WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Wednesday 17 March 2010

PERKARA 153: MELAYU MUDAH LUPA MEREKA MELAYU!

Melayu lupa daratan antara cabaran Perkara 153
SHAH ALAM 15 Mac - Wujudnya golongan Melayu yang sanggup menentang undang- undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan merupakan antara cabaran terbesar dalam mempertahankan Perkara 153 iaitu hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera di negara ini.
Ketua Dua Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena), Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar berkata, mereka ini merupakan golongan Melayu yang lupa daratan, mudah terpengaruh dengan idealisme Barat yang tidak realistik dan mempunyai kepentingan politik sempit.
''Walaupun sebahagian besar daripada mereka telah menikmati hasil dan kebaikan daripada kewujudan Perkara 153 ini, tetapi apabila telah berjaya mereka jadi 'kacang lupakan kulit'. Mereka lupa tanggungjawab untuk mempertahankan warisan itu kepada generasi akan datang ," kata beliau.
Abdul Latiff berkata demikian dalam kertas kerja Sejarah dan Cabaran Terhadap Perkara 153 yang dibentangkan pada majlis Wacana 153 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini. Majlis tersebut anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung dengan kerjasama Gapena dan Utusan Malaysia sebagai akhbar rasmi.
Beliau yang juga Profesor Pengajian Media Universiti Malaya menjelaskan, pemikiran dan gagasan pemimpin-pemimpin Melayu sama ada dalam parti politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan perkhidmatan awam yang tidak bersatu juga menyukarkan usaha memelihara Perkara 153 ini.
Ini kerana jelas beliau, kebanyakan mereka berjuang untuk kepentingan masing-masing demi mencapai tujuan tertentu.
Malah, kata beliau ada yang sanggup menggunakan Perkara 153 bagi mewujudkan propaganda yang tidak perlu dan mereka harus segera sedar serta menghentikan perkara yang boleh menghancurkan hak bangsa sendiri.
''Lahirnya pelbagai media alternatif yang memberikan kebebasan tanpa sempadan kepada sesiapa juga bersuara termasuk isu-isu sensitif berkenaan keistimewaan orang Melayu tanpa memikirkan implikasinya juga menyukarkan usaha melindungi Perkara 153.
''Sepatutnya ruang media ini dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dalam mendidik generasi muda berfikir secara matang dan rasional.
''Jadi semua pihak yang terlibat perlu bertanggungjawab dalam mengawal diri sendiri dan melengkapkan akal dengan ilmu dan fakta secukupnya sebelum melontar atau menulis pendapat di ruang siber," jelas beliau.
Ujar beliau lagi, sistem pembelajaran yang tidak jelas mengenai sejarah dan Perlembagaan juga menyebabkan Perkara 153 disalah anggap sebagai diskriminasi oleh orang bukan Melayu.
Sehubungan itu kata beliau, sesuatu perlu dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan agar hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera ini difahami oleh semua rakyat di negara ini dan tidak lagi dipertikai dan diperdebatkan.
Sumber: Utusan Malaysia, 14 Mac 2010

Komen:
Bangsa Melayu memang begitulah keadaannya. Sejak orang Melayu mengenal sejrah bangsanya, sejak zaman Palembang dengan Melayu Bukit Sigentangnya, sejak orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka, Johor dan sejak orang Melayu pada zaman sebelum merdeka dan sesudah merdeka, tidak ada tanda-tanda positif yang boleh dijadikan tauladan untuk memupuk ketahanan dan kekuatang azam manusia yang bernama Melayu.

Kita pernah dengar Tun Mahathir mendendangkan puisi Melayu mudah lupa. Dan dendangan puisi ini akan terus didengar selagai orang Melayu itu dinamakan bangsa Melayu. Melaka jatuh ke tangan penjajah kerana Melayu. Singapura jatuh ke tangan orang bukan Melayu kerana Melayu dan kelihatannya akan wujud satu lagi pulau Melayu yang akan berpindah tangan kepada orang bukan Melayu.

Kita mahu salahkan siapa kalau Melayu sendiri menjadi ibarat menang sorak kampung tergadai. Apa yang diluahkan Prof. Latif Bakar di atas hanyalah sekadar mengingatkan kita dan beliau mungkin sekadar memberi pandangannya secara akademik

Saturday 13 March 2010

This blog has moved


This blog is now located at http://afyassin-fuadhashim.blogspot.com/.
You will be automatically redirected in 30 seconds, or you may click here.

For feed subscribers, please update your feed subscriptions to
http://afyassin-fuadhashim.blogspot.com/feeds/posts/default.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).