tangan maknya dan ia amat menggetarkan perasaannya dan menusuk seluruh anggotanya. Tanpa Nur Kak Nah menjadi orang penting untuk meneruskan perniagaan mak. Tanpa Kak Nah mak mungkin tutup kedai. Kak Nah orang harapan mak.

Pada pagi mahu berangkat pulang Roslan telefon bertanya siapa yang akan manghantar Nur ke Subang. Suasana haru pada pagi itu sebelum Nur meninggalkan mak kesayangannya. Hati Nur berbelah bahagi tetapi apakan daya pendidikan juga penting. Suasana diceritakan secara detail yang amat memilukan. Ada unsur kejiwaan yang mendalam dalam masa satu jam berlalu. Ini satu kelebihan pada penulisnya yang Berjaya menghidupkan jalan cerita. Air mata perpisahan dibuang jangan tetapi begitulah hakikatnya ibu dan anak yang akan berpisah.

Adik berpesan kepada kakaknya jaga maruah keluarga, terutama apabila dikaitkan hubungannya dengan Irfan. Nur dan Irfan belum kahwin. Ketika luahan pesan-memesan itu Irfan masih berada di bilik air. Cara bercerita dengan bahasa yang amat menyayat hati itu cukup mengesankan.Penulis Berjaya melukiskannya dengan bauran bahasa jurnalistik dengan bahasa sastera. Tidak kering.

 Siri 24 : Jakarta Aku Datang Lagi

Nur pulang ke Jakarta, hanya kali ini Nur ditemani buah hatinya Irfan, yang muncul mengejut di Kuantan. Jiwa Nur ini tidak lagi kosong. Kalau dahulu dia membawa diri kerana patah hati dengan orang yang dia sayangi, tetapi kali ini dia bersama Irfan yang kedua-duanya sedang dilamun cinta. Nur kini benar-benar jatuh hati dengan Irfan dan hatinya memang lebih melekat dengannya berbanding dengan Roslan, seolah-olah Nur mahu  menutup pintu hatinya tarhadap Roslan. Walaupun Irfan dengan pelat Jawanya memanggilnya dengan nama Nur Aijan yang tidak disenanginya kerana terasa aneh di telinganya namun kalau sudah suka begitulah apa sahajanya indah belaka.

Dalam pada itu Irfan menghadiahkannya perfume  jenis Calven Klein. Dan Nur tidak lupa membawa bekalan roti canai 20 keping buat teman-teman pelajar Malaysia di Jakarta. Nur meluahkan rasa dan perasaannya kepada Irfan mungkin kerana ingin menghilangkan kegayatannya naik pesawat. Ini lagi satu cara yang mengesankan  dari aspek kejiwaan yang merangkumi indera, suara, rasa dan bau. Nur misalnya senang dengan perfume polonya Irfan dan Nur kurang senang dengan sebutan “aijan” berbanding “aizan”.

Penulis Berjaya memasukkan momen-momen cinta  yang mengasyikkan sekaligus  menjelmakan momen-momen eskapisme  menghilangkan kegayatan yang amat ditakuti Nur semasa dalam penerbangan. Nur memanfaatkan kehadiran Irfan dengan saling menyandar ke bahu masing-masing sewaktu santai atau ketiduran dalam pesawat.

Siri ini akan menjadi lebih mengesankan jika penulisnya dapat bercerita sedikit tentang apa yang difikirkan ketika dalam keadaan saling sandar-menyandar di bahu masing-masing atau ketika Nur dalam keadaan tidur lena dan bermimpi. Apakah Nur akan bermimpi indah atau sedang menghadapi keributan cinta tiga segi antara Irfan dan Roslan.

