Hanya satu yang diperlukan untuk menangani situasi politik gawat sekarang: Tindakan tegas kerajaan. Amaran menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan awam "saya tidak akan teragak-agak bertindak" sudah lama berlalu. Rakyat perlukan seorang menteri yang bukan sahaja tegas tapi berani bertindak demi kepeninagan rakyat umumnya. Bukannya menteri yang asyik dengan retorik. Cukuplah itu.
Bagi rakyat, ketenteraman dan keselamatan awam wajib dikembalikan. Tetapi nampaknya rakyat masih terus disajikan dengan "nasi basi dan yang dah hampir jadi bubur". Bilakah lagi nak masak "nasi panas dan segar." Dalam pada itu berapa ramaikah dalam kalangan kita dah sakit perut. Dan yang sudah masuk hospital kerana keracunan. Apakah ini yang dimahukan menteri yang bertanggungjawab.
Kadang-kadang apabila membaca pelbagai cerita dan pandangan dalam blog-blog yang ribuan jumlahnya dalam internet, kita naik mual dengan keletah menteri yang bertanggungjawab ini. Pembaca semakin bimbang seolah-oleh negara hari ini berada diambang yang amat sukar ditenteramkan. Kita tidak pasti yang mana satu cerita yang benar dan boleh dipercayai. Penulis-penulis blog yang ribuan jumlahnya begitu bermaharajalela, menulis sesedap rasa dan sesedap hati, tanpa mempedulikan rasa tanggungjawab sosial. Banyak yang memaki seranah, memaki hamun dan menggunakan kata-kata bacul yang tidak enak dibaca. Penulis-penulis kebanyakannya sudah menjadi wartawan profesional, mencampurkan mencampurkan fakta, reliti dan imaginasi. Walaupun masih ramai yang menulis secara rasional dan beretika.
...dan menteri yang menjaga hal ehwal keselamatan awam masih juga mengeluarkan amaran "saya tidak akan teragak-agak...."
Payah, payah. Memang payah dan rakyat pun terpinga-pinga bila menteri yang berkenaan asyik dok cakap saja.Lebih baik pula menteri yang menjaga keselamatan awam terdahulu. Maaf cakaplah!
SIRI 121 SANG PATRIOT *** CIKAL BAKALKU
-
HJ. YASSIN ZAINAL
HJH. MINAH WAHAB
KELUARGA HJ. YASSIN DAN HJH.MINAH
HJ. MOHD. YATIM ZAINAL
CIKAL BAKALKU
OLEH A.F.YASSIN
*(Just a personal touch and in...
4 years ago
No comments:
Post a Comment