WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 10 December 2009

BILA AHLI KELURGA MENJADI MANGSA POLITIK

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohamad Nazri Aziz meletakkan jawatan dalam UMNO memandangkan parti itu adalah sebuah parti perkauman. Dr. Mahathir berkata, Nazri telah mengatakan dirinya menentang perkauman tetapi berada di dalam sebuah parti perkauman iaitu UMNO yang dikhususkan untuk orang Melayu sahaja.
“Jika dia (Nazri) kata saya perkauman, jangan kata dia sendiri tidak perkauman. Dia tahu semuanya dengan baik. Dia berada di dalam sebuah parti perkauman. UMNO adalah parti perkauman. Orang lain tidak boleh masuk.
“Jadi dia adalah ahli parti perkauman. Tapi dia kata dia menentang perkauman. Jadi dia patut letak jawatan,” katanya.

Menteri Nazri telah menyatakan pendiriannya. Beliau tidak akan minta maaf kepada mantan perdana menteri itu. Nampaknya, baik mantan pm mahupun menteri Nazri, mereka mempunyai hak untuk memberi reaksi.

Dan dalam politik demkianlah. Satu ketika mantan Pm pun pernah tak setuju dengan mantan pm pertama, Tunku Abdul Rahman Putra sehingga Tun Mahathir dipecat daripada UMNO. Ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi jadi PM Tun Mahathir pun pernah keluar UMNO. Sekarang beliau masuk kembali dan mendapat perhatian orang UMNO semula.

Jadi tak apalah kalau Nazri menyatakan pendiriannya. Cuma Nazri taklah nak sampai keluar UMNO kerana berbeza pendapat dengan Tun Mahathir. Dan bak kata seorang ahli veteran UMNO apa hak Mahathir cadangkan supaya Nazri keluar dari UMNO.

Tun Mahathir kena faham, katanya. Perbezaan pendapat tidak semestinya berakhir dengan pemecatan atau diminta keluar dari parti. Menurutnya, sekarang ada orang beruntung kerana diterima ke dalam parti semula, walaupun sudah pernah dipecat dan sendiri minta keluar dari parti. Malah banyak bloger nampaknya cenderung untuk menyokongnya kembali. Sampaikan PM-PM yang lain (yang bekas) semuanya tak betul lagi.

Betullah katan seorang bloger bila nanti PM sekarang tidak lagi menjadi perdana menteri, beliau juga akan mengalami nasib yang sama.

Nampaknya semakin payah menjadi Melayu! Dan Nazri nampaknya kena banyak bersabar terutama apbila ada bloger yang membabitkan masalah anak Nazri sendiri.Tak fasal-fasal anak turut jadi mangsa. Bagaikan ada bloger yang tidak langsung memberi simpati.

Soal keluarga dan hal peribadi ini sudah menjadi asam garam hidup. Tun Mahathir pun pernah mengalami hal-hal seperti ini. Anak-anaknya menjadi mangsa ayah yang menjadi PM. Tun Abdullah pun begitu, Anak dan menantu menjadi mangsa ayah yang menjadi PM dan ayah mertua. Menteri Besar Kelantang Dato' Nik Aziz sedang mengalami keadan begini apabila menantu menjadi mangsa politik apabila Nik Aziz menjadi Menteri Besar. kendati pula Nazri yang hanya seorang menteri dalam kabinet.

Monday 12 October 2009

UMNO TAK PERLU PILIH MT SERENTAK DI SATU TEMPAT SAJA

Utusan Malaysia hari ini (12 Oktober 09) melalui satu rencananya berkata UMNO akan mengalami masalah menampung jumlah anggota perwakilan untuk memilih MT dari presiden ke jawatan-jawatan lain. Sebabnya PWTC tidak akan mampu menampung jmlah perwakilan yang akan ke PWTC jika pencalonan diadakan serentak. Mungkin diperlukan stadium Bukit Jalil untuk mengadakan sidang. Kemudian timbul pula keadaan sesak lalulintas jika jumlah perwakilan itu datang membanjiri Kuala Lumpur.

Saya rasa masalah mengundi serentak oleh para perwakilan yang datang dari seluruh negara tidak timbul. Tidak semestinya pengundian serentak dibuat di tempat yang sama sama ada di PWTC atau di stadium. Pengundian boleh dilakukan dari pelbagai tempat seperti yang berlaku dalam Pilihanraya Umum. Pngundian boleh dilakukan di seluruh negara, tetapi yang mengundi dipastikan berada di tempat-tempat yang ditentukan. Yang penting bagaimana ia dijalankan dengan berkesan.

Barangkali UMNO boleh belajar bagaimana dua parti politik utama Amerika - Demokrat dan republikan = memilih calon majlis tertingginya atau negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Saya tak fikir Amerika syarikat, misalnya memilih calon-calon majlis tertinggi partinya secara serentak di satu-satu tempat pengundian.

Saturday 12 September 2009

ELAKLAH PISANG BERBUAH SEMBILAN KALI

Waspada pembunuhan watak di Bagan Pinang
Oleh ZULKIFLI JALIL
WASPADA sentimen "pembunuhan watak" calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Demikian ingatan beberapa penganalisis politik menjelang saat pencalonan.
Dr. Sivamurugan Pandian dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang menarik perhatian bagaimana pada hari pertama kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir lagi, calon BN telah diselongkar segala latar belakang silamnya.
"Antaranya dakwaan salah laku dalam syarikat guaman, urusan tanah dan perkahwinan keduanya.
"Mungkin dakwaan-dakwaan itu tidak benar tetapi jika ditujah dan diuar-uarkan secara berterusan, lama kelamaan ia mempengaruhi masyarakat khususnya pengundi," ujarnya yang turut memantau pilihan raya kecil yang menyaksikan BN tewas baru-baru ini.
Bercakap kepada Utusan Malaysia semalam, Sivamurugan tidak menolak antara faktor penting pemilihan seseorang calon khususnya jika seseorang itu dari UMNO ialah dia semestinya mendapat sokongan padu daripada setiap sayap, cawangan, bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri di kawasannya.
"Namun dalam keadaan soal etika dan moral begitu diberi perhatian utama sekarang, faktor tadi sudah menjadi nombor dua atau mungkin tiga.
"Bukan sahaja di Permatang Pasir, calon BN pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu juga menyaksikan BN terpaksa bertindak defensif mempertahankan kredibilitinya.
"Ini menyebabkan BN setiap hari dan masa terpaksa pula menjelaskan tentang kewibawaan calonnya daripada mengupas isu-isu pembangunan rakyat yang sedang atau telah direncanakan," katanya.
Bagan Pinang di Parlimen Teluk Kemang menyaksikan kekosongan kerusi setelah penyandangnya, Azman Mohd. Noor, 54, meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah. Pada pilihan raya umum Mac 2008, Azman menang dengan majoriti 2,333 undi menewaskan Ramli Ismail dari Pas.
Nada menyokong rumusan Sivamurugan turut disuarakan oleh profesor politik dan pengajian antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Mohamed Mustapha Ishak.
"Sewajarnya calon yang pernah terlibat dalam masalah etika tidak lagi dipertaruhkan di Bagan Pinang. Dikhuatiri persepsi masyarakat seolah-olah BN sudah ketandusan calon yang baik.
"Apakah BN mahu memperjudikan parti dengan memberi modal percuma kepada pembangkang dari awal kempen lagi.
"Mungkin calon yang difikirkan oleh sebilangan orang ini popular tetapi kita mesti ingat faktor nombor dua lagi penting iaitu dia harus bersih," katanya.
Tegas Mohamed Mustapha, dalam aspek ini terutamanya di Bagan Pinang, BN mesti meletakkan perkiraan dalam memilih calon dengan tidak mengetepikan kehendak pengundi muda.
Baik Sivamurugan mahupun Mohamed Mustapha, kedua-duanya bersetuju bahawa BN tidak boleh berkompromi dalam soal pemilihan calon di Bagan Pinang.
BN harus membuat tapisan yang halus untuk memastikan calonnya benar-benar memenuhi kehendak bukan sahaja ahli UMNO malah masyarakat pelbagai lapisan termasuk India dan Cina yang meliputi hampir 30 peratus di Bagan Pinang.Utusan Malaysia 12 september 09

Komen: Dengarnya belum apa-apa UMNO Bagan Pinang dah ambil keputusan memilih hanya seorang caln untuk dikemukakan kepada UMNO Pusat. Apa sudah jadi? Alamat kecundang sekali lagikah BN (UMNO)? Masih juga tak mahu berubah.Bukankah lebih baik calon yang tunggal yang dikemukakan Bagan Pinang ini memikirkan bahawa suara rakyat lebih penting daripada suara parti. Bukankah ini juga yang diminta PM Dato' Seri Najib Tun Razak kepada parti MIC yang memilih perwakilannya hari ini. Takkanlah Najib hanya mahu nasihatkan MIC tetapi tidak pula UMNO.

UMNO MESTI DAN WAJIB memikirkan calon yang bersih dan dilihat bersih tanpa sebarang was-was.Lupakan cerita lalu. Siapapun yang dipilih, tak kiralah pengalaman atau anak watan tak penting, wlaupun orang itu veteran UMNO ke atau ketua UMNO. Kalau ada cerita yang tidak beretika tentangnya, elok ketepikan sahaja calon seperti ini. UMNO kan dah tahu apa akibatnya dengan pilihanraya kecil di Permatang Pasir, di Kuala trengganu dan di Manik Urai. Inipun kalau UMNO tak mahu jadi "pisang berbuah sembilan kali."


