WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Saturday, 12 September 2009

ELAKLAH PISANG BERBUAH SEMBILAN KALI

Waspada pembunuhan watak di Bagan Pinang
Oleh ZULKIFLI JALIL
WASPADA sentimen "pembunuhan watak" calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Demikian ingatan beberapa penganalisis politik menjelang saat pencalonan.
Dr. Sivamurugan Pandian dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menarik perhatian bagaimana pada hari pertama kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir lagi, calon BN telah diselongkar segala latar belakang silamnya.
"Antaranya dakwaan salah laku dalam syarikat guaman, urusan tanah dan perkahwinan keduanya.
"Mungkin dakwaan-dakwaan itu tidak benar tetapi jika ditujah dan diuar-uarkan secara berterusan, lama kelamaan ia mempengaruhi masyarakat khususnya pengundi," ujarnya yang turut memantau pilihan raya kecil yang menyaksikan BN tewas baru-baru ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Sivamurugan tidak menolak antara faktor penting pemilihan seseorang calon khususnya jika seseorang itu dari UMNO ialah dia semestinya mendapat sokongan padu daripada setiap sayap, cawangan, bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri di kawasannya.
"Namun dalam keadaan soal etika dan moral begitu diberi perhatian utama sekarang, faktor tadi sudah menjadi nombor dua atau mungkin tiga.
"Bukan sahaja di Permatang Pasir, calon BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu juga menyaksikan BN terpaksa bertindak defensif mempertahankan kredibilitinya.
"Ini menyebabkan BN setiap hari dan masa terpaksa pula menjelaskan tentang kewibawaan calonnya daripada mengupas isu-isu pembangunan rakyat yang sedang atau telah direncanakan," katanya.
Bagan Pinang di Parlimen Teluk Kemang menyaksikan kekosongan kerusi setelah penyandangnya, Azman Mohd. Noor, 54, meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah. Pada pilihan raya umum Mac 2008, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi menewaskan Ramli Ismail dari Pas.
Nada menyokong rumusan Sivamurugan turut disuarakan oleh profesor politik dan pengajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Mohamed Mustapha Ishak.
"Sewajarnya calon yang pernah terlibat dalam masalah etika tidak lagi dipertaruhkan di Bagan Pinang. Dikhuatiri persepsi masyarakat seolah-olah BN sudah ketandusan calon yang baik.
"Apakah BN mahu memperjudikan parti dengan memberi modal percuma kepada pembangkang dari awal kempen lagi.
"Mungkin calon yang difikirkan oleh sebilangan orang ini popular tetapi kita mesti ingat faktor nombor dua lagi penting iaitu dia harus bersih," katanya.
Tegas Mohamed Mustapha, dalam aspek ini terutamanya di Bagan Pinang, BN mesti meletakkan perkiraan dalam memilih calon dengan tidak mengetepikan kehendak pengundi muda.
Baik Sivamurugan mahupun Mohamed Mustapha, kedua-duanya bersetuju bahawa BN tidak boleh berkompromi dalam soal pemilihan calon di Bagan Pinang.
BN harus membuat tapisan yang halus untuk memastikan calonnya benar-benar memenuhi kehendak bukan sahaja ahli UMNO malah masyarakat pelbagai lapisan termasuk India dan Cina yang meliputi hampir 30 peratus di Bagan Pinang.Utusan Malaysia 12 september 09

Komen: Dengarnya belum apa-apa UMNO Bagan Pinang dah ambil keputusan memilih hanya seorang caln untuk dikemukakan kepada UMNO Pusat. Apa sudah jadi? Alamat kecundang sekali lagikah BN (UMNO)? Masih juga tak mahu berubah.Bukankah lebih baik calon yang tunggal yang dikemukakan Bagan Pinang ini memikirkan bahawa suara rakyat lebih penting daripada suara parti. Bukankah ini juga yang diminta PM Dato' Seri Najib Tun Razak kepada parti MIC yang memilih perwakilannya hari ini. Takkanlah Najib hanya mahu nasihatkan MIC tetapi tidak pula UMNO.

UMNO MESTI DAN WAJIB memikirkan calon yang bersih dan dilihat bersih tanpa sebarang was-was.Lupakan cerita lalu. Siapapun yang dipilih, tak kiralah pengalaman atau anak watan tak penting, wlaupun orang itu veteran UMNO ke atau ketua UMNO. Kalau ada cerita yang tidak beretika tentangnya, elok ketepikan sahaja calon seperti ini. UMNO kan dah tahu apa akibatnya dengan pilihanraya kecil di Permatang Pasir, di Kuala trengganu dan di Manik Urai. Inipun kalau UMNO tak mahu jadi "pisang berbuah sembilan kali."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).