Kemudian alangkah bagusnya jika semasa berada dalam pesawat irfan bercerita mengapa dia mendadak sahaja muncul di Kuantan. Latar kedatangannya mesti menarik hati pembaca, lebih-lebih lagi itu adalah pertama kali Irfan menjejakkan kaki di Kuantan. Apakah perasaan Nur ketika itu terhadap roslan yang kini berada di tempat baru di US. Dan bagi Irfan, dia perlu menjelaskan apakah dia ke Kuantan kerana rindunya kepada Nur atau dia mahu membawa pulang sendiri Nur ke Jakarta. Barangkali pula Irfan dapat membantu menjelaskan suspense yang selama ini dirasai pembaca mengapa dia begitu tertarik dengan Nur. Apakah kepolosan cinta Nur yang jarang ditemui Irfan dalam kalangan gadis dan wanita Indonesia atau Irfan punya nawaitu yang dia masih sembunyikan. Tapi aneh juga Irfan yang punya segala-galanya mampu memilih cewek-cewek yang lebih cakep dan cantik seperti yang dikatakan nur bahawa dia tidak secantik mana pun. Tetapi kenapa nur yang menjadi buah hatinya. Apa yang menyebabkan Irfan begitu “terpesona” dengan Nur?

29 November 2011.

 Siri 25 : DebarKeputusan Peperiksaan

Nur penuh debar menunggu keputusan peperiksaan untuk Semester 1nya. Istilah yang sring digunakan ialah ujian. Tak pasti apakah istlah ujian juga digunakan di Depok. Untuk lulus minimum nilai harus 2.5. jika kurang daripada nilai itu, Nur tidak dibolehkan mengambil matakuliah lebih pada semester berikutnya. Malah mungkin dia terpaksa mengulang kaji dan mengambilnya semula. Di kampus lain, seperti di UNPAD, misalnya, 12 tahun yang lalu daripengalaman saya sendiri, nilai diukur dari urutan 1 hingga 10. Minimum pelajar wajib lulus nilai 6 untuk mendapat kredit lulus. Kurang daripada itu pelajar terpaksa mengulangi ujian lagi sehingga lulus.

Apapun jua Nur dan beberapa pelajar senior yang lain terpaksa dalam keadaan berdebar pagi itu untuk melihat keputusan peperiksaan mereka. Ada yang kata bahasa Indonesia yang digunakan sebagai medium of instruction di kampus adalah sama sahaja berbanding bahasa Melayu. Namun daripada pengalaman Nur selama enam bulan pertama,  dia merasakan agak sukar dan bahasa Indonesia dan bahasa Melayu itu sama tapi tak serupa. Inilah yang merungsingkannya. Bagaimanakah keputusannya nanti. Berjayakah dia atau perlu mengambil lagi.

Dalam pada itu Nur juga mahu bertemu dengan cinta sayangnya Irfan. Dia pasti menunggu di kampus. Dan dia juga menunggu keputusannya. Tetapi ketika Nur bertemu Irfan, dia kelihatan rileks, tidak menampakkan rasa cemasnya. Dan debaran Nur mulai reda apabila mendapati dia lulus dengan 3.3, jauh di atas 2.5. Ineng dapat 2.8. Ini bererti Nur Berjaya mengatasi nilai yang diperoleh Ineng. Ini juga bereerti Nur begitu pintar mengambil peperiksaan walaupun dalam bahasa Indonesia. Satu pencapaian yang luar biasa kerana bukan mudah menguasai bahasa Indonesia sebagai bahasa pengantar.

Memang bunyinya mudah tapi perlu diketahui bahawa struktur bahasa Indonesia jauh berbeza dengan struktur bahasa Melayu. Bahasa Indonesia diasaskan kepada struktur bahasa Jawa sementara struktur bahasa Melayu diasaskan kepada bahasa Melayu-Riau atau Minang.  Banyak istilah bahasa Indonesia yang begitu asing. Namun Nur layaknya sudah begitu lihar berbahasa dan menulis dalam bahasa Indonesia, hanya dalam masa enam bulan di kampus. Tanpa kursus khas belajar bahasa Indonesia. Apapun Nur telah Berjaya dan halangan bahasa tidak menjadi masalah kepadanya. Tidak jelas bagaimana prestasi pelajar-pelajar yang lain.

Dengan kejayaan itu Irfan bercadang mengajak Nur mengikutinya ke Puncak, bandung dan Jogjakarta atas urusan kerja.  Mulanya Nur bimbang kerana lokasinya yang begitu jauh, tetapi akhirnya dia ikut. Kurang jelas apa niat sebenar Irfan mahunya ikut dan Nur pula tidak meminta pandangan pelajar-pelajat Malaysia yang lain. Seolah-olah mereka tidak pernah wujud bersama Nur.

