WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Saturday, 26 August 2017

A SAMAD SAID DARI KACAMATA DR FIRDAUS ABDULLAH


A.Samad Said (sekarang Dato' Seri)
bersama Usman Awang (tengah)
dan Ahmad Fadzil Yassin di kantor TEMPO, Jakarta
.

Dato' Dr. Firdaus Abdullah (kanan) and Dato' Abd. Aziz Deraman


Bismillahirahmanirahim!
Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi,
Perdana Menteri Malaysia,
Yang Berbahagia Sasterawan Negara Dato A Samad Said
Yang Berusaha Cik Roselina Johari, Pengarah Eksekutif UTUSAN
Publications & Distributors,
Dato-Dato, Datin-Datin
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian.
Memperkenalkan seorang tokoh yang memang sudah terkenal
seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said adalah
ibarat bercerita tentang kain cindai halus. Menurut sesetengah
cerita Melayu lama, kain cindai halus adalah sejenis kain yang
istimewa`cantik dan halus. Antara keistimewaan kain itu ialah jika
dilipat, lipatannya boleh menjadi sekecil kuku, dan jika dikembangkan
lebarnya boleh menjadi seluas alam. Demikian pulalah dengan
tokoh ternama lagi masyhur yang hendak saya perkenalkan ini. Sebut
sajalah nama A Samad Said. Dia akan dikenal dengan serta merta di
mana-mana, di desa atau di kota, di kampus-kampus menara gading
atau di kampung terpencil seperti Ulu Tembeling. Menyebut sepatah
namanya yang serta merta akan dikenal itu, adalah ibarat merujuk
kepada kain cindai yang terlipat sekecil kuku. Tetapi sepatah nama
yang ibarat kain cindai halus yang terlipat sekecil kuku itu akan
terkembang selebar alam bila kita mula berkisah dan bercerita tentang
diri dan karya A Samad Said.

Terlalu banyak yang boleh dikisahkan dan dianalisis tentang A
Samad Said. Sudah terlalu ramai khalayak yang tahu tentang diri dan
karyanya, tentang suara dan tulisannya, tentang ceramah dan deklamasinya,
tentang misainya yang kurang terurus, tentang rambutnya
yang putih beruban dan tentang janggutnya yang panjang mencecah
dada. Sesungguhnya, A Samad Said sudah menjadi satu “ikon” yang
tersendiri di negara kita ini, terkenal dan popular, menjadi idola di
kalangan yang muda-muda, menjadi kebanggaan bangsa dan dunia
sastera kita.

Sebagai seorang sasterawan yang masyhur dan terkenal bukan sahaja
di kalangan peminat sastera bahkan juga di kalangan pemimpinpemimpin
politik dan tokoh-tokoh korporat, memang sudah banyak
yang diketahui umum tentang diri dan karya A Samad Said. Oleh
kerana itu saya tidak berhasrat untuk mengulang-ulang terlalu banyak,
menceritakan kembali apa yang sudah diketahui umum tentang
A Samad Said. Mengenai sajak-sajaknya yang terkumpul dalam buku
yang akan dilancarkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
sebentar lagi, Allahyarham Dharmawijaya telah memberi satu kata
pengantar yang cukup lengkap. Selain itu banyak juga huraian dan
analisis yang telah ditulis oleh pengkritik sastera dan oleh para sarjana
di dalam dan di luar negeri mengenai karya A Samad Said yang
memang sangat prolifik itu. Jadi tidak banyak yang baru yang dapat
saya perkatakan. Dengan yang demikian saya tidak dapat menahan
diri daripada menyentuh sedikit hal-hal yang agak peribadi -- atau
personal -- sifatnya. Sesungguhnya, A Samad Said yang dengan mesra
dan manja saya panggil Abang Samad adalah seorang, dengan izin - a
special personal friend - seorang sahabat peribadi yang istimewa yang
turut mempengaruhi kehidupan peribadi dan kerjaya saya semenjak
empat tahun yang lalu.

Kira-kira empat puluh tahun yang lalu, di tingkat dua sebuah bangunan
empat tingkat di nombor 111, Jalan Pudu Kuala Lumpur, saya
menatap wajah Abang Samad hampir setiap hari, paling kurang lima
kali seminggu. Sewaktu itu beliau adalah pengarang Berita Minggu dan
saya baharu hendak belajar menjadi wartawan dengan akhbar Berita
Harian. Meja kerja saya dan meja kerja Abang Samad bertaut dan
oleh kerana itu kami duduk berhadap-hadapan. Keadaan yang demikian
memberi saya kesempatan yang istimewa untuk bersahabat dan
sekali gus berguru dengan A Samad Said.

