WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Saturday 30 May 2009

PPSMI: MOGA-MOGA DIBERI PETUNJUK ILLAHI AZAWAJALLA!

Akitek PPSMI mula berbunyi kembali. Bersiap-siaplah para "pelampau dan ekstremis" bahasa seperti A. Samad Said, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Tan Sri Ismail Hussein, Datuk Abu Bakar Hamid, Shahril Mat Zain, Tan Sri Aziz Abd Rahman, Dr. Awang Saryan, Hasni Abbas dan yang sepertinya.

Anda semua tidak ditakrif pejuang oleh arkitek PPSMI. Maka bergembiralah dan bertepuk tanganlah mereka yang selama ini memimpin para pelampau dan ekstermis bahasa ini melakukan "beating around the bush."

Moga-moga Tuhan Azawajala memberi petunjuk kepada semuanya: Si arkitek dan Si pelampau dan ekstremis bahasa.

Selamat berkhidmat PM, selamat bertugas TPM, selamat berkhidmat Menteri Pendidikan!

Thursday 28 May 2009

PPSMI: HARAP-HARAP MENTERI PELAJARAN TIDAK "BEAT AROUND THE BUSH" LAGI


Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein dan Timbalan Presiden Pena, Dato' Baharuddin Zainal mempamerkan laporan polis kepada media di get Balai Polis Bickfield baru-baru ini. (foto: A.F.Yassin).
Gembira kesungguhan kerajaan selesai isu PPSMI - Gapena
KUALA LUMPUR 27 Mei - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) gembira dengan langkah kerajaan yang bersungguh-sungguh mencari penyelesaian terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berikutan banyak pihak menolak pelaksanaannya.

Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, kesungguhan itu mencerminkan kerajaan amat prihatin dan memahami hasrat rakyat tentang isu pendidikan.

"Gapena amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran kerana mengambil berat tentang perkara ini.

"Tindakan beliau menyegerakan penilaian semula dasar dan membuat keputusan secepat mungkin akan memberi faedah kepada anak-anak di masa depan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di sini hari ini.(Petikan Utusan Malaysia, 28 Mei 09)


Komen:
Harap-harap kegembiraan Gapena ini akan berpanjangan dan Kerajaan memansuhkan PPSMI. Semua anggota kerabat Gapena yang mewakili seluruh kaum penulis di negara ini sudah barang tentu menunggu dengan harapan menggunung.

Ada cara untuk "memetahkan" anak-anak bangsa bercakap dalam bahasa Inggeris. Ada cara yang paling berkesan. Salah satu cara adalah dengan mewajibkan pelajar-pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris di dalam kelas ketika berlangsung pembelajaran bahasa itu. Atau wajibkan mata pelajaran bahasa Inggeris dan Kesusateraan Inggeris di peringkat sekolah menengah. Lebih penting lagi adakan kegiatan ko-kurikulum dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Contohnya dengan mengadakan kegiatan "pintar Sains dengan eksperimen" dalam bahasa Inggeris. Dan penting juga, adakan kegiatan senam pagi selama 45 minit melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau istilahnya PE (Physical Education) yang pernah diadakan di sekolah-sekolah pada zaman sebelum merdeka dahulu.

Apapun jua, syabas kepada semua golongan yang prihatin kepada dasar pendidikan kita yang mahukan bahasa Melayu dimartabatkan.Harap-harap TPM dan lebih-lebih lagi PM tidak akan mempersia-sia harapan mantan PM terdahulu, Tun Abd. Razak, orang tua PM sekarang, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran.

Harap-harap juga Menteri Pelajaran sekarang tidak terikut-ikut dengan rentak dan tarian Menteri pelajaran sebelumnya yang suka sangat "beating around the bush."

Wednesday 27 May 2009

MARI BERLUMBA CAKAP INGGERIS DI TV!


Masih adakah yang ingat di mana perbincangan tentang penggunaan pelbagai bahasa di RTM seperti yang diputuskan Perdana Menteri ketika itu? Tarikhnya juga bila ya!
Re: [kumpulan_prihatin] MARI KITA BERLUMBA BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS?