Satu ketika Irfan Nur sendiri mahu mencium pipi Irfan tetapi memikirkan dosa maka Nur tidak melakukannya. Nur ke Wisma Malaysia untuk melihat jika ada surat untuknya.

Siri 26 : Surat SJ

Watak Nur banyak diperkatakan dalam siri ini walaupun kelihatannya banyak yang negative. Nur dikatakan tidak sesuai menjadi teman hidup SJ. Lagi pun Nur lebih tua usia, mahunya untuk pasangan yang lebih sesuai umur antara lelaki dan perempuan biarlah antara lima atau enam tahun sekurang-kurangnya. Penulis berpandangan bahawa ciri calon terbaik mestilah mengikut garis panduan yang ditentukan dalam al-Quran dan hadith. Bagi Nur dia tak secantik yang diidamkan seorang lelaki, tidak kaya, iman tidak kuat dan keluarganya bukan dari keturunan yang baik-baik. Maka dengan itu SJ perlu tinggalkan Nur dan oklah kalau setakat menjadi sahabat sahaja.

Hanya yang menjadi persoalan mengapa nasihat MAB, Dr. Ismail dan ARI disebut dalam siri ini, padahal mereka belum lagi wujud dalam kamus penulis ketika itu. Ketiga-tiga nama ini menyebut istilah menopause di kalangan wanita  jika lelaki masihmuda berbanding wanita.  Irfan pula mungkin tidak kaku tinggal di Kuantan kerana Kuantan, walaupun tidak sebesar Jakarta, namun suasana di Kuantan hamper sama dengan Jakarta. Sebabnya mengikut Saleh daud Jakarta itu ibarat sebuah kampung besar seperti halnya suasana di Kuantan juga.

Nur menasihatkan SJ supaya berhati-hati memilih isteri. Nur tidak sesuai kerana  Nur mempunyai kelemahan dan berada dalam serba kekurangan. Dengan irfan juga Nur masih pesimis apakah nur sesuai bersamanya. Hanya Nur tidak menyatakan apakah dia rapat dengan Irfan sebab dia dari keluarga  yang berada dan menumpang kemewahannya. Namun dalam pada itu Nur menyatakan kelemahanya kepada SJ. Apakah Nur ingin menyatakan helahnya kepada SJ supaya SJ mencari wanita lain sbab Nur sudah terpikat dengan Irfan? Dan dalam hal ini nama Roslam]n langsung tidak disentuh Nur.

Satu lagi persoalan yang mungkin di luar topic dalam siri ini cerita Abd Rahim Ismail dan Dr. Ismail yang isterinya jauh lebih muda dan tentang cerita MAB yang bercerita tentangmenopause. Bilakah hal ini berlaku apakah dalam suasana sekarang atau tahun 1988?

 Siri 27: Indahnya Puncak, Bandung dan Jogjakarta

Selama hidup Nur belum pernah dia sampai ke tiga tempat ini, Puncak, Bandung dan Jogjakarta. Pernah Nur dengar dari kawan-kawan tentang keindahan kota-kota ini. Puncak seperti berada di Cameron Higlands, Bandung panas sedikit sementara Jogjakarta dipenuhi tinggalan sejarah purba. Nur teruja mahu ke sana dan kesempatan ini dapat dialaminya bersama Irfan kekasihnya. Malah di Jogjakarta nanti Nur mahu makan bersila di Jalan malioboro yang terkenal dengan pasangan kekasih berpacaran dalam sinaran lilin dengan makanan yang digemari. Nur mahu mengalami momen-momen manis begitu.

Sebelum memulakan perjalanan seperti biasa Irfan muncul mengikut  waktu, tidak pernah mungkir janji, Ini agak berbeza dengan bekan kekasihnya ARI dahulu. ARI selalu lewat, tidak pernah ikut masa tetapi lekas-lekas meminta maaf kepada Nur. Aapun Irfan dan Nur ke pasar minggu dahulu munkin membeli apa-apa persiapan untuk berjalan jauh . Beli buah-buahan.