Maka semenjak itu jadilah dia sahabat dan guru saya. Abang Samad
telah menjadi seorang sahabat senior yang tidak pernah jemujemu
mendengar luahan resah gelisah seorang anak muda yang
rambang mata yang setiap minggu jatuh cinta, setiap minggu pula
kepatahan cinta, sekali sebulan dikecewakan pasangan dan dua bulan
sekali mengecewakan pasangan. Dan semua kisah suka duka
dikecewakan dan mengecewakan itu saya luahkan kepada Abang Samad.
Lazimnya dia mendengar dengan penuh sabar. Sekali sekala
dia memberi senyuman yang sinikal atau memberi sindiran yang
penuh senda gurau tetapi senantiasa disertai nasihat dan petunjuk.
Begitulah abang Samad sebagai seorang sahabat senior. Tetapi lebih
dari seorang sahabat, bagi saya, beliau adalah juga seorang guru dan
pakar motivator yang tidak jemu-jemu memberi nasihat dan mengobarkan
semangat.

Saya masih merasa terhutang budi kepada beliau atas bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikannya semenjak saya muda remaja terutama
di peringkat awal kerjaya saya sebagai seorang wartawan dan penulis
dan juga sebagai seorang aktivis GPMS di awal tahun 1960han.
Dalam hubungan ini, saya memohon maaf dan izin kepada Yang Amat
Berhormat Dato Seri , Abdullah kerana hendak mengimbas kembali
satu episod hubungan saya dengan Dato A Samad Said di awal tahun
1960an yang secara tidak langsung melibatkan Yang Amat Berhormat
sendiri. Pada masa itu, tepatnya pada tahun 1962, sebagai presiden
GPMS, Yang Amat Berhormat meminta kerjasama akhbar Berita Harian
agar menyediakan satu kolum atau ruangan khas untuk GPMS.
Saranan itu saya sampaikan kepada Abang Samad dan dengan
serta merta beliau memberi tanggapan dan reaksi yang positif Maka
mulai bulan Ogos tahun 1962 hingga bulan Jun 1966 muncullah satu
kolum atau ruangan khas di akhbar Berita Minggu yang diberi tajuk
khas oleh Abang Samad sendiri, iaitu Hati Dan Nadi Dunia Pelajar.

Saya merasa bertuah dan bernasib baik diberi penghormatan dan kepercayaan
mengisi ruangan Hati dan Nadi Dunia Pelajar itu setiap
minggu. Selama tiga tahun setengah saya menulis untuk ruangan Hati
dan Nadi Dunia Pelajar itu, saya telah mendapat tunjuk ajar dan bimbingan
yang amat berharga daripada Abang Samad. Selain daripada
memberi bimbingan di dunia penulisan itu, beliau juga tidak jemu-jemu
menasihatkan dan memberi dorongan agar saya Belajar dan Terus
Belajar sesuai dengan slogan dan semangat GPMS pada masa itu.
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Jika ucapan saya mengenai Sasterawan Negara Dato A Samad Said
ini kedengaran terlalu peribadi atau personal sifatnya, saya memohon
berbanyak-banyak maaf. Tetapi saya mempunyai satu tujuan lain di
sebalik semuanya itu. Cerita peribadi saya mengenai Abang Samad
ini, bukanlah sesuatu yang luar biasa. Kerana disamping saya, saya
percaya, puluhan malah ratusan penulis dan peminat sastera di serata
negara turut merasa terhutang budi kepada beliau atas bimbingan
penulisan dan dorongan semangat yang beliau beri. Puluhan penulis
muda atau penulis separuh umur akan mendakwa menjadi adik
atau anak didik beliau. Ratusan malah ribuan peminat sastera merasa
rapat dan akrab dengan beliau.

Oleh kerana itu cerita peribadi saya tentang Abang Samad, adalah satu representatif daripada pengalaman puluhan atau ratusan yang lain. Beliau telah berjasa banyak untuk
memperkasa karyawan sastera, beliau telah berjasa banyak untuk
meluaskan khalayak dan peminat sastera. Dan dengan demikian beliau
juga telah berjasa banyak untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti dunia
penulisan kita. Itulah catatan peribadi saya tentang Sasterawan
Negara Dato A Samad Said, guru dan sahabat saya yang saya bahasakan
dengan panggilan manja dan mesra Abang Samad. Tahniah dan
terima kasih Abang Samad, guru dan sahabat kami semua.
Wabillahi taufik wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

(Dipetik daripada buku Memoir A.F.Yassin 2 Menuju Pelabuhan Waktu yang dalam proses penyelenggaraan.)