Sdr A.F. Yassin,

Sekarang ini yg dapat diharapkan bersungguh-sungguh bercakap tentang jati diri Melayu dalam kalangan anggota Kabinet hanya Datuk Rais Yatim. Masalahnya dia keseorangan. Sewajarnya semua anggota Kabinet dan penjawat awam (sukar diharapkan orang swasta, walaupun ada) mendukung dasar negara, termasuk dasar bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pendidikan kebangsaan dll.

Silap kita (pemimpinlah) tidak belajar daripada Indonesia, negara jiran terdekat yang merdeka lebih awal, dan tampaknya berjaya dalam hal mengindonesiakan pemimpin dan rakyatnya.

Apa pun kita mesti terus bercakap dan berjuang!
Dr.Awang Sariyan
Beijing, China




--------------------------------------------------------------------------------
From: Drs Ahmad Fadzil Yassin
To: kumpulan_prihatin@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, May 26, 2009 11:05:46 PM
Subject: [kumpulan_prihatin] MARI KITA BERLUMBA BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS?


Dalam siaran berita di TV sekarang, nampaknya para menteri, terutama menteri Melayu dan kanan pula, berlumba-lumba bercakap dalam bahasa mat saleh. Setiap orang cuba menunjukkan kepetahan. Pernah juga dalam sidang media, seorang wartawan bertanya dalam bahasa orang bersawo matang, tetapi menteri menjawab dalam bahasa orang berkulit putih. Ramai wartawan geleng kepala. Wartawan Melayu terpaksalah terjemahkan ke dalam bahasa Melayu ketika menyiapkan berita.

Pakar bahasa Melayu, Prof. Dr. Awang Sariyan terpaksa gigit jari selalu mengenang nasib bahasanya. Atau Prof. Awang boleh mulai sekarang menghadap ke Gunung Fujiyama untuk belajar dan bertutur dalam bahasa Jepun. Mana tahu satu hari nanti rakyat kita lebih cepat maju menggunakan bahasa Jepun dalam Sains dan Matematik (PPSMJ).

Dalam pada itu apa khabar Tun Ahmad Sarji, Dato' Dr. Hassan Ahmad dan Prof. Diraja Ungku Aziz yang menemui TPM, Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini? Harap-harap sihat walafiat.

Tuesday 26 May 2009

BAGAIMANA KALAU BERALIH ARAH NONTON TV?

Semenjak dua menjak ini, terutama sejak pemilihan Majlis Tertinggi UMNO sebulan dua yang lalu, ada perubahan yang tidaklah begitu drastik dalam program televisyen (TV). terutama dalam siaran beritanya. Lihat sahaja TV1 (RTM) dan TV3 (Media Prima).

Ada yang kata RTM kini "cenderung memberi tumpuan kepada PM" manakala TV3 "cenderung memberi tumpuan kepada TPM". RTM biasanya memberi keutamaan kepada berita tentang PM sementara TV3 membuat liputan utamanya tentang TPM. Yang diutamakan RTM ialah PM, manakala yang diutamakan TV3 TPM. Orang yang membuat perbandingan ini mungkin salah. Mungkin persepsi sebenarnya tidaklah begitu. Tetapi persepsi tetap persepsi. Kalau tidak ia bukan persepsi.

Maka yang mempunyai persepsi ini mencadangkan penonton bertukar selera kepada Rangkaian 501 dan 502. Satu menyiarkan Berita Bernama dan satu lagi Astro Awani. Kedua-dua ini saling cuba melaporkan segala sesuatu yang memihak kepada semua orang, semua tokoh dan semua isu. Maksudnya kedua-dua rangkaian ini ingin membudayakan tradisi tidak memihak (non-partisan). Walaupun tidak dapat dinafikan Astro mungkin cenderung untuk "sedikit sensasi", manakala Bernama TV lebih cenderung menyiarkan "matter-of-fact news."

Jika apa yang dikatakan ini benar, tidak pasti apakah media TV dapat memainkan peranan memenangkan hati rakyat, terutama golongan generasi muda yang nampaknya "loya" dengan program propaganda dan nostalgia. Mereka kata lebih enak menonton Macam-macam Aznil atau Akademi Fantasia daripada menonton program terbitan RTM atau TV3.

Sunday 24 May 2009

MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK. BILA NAK HABIS?

PAYAH, PAYAH POLITIK INI. MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK!
PAYAH, PAYAH POLITIK INI!
Dalam politik macam-macam boleh berlaku dan main tuduh-tuduh ini telah menjadi perkara perkara biasa. Lihat sahaja gelagat dua kumpulan yang memerintah dan yang membangkang di negara hari ini.