Ketika meninggalkan rumah kosnya Nur melihat dirinya seperti ditinggalkan kawan-kawannya dari Malaysia. Seolah-olah di tidak wujud bersama mereka. Tetapi apakah mereka perlu dipersalahkan kerana Nur sepanjang masa ibarat belangkas bersama Irfan. Malah bukan tidak mungkin teman-teman dari Malaysia sengaja mengenepikannya kerana Nur tidak jarang bersama mereka. Mereka tidak mempunya kesempatan seperti Nur dengan mobil  ke mana sahaja seolah-olah Irfan itu “supirnya”. Irfan pula tak pernah menolaknya. Timbul tanda Tanya apakah kesetiaan yang begitu mendalam menjadikan irfan seorang jejaka macho, cool dan tidak pernah moody. Ini juga sering difikirkan Nur kerana dia jarang melihat Irfan moody atau bengis kayak harimau. Nur pun tidak kelihatan aneh dengan telatah dan tingkah laku Irfan.

Di Puncak Irfan dan Nur mampir di Villa bapanya. Melihat keindahan kebun the dan membeli lukisan. Irfan sudah pula memberanikan siri dengan memeluk pinggang dan membelai rambut Nur. Namun Nur dengan baik menegurnya dan Irfan kembali seperti biasa hanya memegang tangan. Agaknya bagaimanalah perasaan irfan ketika itu. Setelah enam bulan dan siang malam bersama buah hatinya dia hanya Berjaya mencium tangan dan mencubit pinggang dan bahu sahaja. Atau apakah Nur bercerita demikian untuk mengelakkan dripada sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan nilai-nilai murni sebuah cerita. Ertinya  penulis menyempang sedikit daripada penceritaan nostalgia ini untuk menjaga dan mengawal jalan cerita. Pembaca boleh memikirkannya sendiri. Oleh kerana masa tidak mengizinkan mereka terus ke Bandung, Irfan memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke Bandung pada keesokan harinya. Malam itu mereka bermalam di villa dengan ditemani Sirna dan Tukimin yang dating berasingan.

 Siri 28:  Ujian Di Bandung

Bermulanya pejalanan Punbanjog Nur-Irfan

Irfan dan Nur memulakan perjalanan tiga kota, iaitu Puncak, Bandung dan Jogjakarta dengan mobil milik Irfan. Perjalanan ke Bandung yang sepatutnya memakan masa beberapa jam itu terasa bagaikan satu jam sahaja kerana mereka menghabiskan masa ngobrol santai dan senda gurauan. Maklumlah sepasang merpati dua sejoli dalam kehangatan cinta.

Pada pagi sebelum memulakan perjalanan Nur tetap dengan kesetiaan kepada waktu. Sima dan tukiman turut membantu perkemaskan sarapan dan beg pakaian untuk perjalanan itu.  Dalam perjalanan Irfan sempat menjawab pertanyaan Nur tentang istilah Ci kerana ia bahasa Sunda. Irfan menjelaskan Ci bererti sungai. Jadi kalau ketemu ci di pangkal nama itu bererti sunai… Misalnya Citarum, Cibaduyut dan lain-lain. Mungkin juga Chicago di US membawa erti Sungai Kargo.

Sampai di Bandung  mereka tak dapat check-in kerana tidak ada kamar kosong di Bandung. Penuh belaka. Nur kurang selesa apabila Irfan mencadangkan mereka tidur se kamar sahaja. Mujur juga ada pasangan yang check-up pada ketika itu. Kebetulan sahaja kot. Jadi selamatlah Nur daripada memikirkan apakah yang berlaku jika mereka masih tidur sekamar malam itu. Minta dijauhkan Allah, minta Nur.

Malam itu mereka ke pusat pertokoan ntuk membeli pakaian. Sementara pada esoknya meraka akan ke Cibaduyut ke kota kasut dan sepatu dank e Tangkuban perahu.   Ketika berada di restoran makanan ala Padang Nur diberikan sejenis makanan rangup yang dinamakan bekicok oleh Opie, seorang kacukan. Katanya sedap dan rangup. Belum pun sempat Nur memakannya dia sempat bertanya apakah bendanya yang diberikannya. Bila Ope mengatakan siput babi, langsung Nur melepaskannya. Barulah dia mengerti bahawa opie beragama Keristian.

Yang anehnya mengapa Irfan tidak bilang yang makanan itu adalah daripada siput babi? Soalan yang penuh tanda Tanya. Masih ingatkan mengapa Nur pergi menghadiri majlis nyanyian rohani di Jakarta satu ketika dulu. Mengapa Nur dibiarkan ke sana. Hanya dengan alas an Irfan biar Nur tahu sendiri?  Ketika di Cibaduyut Nur membeli beg pakaian.