Monday, 21 October 2013

PENGORBANAN SEORANG SEPUPU DALAM POLITIK?


Terima Kasih H20.Banyak Berkorban.
Blog ini ucap tahniah kepada semua pimpinan yang telah diberikan kepercayaan untuk menjawat jawatan dalam pemilihan UMNO 2013. Alhamdulillah, nampaknya semua berjalan dengan lancar. Boleh dikatakan lancar.

Dalam pada orang memperkatan kononnya Mukhriz mendapat sokongan yang luar biasa dan kuat di kalangan ahli UMNO, blog ini ingin mengambil kesempatan mengucapkan TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada team h20 yang membuktikan mereka setia dengan perjuangan, dan mengenepikan ego politik peribadi.

Setelah berbincang dengan ramai rakan-rakan di bawah, team h20 telah membuat keputusan yang tepat, untuk tidak memberi malu kepada penawaran diri Mukhriz Mahathir sebagai Naib Presiden.
Team H20 banyak memberikan peluang agar nama Mukhriz diberikan tempat di kalangan perwakilan, dan tidak meninggalkan Mukhriz jauh di belakang.
Sejujurnya, berdasarkan kekuatan sebenar Mukhriz, paling maksimum yang mampu diperoleh anakanda Tun adalah 31 Bahagian. 60 bahagian lain adalah usaha menjaga nama agar Tun Mahathir tidak mengamuk sakan. Permainan ini hanya boleh dimainkan oleh kalangan yang setia kepada Najib, dan bukan mereka yang mempunyai ego politik yang tinggi.

Team h20 sebenarnya boleh menang jauh lebih besar. Jauh. Tetapi khusus untuk menjaga nama baik ayahanda Tun, ada bahagian yang diarah untuk mengundi Mukhriz. Bab itu, penyokong MM kena tahu dan faham. Dalam politik, pencapaian adalah penting. Ianya akar untuk menentukan seorang pemimpin itu berjaya atau tidak. Apa sumbangan Mukhriz sewaktu menjadi Timbalan Menteri? Ada MM bersuara mengenai isu Melayu? Ada MM usaha mempertingkat ekonomi Melayu?

Blog ini harap kalangan penyokong MM tidak overzealous dengan pencapaian 91 Bahagian. Tolak 60. 31 Bahagian itulah kekuatan sebenar MM.
Mungkin ada yang marah, tetapi itulah hakikatnya. Jangan nak ek dan berlagak sangat. Bawa bertenang. Blog ini puji Hisham yang nampak bigger picture dalam pertandingan kali ini. Setia Hisham yang sanggup berkorban ego politik, berhadapan dengan tekanan undi popular memang luar biasa. Hanya pemimpin hebat yang ada jiwa seperti ini. Tahniah Dato’ Seri.

Sorry big dog. Mesej grass roots itu tidak real. (Petikan “Gelagat Anwar” 21 Okt 2013)                  

Komen:
Menarik membaca pandangan “gelagat Anwar” ini. Kalaulah benar akar umbi UMNO yang mengundi baru-baru ini memberikan banyak undi Bahagian kepada Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir atas sebab nak menjaga perasaan ayahandanya, DS  Tun Mahathir dan ini pun atas arahan pucuk pimpinan parti maka nampaknya Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein telah dijadikan objek Qurban. Namun ia tidak sampai beliau kalah untuk merebut tempat ke-3 jawatan Naib Presiden . 

Jika benar kekuatan MM hanyalah daripada 31 bahagian maka ini bererti apa yang diramalkan beberapa portal sebelum ini adalah benar. Jika demikin halnya, mengapa kebanyakan portal Pro-UMNO begitu briya-iya menyokong MM.. Untuk menyelamatkan  Presiden UMNO daripada “ditgur” bekas Perdana Menteri? Kurang pasti rasional “Gelagat Anwar”. Portal ini  yakin bahawa sokongan akar umbi kepada MM  “tidak real” .
Pandangan  “Gelagat Anwar” ini seperti memberi isyarat bahawa pengaruh bekas PM juga tidak real. Yang membuatkannya seperti real hanyalah  media perdana dan portal pro-UMNO. Mungkin yang lain, terutama majoriti anggota akar umbi UMNO hanya memberikan “[ip service” kepada bekas PM. 

Mungkin selepas ini semakin banyak portal media sosial yang memberikan pandangan yang bertentangan dengan pandangan sekarang. Dan MM terpaksalah  memikirkan strategi politik masa depannya dengan lebih real dan tidak terlalu bergantung kepada pengar uh “ayahanda”..Dan bagi Hishamuddin yang kononnya menjadi objek Qurban, anggaplah ini satu “wake-up call” seperti yang dinilai oleh kolumnis The Star, Joceline Tan.