Saturday 5 September 2009

BN BELUM MAMPU BERUBAH?

A lot has been attributed to the shift of support of non-Malay voters from the BN to the opposition during the political tsunami in March last year, and the Chinese in Permatang Pasir are said to support Pas.

The late Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman won in all 42 streams in the constituency last year. The seat was retained by the Pas politician with a majority of 5,433 votes.

In Permatang Pasir, the suspicious circumstances surrounding the death of Teoh Beng Hock, the political aide of a DAP Selangor lawmaker while in the custody of the Malaysian Anti-Corruption Commission, is an issue being capitalised by the opposition. The other is the Port Klang Free Zone scandal.

They believe the evidence made public during the ongoing inquest into Teoh's death could influence voting trends among the Chinese. Pamphlets on the ongoing inquest have been distributed. Posters and banners with the late Teoh's picture have also been displayed at strategic points.

MCA president Datuk Seri Ong Tee Keat and senior MCA leaders, on their rounds in Kampung Cross Street and its vicinity on Friday, had to explain that the government had taken measures to ensure transparency in the investigation and that the people should let the authorities complete their job.

Chinese voters have also complained of being left out in development under the present and former state governments.

The BN reports indicated that the Chinese in two polling areas have warmed up to BN compared with the last general election, but this was dismissed by Pakatan Rakyat.

In general, the Chinese voters' mood towards Umno is unfavourable but not because of Teoh's death. Reports deemed racist that appeared in Umno-linked newspapers have also angered them.

Permatang Pasir voters, in particular, have not forgotten how Bukit Bendera Umno chief Datuk Ahmad Ismail once called the Chinese "pendatang" (immigrants) when campaigning for the Permatang Pauh by-election and the events that unfolded after it became a controversy.

Whether the Chinese vote will lean towards BN or stay with Pas this time is left to be seen. zubaidah@nst.com.my, nst 23 August 09.

Komen:
Kita emua tahu keputusan pilihanraya kecil ADUN Permatang Pasir ini dan Barisan Nasional pipinman Dato' Seri Najib Tun Razak sepertii biasa akan mencari punca kekelahan. Tetapi bagi kebanyakan orang salah satu sebab kekalahan ialah orang masih lagi belum yakin bahwa ahli-ahli UMNO belum banyak berubah. Akar undi belum dapat diyakinkan, terutama usaha parti untuk kembali bersih dan dilihat bersih. Calon pilihan untuk Pematang Pasir masih belum dianggap dan dilihat bersih dan pucuk pimpinan masih jua tidak menunjukkan tanda nahawa calonnya tidak mempunyai masalah dan tidak dilihat bersih

Wednesday 5 August 2009

TERIMA KASIH KEPADA PENGUNJUNG

TERIMA KASIH KEPADA SDR-SDR YANG SUDI ZIARAH SAYA DI ICU KPJ MEDICL CENTRE KAJANG SEJAK 30 JULAI 09 YANG LALU. ALHAMDULILLAH SAYA DIBENARKAN PULANG 3 OGOS 09. INSYA-ALLAH SAYA AKAN TERUSKAN MENULIS DALAM BLOG INI UNTUK MENYEBARKAN INFO YANG MUNGKIN MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.

TERIMA KASIH SEKALI LAGI KEPADA SDR-SDR YANG MENDOAKAN SAYA SUPAYA CEPAT SEMBUH.

Wednesday 15 July 2009

PPSMI: APA SAHAJA BOLEH BERLAKU SEHINGGA 2012

Pemansuhan PPSMI muktamad: Alimuddin


KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) adalah muktamad walaupun Kementerian Pelajaran menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak yang mahu PPSMI diteruskan.

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata PPSMI akan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu (MBM) dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBI) seperti diumumkan Menteri Pelajaran, minggu lalu.

"Kementerian Pelajaran menerima banyak maklum balas daripada pelbagai pihak mengenai pemansuhan PPSMI dan kita akan kaji serta dibentangkan pada mesyuarat tertinggi.



"Walaupun keputusan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengenai pemansuhan PPSMI muktamad, pandangan orang ramai yang mengemukakan pendekatan bagi meningkatkan lagi bahasa Inggeris amat hargai.

"Ramai yang mengemukakan pendekatan kepada Kementerian Pelajaran, malah guru yang sudah bersara juga turut menyatakan kesediaan untuk kembali berkhidmat," katanya selepas Majlis Anugerah Nilam Kebangsaan 2009 di sini, semalam.

Mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu kerajaan mempertimbangkan penggunaan dwi bahasa bagi pelajar Tingkatan Empat pada 2012 untuk mata pelajaran Sains dan Matematik akan dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat ini.

"MBM dan MBI akan bermula pada 2012 membabitkan murid Tahun Satu dan Tahun Empat serta pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat, namun ada yang meminta supaya pelajar Tingkatan Empat diberi peluang menggunakan dwi bahasa kerana mereka akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada 2013.

"Seperti yang Timbalan Perdana Menteri kata, ia perlu dilakukan secara soft landing supaya tidak menjadi kejutan kepada pelajar," katanya. (Berita Harian, 15 Julai 2009)

Komen:
Beberapa tanggapan dari kawan-kawan guru tentang pemansuhan PPSMI mungkin menarik untuk direnungkan:

1.

Friday 10 July 2009

PPSMI: MENGAPA MESTI TUNGGU TIGA TAHUN LAGI?

Abdullah in favour of reversal to BM


KUALA LUMPUR: Tun Abdullah Ahmad Badawi is in favour of the Government’s move to revert the teaching of Mathematics and Science to Bahasa Malaysia, saying that there were strong pressures for such a move during his tenure as prime minister.

“There were many groups who had asked that the policy be reviewed. We wanted to implement it first in 2003 until now, and I think that is fair,” the former prime minister told reporters after launching an exhibition of mosques in Germany at the Islamic Arts Museum here yesterday.

He denied that it was a flip-flop decision, saying that it was made after six years of analysis.

“It was not something the Government did suddenly.”

Asked if the policy reversal was meant to uphold the use of Bahasa Malaysia as a national language, he said the previous policy had not achieved the desired results.

“It was actually a failure,” he said, adding that the policy reversal seemed to have received the support of the majority.

Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad has set up a blog poll as an indicator of public sentiments.

Dr Mahathir, who mooted the use of English to teach the two subjects, said he was not surprised that many people were disappointed with the reversal.

“It seems to me like the Government is not listening to the people. Perhaps, a blog poll might enlighten the Government as to the opinions of the people,” he said in his blog www.chedet.co.cc.

The blog’s one-question poll asked readers to click either “Yes” or “No” to the decision to teach Mathematics and Science in Bahasa Malaysia.

As at 7pm yesterday, 74% or the 5,463 respondents chose “No”. They can only vote once.

Dr Mahathir said he would inform the Government of the poll results.(The Star, 10 July 2009)

Komen:
Agak menarik apabila bekas Perdana Menteri, tun Dr. Mahathir Mohammad menyiarkan statistik pendapat umum tentang siapa setuju dan sapa tak setuju kerajaan mengembalikan PPSMI kepada bahasa Melayu. Petunjuk awal jelas menunjukkan ramai yang menyokong PPSMI dikekalkan.

Basalah itu kalau penyokong dan peminat yang baca blog bekas PM itu semuanya menyokong. Biasanya orang yang tidak menyokong Tun taikan baca blog sedemikian. Bagi mereka daripada sakit hati membaca pandangan dan pendapat yang hanya berlandaskan pandangan peribadi, yang belum tentu betul dan tepat lebih baik tak baca langsung. Hati pun tak sakit.

Cuma ada juga keinginan nak tahu berapa jutakah rakyat Malaysia yang mempunyai akses kepada laman web, terutama yang dapat ekses kepada blog bekas PM ini. Mungkin kebanyakan yang mereka memberi jawab "yes" atau "no" itu terdiri daripada rakyat asing sama ada bermastautin di negara ini atau di luar negeri.

Seperkara lagi di sini kita melihat bagaimana taksudnya seseoarang itu terhadap bahasa Inggeris apatah lagi taksubnya seseorang itu terhadap apa sahaja pandangan yang dilontarkan oleh bekas PM kita ini. Sampaikan ada beberapa pemimpin UMNO pun terikut-ikut dengan rentak dan gerak bekas "PM kita" ini.

Katakanlah terdapat dua atau tiga juta penduduk yang mengekses internet, bagaimana pula dengan 22 juta lagi rakyat negeri ini? Jadi kalau bekas PM ini nak laporkan keputusan kajiselidiknya melalui blog demikian, bagaimana pula keputusan "teh silent majority" dan semuanya menentang konsep PPSMI ini sejak awal lagi.

Rakyat kena tanya pelawak Nabil, "Lu fikirlah sendiri!". Kerajaan di bawah kepimpinan baru ini telah berbuat sesuatu yang menurut UNESCO sendiri adalah bertepatan, iaitu mengajar PPSMI dalam bahasa ibunda dan di Malaysia dalam bahasa Melayu (nama bahasa Melayu tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan).

Nampaknya tentulah bekas PM kita ini berfikir dalam hati: PM baru ini nampaknya serupa sahaja dengan bekas PM, Pak Lah.

