Terima
Kasih H20.Banyak Berkorban.
Blog ini ucap tahniah kepada semua
pimpinan yang telah diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan dalam
pemilihan UMNO 2013. Alhamdulillah, nampaknya semua berjalan dengan lancar.
Boleh dikatakan lancar.
Dalam pada orang memperkatan
kononnya Mukhriz mendapat sokongan yang luar biasa dan kuat di kalangan ahli
UMNO, blog ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH
kepada team h20 yang membuktikan mereka setia dengan perjuangan, dan
mengenepikan ego politik peribadi.
Setelah berbincang dengan ramai
rakan-rakan di bawah, team h20 telah membuat keputusan yang tepat, untuk tidak
memberi malu kepada penawaran diri Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden.
Team H20 banyak memberikan peluang
agar nama Mukhriz diberikan tempat di kalangan perwakilan, dan tidak
meninggalkan Mukhriz jauh di belakang.
Sejujurnya,
berdasarkan kekuatan sebenar Mukhriz, paling maksimum yang mampu diperoleh
anakanda Tun adalah 31 Bahagian. 60 bahagian lain adalah usaha menjaga nama
agar Tun Mahathir tidak mengamuk sakan. Permainan ini hanya boleh dimainkan
oleh kalangan yang setia kepada Najib, dan bukan mereka yang mempunyai ego
politik yang tinggi.
Team h20 sebenarnya boleh menang
jauh lebih besar. Jauh. Tetapi khusus untuk menjaga nama baik ayahanda Tun, ada
bahagian yang diarah untuk mengundi Mukhriz. Bab itu, penyokong MM kena tahu
dan faham. Dalam politik, pencapaian adalah
penting. Ianya akar untuk menentukan seorang pemimpin itu berjaya atau tidak. Apa sumbangan Mukhriz sewaktu
menjadi Timbalan Menteri? Ada MM bersuara mengenai isu Melayu? Ada MM usaha
mempertingkat ekonomi Melayu?
Blog ini harap kalangan penyokong MM
tidak overzealous dengan pencapaian 91 Bahagian. Tolak 60. 31 Bahagian itulah
kekuatan sebenar MM.
Mungkin ada yang marah, tetapi
itulah hakikatnya. Jangan nak ek dan berlagak sangat. Bawa bertenang. Blog ini puji Hisham yang nampak
bigger picture dalam pertandingan kali ini. Setia Hisham yang sanggup berkorban
ego politik, berhadapan dengan tekanan undi popular memang luar biasa. Hanya pemimpin hebat yang ada jiwa
seperti ini. Tahniah Dato’ Seri.
Sorry
big dog. Mesej grass roots itu tidak real. (Petikan
“Gelagat Anwar” 21 Okt 2013)
Komen:
Menarik membaca pandangan “gelagat Anwar” ini. Kalaulah
benar akar umbi UMNO yang mengundi baru-baru ini memberikan banyak undi
Bahagian kepada Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir atas sebab nak menjaga perasaan
ayahandanya, DS Tun Mahathir dan ini pun
atas arahan pucuk pimpinan parti maka nampaknya Dato Seri Hishamuddin Tun
Hussein telah dijadikan objek Qurban. Namun ia tidak sampai beliau kalah untuk
merebut tempat ke-3 jawatan Naib Presiden .
Jika benar kekuatan MM hanyalah
daripada 31 bahagian maka ini bererti apa yang diramalkan beberapa portal
sebelum ini adalah benar. Jika demikin halnya, mengapa kebanyakan portal
Pro-UMNO begitu briya-iya menyokong MM.. Untuk menyelamatkan Presiden UMNO daripada “ditgur” bekas Perdana
Menteri? Kurang pasti rasional “Gelagat Anwar”. Portal ini yakin bahawa sokongan akar umbi kepada MM “tidak real” .
Pandangan “Gelagat
Anwar” ini seperti memberi isyarat bahawa pengaruh bekas PM juga tidak real.
Yang membuatkannya seperti real hanyalah media perdana dan portal pro-UMNO. Mungkin
yang lain, terutama majoriti anggota akar umbi UMNO hanya memberikan “[ip
service” kepada bekas PM.
Mungkin selepas ini semakin banyak portal media sosial
yang memberikan pandangan yang bertentangan dengan pandangan sekarang. Dan MM terpaksalah
memikirkan strategi politik masa
depannya dengan lebih real dan tidak terlalu bergantung kepada pengar uh “ayahanda”..Dan
bagi Hishamuddin yang kononnya menjadi objek Qurban, anggaplah ini satu “wake-up
call” seperti yang dinilai oleh kolumnis The Star, Joceline Tan.
No comments:
Post a Comment