Monday, 31 December 2012

UBAH JANGAN PINDA PUN JANGAN. BACA SAJALAH...



Blog YB Zulkifli Noordin
TAK PERLU ULAS DAN TAK PERLU PINDA. ARTIKEL INI SUDAH SELF-EXPLANATORY.
BLOG ZULKIFLI NOORDIN
DIPETIK SELURUHNYA DARI BLOG MP KULIM BANDAR BARU, YB ZULKIFLI NOORDIN YANG MENGULAS AMANAT DATO' SERI ABDUL HADI AWANG. PANDANGAN BELIAU INI TIDAK SEMESTINYA MERUPAKAN PANDANGAN  BLOGER FUAD HASHIM, 25 DECEMBER 2012
AMANAT DHOLALAH
25 Disember 2012
Salam 2 all.
Pendedahan oleh saudara Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai CN Al Afghan didalam buku terbarunya "Kafirkah Aku?" mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981. Desakan CN Al Afghan supaya DS Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.
CN Al Afghan bukan calang orang. Dia adalah ahli PAS seumur hidup. Dia ahli tegar PAS. Dia pernah berjuang di dalam peperangan Afghanistan menentang Russia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan dibawah ISA.
Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut. CN Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqomah dan ikhlas!
Beliau mendesak DS Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi Awang 1981!
"Saudara-sau
Pendedahan oleh saudara Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai CN Al Afghan didalam buku terbarunya "Kafirkah Aku?" mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981. Desakan CN Al Afghan supaya DS Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

CN Al Afghan bukan calang orang. Dia adalah ahli PAS seumur hidup. Dia ahli tegar PAS. Dia pernah berjuang di dalam peperangan Afghanistan menentang Russia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan dibawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut. CN Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqomah dan ikhlas!

Beliau mendesak DS Hadi Awang menarik balik Amanat Hadi Awang 1981!

"Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Datuk Seri Hadi Awang di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981. Datuk Seri Hadi Awang, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

"Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelusuk negara oleh PAS. Ianya memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan Imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadhi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam PAS tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 Nov 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi dilubok pemikiran ahli PAS, Kg. Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah di pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah Negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam serta hudud, qisas & ta'zir! Amanat Hadi Awang jelas terpampang didinding pusat kegiatan Kg. Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 Nov 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh PAS. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Perkuboran Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumoran darah!

Apakah yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! Apa alasan yang mendorong Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya membunuh empat anggota polis tersebut. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Aqidah dengan mereka!

Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, didalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini dihadapan ALLAH nanti?

Persoalannya ialah, apakah yang mendorong Datuk Seri Hadi Awang membuat Amanat 1981 tersebut?

Teman yakin DS Hadi Awang berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan dinegara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliyah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan Al Quran & Sunnah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ianya Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak Al Quran dan Hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas & ta'zir tidak dilaksanakan! Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar PAS!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Malaysia tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan DS Hadi Awang sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk 'Pilihanraya ke 11: Formula Kemenangan".

Ucapan sepanjang 13 mukasurat itu dibuat sewaktu DS Hadi Awang memangku jawatan Presiden PAS selepas kematian Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, DS Hadi Awang juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas PAS memenangi PRU 10 pada tahun 1999. PAS memenangi DUN Terengganu dalam PRU 10 selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO akibat masalah meliwat kakitangannya. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama antara parti cauvinis, rasis dan extremis DAP dengan PAS akibat fahaman Negara Islam dan perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir.

Dalam menuju PRU 11 (yang berlaku pada 2004 dimana Kerajaan PAS Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihanraya. Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, DS Hadi Awang berkata dimukasurat 10;

"Justru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syari'at menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR_PAS) dahulu, maka PAS perlu membuat satu perngorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan perlaksanaan hudud di peringkat Federal. Peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan kini di peringkat Federal. Seandai menang dalam pilihanraya akan datang, BA atau pembangkang akan menubuhkan sebuah Kerajaan Demokratik dan Adil diperingkat Federal atau Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981 diatas. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam 
Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyyah & berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam 
Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "peruntukkan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan dan saperti yang diamalkan di peringkat Federal"!!!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Datuk Seri Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas & ta'zir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. DS Hadi Awang sendiri telah pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jinggay, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan perlaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guang Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na'uzubillah) memenangi PRU 13 dan memerintah Malaysia (na'uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan DS Hadi Awang sendiri semasa Muktamar Agong PAS Tahun 2011 yang jelas menyatakan bahawa "PAS mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (Al Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam Al Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan PAS. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda PAS bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis aqidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada DS Hadi Awang.