Ads by Google

Monday 6 July 2009

MALAYSIA-SINGAPURA: MEMBINA TEROWONG MENYEBERANG SELAT

Bridge too far?
A QUESTION OF BUSINESS WITH P. GUNASEGARAM


YESTERDAY I had the opportunity to ponder this long-standing problem of cooperation – lack of, that is – between Malaysia and Singapore with someone over breakfast.

I had written earlier, in another column, (see Question Time: Negotiating with Singapore, The Star, June 19) about Singapore Minister Mentor Lee Kuan Yew’s visit to Malaysia, saying that we need to be firm when dealing with Singapore.

But, really, we need to put many things behind us – Singapore and Malaysia that is – and move on with implementing things that benefit both countries to the hilt.

We are neighbours after all – almost family really – and if we can’t “love thy neighbour” perhaps we can at least help each other once in a long while.

And so, I shall take a crack at suggesting an area where we should really be cooperating and I shall also suggest a partial solution which may satisfy one of Singapore’s intractable demands without compromising much for Malaysia.

And more, during these tough times when there is suppressive pressure on growth, here’s a chance to stimulate demand for both countries. This is truly the mother of all stimulus packages, not least because there will be so many multiplier effects.

I suggest this only partly tongue-in-cheek and really see no reason why this can’t be possible with just a little bit of good humour from both sides and a willingness to see both forest and trees.

So here goes. It seems the problem is always the bridge. We just don’t seem to be able to get a deal on the bridge. In true out-of-the-box thinking, I get around the bridge problem. Yes, a tunnel – the headline would have already suggested that to you if you were paying attention.

Yes, I hear you say: “Are you nuts?” No, not quite but please hear me out before you call me names. Imagine, just imagine what a tunnel would do.

No more Causeway, no more bridge. Water and boats flow and float between both countries with nary a hindrance. Imagine the amount of new shoreline and sea that we will have. Think transport, water sports, waterfront developments, rivieras, restaurants, shops, offices, parks, beaches, walkways, nature.

Perhaps you get the picture now. How much more beautiful the whole place will look. How much more potential to do all sorts of things. You can even have ferries plying between the two countries – just for the heck of it and to take in the views, just for an evening out to Singapore or Malaysia for dinner.

And the tunnel. Think about that. Think about how connected it will make Malaysia and Singapore. Think of all the things that can go through the tunnels – roads, railways, pipes. And all of these without taking up any surface space.

And think of how much of stimulus there will be to the economies of both countries from building the tunnel. I have no idea how much it would cost but it could be anywhere from RM2bil to RM5bil, perhaps even RM10bil. But I am sure it will be worth it.

It will be worth it not just because of stimulus to the economy but the potential it gives for existing waterfront development in both countries, spillover projects and the enhanced, superior links between the two countries for the conduit of all manner of things.

And besides all that, I did promise that it would at least partially solve an intractable demand from Singapore. That has been sand – and lots of it from Malaysia.

So here is what I suggest Malaysia proposes. Singapore can demolish the Causeway and keep all the debris for its land reclamation. Of course, it bears the expenses for that.

Not only that, it can dig out all the sand and earth for the tunnel between the two countries and keep the sand for its reclamation works, in accordance with international law, it goes without saying. Of course, it bears the expenses for that.

That’s quite a bit of sand and debris for reclamation work and should keep Singapore happy, for say five years. Which is a very long time when you are talking about Singapore.

The rest of the expenses can be shared between the two countries, with each bearing infrastructure costs on its own side.

Now that should settle things, stimulate the economy of both countries, produce multiple development and other projects to multiply the benefits arising from the project, set the stage for future cooperation and give real meaning to the expression win-win.

Still think I am nuts? No, don’t answer that!

■ Managing editor P. Gunasegaram – no he has not been promoted to managing director as implied at the end-notes in last week’s column (apologies for that, particularly to our dear managing director) – thinks the Singapore and Malaysian governments must be nuts if they don’t do something like this, and soon. (Dipetik dripada The Star 4 Julai 2009).

Komen:
Setuju 110% (seratus sepuluh peratus) idea yang dikemukakan penulis ini. Terowong antara Malaysia dan Singapura tidak panjang, malah terowong menghubungi Uk dengan Peranchis lebih panjang - lagi panjang. Semua tahu kemudahan dan manfaat yang diperoleh kedua-dua bangsa - Inggeris dan Peranchis, malah oleh semua warga Eropah dan pelancong seluruh dunia. Terowong itu wujud kerana adanya kerjasama rapat antara dua negara, UK dan Peranchis, walaupun sejarah menunjukkan kedua-dua negara ini pernah bermusuhan sepanjang zaman. Akhirnya bak kata mat saleh "common sense prevails."

Berdasarkan senario ini takkanlah Malaysia dan Singapura tidak boleh mengatasi masalah jambatan ini. Cuma yang membimbangkan ialah Singapura masih juga berkeras dengan keinginannya: jambatan atau terowong boleh dibuat dengan syarat beri pasir dan ruang udara, yang selama ini menjadi penghalang kepada kerjasama demikian.

Semua orang faham mengapa Singapura mahu pasir dan ruang udara. Dan Malaysia pun faham mengapa ia menolak tuntutan Singapura. Pada saat-saat seperti ini apa yang diperlukan ialah kejujuran dan keikhlasan. Baik Malaysia, lebih-lebih lagi Singapura.

Jalan keluar daripada kemelut ini adalah dengan menghapuskan rasa curiga dan prejudis pemimpin dan rakyat kedua-dua negara. Hapuskanlah tembok psikologis ini dengan "kepala dingin". Sebagai permulaan mengapa tidak Singapura menyingkirkan rasa prejudis rakyat dan pemimpin Malaysia melalui penjelasan atau tindakan bahawa sistem canggih pertahanan Singapura itu tidak akan mengancam keselamatan Malaysia, Indonesia dan Brunei sendiri, yang selama ini berada dalam apa yang disebut Gugusan Pulau Melayu, (the Malaya Archipelago), seperti halnya Singapura.

Dan kalau bercerita tentang bisnes pula biarlah keuda-dua Malaysia dan Singapura berada dalam keadaan menang-menang. Kalau untung, dua-dua untung dan begitu juga sebaliknya. Dan tentunya tak adalah orang Melayu asyik mendengar muzik latar "Melayu asli" sahaja, atau orang Cina syik dengan lagu "opera"nya.

Sunday 28 June 2009

MELIHAT CITRA YANG TELAH TERCELAR

Fudzail: "Walaupun membenarkan sebanyak 60,000 perwakilan untuk mengundi dalam pemilihan Umno, (memboleh) kita bebas daripada rasuah, akhirnya sikap kita itu yang lebih penting," tegas Tun Mahathir. "Jangan terima rasuah, itu adalah satu perkara besar, anda makan duit haram macam makan babi, bagi saya orang yang makan duit rasuah, dia beli apa pun ia jadi haram, kalau dia beli makan, dia macam makan babi," katanya.
6 hours ago • Comment • LikeUnlike
You and Mark Chiang like this.
Mark Chiang likes this.

Azaman Abu Bakar at 10:03am June 28
If we are sincere about fighting corruption, we have to expand it's definition to cover also non monetary gains. For example, if our son or daughter's business is failing and the potential of him or her to be a bankrupt is staring in the face, and we use our authority to make a government agency to buy the shares in the company at a very inflated. That is why only the small fries got caught, because the big ones were "acting within their authority" such as giving state and (big) contracts to friends and families.

Nur Saadah at 10:07am June 28
takutnya taknak terimalah rasuah

Umar Ab Wahab at 10:18am June 28
Arrasyi walmurtasyi finnaar.. rasuah dan perasuah tempatnya di neraka.. wallahualam..
(Dipetik dari Facebook, 28 Jun 09

Komen:
Reaksi beberapa orang penulis Facebbok ini menarik untuk dihayati. Walaupun tidak dinyatakan kepada siapa sebenarnya yang ditujukan, satu hal pasti, iaitu citra sebuah politik terbesar di negara ini telah terlalu tercalar sehingga apa pun yang dikatakan pemimpinnya (baik yang bekas mahu pun yang kembali semula)tidak memberi kesan kepada masyarakat umum hari ini, terutama golongan generasi muda hari ini.

Thursday 25 June 2009

PPSMI: NAMPAKNYA UMNO BIKIN HELAH LAGI!

UMNO mahu PPSMI diperhalusi - PM
KUALA LUMPUR 24 Jun - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini telah memberi pandangan dan cadangan kepada Kementerian Pelajaran untuk memperhalusi dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan itu diberikan selepas mendengar taklimat daripada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengenai beberapa opsyen berkaitan dasar PPSMI.

"Tan Sri Muhyiddin telah memberi taklimat yang panjang lebar (kepada MT) mengenai apa opsyen yang terbuka (berkaitan PPSMI) dan MT ambil maklum tentang pelaksanaan PPSMI dan kesannya terutama kepada pencapaian Sains dan Matematik.

"(Selain itu) apakah opsyen terbuka itu untuk ditentukan sama ada dasar ini akan diteruskan atau dilakukan rombakan dan kajian semula.

"MT telah memberi sedikit pandangan dan cadangan kepada kementerian itu untuk ia diperhalusi secara lebih mendalam lagi.

"Setelah diteliti semasak-masaknya, perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu pejabat UMNO di sini.