Pihak pembangkang, misalnya kalau ada kes di mahkamah, dan ia memihak kepadanya dengan serta merta kumpulan ini akan berkata bahawa "democracy triumphs", tapi apabila kes tidak memihak kepadanya ia akan kata pihak lawannya mempengaruhi kes.

Apa punya cerita dah!
Kalau inilah caranya kumpulan seperti ini berfikir dan berpolitik, lebih baik teruskan politik bawah pokok. Dan mungkin kumpulan seperti ini hanya boleh "survive" melalui giat politik seperti ini.

Helo! gentlemanlah sikit. Macam politik budak-budak saja nampak.
Dan kumpulan yang memerintah jangan naik perasan pula!

MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK. BILA NAK HABIS?

PAYAH, PAYAH POLITIK INI. MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK!
PAYAH, PAYAH POLITIK INI!
Dalam politik macam-macam boleh berlaku dan main tuduh-tuduh ini telah menjadi perkara perkara biasa. Lihat sahaja gelagat dua kumpulan yang memerintah dan yang membangkang di negara hari ini.

Pihak pembangkang, misalnya kalau ada kes di mahkamah, dan ia memihak kepadanya dengan serta merta kumpulan ini akan berkata bahawa "democracy triumphs", tapi apabila kes tidak memihak kepadanya ia akan kata pihak lawannya mempengaruhi kes.

Apa punya cerita dah!
Kalau inilah caranya kumpulan seperti ini berfikir dan berpolitik, lebih baik teruskan politik bawah pokok. Dan mungkin kumpulan seperti ini hanya boleh "survive" melalui giat politik seperti ini.

Helo! gentlemanlah sikit. Macam politik budak-budak saja nampak.
Dan kumpulan yang memerintah jangan naik perasan pula!

Saturday 23 May 2009

KONSULAT SINGAPURA DI JB: PERLU KE?


Pusat Pentadbiran baru Johor di nusajaya, kira-kira dua batu dari kawasan latihan tentera Singapura. Pix oleh The Star.

Singapura dibenar buka pejabat konsul di Johor Bahru
SINGAPURA 22 Mei - Malaysia bersetuju membenarkan Singapura membuka pejabat konsul di Johor Bahru sebagai satu langkah praktikal ke arah meningkatkan lagi hubungan dan interaksi kedua-dua negara.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, Singapura membangkitkan cadangan untuk membuka sebuah pejabat konsul ekoran peningkatan interaksi dan lawatan rakyat dari kedua-dua negara.
"Pejabat konsul itu diperlukan bagi memberi khidmat kepada rakyat Singapura untuk mendapat bantuan serta khidmat konsul, seperti ketika sakit atau mengalami kemalangan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dengan murah hati telah bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya pada sidang akhbar bersama selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata serta mengetuai mesyuarat delegasi di sini hari ini.
Najib tiba di republik ini tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada kunjungan muhibah dan lawatan rasmi beliau ke negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lalu.
Menurut Hsien Loong, keputusan itu bukan sahaja menjadi isyarat terhadap keakraban hubungan Malaysia dan Singapura, tetapi juga satu langkah praktikal dalam meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara.
"Keputusan ini memberi manfaat kepada rakyat Singapura, dan tentunya ke arah meningkatkan lagi kerjasama kita," tambahnya. - UTUSAN 23 Mei 09

Komen:
Bincang punya bincang di kedai kopi macam jagoan politik bersama kawan lama sebentar tadi berdekatan Pantai Lido yang sekarang lebih mesra dengan nama Danga Bay menghasilkan satu persepsi sedikit negatif berhubung penubuhan konsulat Singapura di Johor Bahru (Nusajaya?)
“Very dangerous!” kata teman yang mulai kenal sejak tahun 1962 lagi.
“Kamu bercakap gomen. Apa hal?”
“Aku rasa aku ini macam orang Singapura pulak. Aku bimbang dan bukannya kau tak tahu. Tak sampai dua batu Nusajaya berada betul-betul di depan pusat latihan tentera Singapura. Mereka berlatih pakai kereta tank, pesawat pejuang dan segala macam kelengkapan berat tentera. Dan kau tak ingat ke sebuah artikel yang dimuatkan dalam akhbar kita tidak lama dulu. Artikel itu kata kalau terjadi konflik persenjataan antara kedua-dua Negara negeri Johor akan dijadikan zon selamat (buffet zone) oleh Singapura.
“Kita tak bolehlah prasangka macam itu dengan jiran kita.”
“Ini bukan prasangka, Ini satu calculated risk, you know!”
“Makin parah ngomong kamu ini.” Teman saya ini orang Jawa. Di kampungnya dia berbahasa Jawa dengan anggota keluarganya.
“Aku juga hairanlah pelat Inggeris kamu itu tak ada pelat Jawanya, malah aku dengar kau bercakap Inggeris gaya orang Singapura pula.
“Sajalah kau ni. Dah merepeklah tu.”
“Ok. Bayarlah kopi ini. Aku nak balik.”
“Kan masih belum asar. Kita kan baru sampai.”
“Aku ada hal. Aku nak balik KL.”