1. Adakah kafir Mesir (negara dimana DS Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir Indonesia, negara umat Islam terbesar didunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP dibawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi mereka? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu teman menegaskan bahawa DS Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. DS Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong PAS, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. DS Hadi Awang wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis aqidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. DS Hadi Awang wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. DS Hadi Awang wajib memnita maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub PAS, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang di aibkan dan dimalukan; pendekkata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, DS Hadi Awang wajib mengadakan roadshow dan ceramah berasar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memeperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar PAS yang rosak akibat Amanat itu.

Nasihat teman kepada DS Hadi Awang, janganlah ulangi kesilapan yang pernah dilakukan oleh Iblis. Jauhi sifat takbur! Jangan ditutup hati & jiwa kepada sikap ego dan sikap 'ujub yang akhirnya nanti akan memakan diri. Kerana sayangkan sesama Islam lah teman buat teguran ini!

Makhluk yang asalnya Malaikat bernama Azazil, yang sanagt ta'at dan 'abid kepada ALLAH, akhirnya hanya kerana satu kesilapan, Azazil dihumban ke api neraka selama-lamanya! Azazil dilaknat ALLAH dengan gelaran Iblis!

Kesilapan Azazil hanya satu: TAKBUR!

Akibat takbur, angkuh dan sombong, Azazil menjadi Iblis makhluk yang dilaknat ALLAH! Jangan ulangi kesilapan Azazil! Jangan ulangi kesalahan Iblis!

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH, yang tidak itu adalah kelemahan teman sendiri! Semoga ALLAH memberikan keampunan, maghfirah, hidayah dan kekuatan istiqomah demi Islam, hanya kerana Lillah hi ta'ala!

Wallahua'lam & Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Selasa
11 Safar 1434
 

Saturday, 22 December 2012

THE PROPHECY OF 21-12-12 -THAT WAS NOT...

The Mayan prophecy of the Doomsday

Nobody with the right frame of mind would have taken it seriously. Particularly so when you call yourself a Muslim. Or for that matter a Malay. We, Muslims, adhere to the Surah in the Holy Quran and the general interpretation is that it is still a long way to go before we could see any real evidence that the world is coming to an end. 

Anyway don't bother to even think about it. We should go on our daily routine. As what this lady journalist has been doing all along. She writes her piece with her family background. She knew that everyone is still kicking. Her parents would have known better , being devout Muslims themselves. I presume the parents would be very proud of their young daughter having her own creative imagination to give a simplistic account of the event that was not to be. Never mind whether the article written was on her own accord or assigned by her superior. 
NB: This lady journalist is married to a Dutch convert. 

Mr. Firdaus de Booij helping himself  the  Malay rendang at Aunty Ruby's home in Sg. Buloh

By Zuhaila Sedek-De Booij’s | zuhaila@nstp.com.my

The Mayan prophecy about the end of the world has opened Zuhaila Sedek-De Booij’s eyes to the things she takes for granted

THE alarm on my phone is quacking annoyingly. I should’ve changed the phone’s alarm tone, I think to myself. I can barely open my eyes but I can see the sun through my window. I reach out for the phone and turn off the alarm. Dec 22, 2012 appears on the screen. Hey, I survived the end of the world!

ALONE ON THE LAST NIGHT ON EARTH

Still in bed, it occurs to me that the doomsday preppers must be feeling very miserable today. Despite not believing in the prophecy, an inner voice keeps nagging me, “What if? What if the end of the world had really taken place?” I would have been extra miserable as I was all alone yesterday.

My husband had gone out-station and I spent the day with the cats in front of the TV. I was relaxing on the couch with Fluffy sitting on my chest. I said to her, “It’s just you and me now” and she answered with the gentlest meow ever. 
The end of the world may one day be inevitable. But no one should go through it alone.

Today, I feel so blessed to be given another day to live. I turn around on my bed and see my husband’s face next to me. He returned at midnight, safe and sound.
TIME NOT SPENT WISELY

Staring at my sleeping husband, I feel like I love him even more today. Selena Gomez’s song, I Love You Like A Love Song, pops into my mind.
This feeling is weird. If the world really had ended, I wouldn’t be seeing him anymore. The feeling of my guts twisting suddenly hits me.

All of a sudden, I’m filled with guilt. The time I should have spent with my husband would have been wasted for no reason. I always think that right is right and wrong is wrong. Rules must be followed, there’s nothing in between. When he shaves and leaves remnants of his moustache lying around the sink, I usually make a big deal of it. But I forget the times when he had to take out my hair from the bath tub. He never complains. He is bald (by choice), so any hair is mine.