Najib memberitahu, selepas Kabinet membuat keputusan mengenai dasar itu dalam mesyuarat akan datang, pengumuman berhubung perkara tersebut akan dibuat oleh Muhyiddin sendiri.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, keputusan mengenai PPSMI akan diumumkan awal bulan depan selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Mengulas mengenai persiapan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan, Perdana Menteri berkata:

"Kita telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed mengenai pilihan raya Manek Urai dan dapat pandangan serta input daripada sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mengenai persiapan kita.

"Nama calon akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin di Manek Urai pada 28 Jun ini," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala hari pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan. (Petikan Utusan Malaysia, 25 Jun 09)

Komen:
Nampaknya tak habis-habis UMNO buat helah tentang PPSMI. Kali ini PPSMI mahu diperhalusi lagi hingga mungkin menghulur-hulur waktu sehingga selepas pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan. Mungkin UMNO nak lihat bagaimana keputusan sama ada memihak kepada UMNO atau PAS.

Teringat juga kata-kata salah seorang pemimpin anti-PPSMI, yang juga salah satu orang kuat kesatuan sekerja DBP semasa kempen Pilihanraya Bukit Gantang tak lama dahulu, " Kita tunggu di Bukit Gantang."

Agaknya pemimpin ini juga akan berkata, "Kita tunggu pula di Manek Urai. Dulu Menteri Pelajarannya lain, dan hari ini lain pula. Nampaknya UMNO ini tidak akan serik-serik."

Thursday 18 June 2009

PERPADUAN MELAYU: PERLUNYA PERANAN RAJA-RAJA MELAYU


Persidangan Majlis Raja-Raja yang berlangsung saban ketika.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
TOKOH Maal Hijrah Kebangsaan 2008, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata gusar mengenai tahap perpecahan orang Melayu. Awang cukup faham mengapa Mufti Perak itu begitu bimbang soal perpaduan Melayu yang baginya terlalu lemah sekarang.

Perpaduan jitu orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk negara ini dengan sendirinya akan dapat menjulang agama Islam.

Melayu perlu cepat sedar akan teguran Harussani itu. Amatlah malang jika orang Melayu gagal mempertahankan agama rasmi negara semata-mata kerana bercakaran sesama mereka.

Bagi Awang, perbezaan fahaman politik di kalangan orang Melayu tidak mengapa. Namun, perbezaan itu patut setakat itu sahaja.

Tiada tolak ansur dalam perjuangan, maruah dan kewibawaan orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan agama.

Oleh itu, amatlah malang jika ada pengamal politik Melayu terlalu taksub dengan perjuangan politik peribadi sehingga mengabaikan kepentingan Melayu seluruhnya.

Seluruh orang Melayu perlu mencipta semula perpaduan sesama mereka kerana sejarah tidak pernah membuktikan perpecahan boleh membawa kejayaan.


Awang – Anak Melayu.

(Petikan daripada Utusan Malaysia, 18 Jun 09).

Komen:
Sejarah menunjukkan ketika Melayu dipecah-perintah oleh penjajah British umat Melayu bersatu di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar menentang konsep Malayan Union. Ketika itu kebanyakan Raja Melayu "telah dipaksa terima pakai" konep itu. Umat Melayu menyelamatkan kedudukan raja-raja Melayu.

Kini umat Melayu berada dalam keadaan sedemikian, cuma kita dalam sebuah negara bebas merdeka. Kedudukan raja-raja Melayu terjamin dalam Perlembagaan. Maka amat wajarlah raja-raja Melayu mengambil inisiatif menyelamatkan umat Melayu daripada dipinggir oleh politik rakus sesetengah pemimpin Melayu dari semua parti hanya kerana kepentingan peribadi dan puak masing-masing.

Raja-raja Melayu boleh mainkan peranan, bukan setakat retorik tetapi melalui tindakan. What better place to begin with than the next "Persidangan Raja-Raja Melayu."
Titah-titah beberapa Baginda Sultan di beberapa negeri, seperti Perak, Selangor, Pahang dan Kedah boleh dijadikan asas tindakan.

Yang menjadi penghalang mungkin kebanyakan orang Melayu hari ini "mengenepikan secara keterlaluan sejarahnya sendiri".

Wednesday 17 June 2009

LEE KUAN YEW: A BRIEF LESSON FROM THE PAST


Tun Mahathir Mohammad and Tun Asmah during the "oath -taking "ceremony at Istana Negara , March 2009 (Star pix): Not interested in meeting with recent visitor Lee Kuan Yew in Malaysia.

Kuan Yew’s trip for the future
Analysis By Joceline Tan


SOME billed the landmark visit of Singapore’s Lee Kuan Yew to Malaysia as “a trip down memory lane.” It has been anything but that.

For a start, the Minister Mentor of Singapore is not the sentimental sort and, second, this particular lane in history does not exactly hold pleasant memories for him.

This elder statesman probably left for home yesterday after his eight-day visit armed with insight and perspectives about this country and its politics that no other contemporary leader in Singapore has ever been privileged to.

He met an array of people from the Yang di-Pertuan Agong and Prime Minister to the royal figures and political leaders of several states as well as a string of politicians from both sides of the divide.

“It was really unprecedented. The people he met included the who’s who of Malaysian politics,” said one Pakatan Rakyat MP.

And it was all the more curious because it took place without the usual anti-Singapore voices filling the air or showy protests by Umno Youth.

VIPs cleared their diaries for his courtesy call and many bent over backwards to hear what he had to say and to tell him what he wanted to know.

The sole exception was perhaps Negri Sembilan Mentri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, who resisted being drawn into any political discussion so much so that some of the conversation had to actually meander down memory lane.

But Kuan Yew’s crosshairs were on the Pakatan states.

He is curious about the new players in these states. As most of those he met noted, Lee arrived very well-informed but he wanted to meet them to fine-tune what he already knew and make his assessment.

They had the sense that he wanted to get to know them for “future purposes” and several of them were invited for more discussion in Singapore.

One of them was Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat who was savvy enough about Malaysia-Singapore relations to not say yes; he told Lee it would be too tiring for him to make the trip. Yet, Nik Aziz had been to China four times, as Lee pointed out.

It seemed like the PAS side also tried some mind games on him. The translator who sat in at the Lee-Nik Aziz meeting had studied and worked in the United States for eight years – their way of telling Lee that well-educated Malays were now with them.

When he met Nik Aziz’s right hand man Datuk Husam Musa, the latter brought along his assistant, a PhD holder who had spent 13 years in Britain.

Singapore leaders have been observing Malaysia’s politics with some concern since the 2008 election and they are not taking the Pakatan claims about capturing Putrajaya lightly.

At his meeting with PAS president Datuk Seri Hadi Awang, Lee, who takes a keen interest in Malaysian and Indonesian affairs, was keen to know how foreign policy, especially that towards Singapore, would change if PAS took over.

“He wanted to see for himself, to hear from the horse’s mouth. He also understands that the head of any government in this country must be from a Malay-based party,” said one of those at the meeting.

The other point here of course is that he chose to meet only one of Pakatan’s contenders for the prime minister’s post.

Some said he gave Datuk Seri Anwar Ibrahim a miss because they have issues dating back to when Anwar was still the deputy prime minister.

But Lee understood the political sensitivities and knew where to draw the line on his trip.

His longest session was with the Penang leaders. The DAP and PAP go back a long way and the discussion probably had more common ground than elsewhere.

The Penang leaders found him sympathetic to their issues but they also thought he was way off on some of his assessments. They probably did not appreciate Lee’s scepticism that Pakatan could capture Putrajaya by the next elections.

When asked by the press to sum up the meeting with Lee, Chief Minister Lim Guan Eng said, among other things: “Lee Kuan Yew is a historical figure. For me and my colleagues, today is a historic occasion, meeting a piece of living history.”

Lee’s visit was to see and hear for himself the political changes that have taken place in Malaysia and getting acquainted with some of the new players.

He is not totally convinced that Pakatan has what it takes for a home run in the next elections; at the same time, he does not intend his country to be caught flat-footed.

Underlying all this is the niggling fear that his own citizens may take their politics ala Malaysia.

Many have wondered at Lee’s political longevity. Some of those he met last week had a glimpse of how he does it and, that is, to be a step ahead of others, even at age 85.

However, not everyone was pleased about the red carpet treatment.

Tun Dr Mahathir Mohamad, describing Lee as “The Little Emperor” was dripping sarcasm when he blogged about how “all those who met the great man from the little country were lectured on how Malaysia should be run.” (Extract from the Star, 16 June 2009).

Comment:
Everybody in the right political mind must be speculating the common denominator that binds Lee Kuan Yew's republic and Lim Kit Siang's (read: Lee Guan Eng)island state of Pulau Pinang (Penang). After all DAP was originally PAP and came into existence in Malaysian Politics after Singapore was expelled from Malaysia.

It's rightly so when Tun Mahathir Mohammad showed little interest of Kuan Yew meandering his way for eight days in Malaysia. As one veteran UMNO politician chuckled, "Kuan Yew is sizing the Malaysian political tsunami of 2008."

For those who are interested in the past relationship of these two elderly statesmen, refer to the book entitled "The Paradox of Mahathirism.", published some time back in late 199o's.

Monday 15 June 2009

ANTARA SEMANGAT PATRIOTISME DA SEMANGAT 'NAK HIDUP".