Ada dua ujian keimanan Nur di Bandung. Pertama tidak ada kamar kosong dan kalau perlu terpaksa tidur sekamar. Kedua hamper makan kerepek siput babi. Nmun kedua-duanya dapat menyelamatkan Nur. Betulkah?

 Siri 29 : Sumpah Janji Jogjakarta Yang Historis

Terdapat perkembangan watak yang menarik . Sepasang merpati Nur dan Irfan sudah lebih daripada hanya cium tangan, tapi sudah melarat ke cubit lengan dan pinggang tetapi dalam suasana masih amat sopan dan tertib. Kadang-kadang kita merasa sedikit aneh melihat sepasang teruna dara dengan mabuk angaunya begitu Berjaya mengawal perasaan, terutama di Kota Jakarta yang hubungan lelaki perempuan tidak ada batasnya dari sudut agama dan tatasusila. Pembaca tidak melihat mereka melakukan apa yang lazimnya dilakukan oleh insan biasa yang mabuk cinta. Apakah Irfan terutamanya telah masuk kepada peringkat seorang yang warak dan masih mahu mengawal nafsu nafsinya, atau Irfan adalah malaikat jelmaan dan bukannya iblis yang menyerupai manusia.

Yang masih dapat disimpulkan di sini ialah Irfan masih seperti ayam jantan yang berlegar-legar dikeliling ayam betina, mengeluarkan suara yang merayu, yang menggoda agar ayam betina “menyerah”. Makna kata Irfan masih terus dalam proses mengurat. Pada awal pada episode-episod awalnya Irfan telah pun, mungkin secara bersenda, menyatakan niatnya untuk “test the water” apabila bilik hote penuh di Bandung dan terpaksa tidur sekamar.

Nur juga kurang senang tanpa kehadiran Irfan. Mereka bukan setakat berpacaran tetapi sudah menjadi belangkas bagaikan dunia ini adalah milik mereka semata-mata.Pembaca barangkali tertanya-tanya mengapa Irfan mahu menolong Nur mendaftar dahulu, padahal ramai juga pelajar Malaysia yang senior yang sepatutnya membantu. Dan memang sudah menjadi tanggungjawab mereka. Paling-paling pada hari pendaftaran JPMI sepatutnya membuat pemantauan. Apakah ini satu kebenaran, iaitu pelajar-pelajar baru dibiarkan melakukan sendiri-sendiri dan mengharapkan bantuan sesiapa sahaja. Dan pada kali ini seorang senior dari Indonesia sendiri yang rela membantu. Dan mujur juga jejaka ini ala sophan sophian, ganteng dan kaya pula.

Apapun Nur pulang dengan selamat diteman Irfan dengan hadiah menanti buat Nur. Kemudian apabila di Jogjakarta mereka gunakan bilik interconnecting, tidak seperti Bandung dua bilik yang berasing yang tidak interconnecting. Dua merpati yang mabuk cinta dan saling menyanyangi, malah sudah melakukan sumaph janji menjadi pasanagan bahagia tetapi tetap terus mengawal cinta nafsu-nafsi mereka. Dan mereka hanya melakukan cium tangan, cubit pinggang dan cubit lengan dan kalau pun ekstrim picit hidung. Apakah ada yang mahu disembunyikan penulisnya agar ini benar-benar sebuah episode reality yang masih wujud di zaman siber ini. Darah muda tidak membawa apa-apa makna kepada hubungan intim harian mereka. Di Gunung Bromo mereka berjanji, di candi probodur mereka melafaz aku janji dan mereka masih tetap pada tahap kesucian cinta yang nombor wahid. Belum sekali mereka berpelukan apatah lagi merangkul pinggang, masih lagi dikawal hokum-hakam agama. Baik Irfan mahupun Nur. Demikianlah hebatnya mereka dalam dunia percintaan mereka.