Whenever I have issues at the workplace he is my loyal listener. I remember the days when I felt like giving up and he reminded me of my passion for this work. Whenever I am discouraged and complain non-stop, he listens. Sometimes, I scold him for just saying “Ahuh..ahuh”. I often forget that not many people are willing to spend their time and energy listening to another person’s problems.

I try recalling when he complained about his work to me but there are none.
Working in this line, the hours are unpredictable. Sometimes, I have to work at home. And whenever I do this, he would bring me a cup of Earl Grey tea. But me? No... I Google for the latest designer handbags when he has to be in front of the computer doing his work at home. Not forgetting “that time” of the month when everything seems to be wrong. Unfortunately, he is the only one at home for me to be irritated with. He bears with this anyway. I often tell him that he doesn’t understand what women go through when our crazy hormones take over. But we all know that this is just an exploitation technique to make men bear with us no matter what. What have I become? Am I spoilt? This sense of guilt is no good and the situation must be repaired as soon as possible. 

RENEW AND REFRESH

Sometimes the things that we take for granted are the things that are very close to us. How true this is. Now that the end of the world has not happened, I feel lucky to see another day. Time seems more precious today. After having had to spend the Apocalypse alone, my outlook on my relationship with my husband has broadened.

From this moment onwards, I will not make a fuss about the little details and appreciate my time on Earth with the love of my life. He treats me well and he provides for the home. He’s a one woman man (I sure hope so!) and he is kind to my family. He respects my friends too. What else can I ask for? I am blessed. As I push away the comforter from my body, a tiny sensation runs through my veins. Today, I will treat my husband better. No more nagging about the hair all over the sink. I can just take a sheet of toilet paper and clean it. No more complaining about something that he can do nothing about. It is time to be better at the relationship and be happy. Because of this, I would like to thank the Mayans for the idea for the end of the world. I would not have changed my attitude had it not been for the prophecy.

Filled with good feelings, I head for the bathroom. Suddenly, my face warms up at the sight of the upright toilet seat. No problemo. I can do this. It’s not the end of the world, so go out and spend time with your loved one. (New Straits Times, 22 December 2012)

Monday, 14 May 2012

UMNO 66 TAHUN KEMUDIAN...

Artikel di bwah ini ditulis menjelang 55 tahun usia UMNO, 11 tahun yang lalu. Sekadar perbandingan situasi dan lanskap politik UMNO untk tatapan anggota dan pemimpin UMNO yang menjadi tunjang memperkukuh benteng Barisan Nasional mnjelang PRU ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Perhimpunan besar-besaran di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam 11 Mei 2012 yang lalu memperlihat kesungguhan para pemimpin UMNO mengembalikan kegemilangan UMNO. Mampukan barisan pemimpin UMNO hari ini mengulangi sejarah kegemilangannya setelah tsunami politik tahun 2008. Ikutilah artikel berikut yang ditulis pada 20 Jun 2001.

Ketika UMNO Di Usia Persaraan

 Tahun ini usia UMNO genap 55 tahun. Sidang Perwakilan tahun 2001 merupakan sidang ke 55. Kalaulah UMNO seorang insan yang bekerja  dengan kerajaan maka ia bermakna telah masuk usia bersara dan secara automatik menganggotai "Senior Citizen's Club". Kemudahan yang diperoleh selain wang pencen  dan rawatan percuma ialah naik keretapi dengan tiket diskaun 50% dan naik pesawat MAS domestik juga dengan tiket diskaun 50%

 Dalam pada itu insan yang seusia itu telah mula pula sakit-sakitan. Ada yang menghidap penyakit barah, sakit buah pinggang, sakit darah tinggi dan kencing manis. Seolah-olah penyakit itu datang bersama usia pencen. Yang mujur dapat bertahan hingga ke usia 70an dan 80an. Itupun kerana yang bertahan itu mengamalkan makan sihat dan olahraga. Kalau tidak sakit sengal, dan segala macam penyakit telah pun berjinak-jinak dengan badan pesakit.

 Demikian pulalah halnya dengan UMNO yang masuk usia 55 tahun. Ada semacam penyakit yang telah mula berakar umbi sehingga menjadi barah yang kronik. Penyakit barah itu ialah amalan politik wang, penyakit yang paling dominan ketika ini. Keputusan Lembaga Disiplin parti yang dipengerusikan Tan Sri Tengku Ahmad Rithahudeen dan dianggap doktor mengubat penyakit dalam seminggu dua ini membuat keputusan memecat beberapa ketua bahagian UMNO dan mengambil tindakan disiplin terhadap ramai yang lain. Keputusan Lembaga ini seperti mengakui wujudnya penyakit barah dalam UMNO. 

