WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Saturday, 2 January 2010

TOK MAT YANG KAMI TAHU!

Belasungkawa Mat Rahmat Meninggal Dunia!BEKAS Menteri Penerangan, Mohamad Ramat, 72 kembali ke Rahmatullah pagi ini di rumahnya di Bukit Damansara. Beliau dikatakan meninggal semasa dalam tidur. Pemergian Mohamad disedari apabila isterinya mengejutkannya jam 8:00 pagi.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di perkuburan Bukit Kiara selepas Asar ini. Catatan Belasungkawa akan menyusul selepas ini. [wm.kl 1:40 pm 01/01/10]

Komen: Mesej di atas dari MSO melalui blognya. Seingat kami, ketika hayatnya, terutama dalam UMNO, Tok Mat jarang terpinggir daripada berita arus perdana. Masih kami ingat ketika Tok mat menjadi Presiden PAPTI (Persatuan Alumni Perguruan Tinggi Indonesia) banyak kegiatan yang dilaksanakan untuk meningkatkan hubungan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia, khusunya antara mahasiswa di kedua-dua Negara. Satu rombongan yang diketuai Tok Mat pernah berkunjung ke Jakarta, Bandung dan Jogjakarta pada awal tahun 1980an mengadakan pertemuan dengan para ahli akademik beberapa buah universiti di tiga Bandar besar tersebut.

Kunjungan hormat ke Universitas Indonesia (UI), Universitas Gadjah Mada (Jogjakarta), IKIP Bandung dan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Jalan Sulanjana, bandung, mengingatkan kami betapa eratnya hubungan antara tokoh akademik dan mahasiswa kedua-dua Negara. Tok Mat adalah  Menteri Penerangan ketika itu dan sempat menziarahi Menteri Penerangan Indonesia Pak Ali Murtopo yang lagi sakit di rumah sakit di Jakarta. Kami diiringi Pak Lokman Ali, bekas Atace Pendidikan di Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur.Agaknya bagaimanalah keadaan teman-teman Komiti PAPTI yang sama-sama mengikuti rombongan Tok Mat  ketika itu pada waktu ini?

Atau perlukah kami mengingati nama-nama alumni yang menjayakan  program ziarah ke Indonesia  itu. Masih tidak lupa tokoh seperti Pof. Abu Bakar Hamid, sebagai Timblan Ketua Rombongan yang sentiasa sahaja menjelaskan matlamat rombongan ke Negara sahabat itu. Dato’ Seri Dr. Sulaiman Mohamad, ahli Komiti PAPTI  yang keika itu sedang berjinak-jinak dalam politik UMNO.  Masih berbekas dalam ingatan Sulaiman dan semua anggota komiti bagaimana kami mengadakan mesyuarat di sebuah hotel terkemuka di KL, setiap dua minggu sekali merangka dan merancang kegiatan sepanjang tahun.. Tok Mat begitu bersemangat  ketika itu memimpin PAPTI.Sekarang bagaiman keadaan PAPTI di bawah pimpinan yang baru? Semoga sukses. Kepada Almarhum Tok Mat  Al-Fatihah dari kami. Amin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).