 Siri 30: Kuliah Bermula Lagi

Irfan menerima cincin perak yang dihadiahkan Nur ketika Nur membelinya di Bandung. Irfan mencum lama cincin itu. Hanya mencium cincin dan tidak orangnya. Dan oleh kerana kesuntukan tempoh perkuliahanNur terpaksa mengambil lebih banyak mata pelajaran yang lebih daripada yang diperuntukan setiap semester. Istilah yang digunakan magang dan Nur ambil dua kuliah semester lebih atas, iaitu Statistik 1 dan Metode Penelitian Masyarakat 1 yang mungkin sepatutnya diambil pada tahun dua semester 1.

Paling menarik ialah cinta mendalam Irfan terhadap Nur dan sebaliknya, bagaikan sepasang kekasih yang tidak boleh dipisahkan lagi. Cara Irfan memanggil Nur dan cara Irfan membawa nur ke sana ke mari bagaikan dewa kayangan yang mampu dimanfaatkannya. Tetpi Irfam tetap Irfan, santun dan sopan dan masih tetap pada tahap :mencium cincin” dan mencubit pinggang dan lengan!

Kemudian soal latihan praktek atau praktikal. Barangkali system di Depok begitu. Pada semester 2 pelajar sudah diwajibkan mengadakan kerja-kerja praktek. Nur adalah dari jurusan jurnalistik, maka Nur diharuskan mengambil kerja prakteknya di perusahaa suratkabar di Jakarta. Pilihan Nur ialah Akhbar Kompas, Suara  Karya dan Suara Pembaharuan. Tiga akhbar sekaligus? Atau pilih satu saja. Tidak dijelaskan, tapi yang jelas Nur menerima  latihan amalinya di akhbar Kompas yang berpengaruh dan langsung dibimbing ketua editornya Bapak Paulus. Nur beruntung kerana dia diberi bimbingan oleh seorang yang paling berpengaruh di Kompas dan bapak ini mempunyai waktu untuk membimbing dalam kesibukannya sebagai ketua editor.

Sebagai perbandingan di UNPAD Bandung kerja praktek dilakukan pada tahun ketiga, dan kebanyakannya dilakukan di Koran berpengaruh Bandung, iaitu Pikiran Rakyat. Yang membimbingnya jarang daripada pimpinannya kebanyakannya oleh pembantu dan kemudian pelajar akan turun ke lapangan mencari berita. Malah pengalaman saya dan beberapa kawan yang mendapat latihan praktek di Koran itu terlalu jarang berita yang digarap oleh pelajar mendapat tempat dalam Koran.

Namun Nur masih mujur, walaupun pada awalnya diamahu praktek di Pos Kota tetapi Irfan menasihatkan sebaliknya karena  kandungan Koran itu tidak menjamin keselamatan Nur. Dalam hal ini praktek di Depok boleh pilih-pilih Koran oleh pelajarnya. Di Bandung ia ditentukan antara perusahaan dan manajemen kampus. Di UNPAD jurnalistik, misalnya di bawah satu jurusan dalam Fakultus ilmu Komunikasi tetapi di Depok Jurnalistik sebahagian daripada Fakultas Sosial karena tidak ada Fakultas Komunikasi. Agaknyalah.

Nur Berjaya mencuri tumpuan apabila berita yang digarapnya tentang kisah pelarian UNCHR, berdasarkan  sumber pegawai  UNCHR disiarkan sebagai berita utama Kompas keesokan harinya. Beritanya  hanya berupa pernyataan pegawai berkenaan yang tidak mahu komen tapi menyerahkan kepada kebijaksanaan pemerintah Indonesia. Nur gembira  karena berita itu disiarkan in toto, maksudnya tanpa disunting, walau satu patah pun. Tidak dijelaskan apakah berita utama itu dalam bentuk filler (penyendal ruang) atau “screaming Headline” di halaman depan. Saya berkata demikian karena tidak banyak yang diperoleh daaripada pegawai berkenaan selain no komen dan tergantung apa yang patut dilakukan pemerintah. Kurang jelas apakah berita seumpama itu boleh menjadi berita utama sebuah Koran sebesar Kompas pengruhnya atau antara Kompas dan Depok sudah ada jalinan kerjasama untuk saling membantu dari sudut penyiaran berita.

Satu hal mungkin berada dalam kepala pimpinan KOMPAS. Antara perusahaannya dengan Depok ada kesepakatan memberikan yang terbaik bagi pelajar yang mengambil kuliah jurnalistik. Dan latihan praktek itu adalah untuk kuliah “Teknik Menulis Berita.”

