WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday, 29 January 2009

PITA POLITIK (106): UMNO MASIH TERUS NGELAMUN??!!


YB Ibrahim Ali: Satu ketika pernah menjadi ahli UMNO, Semangat 46. Sekarang anggota Bebas dalam Parlimen.

UMNO perlu ikhlas berubah
29/01/2009 11:22am

Oleh BORHAN ABU SAMAH

JAKARTA 30 Jan. – UMNO akan kehilangan kuasa jika pemimpinnya hingga ke akar umbi tidak ikhlas melakukan perubahan.

Datuk Seri Azalina Othmman Said berkata, perubahan itu perlu dilakukan demi memastikan parti itu terus relevan dan menjadi wadah suara rakyat.

"UMNO perlu lebih terbuka, sebagaimana yang dilakukan oleh pembangkang termasuk menerima teknologi terkini, pandangan rakyat dan menerima hakikat isu luar seperti Barack Obama dipilih sebagai Presiden Amerika Syarikat contohnya memberi kesan kepada negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini lewat malam semalam.

Terdahulu beliau melancarkan promosi pelancongan di Indonesia melalui media cetak dan elektronik. – Utusan

Komen:
Cerita nak berubah ini sudah lama sangat diwar-warkan. Tapi nampaknya kurang sangat tanda-tanda yang wujudnya perubahan itu baik dalam kalangan kepemimpinan nasional, negeri mahpun dalam kalangan cawangan. Lihat sahaja perhimpunan agung tahunan UMNO yang bakal berlangsung Mac ini. Rebut-merebut tempat macam dulu-dulu juga, seperti orang "beli ikan di pasar dengan potongan harga 50%".

Dan sehari dua ini kelihatan seorang pemimpin UMNO di peringkat negeri telah keluar daripada UMNO. Esok lusa mungkin ada dan banyak lagi. Kerana apa? Kesedaran untuk berubah hampir sifar, kosong. Yang penting sekarang macam mana caranya untuk mendapat tempat dan kuasa, tidak kiralah: Nak melompat parti ke buat baik dengan pemimpin pembangkang atau nak buat apa. Pokoknya mesti mencari ruang untuk naik. Tak boleh dalam UMNO, dalam parti lain pun bolehlah. Mana tahu kok-kok ada peluang menjadi menteri besar atau exco.

Alahai UMNO, apa dah jadi? Nampaknya penyakit Parti Kongres India (ICP) telah menular ke UMNO Malaysia. Sejak putus kuasa hingga sekarang Parti yang dianggap parti terbesar di India itu belum juga pulih-pulih daaripada idea kolotnya, puas hati dengan pemikiran utopia para pemimpin kanannya. Parti itu malah tidak dapat menandingi Parti Janata yang semakin gagah. Orang UMNO kalau nak lihat UMNO hidup 1000 tahun lagi perlulah sedar dan belajarlah.

Pernahkah terlintas dalam fikiran orang UMNO bahawa Pakatan Rakyat mempunyai cara berpolitik yang mengelirukan. Contohynya mereka "bergaduh" dalam media tentang dasar dan ideologi. PAS mahu Hudud, DAP bagaikan berata "langkah mayat kami dulu". PKR pantau keadaan dan ternyata "pergaduhan" dalam batas-batas yang dibenarkan dalam Pakatan. Akhirnya Pakatan Rakyat melalui calon PAS menang dalam piliahraya kecil di Kuala Terengganu. Maka orang UMNO pun cari kambing hitam apabila kalah. Kononnya pimpinan UMNO salah pilih calon.

Apakah benar? Ramai berkata kekalahan UMNO tidak ada kena-mengena dengan calon sesuai atau tidak sesuai. Mungkin alasan itu benar tetapi alasan yang lebih besar ialah cara berfikir dalam UMNO. Orang UMNO memang nak berubah tapi sekadar cakap sahajalah. Teori sahaja. Mulut kata "kita berubah" tapi kepala kata "tak payahlah".

Kata seorang guru pencen di sebuah negeri di selatan tanah air, "Sebenarnya UMNO ini dah jadi kucing lapar yang memakan anaknya yang baru lahir."

Cakap-cakap Azalina seperti "perubahan itu perlu dilakukan demi memastikan parti itu terus relevan dan menjadi wadah suara rakyat," sudah terlalu klise dan semakin purba dalam usia UMNO dan politik tanah air. "Wadah suara rakyat?" Apa itu? Sekadar retorik atau sekadar menjawab soalan wartawan. Azalina kenalah mencari sesuatu yang lebih berisi (substance), dan tidak hanya "menghabiskan boreh" sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).