WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday, 6 February 2009

PITA POLITIK (107): EPILOG POLITIK DI PERAK


Potongan akhbar NST Online bertarikh 5 Februari 09 tentang krisisi politik di Perak.

EPILOG POLITIK PERAK

Sudahnya, berdasarkan perintah Paduka Seri Sultan, Perak mendapat Menteri Besar yang baru. Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai Dato’ Seri Nizar Jamaluddin dititahkan sultan untuk meletakkan jawatan bersama-sama seluruh anggota EXCOnya.
Berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak Nizar tidak lagi mendapat sokongan majority ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Yang menarik dalam hal ini ialah persepsi beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat, terutamanya pemimpin kanan setiap parti yang mendukung pakatan berkenaan. Meraka ialah YB. Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB. Dato’ Seri Hadi Awang, YB. Karpal Singah, YB Lim Kit Siang, YAB Lim Eng Guan dan YAB Dato’ Seri Nik Aziz Nik Mat.

Secara umumnya penganalisis politik berpendapat mereka ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan dengan persepsi yang berbeza terhadap keputusan Sultan. Kumpulan pertama terdiri daripada Anwar Ibrahim, Hadi Awang dan Lim Kit Siang . Kumpulan kedua pula terdiri daripada Karpal Singah, Lim Guan Eng dan Nik Aziz.

Berdasarkan laporan media, elektronik dan cetak dalam beberapa hari ini, kedua-dua kumpulan pemimpin ini menanggapi episod politik Perak ini secara berlainan. Semacam wujud percanggahan pula. Kumpulan Anwar-Hadi-Kit Siang reaksi keras terhadap keputusan Sultan. Kumpulan ini memperlihatkan nada emosi. Sementara Kumpulan Guan Eng-karpal-Nik Aziz ternyata membei reaksi yang lunak dan sederhana, dengan memperlihatkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang.

Kita mendegar Guan Eng enggan membuat komen malah mahu “tunggu dan lihat”. Nik Aziz menerima keputusan Sultan manakala Karpal Singah ibaratkan perjuangan menentang keputusan Sultan adalah sia-sia kerana sejarah perundangan menunjukkan ia tidak akan Berjaya.

Suara keras dan suara lunak dua kumpulan pemimpin Pakatan Rakyat bagaikan memperlihatkan pandangan yang berbeza dalam kalangan pemimpin ini. Karpal dan Nik Aziz, terutamanya, akur dengan keluhuran undang-undang, berbanding Anwar, Kit Siang dan Hadi Awang, yang kalau berdasarkan pentafsiran mereka, undang-undang adalah di pihak mereka. Kerajaan Pakatan Rakyat masih wujud walaupun sultan bertitah sebaliknya.

Dengan yang demikian satu hal jelas. Ramai yang menganggap bahawa Nizar, sebagai Menteri Besar, telah membelakangi peraturan dan undang-undang apabila mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak tanpa terlebih dahulu menyembah maklum keputusan kepada Sultan. Tidak jelas jika Nizar telah melakukan sesuatu tindakan yangbertentangan dengan peraturan. Jika Perlembagaan Perak mahu dipatuhi, atau jika Perlembagaan Persekutuan mahu dirujuk, Nizar sepatutnya membawa usul membubarkan Dewan Undangan Negeri kepada Sultan untuk menyembah maklum dan mendapatkan perkenan.

Ini adalah suatu kesalahan fatal buat Nizar , khususnya dan kerajaan Pakatan Rakyat umumnya. Pemerhati politik menterjemahkannya sebagai keputusan tidak matang Nizar dalam berpolitik. Atau Nizar tidak dinasihatkan oleh pihak peguam cara terbaik untuk menangani masalah politik daripada sudut perundangan.

Barangkali pula Nizar terpaksa bertindak cepat untuk cuba menyelamatkan kerajaan pimpinannya yang semakin goyah. Di pihak yang lain Nizar mungkin sedar bahawa perbuatannya membelakangi perkenan sultan itu adalah wajar memikirkan beliau mempunyai kuasa mutlak membubarkan Dewan Undangan Negeri, seperti halnya Speaker Dewan Undangan Negeri, yang menurutnya “mempunyai kuasa mutlak melucutkan keanggotaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri berdasarkan surat perletakan jawatan” yang diterima Speaker.

Rumusan daripada episode politik Perak ini ialah wujudnya ktidakmatangan berpolitik dalam kalangan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dalam menangani krisis Perak ini. Wujud juga ketidaksepakatan dalam persepsi dan tanggapan dalam kalangan mereka. Dan akhirnya krisis politik Perak ini sehingga membawa kejatuhan keajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Nizar boleh dikaitkan dengan tsunami politik yang melanda Negara ini pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Tanpa disangka-sangka dan dalam keadaan terkejut besar Pakatan Rakyat, dengan pakatan longgar beberapa parti yang menentang Barisan Nasional berjaya menubuhkan kerajaan negeri di Perak Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Bagaimanapun, kejayaan di luar dugaan itu tidak dapat bertahan apabila Perak akhirnya menjadi mangsa kepada keadaan, terutama dari segi kesepakatan dan kematangan. Kurangnya elemen koherensi politik dalam kalangan pemimpinnya. Dan jika nada suara yang ditekankan, tidak pasti nada suara siapa yang akan menjadi lebih tersrlah: Nada suara lunak (ikut peraturan) Karpal Singh-Guan Eng-Nik Aziz atau nada keras (ikut emosi) Anwar Ibrahim-Hadi Awang-Kit Siang?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).