Sunday 17 May 2009

BAHASA:BUAT APALAH YANG PATUT DAN PERLU TAN SRI!

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan komited untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan di samping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bahasa Melayu perlu menjadi teras kepada negara dan bangsa yang ingin dibina perlu diperkasakan sebagai bahasa perpaduan yang menyatukan setiap rumpun masyarakat. (Mingguan Malaysia, 17 Mei 09)

Komen:
Orang ramai pun dah naik bosan dengar cerita nak martabatkan bahasa Melayu.Macam-macam nama diberikan dalam usaha hendak martabatkan bahasa. Padahal bahasa itu telah dimartabatkan sejak lebih 500 tahun dahulu. Sejak orang Melayu tahu memerintah dan bertamdun di alam Melayu ini.

Ada orang melihat bahasa ini sebagai alat untuk agenda sendiri-sendiRi, terutama orang yang berkepentingan dalam bidang politik. Cukuplah dengan retorik. Bukalah mata besar-besar dan jangan tulikan telinga. Bak kata 'orang puteh' "Don't just say it,do it!".

Tuesday 12 May 2009

KRISIS POLITIK PERAK. BILA NAK SELESAI NI?


Zambry: Menteri Besar Perak?


Nizar: Menteri Besar Perak?

Tambah membosankan dan membingungkan. Bilakah agaknya krisis politik di Perak ini akan berakhir. Macam tak ada penghujung nampaknya.

Kalau ikut rasa akar umbilah, krisis ini mudah saja boleh selesai. Kenapa tak teruskan sidang hari itu dan usulkan undi tak percaya kepada Menteri Besar, tak kira siapalah. Ajak semua ADUN mengambil bahagian dan memilih kumpulan mana yang berhak memerintah. Jangan ada pecat-memecat.

Itu hari kan sudah bagus DUN bersidang. Kenapa bikin ribut hingga Sidang terpaksa ditangguhkan. Bukankah lebih mudah diadakan undi percaya atau tidak percaya kepada Menteri Besar, tak kira siapalah. Minta semua ahli DUN memberikan undinya dan lihat keputusan.

Sepatutnya semua ADUN Perak sudah matang berfikir dan bermesyuarat. Elakkanlah daripada nak tegak benang basah.

Sebenarnya, baik PR mahupun BN sentiasa cari jalan bahawa cara merekalah yang betul. Nizar nak rakyat tentukan dengan pilihanraya semula. tetapi bayangkan kosnya nanti. Nizar yakin rakyat akan pilih PR semula membentuk kerajaan. Zambry pula mungkin kata tak perlulah pilihanraya semula, cukup dengan bersidang sahaja. biarkan semua ADUN buat keputusan, sama da PR atau BN yang teraju kerajaan. Adakan undi tak percaya. Mana kumpulan yang menang ialah yang membentuk kerajaan. habis cerita. Tak perlulah khidmat mahkamah atau khidmat peguam. Duit begeri tak luak, masa tak membazir dan siapa membentuk kerajaan boleh terus bekerja. Rakyat lega dan boleh mula nikmati hasil pemilihan mereka.

Bukankah semua wakil rakyat yang dipilih bekerja untuk kepentingan rakyat. Menteri Besar pun bekerja untuk rakyat. Nizar berkata begitu. Zambry pun berkata begitu. Jai apa masalahnya lagi?

PLEASE WAKE UP, SIR, MINISTER OF EDUCATION!