 Keputusan Lembaga Disiplin juga menimbulkan perbincangan hangat sepanjangan perhimpunan kali ini. Malah sewaktu taklimat tertutp Selasa lalu oleh Presiden Parti, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad kepada kira-kira 800 anggota perwakilan isu politik wang dan pemecatan beberapa ketua bahagian menjadi tema penting taklimat. Para pemerhati politik, khususnya parti UMNO, tidak sukar meneka apa yang ditaklimatkan presiden parti. Taklimat itu barangkali adalah lanjutan daripada rayuannya kepada perwakilan pada mesyuarat perwakilan tahun lalu agar "ahli parti menjauhkan diri daripada politik wang."

 Bukan tidak mungkin presiden berkata bahawa gejala "kotor" ini harus dipertanggungjawabkan "kepada semua anggota perwakilan yang, terutama mereka yang memilih orang-orang yang dipertanggung jawabkkan memimpin UMNO. Yang memilih anggota Majlis tertinggi adalah anggota perwakilan. Jadi jika ada ahli majlis tertinggi dituduh main politik wang maka yang perlu dipersalahkan ialah anggota perwakilan kerana mereka yang memilih. Begitu juga halnya dengan suasana dalam mesyuarat bahagian. Yang memilih ketua bahagian dan ahli-ahli jawatankuasanya ialah ahli-ahli UMNO peringkat bahagian. Jadi mahu disalahkan siapa jika ada ketua bahagian didapati bersalah mengamalkan politik wang untuk menang.

 Lalu timbul pula desakan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Hishamuddin Tun Hussein supaya UMNO turut mendakwa ahli yang menerima wang daripada mereka yang telah didapti bersalah  mengamalkan politik wang. Desakan Hisahamuddin ini menarik kerana implikasinya jika UMNO melaksanakannya. Contohnya ada beberapa bahagian yang ketuanya telah dilucutkan jawatan kerana bersalah mengamalkan politik wang. UMNO boleh mendapatkan kerjasama ketua bahagian yang dipecat supaya menamakan anggota-anggota yang telah menerima sogokan daripadanya. 

 Sepatah kata seorang pemerhati di PWTC, tempat berlangsungnya sidang perwakilan tahunan, "Masalah akan jadi tambah mudah jika yang dipecat dapat menunjuk orang-orang yang menerima wang daripadanya. Tetapi ia memerlukan keberanian dari pihak yang dipecat. Dan yang lebih penting jika yang dipecat masih sayangkan UMNO." Soalnya ialah apakah ada yang sanggup mendedahkan nama-nama orang yang menerima wang. 

 Keputusan Lembaga Disiplin juga membuat keputusan yang berbeza-beza menimbulkan keresahan di kalangan ahli kerana tidak banyak maklumat diperoleh mengapa timbulnya keputusan yang berbeza. Naib Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak mahu agar Lembaga Disiplin memberikan penjelasan supaya tidak timbuul sebarang salah sangka. Umumnya reaksi daripada pelbagai kalangan dan tingkat heirarki UMNO menunjukkan wujudnya suasana yang kurang "aman" dalam UMNO. Malah bagi yang kononya menjadi "mangsa" tindakan Lembaga Disiplin, ada yang berura-ura membawa kesnya ke mahkamah, dan ada pula yang menuduh Lembaga tidak adil dan membuat keputusan yang "aneh".

 Inilah skenario politik UMNO pada perhimpunan ke 55nya tahun ini. Satu skenario yang tidak tumpah seperti seorang insan berpenyakit yang menyambut uisa bersaranya. Masalahnya bagaimana dia dapat memanfaatkan usia bersaranya itu dalam keadaan berpenyakit. Dan UMNO, bagaikan insan berpenyakit itu perlu memikirkan cara terbaik memanfaatkan usia 55 tahunnya. Parti politik bukan manusia dan usia mestinya tidak menjadi penghalang untuk terus maju dan berkembang. Demikian pula UMNO. Tidak semestinya pada usia 55 tahun UMNO perlu pasrah kepada keadaan. Penyakit apapun dalam tubuh badan UMNO perlu diubati sampai sembuh. Walaupun ada kalanya ia harus menelan pil pahit.