Sdr Ainon
Sahaja saya tanggapi komen anda dalam Facebook seperti berikut:
Dah naik loya tekak dan dah berbuih mulut kita bercakap ttg BM ini. Pembuat dasar di atas sana tetap dengan pendiriannya. Masalahnya masih terlalu ramai yang terus "melutut" mengkuti kehendak pembuat dasar ini. Dan jiwa-jiwa patriotisme telah dicairkan oleh jiwa-jiwa "nak hidup".Dan media pula semakin dikuasai "golongan" yang juga berjiwa... Read More begini.
Nak salahkan siapa Puan. Kadang-kadang teringat sembang-sembang di kantin DBP tahun pada akhir-akhir tahun 1970an bersama Ajikik dan kawan-kawan lain ttg tentang politik Melayu dan terjemahan Inggeris-Melayu.
Agaknya bagaimanalah khabarnya Ajikik kita itu?

Wednesday 10 June 2009

MELENGUK SEBENTAR DI KOTA ISKANDAR, NUSAJAYA


Bangunan Dewan Undangan Negeri dengan menaranya mirip menara di Bukit Timbalan.


Bangunan yang menempatkan pejabat Menteri Besar Johor dan Setiausaha Kerajaan Negeri

6 jun 2009 lalu, habiskan waktu sebelah pagi bersiaran di Nusajaya berhampiran Pekan Gelang Patah, Johor Bahru. Lalu ke Kota Iskandar, pusat pentadbiran baru Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim. Sebelum sampai ke Kota Iskandar, berhenti sebentar di Ledang Heights, kawasan perumahan elit yang baru, yang menjadi satelit kepada Kota Iskandar.

Pusat pentadbiran Kota Iskandar di Nusajaya.

Kota Iskandar belum siap sepenuhya tetapi citra Kota Iskandar telah jelas, mirip Putrajaya. Dataran bulat dikelilingi Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di satu sisi, Bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar terletak bertentangan dengan bangunan DUN. Dan di satu sisi lagi, bersebelahan bangunan ini terdapat pula tiga bangunan berwajah rumah Melayu yang menempatkan pejabat-pejabat kerajaan.


Puteri Harbour yang melatari Pusat Pentadbiran Nusajaya di Kota Iskandar.

Dan dari bangunan DUN ke bangunan yang menempatkan Pejabat Menteri Besar tersusun serangkaian plat yang memaparkan kisah sejarah Kerajaan Melayu Johor sejak berpindah dari Melaka.Cukup mempesonakan. Kita akan leka dibuai nostalgia silam dengan bentuk bangunan yang khas bercirikan keMelayuan.

Cuma sayang sedikit, pembinaan Masjid Negeri belum bermula untuk melengkapkan lanskap Kota Iskandar ini. Namun saya tetap terpegun dengan keindahan Kota Iskanda dengan Putri Harbour (dalam tasik buatan) berada betul-betul di bahagian belakang bangunan tempat Menteri Besar Johor akan "menggenggam punat pentadbiaran Negeri."

SYABAS BUAT MENTERI PELAJARAN KITA!?

SYABAS BUAT MENTERI PELAJARAN KITA!
Demikianlah adanya. Semakin jelaslah ke mana arah tuju pemimpin "kita". Kita bakal melihat semakin lama semakin berkuranganlah pelajar Melayu yang akan mendapat sijil penuh di peringkat SPM. Syabas kepada Menteri Pelajaran kita kerana pandangan jauhnya. Semoga anak-anak Melayu tidak terus menjadi bidak dalam percaturan politik Melayu!?

Bgaimanakah reaksi Dato' Dr. Hassan Ahmad dan SN Datuk A. Samad Said dengan cadangan baru ini? Senyum dalam tangisan atau nangis dalam senyuman?

Monday 1 June 2009

"SAYA BUKAN ALONG, SAYA CUMA NAK TOLONG".

Kelmarin PM Dato' seri Najib Tun Razak nasihatkan orang ramai jangan meminjam dengan along kerana membahayakan keselamatan diri dan keluarga.Peminjam akan dizalimi jika tidak bayar hutang. Ini dapat dilihat daripada gambar yang disiarkan media sehari sebelumnya. Mereka dirantai sehingga hutang selesai.

Nasihat PM itu bagus. Memang bagus. Tetapi cerita pinjam dengan along ini sudah begitu lama kita dengar, sejak PM saling berganti. Apa masalah sebenarnya. Tak siapa dapat merungkainya.

Amat disayangkan nasihat PM tidak diikuti dengan opsyen atau cara-cara menyelesaikan kepada masalah. Dulu balik-balik kita dengar atau baca iklan, "Saya bukan along, saya cuma mahu tolong" tapi hanya setakat itu sahaja. Bila tak ada opsyen akhirnya mereka balik semula kepada along untuk menyelesaikan masalah kewangan.

Alangkah bagusnya jika nasihat PM itu diterjemahkan kepada tindakan serta-merta atau wujudkan pertubuhan yang boleh membantu keluarkan orang-orang yang telah terjerat ini. Nasihat sahaja belum cukup. Tindakan konkrit diperlukan. Tapi apa tindakan yang dapat dilakukan? Setakat membantras along dengan cadangan menyiarkan wajah mereka dalam media sebagai "orang yang paling dikehendaki" tidak akan menyelesaikan apa-apa.

Malah semakin ramai orang akan menemui along untuk selesaikan masalah kewangan mereka. Pameran wajah along akan menjadi semacam iklan percuma buat mereka, apatah lagi jika wajah dilengkapi nombor telefon sekali.

Saturday 30 May 2009

PPSMI: MOGA-MOGA DIBERI PETUNJUK ILLAHI AZAWAJALLA!

Akitek PPSMI mula berbunyi kembali. Bersiap-siaplah para "pelampau dan ekstremis" bahasa seperti A. Samad Said, Datuk Dr. Hassan Ahmad, Tan Sri Ismail Hussein, Datuk Abu Bakar Hamid, Shahril Mat Zain, Tan Sri Aziz Abd Rahman, Dr. Awang Saryan, Hasni Abbas dan yang sepertinya.

Anda semua tidak ditakrif pejuang oleh arkitek PPSMI. Maka bergembiralah dan bertepuk tanganlah mereka yang selama ini memimpin para pelampau dan ekstermis bahasa ini melakukan "beating around the bush."

Moga-moga Tuhan Azawajala memberi petunjuk kepada semuanya: Si arkitek dan Si pelampau dan ekstremis bahasa.

Selamat berkhidmat PM, selamat bertugas TPM, selamat berkhidmat Menteri Pendidikan!

Thursday 28 May 2009

PPSMI: HARAP-HARAP MENTERI PELAJARAN TIDAK "BEAT AROUND THE BUSH" LAGI


Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein dan Timbalan Presiden Pena, Dato' Baharuddin Zainal mempamerkan laporan polis kepada media di get Balai Polis Bickfield baru-baru ini. (foto: A.F.Yassin).
Gembira kesungguhan kerajaan selesai isu PPSMI - Gapena
KUALA LUMPUR 27 Mei - Gabungan Penulis Nasional (Gapena) gembira dengan langkah kerajaan yang bersungguh-sungguh mencari penyelesaian terhadap isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) berikutan banyak pihak menolak pelaksanaannya.

Ketua Satu Gapena, Profesor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein berkata, kesungguhan itu mencerminkan kerajaan amat prihatin dan memahami hasrat rakyat tentang isu pendidikan.

"Gapena amat berterima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran kerana mengambil berat tentang perkara ini.

"Tindakan beliau menyegerakan penilaian semula dasar dan membuat keputusan secepat mungkin akan memberi faedah kepada anak-anak di masa depan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu di sini hari ini.(Petikan Utusan Malaysia, 28 Mei 09)


Komen:
Harap-harap kegembiraan Gapena ini akan berpanjangan dan Kerajaan memansuhkan PPSMI. Semua anggota kerabat Gapena yang mewakili seluruh kaum penulis di negara ini sudah barang tentu menunggu dengan harapan menggunung.

Ada cara untuk "memetahkan" anak-anak bangsa bercakap dalam bahasa Inggeris. Ada cara yang paling berkesan. Salah satu cara adalah dengan mewajibkan pelajar-pelajar bertutur dalam bahasa Inggeris di dalam kelas ketika berlangsung pembelajaran bahasa itu. Atau wajibkan mata pelajaran bahasa Inggeris dan Kesusateraan Inggeris di peringkat sekolah menengah. Lebih penting lagi adakan kegiatan ko-kurikulum dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi. Contohnya dengan mengadakan kegiatan "pintar Sains dengan eksperimen" dalam bahasa Inggeris. Dan penting juga, adakan kegiatan senam pagi selama 45 minit melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani atau istilahnya PE (Physical Education) yang pernah diadakan di sekolah-sekolah pada zaman sebelum merdeka dahulu.

Apapun jua, syabas kepada semua golongan yang prihatin kepada dasar pendidikan kita yang mahukan bahasa Melayu dimartabatkan.Harap-harap TPM dan lebih-lebih lagi PM tidak akan mempersia-sia harapan mantan PM terdahulu, Tun Abd. Razak, orang tua PM sekarang, yang pernah menjadi Menteri Pelajaran.

Harap-harap juga Menteri Pelajaran sekarang tidak terikut-ikut dengan rentak dan tarian Menteri pelajaran sebelumnya yang suka sangat "beating around the bush."

Wednesday 27 May 2009

MARI BERLUMBA CAKAP INGGERIS DI TV!