Tan sri Muhyiddin Yassin, left, Dato' Seri Dr. Rais Yatim and Dato' Seri Tengku Adnan at the recent cabinet swearing-in ceremony at Istana Negara. Pix by Berita Harian

Master English by learning English, not others
By : Umapagan Ampikaipakan

OVER the last many months, the debate concerning the teaching of science and mathematics has once again dominated our discourse.

The letters pages in our many newspapers rife with opinions and commentary. Critical notes from teachers, students, parents and politicians. Barely a day goes by without some recommendation on how to remedy the situation; without some novel solution.

So let me get it out of the way. Here are my two cents:

I believe that it is necessary for science and mathematics to be taught in Bahasa Malaysia. There, I said it. I do not say it out of sentimentality. Neither does it stem from some misplaced sense of national pride. My reasons may be dispassionate, but they are practical.

The facts are these:

- The teaching of science and mathematics in English does not serve to improve one's command of the language. The teaching of English does that. The understanding of its structure and rules, the immersion in its literature, the active encouragement of its use. There is no easy out. There is no shortcut. No killing of two birds with one stone. And while our students may now be fluent in the technobabble that is common to these subjects, their English language skills remain wanting.

- There are those who insist that after 11 years of science and mathematics in Bahasa Malaysia, our students find it difficult to cope when they go abroad to further their studies. That they find it impossible to handle the transition between the two languages. That it in fact causes them to lag behind. I disagree.

I believe that if you possess the intellectual capacity to actually make it to a university, then those skills should provide you with the competence to make the shift from one language to another. Besides, so many of the technical terms are in fact loaned words.

English terms that are magically transformed into Bahasa Malaysia merely by virtue of their spelling. "F" instead of "PH", "SIN" instead of "SYN", lose the "H" and you get "fotosintesis". One would never have to grapple to decipher "experiment" from "eksperimen". It isn't like we are actually using the word "ujikaji".

- I believe that children achieve a better understanding when taught in their mother tongues. They can better grasp abstract concepts. For it is after all much easier when relating to the familiar. In fact, there is data indicating that the top 10 countries that have excelled in the International Olympiad in Mathematics, Physics, Chemistry, and Biology are those using their mother tongue as the medium of instruction. The teaching of science and mathematics in Bahasa Malaysia does not encumber its understanding. It may in fact do the very opposite.

- It is the practical application of our education that is of the utmost importance. For what is the point of having a doctor returning home to practise medicine and being unable to communicate with his patients? How would he take their medical history? How would he even begin to explain to them what was wrong? Through a translator? What is the point of attaining all of that knowledge and then not being able to pass it on to your own people, in your own language? It is insulting. Really.

But there is more to the problems that plague our education system than just the language in which we are taught. It is merely a distraction from all that really ails us. Our system is broken, in that it fails to educate our youth, let alone inspire them. We are shut up in our schools and in our colleges for years, and come out in the end with little else than a brief grasp of language and some memory of the thoughts of other men.

For 11 years, I, too, was held captive, cold irons bound, in the claustrophobic confines of the Kurikulum Bersepadu. My dreams tortured by the spectre of Afonso de Albuquerque. His disembodied head, muttering in Portuguese, insisting, over and over again, that his name is in fact pronounced: "Al-Buh-Kur-Kee".

I can barely call to mind all the things I was taught in school. I remember being bored. It is the one compelling memory of those days. I remember being bored and I remember being sweaty.

I remember being cooped up in a little room with rickety chairs and a squeaky ceiling fan. I remember 44 other people. I don't remember their names or their faces but I remember their smells. I remember that cleaning the blackboard after class would give me an asthma attack.

I would sneak storybooks into school, hiding them between textbooks, in those small spaces underneath those rotten wooden desks. I would read them, surreptitiously, while the rest of the class struggled with the base six number system. They were my only escape. The only way I could endure my sentence. Year after year, with no early reprieve for good behaviour.

I remember being taught to pass exams. I remember being taught the importance of the almighty "A". I remember being taught to memorise facts. I remember being taught. I do not remember learning. I do not remember having to think. I do not remember why.

It is an unfortunate truth, but our education system gives birth to drones. Human computers that are able to regurgitate, with great efficiency and accuracy, everything that has been fed to them. And little else.