Dalam pada itu Irfan terus setia membantu Nur dalam kerja berulang alik dari depok ke Kompas dan rumah kosnya. Tidak ada mungkirnya. Meraka membuat aku janji juga untuk melangsungkan pertunangan  dalam masa setahun. Dan mereka masih tetap utuh di peringkat percintaan yang ideal, setakat cium tangan, cubit pinggang dan picit hidung. Kalau Irfan menghantar Nur hanya cukup sampai di muka pintu…

Siri 31 : Berkumpul Bersama Keluarga Irfan

Nur tidak kekok berada alam pangkuan keluarga Irfan, terutama buat pertama kali Nur diperkenalkan kepada ibu dan bapa Irfan sekembalinya mereka dari Australia. Pautan Nur-Irfan begitu mendalam sehingga dialog antaraNur dengan keluarga Irfan yang baru diperkenalkan ibarat air datangnya dari mulut Nur. Ketika itu Nur tidak kekok berbahasa Indonesia dan malah dialog sepanjang 30 siri yang lalu menunjukkan keambuhan Nur berbahasa, walau baru enam bulan berada di Indonesia. Seolah-olah bahasa itu adalah mother tonguenya Nur, bukan bahasa Melayu. Nur mampu menyesuaikan dirinya dalam keluarga Irfan. Ini yang menarik.

Barangkali ada di kalangan pembaca yang bertanya, kalaulah Irfan bukan daripada kalangan orang berada dan Nur tidak memiliki tampang yang menawan. ,amis dan ayu, apakah mungkin mereka berdua mampu berhubung hingga sampai ke peringkat yang ada sekarang hanya dalam  masa enam bulan? Kedua, apakah tidak mungkin ada jejaka dari Malaysia, terutama di kalangan senior yang jatuh hati dan terpikat dengan perawakan Nur yang dari sudut berpakaian lebih Indonesia daripada Indonesia.Faiz contoh sanggup menghantar Nur ke Airport kerana Irfan “gak bisa” dan apabila Nur kembali ke Jakarta Faiz hanya berpuas hati dengan sekeping roti canai! Apakah ini mungkin terjadi. Bagaimana dengan harapan dan peluang kedua SJ apabila merayu Nur kembali kepadanya tetapi tidak dindahkan Nur?Andainya SJ mempunyai kemampuan seperti Irfan, bisakah Nur mahu berputus arang dengan SJ?

Kemudian antara Irfan dan Roslan kaitan hubungan tampak jelas. Nur seperti tidak sanggup berpisah dengan Irfan tetpi sanggup dengan Roslan. Sebabnya, Nur mendapat kemudahan di Jakarta sedangkan Roslan jauh dan tidak mampu dimanfaatkan.Andainya Roslan menjadi diplomat di Jakarta, apakah yang akan terjadi. Barangkali konflik hubungan  cinta segi tiga ini akan bertambah sengit dan menarik.

Ketika di rumah Irfan Nur memberanikan diri masuk ke tingkat atas untuk menemui Irfan yang lagi mandi. Tiba-tiba Nur terkejut apabila melihat sesuatu yang tergantung di bilik Irfan sehingga lututnya menggeletar. Kakinya lemah untuk melangkah pergi. Tidak dinyatakan ketiak itu apa yang tergantung. Apakh objek yang tergantung itu?

Apakah ini akan menjadi turning point dalam hubungan dua asyik mahsyuk ini? Dalam fk terdapat banyak komen dan semuanya mengarah kepada kaitannya dengan akidah. Nur beum menyatakan sehingga membuatkan siri 31 ini satu lagi cliffhanger. Belum ada susulannya. Dan pembaca kena tunggu siri 32 atau 33 untuk meleraikannya. Yang menariknya ialah unsur suspense ini biasanya terdapat dalam fiksyen, tapi ini satu peristiwa kejadian yang bersifat auti=obiografikal. Sebuah kisah nyata, walaupun seperti yang saya katakana awal-awal lagi ia berupa 90% kisah benar atau true confession yang mungkin dibumbui oleh 10% fiksyen. Malah kemungkinan ada unsur yang mempunyai motif-motif tertentu yang hanya penulis boleh menjawabnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).