Masih adakah yang ingat di mana perbincangan tentang penggunaan pelbagai bahasa di RTM seperti yang diputuskan Perdana Menteri ketika itu? Tarikhnya juga bila ya!
Re: [kumpulan_prihatin] MARI KITA BERLUMBA BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS?


Sdr A.F. Yassin,

Sekarang ini yg dapat diharapkan bersungguh-sungguh bercakap tentang jati diri Melayu dalam kalangan anggota Kabinet hanya Datuk Rais Yatim. Masalahnya dia keseorangan. Sewajarnya semua anggota Kabinet dan penjawat awam (sukar diharapkan orang swasta, walaupun ada) mendukung dasar negara, termasuk dasar bahasa kebangsaan, kebudayaan kebangsaan, pendidikan kebangsaan dll.

Silap kita (pemimpinlah) tidak belajar daripada Indonesia, negara jiran terdekat yang merdeka lebih awal, dan tampaknya berjaya dalam hal mengindonesiakan pemimpin dan rakyatnya.

Apa pun kita mesti terus bercakap dan berjuang!
Dr.Awang Sariyan
Beijing, China




--------------------------------------------------------------------------------
From: Drs Ahmad Fadzil Yassin
To: kumpulan_prihatin@yahoogroups.com
Sent: Tuesday, May 26, 2009 11:05:46 PM
Subject: [kumpulan_prihatin] MARI KITA BERLUMBA BERTUTUR DALAM BAHASA INGGERIS?


Dalam siaran berita di TV sekarang, nampaknya para menteri, terutama menteri Melayu dan kanan pula, berlumba-lumba bercakap dalam bahasa mat saleh. Setiap orang cuba menunjukkan kepetahan. Pernah juga dalam sidang media, seorang wartawan bertanya dalam bahasa orang bersawo matang, tetapi menteri menjawab dalam bahasa orang berkulit putih. Ramai wartawan geleng kepala. Wartawan Melayu terpaksalah terjemahkan ke dalam bahasa Melayu ketika menyiapkan berita.

Pakar bahasa Melayu, Prof. Dr. Awang Sariyan terpaksa gigit jari selalu mengenang nasib bahasanya. Atau Prof. Awang boleh mulai sekarang menghadap ke Gunung Fujiyama untuk belajar dan bertutur dalam bahasa Jepun. Mana tahu satu hari nanti rakyat kita lebih cepat maju menggunakan bahasa Jepun dalam Sains dan Matematik (PPSMJ).

Dalam pada itu apa khabar Tun Ahmad Sarji, Dato' Dr. Hassan Ahmad dan Prof. Diraja Ungku Aziz yang menemui TPM, Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini? Harap-harap sihat walafiat.

Tuesday 26 May 2009

BAGAIMANA KALAU BERALIH ARAH NONTON TV?

Semenjak dua menjak ini, terutama sejak pemilihan Majlis Tertinggi UMNO sebulan dua yang lalu, ada perubahan yang tidaklah begitu drastik dalam program televisyen (TV). terutama dalam siaran beritanya. Lihat sahaja TV1 (RTM) dan TV3 (Media Prima).

Ada yang kata RTM kini "cenderung memberi tumpuan kepada PM" manakala TV3 "cenderung memberi tumpuan kepada TPM". RTM biasanya memberi keutamaan kepada berita tentang PM sementara TV3 membuat liputan utamanya tentang TPM. Yang diutamakan RTM ialah PM, manakala yang diutamakan TV3 TPM. Orang yang membuat perbandingan ini mungkin salah. Mungkin persepsi sebenarnya tidaklah begitu. Tetapi persepsi tetap persepsi. Kalau tidak ia bukan persepsi.

Maka yang mempunyai persepsi ini mencadangkan penonton bertukar selera kepada Rangkaian 501 dan 502. Satu menyiarkan Berita Bernama dan satu lagi Astro Awani. Kedua-dua ini saling cuba melaporkan segala sesuatu yang memihak kepada semua orang, semua tokoh dan semua isu. Maksudnya kedua-dua rangkaian ini ingin membudayakan tradisi tidak memihak (non-partisan). Walaupun tidak dapat dinafikan Astro mungkin cenderung untuk "sedikit sensasi", manakala Bernama TV lebih cenderung menyiarkan "matter-of-fact news."

Jika apa yang dikatakan ini benar, tidak pasti apakah media TV dapat memainkan peranan memenangkan hati rakyat, terutama golongan generasi muda yang nampaknya "loya" dengan program propaganda dan nostalgia. Mereka kata lebih enak menonton Macam-macam Aznil atau Akademi Fantasia daripada menonton program terbitan RTM atau TV3.

Sunday 24 May 2009

MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK. BILA NAK HABIS?

PAYAH, PAYAH POLITIK INI. MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK!
PAYAH, PAYAH POLITIK INI!
Dalam politik macam-macam boleh berlaku dan main tuduh-tuduh ini telah menjadi perkara perkara biasa. Lihat sahaja gelagat dua kumpulan yang memerintah dan yang membangkang di negara hari ini.

Pihak pembangkang, misalnya kalau ada kes di mahkamah, dan ia memihak kepadanya dengan serta merta kumpulan ini akan berkata bahawa "democracy triumphs", tapi apabila kes tidak memihak kepadanya ia akan kata pihak lawannya mempengaruhi kes.

Apa punya cerita dah!
Kalau inilah caranya kumpulan seperti ini berfikir dan berpolitik, lebih baik teruskan politik bawah pokok. Dan mungkin kumpulan seperti ini hanya boleh "survive" melalui giat politik seperti ini.

Helo! gentlemanlah sikit. Macam politik budak-budak saja nampak.
Dan kumpulan yang memerintah jangan naik perasan pula!

MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK. BILA NAK HABIS?

PAYAH, PAYAH POLITIK INI. MACAM POLITIK BUDAK-BUDAK!
PAYAH, PAYAH POLITIK INI!
Dalam politik macam-macam boleh berlaku dan main tuduh-tuduh ini telah menjadi perkara perkara biasa. Lihat sahaja gelagat dua kumpulan yang memerintah dan yang membangkang di negara hari ini.

Pihak pembangkang, misalnya kalau ada kes di mahkamah, dan ia memihak kepadanya dengan serta merta kumpulan ini akan berkata bahawa "democracy triumphs", tapi apabila kes tidak memihak kepadanya ia akan kata pihak lawannya mempengaruhi kes.

Apa punya cerita dah!
Kalau inilah caranya kumpulan seperti ini berfikir dan berpolitik, lebih baik teruskan politik bawah pokok. Dan mungkin kumpulan seperti ini hanya boleh "survive" melalui giat politik seperti ini.

Helo! gentlemanlah sikit. Macam politik budak-budak saja nampak.
Dan kumpulan yang memerintah jangan naik perasan pula!

Saturday 23 May 2009

KONSULAT SINGAPURA DI JB: PERLU KE?


Pusat Pentadbiran baru Johor di nusajaya, kira-kira dua batu dari kawasan latihan tentera Singapura. Pix oleh The Star.

Singapura dibenar buka pejabat konsul di Johor Bahru
SINGAPURA 22 Mei - Malaysia bersetuju membenarkan Singapura membuka pejabat konsul di Johor Bahru sebagai satu langkah praktikal ke arah meningkatkan lagi hubungan dan interaksi kedua-dua negara.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, Singapura membangkitkan cadangan untuk membuka sebuah pejabat konsul ekoran peningkatan interaksi dan lawatan rakyat dari kedua-dua negara.
"Pejabat konsul itu diperlukan bagi memberi khidmat kepada rakyat Singapura untuk mendapat bantuan serta khidmat konsul, seperti ketika sakit atau mengalami kemalangan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dengan murah hati telah bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya pada sidang akhbar bersama selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata serta mengetuai mesyuarat delegasi di sini hari ini.
Najib tiba di republik ini tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada kunjungan muhibah dan lawatan rasmi beliau ke negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lalu.
Menurut Hsien Loong, keputusan itu bukan sahaja menjadi isyarat terhadap keakraban hubungan Malaysia dan Singapura, tetapi juga satu langkah praktikal dalam meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara.
"Keputusan ini memberi manfaat kepada rakyat Singapura, dan tentunya ke arah meningkatkan lagi kerjasama kita," tambahnya. - UTUSAN 23 Mei 09

Komen:
Bincang punya bincang di kedai kopi macam jagoan politik bersama kawan lama sebentar tadi berdekatan Pantai Lido yang sekarang lebih mesra dengan nama Danga Bay menghasilkan satu persepsi sedikit negatif berhubung penubuhan konsulat Singapura di Johor Bahru (Nusajaya?)
“Very dangerous!” kata teman yang mulai kenal sejak tahun 1962 lagi.
“Kamu bercakap gomen. Apa hal?”
“Aku rasa aku ini macam orang Singapura pulak. Aku bimbang dan bukannya kau tak tahu. Tak sampai dua batu Nusajaya berada betul-betul di depan pusat latihan tentera Singapura. Mereka berlatih pakai kereta tank, pesawat pejuang dan segala macam kelengkapan berat tentera. Dan kau tak ingat ke sebuah artikel yang dimuatkan dalam akhbar kita tidak lama dulu. Artikel itu kata kalau terjadi konflik persenjataan antara kedua-dua Negara negeri Johor akan dijadikan zon selamat (buffet zone) oleh Singapura.
“Kita tak bolehlah prasangka macam itu dengan jiran kita.”
“Ini bukan prasangka, Ini satu calculated risk, you know!”
“Makin parah ngomong kamu ini.” Teman saya ini orang Jawa. Di kampungnya dia berbahasa Jawa dengan anggota keluarganya.
“Aku juga hairanlah pelat Inggeris kamu itu tak ada pelat Jawanya, malah aku dengar kau bercakap Inggeris gaya orang Singapura pula.
“Sajalah kau ni. Dah merepeklah tu.”
“Ok. Bayarlah kopi ini. Aku nak balik.”
“Kan masih belum asar. Kita kan baru sampai.”
“Aku ada hal. Aku nak balik KL.”