Therein lies our greatest failing. (NST, 12 May 2009)

Comments:
Need I comment on the above opinion? I don't thnik so. A simple self-explanatory piece of advice to the "rakyst" and UMNO leaders alike. Therefore, Sir, Minister of Education, Please wake up!

Tuesday 5 May 2009

KAJIAN LIMA TAHUN PPSMI BELUM CUKUP?!


SN Dato' A. Samad said (kiri) bersama Prof. Dr. Abdullah Hassan di Johor Bahru. Protes PPSMI?

TPM arah kajian PPSMI dilanjutkan
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.

''Hasil kajian itu hanya akan dibentangkan ke Kabinet apabila saya telah berpuas hati, sama ada ia telah dijalankan dengan mendalam mengenai kesan dan adakah ia boleh ditambah baik.

''Adakah perlu berlaku perubahan dasar dan apabila ia sudah lengkap dari semua sudut ia akan dibentangkan ke Kabinet, sekarang ini ia belum selesai,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja pertama ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat keperluan untuk melanjutkan kajian PPSMI itu memandangkan terdapat hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berlainan dengan hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat.

Katanya lagi, maklumat yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat yang dibuat oleh kementerian adalah berdasarkan kepada perasaan individu terlibat, tetapi apa dibuat oleh penyelidikan bebas ini berdasarkan bukti.

''Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI,'' katanya. (Utusan Malaysia, 6 Mei 2009)

Komen:
Demikianlah, bila menteri berganti maka semua usaha dan pertimbangan menteri yang terdahulu "hilang" entah ke mana. Ke mana ya perginya semua hasil dialog, kertaskerja dan pelbagai bantahan yang dikemukakan kepada menteri pelajaran yang terdahulu sehingga apabila menteri pelajaran yang baru mengambil alih tugas, semacam tak wujud pemindahan tugas. Mungkin semua usaha yang lalu "ghaib" dibawa angin perubahan.

Nampaknya, segala usaha rasional selama lima tahun untuk memansuhkan PPSMI hanya tinggal sia-sia. Sekarang, Menteri Pelajaran yang baru nak kaji semula kerana katanya beliau perlukan bukti kerana selama ini kononnya semuanya dibuat ikut perasaan. Seperti katanya, "Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI." Sedapnya cakap. Nampaknya dialog dengan kementerian dan kertas kerja yang diserahkan oleh golongan pendidik bertaraf profesional ibarat menjurus air di daun keladi. Hasil kajian mereka dianggap ikut perasaan bukan berdasarkan bukti. Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Ismail Hussein, Dato;' A. Samad Said, Prof. Abdullah Hassan, Dato' Dr. Hassan Ahmad, prof. Dr. Awang Sariyan dan lain-lain gamaknya tidak gunakan fikiran tapi perasaan apabila mereka menuntut PPSMI dimansuhkan.

Semacam ada "sesuatu" dalam agenda menteri pelajaran kita yang baru ini. Seperti halnya menteri terdahulu, agaknya menteri yang sekarang ini pura-pura lupa dari mana beliau berasal kerana negeri Johor selama ini mahukan PPSMI dimansuhkan dan kembali menggunakan bahasa Kebangsaan. Tapi apa yang hendak dihairanlah kerana sewaktu kempen untuk jawatan presiden UMNO baru-baru ini menteri pelajaran ini asyik sahaja bersama-sama tokoh yang menjadi arkitek PPSMI. Takkanlah beliau nak tolak keputusan arkitek PPSMI.

Jangan-jangan nanti, gara-gara PPSMI UMNO akan semakin tidak dipedulikan orang Melayu. Jadikanlah Bukit Gantang, Selambau dan Kuala Terengganu sebagai suara prihatin rakyat, khususnya orang Melayu.

Masih saya ingat amaran seorang pemimpin NGO yang bekerja di DBP sebelum pilihanraya kecil dua bukit: "Jika UMNO tak sedar lagi, tunggu Bukit Gantang dan Bukit Selambau." Akhirnya semua orang tahu ke mana Bukit Gantang dan Bukit Selambau hari ini. Kemudian kita nak tanya apa dah jadi dengan laporan polis GAPENA mengenai pelaksanaan PPSMI yang melanggar Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan?

Dan seperti biasa menteri pelajaran akan mengambil masa lima tahun pula sebelum "membuat keputusan dan mungkin sahaja menyerahkan" isu PPSMI ini kepada menteri pelajarannya yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).