Calon perlu diterima rakyat
Saudara Pengarang,
KEMENANGAN Pas pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu lagi tamparan kepada Barisan Nasional (BN).
Selepas mengalami kejutan pada pilihan raya umum Mac 2008, ini merupakan kali kedua BN tewas dalam pilihan raya kecil selepas kecundang di Permatang Pauh.
Banyak faktor yang menyumbang kepada kekalahan BN di Kuala Terengganu. Salah satu dan tidak boleh dipandang ringan apatah lagi dipinggirkan ialah soal calon.
Ada banyak pendapat dan pandangan bahawa rakyat perlu pilih parti dan bukannya calon. Tetapi rasanya, zaman pilih parti dan ketepikan faktor calon sudah berlalu.
Sebab itu dalam menghadapi pilihan raya, BN kena pastikan calon yang diletakkan benar-benar mempunyai kualiti pemimpin dan diterima oleh setiap ahli masyarakat.
Faktor lain adalah:
n Tidak ada siapa akan memilih calon yang mereka tidak kenal untuk menjadi pemimpin. Apatah lagi jika calon itu tidak mesra dan jarang berada bersama mereka.
n Seorang pemimpin mesti diterima rakyat dan boleh berkhidmat kepada rakyat.
n Khidmat yang diberikan pula tidak boleh bermusim. Ia perlu dilakukan sepanjang masa agar kehadiran mereka dirasai oleh rakyat.
Jika pemimpin seperti itu terus dipilih oleh BN pada masa depan maka tidak mustahil sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kepada parti kerajaan itu.
Jangan memperlekehkan minda rakyat. Biar jauh di pedalaman, mereka juga mempunyai naluri dan kriteria tersendiri dalam memilih pemimpin.
Pemimpin yang hendak dipilih ia sudah tentu individu yang boleh bersama mereka terutama ketika susah dan yang mampu menahan telinga mendengar masalah dan rungutan mereka. Yang penting pemimpin pada mereka mesti boleh didekati.
Oleh itu saya mencadangkan supaya BN bermuhasabah diri dan mengkaji adakah calon yang mereka letak pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu itu merupakan calon yang diterima rakyat.
Atau adakah kerana parti yang merasakan dia perlu dicalonkan tanpa mengambil kira sentimen akar umbi?
Sepatutnya BN sudah mendapat pengajaran daripada pilihan raya umum 2008, yang menyaksikan pencapaian terburuk dalam sejarah (walaupun tidak kalah).
Zaman rakyat memangkah dacing tanpa mengambil kira siapa calonnya sudah berlalu.
Oleh itu BN kena berubah bersama perubahan ini. Pastikan calon yang dipilih adalah yang terbaik jika mahu terus kekal sebagai parti yang memerintah.
TOK CHA
Padang Terap, Kedah
(Utusan Malaysia Online, 19 Januari 2009)
Komen:
Tepat sekali kriteria utama sesebuah parti ialah calon yang sesuai, yang diterima rakyat, yang disenangi rakyat dan yang mudah ditemui. Sepanjang kempen di Kuala Terengganu baru lalu untuk pilihanraya kecil, tak ada lain cerita yang didengar hanyalah calon pilihan BN sombong dan tidak mesra. Nak senyum pun susah berbanding calon PAS.
Akhirnya kita pun tahu keputusannya. Dan cerita UMNO sahaja yang tahu bahawa "kami akan memberikan yang terbaik untuk rakyat" tidak boleh dipakai lagi. Biarlah rakyat yang menentukan pilihannya. Bukan pemimpin parti atau orang yang mengelilingi pemimpin.
Tetapi kelihatannya pemimpin UMNO masih belum sedar dari buaian politiknya. Masih yakin bahawa UMNO masih relevan dan rakyat akan memilih parti bukan individu. Minta maaflah, Itu cerita lampau. Orang dah tak mahu dengar lagi.
Siapa peduli sama ada calon itu pilihan PM ke atau TPM. Siapa peduli calon itu Menteri ke atau Timbalan Menteri. Yang penting calon mestilah yang disenangi dan disukai rakyat (pengundi) terbanyak.
Datang Mac, kita akan melihat telatah orang UMNO lagi. Kali ini berebut-rebut untuk dipilih dalam Perhimpunan Agung UMNO pula. Degarlah nasihat ahli UMNO tulen yang kebanyakannya telah masuk kategori veteran. Kembalilah ke akar umbi, ke pangkal jalan, perjuangan bermula di daerah pedalaman, orang kampung dengan harapannya, bukan bermula di bandar-bandar besar dengan orang-orang berduit mengintai harapan untuk menang dengan slogan "demi perpaduan, agama dan bangsa," yang dianggap sudah basi dan klise.
SIRI 121 SANG PATRIOT *** CIKAL BAKALKU
-
HJ. YASSIN ZAINAL
HJH. MINAH WAHAB
KELUARGA HJ. YASSIN DAN HJH.MINAH
HJ. MOHD. YATIM ZAINAL
CIKAL BAKALKU
OLEH A.F.YASSIN
*(Just a personal touch and in...
4 years ago
No comments:
Post a Comment