Sunday 17 May 2009

BAHASA:BUAT APALAH YANG PATUT DAN PERLU TAN SRI!

KUALA TERENGGANU 16 Mei - Kerajaan komited untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan perpaduan di samping meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, bahasa Melayu perlu menjadi teras kepada negara dan bangsa yang ingin dibina perlu diperkasakan sebagai bahasa perpaduan yang menyatukan setiap rumpun masyarakat. (Mingguan Malaysia, 17 Mei 09)

Komen:
Orang ramai pun dah naik bosan dengar cerita nak martabatkan bahasa Melayu.Macam-macam nama diberikan dalam usaha hendak martabatkan bahasa. Padahal bahasa itu telah dimartabatkan sejak lebih 500 tahun dahulu. Sejak orang Melayu tahu memerintah dan bertamdun di alam Melayu ini.

Ada orang melihat bahasa ini sebagai alat untuk agenda sendiri-sendiRi, terutama orang yang berkepentingan dalam bidang politik. Cukuplah dengan retorik. Bukalah mata besar-besar dan jangan tulikan telinga. Bak kata 'orang puteh' "Don't just say it,do it!".

Tuesday 12 May 2009

KRISIS POLITIK PERAK. BILA NAK SELESAI NI?


Zambry: Menteri Besar Perak?


Nizar: Menteri Besar Perak?

Tambah membosankan dan membingungkan. Bilakah agaknya krisis politik di Perak ini akan berakhir. Macam tak ada penghujung nampaknya.

Kalau ikut rasa akar umbilah, krisis ini mudah saja boleh selesai. Kenapa tak teruskan sidang hari itu dan usulkan undi tak percaya kepada Menteri Besar, tak kira siapalah. Ajak semua ADUN mengambil bahagian dan memilih kumpulan mana yang berhak memerintah. Jangan ada pecat-memecat.

Itu hari kan sudah bagus DUN bersidang. Kenapa bikin ribut hingga Sidang terpaksa ditangguhkan. Bukankah lebih mudah diadakan undi percaya atau tidak percaya kepada Menteri Besar, tak kira siapalah. Minta semua ahli DUN memberikan undinya dan lihat keputusan.

Sepatutnya semua ADUN Perak sudah matang berfikir dan bermesyuarat. Elakkanlah daripada nak tegak benang basah.

Sebenarnya, baik PR mahupun BN sentiasa cari jalan bahawa cara merekalah yang betul. Nizar nak rakyat tentukan dengan pilihanraya semula. tetapi bayangkan kosnya nanti. Nizar yakin rakyat akan pilih PR semula membentuk kerajaan. Zambry pula mungkin kata tak perlulah pilihanraya semula, cukup dengan bersidang sahaja. biarkan semua ADUN buat keputusan, sama da PR atau BN yang teraju kerajaan. Adakan undi tak percaya. Mana kumpulan yang menang ialah yang membentuk kerajaan. habis cerita. Tak perlulah khidmat mahkamah atau khidmat peguam. Duit begeri tak luak, masa tak membazir dan siapa membentuk kerajaan boleh terus bekerja. Rakyat lega dan boleh mula nikmati hasil pemilihan mereka.

Bukankah semua wakil rakyat yang dipilih bekerja untuk kepentingan rakyat. Menteri Besar pun bekerja untuk rakyat. Nizar berkata begitu. Zambry pun berkata begitu. Jai apa masalahnya lagi?

PLEASE WAKE UP, SIR, MINISTER OF EDUCATION!


Tan sri Muhyiddin Yassin, left, Dato' Seri Dr. Rais Yatim and Dato' Seri Tengku Adnan at the recent cabinet swearing-in ceremony at Istana Negara. Pix by Berita Harian

Master English by learning English, not others
By : Umapagan Ampikaipakan

OVER the last many months, the debate concerning the teaching of science and mathematics has once again dominated our discourse.

The letters pages in our many newspapers rife with opinions and commentary. Critical notes from teachers, students, parents and politicians. Barely a day goes by without some recommendation on how to remedy the situation; without some novel solution.

So let me get it out of the way. Here are my two cents:

I believe that it is necessary for science and mathematics to be taught in Bahasa Malaysia. There, I said it. I do not say it out of sentimentality. Neither does it stem from some misplaced sense of national pride. My reasons may be dispassionate, but they are practical.

The facts are these:

- The teaching of science and mathematics in English does not serve to improve one's command of the language. The teaching of English does that. The understanding of its structure and rules, the immersion in its literature, the active encouragement of its use. There is no easy out. There is no shortcut. No killing of two birds with one stone. And while our students may now be fluent in the technobabble that is common to these subjects, their English language skills remain wanting.

- There are those who insist that after 11 years of science and mathematics in Bahasa Malaysia, our students find it difficult to cope when they go abroad to further their studies. That they find it impossible to handle the transition between the two languages. That it in fact causes them to lag behind. I disagree.

I believe that if you possess the intellectual capacity to actually make it to a university, then those skills should provide you with the competence to make the shift from one language to another. Besides, so many of the technical terms are in fact loaned words.

English terms that are magically transformed into Bahasa Malaysia merely by virtue of their spelling. "F" instead of "PH", "SIN" instead of "SYN", lose the "H" and you get "fotosintesis". One would never have to grapple to decipher "experiment" from "eksperimen". It isn't like we are actually using the word "ujikaji".

- I believe that children achieve a better understanding when taught in their mother tongues. They can better grasp abstract concepts. For it is after all much easier when relating to the familiar. In fact, there is data indicating that the top 10 countries that have excelled in the International Olympiad in Mathematics, Physics, Chemistry, and Biology are those using their mother tongue as the medium of instruction. The teaching of science and mathematics in Bahasa Malaysia does not encumber its understanding. It may in fact do the very opposite.

- It is the practical application of our education that is of the utmost importance. For what is the point of having a doctor returning home to practise medicine and being unable to communicate with his patients? How would he take their medical history? How would he even begin to explain to them what was wrong? Through a translator? What is the point of attaining all of that knowledge and then not being able to pass it on to your own people, in your own language? It is insulting. Really.

But there is more to the problems that plague our education system than just the language in which we are taught. It is merely a distraction from all that really ails us. Our system is broken, in that it fails to educate our youth, let alone inspire them. We are shut up in our schools and in our colleges for years, and come out in the end with little else than a brief grasp of language and some memory of the thoughts of other men.

For 11 years, I, too, was held captive, cold irons bound, in the claustrophobic confines of the Kurikulum Bersepadu. My dreams tortured by the spectre of Afonso de Albuquerque. His disembodied head, muttering in Portuguese, insisting, over and over again, that his name is in fact pronounced: "Al-Buh-Kur-Kee".

I can barely call to mind all the things I was taught in school. I remember being bored. It is the one compelling memory of those days. I remember being bored and I remember being sweaty.

I remember being cooped up in a little room with rickety chairs and a squeaky ceiling fan. I remember 44 other people. I don't remember their names or their faces but I remember their smells. I remember that cleaning the blackboard after class would give me an asthma attack.

I would sneak storybooks into school, hiding them between textbooks, in those small spaces underneath those rotten wooden desks. I would read them, surreptitiously, while the rest of the class struggled with the base six number system. They were my only escape. The only way I could endure my sentence. Year after year, with no early reprieve for good behaviour.

I remember being taught to pass exams. I remember being taught the importance of the almighty "A". I remember being taught to memorise facts. I remember being taught. I do not remember learning. I do not remember having to think. I do not remember why.

It is an unfortunate truth, but our education system gives birth to drones. Human computers that are able to regurgitate, with great efficiency and accuracy, everything that has been fed to them. And little else.

Therein lies our greatest failing. (NST, 12 May 2009)

Comments:
Need I comment on the above opinion? I don't thnik so. A simple self-explanatory piece of advice to the "rakyst" and UMNO leaders alike. Therefore, Sir, Minister of Education, Please wake up!

Tuesday 5 May 2009

KAJIAN LIMA TAHUN PPSMI BELUM CUKUP?!


SN Dato' A. Samad said (kiri) bersama Prof. Dr. Abdullah Hassan di Johor Bahru. Protes PPSMI?

TPM arah kajian PPSMI dilanjutkan
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.

''Hasil kajian itu hanya akan dibentangkan ke Kabinet apabila saya telah berpuas hati, sama ada ia telah dijalankan dengan mendalam mengenai kesan dan adakah ia boleh ditambah baik.

''Adakah perlu berlaku perubahan dasar dan apabila ia sudah lengkap dari semua sudut ia akan dibentangkan ke Kabinet, sekarang ini ia belum selesai,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja pertama ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat keperluan untuk melanjutkan kajian PPSMI itu memandangkan terdapat hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berlainan dengan hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat.