 Taklimat khas presiden Selasa lalu itu  barangkali memberi kesedaran kepada anggota perwakilan tentang bahayanya jika penyakit barah (politik wang) tidak dibendung. Namun ada pula yang mempersoalkan apakah kesedaran itu masih belum terlambat kerana pelbagai reaksi yang wujud selepas tindakan Lembaga Disiplin  seperti menambah runcing masalah perpaduan dalam parti. Contohnya, ketua bahagian yang dipecat mempunyai penyokong-penyokongnya sendiri. Dia juga adalah orang paling berpengaruh di bahagian. Apakah tidak mungkin yang dipecat itu akan menggunakan segala cara dan tindakan demi keepntingan peribadi sehingga perpaduan di kalangan ahli terjejas.

 Perkembangan terbaru di Baling membenarkan andaian ini sehingga Menteri Besar Kedah terpaksa campur tangan apabila ada cawangan-cawangan di bahagian itu enggan bekerjasama dengan pengganti ketua bahagian yang dipecat. Di Muar kes pemecatan ini menjadi tambah unik. Setelah Ketua bahagiannya dipecat, calon yang kalah diangkat menjadi ketua bahagian turut menjadi mangsa pemecatan. Maka diangkat pula Timbalannya menjasi ketua. Apakah tikdak mungkin nanti ada orang mendakwa Timbalan juga mengamalkan politik wang sehingga Lembaga Disiplin bertindak ke atasnya pula. Maka cerita dakwaan dan pemecatan ini akan berterusan, tanpa diketahui  bila ia akan berakhir.

 Dalam hal ini pertanyaan seorang pemerhati dari Johor agak menarik. "Mana ada negara dalam dunia ini yang orang politiknya tidak mengamalkan politik wang. Ia sudah menjadi tradisi, sudah mendarah daging. Di Amerika hanya yang kaya dapat berkuasa kerana mereka gunakan wang untuk mencari kuasa. Lagipun takkanlah nak jadi pemimpin cukup dengan gusi dan lidah sahaja."  Dalam pemilihan UMNO terakhir ada seorang calon naib presiden terpaksa akur dengan wujudnya amalan buruk ini. Calon tidak berdaya menentang kekuatan tradisi itu sehingga dilaporkan dia mengeluarkan kata-kata, "Bagi salah, tak bagi kalah." Akhirnya dia kecundang, walaupun dia dianggap calon popular menjelang  pemilihan.

  Secara tersirat pertanyaan pemerhati itu menunjukkan bahawa UMNO tidak dapat mengelak daripada ahli-ahlinya mengamalkan politik wang. Sebabnya,  membersihkan parti daripada amalan ini bermakna pemimpin parti akan berdepan dengan susana gawat yang lebih kronik. Apakah tidak mungkin nanti UMNO kehilangan banyak ahli dan pengaruh? Apakah tidak mungkin nanti apa yang berlaku kepada penyokong bekas Timbalan Presiden Datuk Seri Anuar Ibrahim akan berlaku pula kepada semua ketua bahagian dan ahli majlis tertinggi yang dipecat kerana kesalahan demikian? Tidak mustahil inilah yang ditunggu oleh parti lawan UMNO untuk "menangguk di air keruh".

 Malah sudah ada cakap-cakap di kalangan ahli politik UMNO yang mendakwa bahawa motif pertemuan Presiden PAS, Datuk Fadzil Nor bersama dua orang pemimpin PAS yang lain dengan Menteri Luar Australia baru-baru ini dikaitkan dengan suasana dalam UMNO sekarang ini. Jika UMNO lemah kerana faktor dalaman maka PAS menjadi semakin kuat dan berusaha menampilkan diri sebagai parti Melayu terkuat untuk menggantikan UMNO.

 "Kalau pun UMNO tidak lagi berpengaruh sebagai parti Melayu tunggal yang terkuat, ia bukan disebabkan oleh kekuatan parti lawan, tetapi disebabkan kelemahan UMNO akibat perpecahan di kalangan ahli-ahlinya sendiri," kata seorang veteran UMNO. "Semua anggota UMNO bertanggungjawab memelihara perpaduan parti. Ia bukan hanya tugas seorang presiden parti. Dan dalam kes amalan politik wang siapakah ahli-ahli UMNO yang benar-benar mahu bertanggungjawab membenterasnya. Siapakah yang sanggup bertanya diri sendiri secara jujur apa tujuan dia masuk UMNO?"  Menurutnya, jika ada ahli UMNO yang jujur menjawab pertanyaan itu maka UMNO akan terus hidup seribu tahun lagi. Dan usia 55 tahun hanya akan dianggap sebagai tempoh mukadimmah dalam pembentukan dan kelangsungan hidup UMNO.

 A.F.Yassin

20 Jun 2001



 








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).