Katanya lagi, maklumat yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat yang dibuat oleh kementerian adalah berdasarkan kepada perasaan individu terlibat, tetapi apa dibuat oleh penyelidikan bebas ini berdasarkan bukti.

''Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI,'' katanya. (Utusan Malaysia, 6 Mei 2009)

Komen:
Demikianlah, bila menteri berganti maka semua usaha dan pertimbangan menteri yang terdahulu "hilang" entah ke mana. Ke mana ya perginya semua hasil dialog, kertaskerja dan pelbagai bantahan yang dikemukakan kepada menteri pelajaran yang terdahulu sehingga apabila menteri pelajaran yang baru mengambil alih tugas, semacam tak wujud pemindahan tugas. Mungkin semua usaha yang lalu "ghaib" dibawa angin perubahan.

Nampaknya, segala usaha rasional selama lima tahun untuk memansuhkan PPSMI hanya tinggal sia-sia. Sekarang, Menteri Pelajaran yang baru nak kaji semula kerana katanya beliau perlukan bukti kerana selama ini kononnya semuanya dibuat ikut perasaan. Seperti katanya, "Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI." Sedapnya cakap. Nampaknya dialog dengan kementerian dan kertas kerja yang diserahkan oleh golongan pendidik bertaraf profesional ibarat menjurus air di daun keladi. Hasil kajian mereka dianggap ikut perasaan bukan berdasarkan bukti. Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Ismail Hussein, Dato;' A. Samad Said, Prof. Abdullah Hassan, Dato' Dr. Hassan Ahmad, prof. Dr. Awang Sariyan dan lain-lain gamaknya tidak gunakan fikiran tapi perasaan apabila mereka menuntut PPSMI dimansuhkan.

Semacam ada "sesuatu" dalam agenda menteri pelajaran kita yang baru ini. Seperti halnya menteri terdahulu, agaknya menteri yang sekarang ini pura-pura lupa dari mana beliau berasal kerana negeri Johor selama ini mahukan PPSMI dimansuhkan dan kembali menggunakan bahasa Kebangsaan. Tapi apa yang hendak dihairanlah kerana sewaktu kempen untuk jawatan presiden UMNO baru-baru ini menteri pelajaran ini asyik sahaja bersama-sama tokoh yang menjadi arkitek PPSMI. Takkanlah beliau nak tolak keputusan arkitek PPSMI.

Jangan-jangan nanti, gara-gara PPSMI UMNO akan semakin tidak dipedulikan orang Melayu. Jadikanlah Bukit Gantang, Selambau dan Kuala Terengganu sebagai suara prihatin rakyat, khususnya orang Melayu.

Masih saya ingat amaran seorang pemimpin NGO yang bekerja di DBP sebelum pilihanraya kecil dua bukit: "Jika UMNO tak sedar lagi, tunggu Bukit Gantang dan Bukit Selambau." Akhirnya semua orang tahu ke mana Bukit Gantang dan Bukit Selambau hari ini. Kemudian kita nak tanya apa dah jadi dengan laporan polis GAPENA mengenai pelaksanaan PPSMI yang melanggar Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan?

Dan seperti biasa menteri pelajaran akan mengambil masa lima tahun pula sebelum "membuat keputusan dan mungkin sahaja menyerahkan" isu PPSMI ini kepada menteri pelajarannya yang baru.

Thursday 30 April 2009

MAI KITA MAIN TARIK TALI DENGAN PPSMI!


Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) bersama Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak ketika melafazkan sumpah jawatan di Istana Negara. Foto Bernama.
Gapena mahu jumpa Najib, Muhyiddin, bentang pandangan orang bahasa, sastera dan budaya

GABUNGAN Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bagi mengemukakan pandangan persatuan yang membantah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat sekolah rendah dan menengah.

Setiausahanya, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata pihaknya dalam usaha menentukan tarikh dan masa ekoran rombakan Kabinet yang menyaksikan Muhyidin mengambil alih jawatan sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada awal bulan ini.

“Gapena akan menjelaskan pendirian menolak PPSMI pada pertemuan yang akan berlangsung itu dan berharap kerajaan membatalkannya daripada peringkat sekolah rendah dan menengah kerana isu ini sudah melarat hingga ke peringkat institut pengajian tinggi (IPT),” katanya ketika dihubungi Sastera di Kuala Lumpur, kelmarin.

Beliau berharap pertemuan terbabit akan dapat diadakan secepat mungkin dan sudah berusaha mengaturnya susulan daripada laporan polis yang dibuat sebelum ini, ekoran kegagalan kerajaan membatalkan PPSMI sebelum 2009 pada 15 Februari lalu.

“Kita serahkan kepada pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan sekiranya siasatan polis mendapati ada kes dan kita akan ambil langkah satu persatu berdasarkan perbincangan jawatankuasa. Gapena juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
“Kami akan menggunakan kesempatan terbabit bagi mengemukakan pandangan bahawa PPSMI bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan Akta Pendidikan, selain tidak selari dengan matlamat perjuangan Umno ketika gerakan terbabit dibentuk dulu,” jelasnya.

Seminggu sebelum Perhimpunan Agung Umno Mac lalu, Gapena yang diwakili Ketua Satunya, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein dan ahli jawatankuasa, Prof Datuk Dr Zainal Kling serta Datuk Tengku Alauddin Tengku Abdul Majid mengadakan pertemuan dengan Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno.

Setiausaha II Gapena, Prof Madya Dr Hashim Ismail yang turut hadir pada pertemuan terbabit berkata, pertemuan yang diatur oleh pihak ketiga atas permintaan Najib itu, menunjukkan isyarat positif, selain turut membincangkan soal cabaran politik dan kedaulatan bangsa.

Timbalan Presiden, Persatuan Linguistik Malaysia (PLM), Kamal Shukri Abdullah Sani, berkata PLM menyambut baik usaha membawa isu PPSMI ke Kabinet dan keputusan segera dan terbaik dapat dibuat untuk pendidikan negara ini dengan mengambil kira semangat yang terkandung dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
“Dengan menolak PPSMI, sebenarnya Kabinet menghormati konsep Satu Malaysia yang antara lain, rasa pemilikan bersama-sama negara ini termasuklah perlunya bersama-sama ‘memiliki’ bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kebangsaan dan perpaduan bagi negara ini,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur

Beliau berkata, tamadun bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, khususnya sebagai bahasa sains dan teknologi dapat terus berkembang dengan pesat ketika Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan sepenuhnya dan tidak musnah atau dihancurkan seperti yang sedang berlaku sekarang melalui PPSMI.

PLM bimbang apabila semua mata pelajaran berunsur sains, matematik dan teknologi yang dulunya diajar dalam bahasa Melayu seperti Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan mata pelajaran Teknikal, Kejuruteraan dan sebagainya di sekolah, kolej, politeknik mahupun universiti, kini diajar dalam bahasa Inggeris,

“Tidakkah ini jelas menunjukkan fungsi bahasa Melayu sudah ‘dihancurkan’. Jumlah mata pelajaran terbabit banyak dan bukannya dua seperti yang mungkin difikirkan segelintir orang. Malah, sekali gus penerbitan dan pembangunan kepustakaan Melayu juga terjejas sama ada secara beransur-ansur atau serta-merta,” tegasnya.

Ahmad Shukri yakin bahawa kemahiran berbahasa Inggeris dan penguasaannya boleh dibangunkan melalui reformasi dalam kurikulum dan pengajaran Bahasa Inggeris dengan pelbagai cara seperti penggunaan bahan interaktif pelbagai media, komputer riba, cakera padat, perisian dan bahan canggih lain.

“Mata pelajaran English for Science and Technology yang ada sekarang juga sudah sangat membantu. Usahlah dimusnahkan fungsi bahasa Melayu di negara ini. Jika kesilapan seorang doktor membunuh seorang pesakit, tetapi kesilapan pendidikan membunuh satu generasi. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung” ujarnya.

Timbalan Presiden, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Mohamad Saleeh Rahamad, berkata pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, diharap dapat memulihkan kembali fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik di sekolah rendah serta menengah.

“Pena menyokong usaha menolak PPSMI kerana ia bukan saja membawa natijah buruk kepada perkembangan kognitif dan keadilan pendidikan majoriti pelajar dari keluarga biasa di luar bandar mahupun di pinggir bandar, tetapi yang lebih berbahaya PPSMI sedang meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden,” tegasnya. Barita Harian

Komen:
Pertemuan demi pertemuan telah diadakan. Perbincangan demi perbincangan telah diadakan. dialog demi dialog telah diadakan. Menteri datang, menteri pergi. Kini kita (Gapena) akan bersemuka pula dengan Menteri pelajaran yang baru dan Timbalannya. Kedua-duanya orang Johor. Setakat ini hanya negeri ini sahaja yang masih teguh mahukan PPSMI dimansuhkan.

Namun apakan daya. Masih teralu ramai yang pesimis sama ada PPSMI berjaya dimansuhkan. Mantan Perdana Menteri yang lalu gagal menyelesaikan masalah ini. PM yang sekarang ini belum lagi bersuara: Mahu ke mana PPSMI? Mantan Menteri Pelajaran "telah cuci tangan". Masih ingatkah bagaimana mantan Menteri Pelajaran itu terpaksa membawa rombongan PPSMI yang diketuai Dato' Dr. Hassan Ahmad "berpusing-pusing dalam belukar" di Putrajaya ketika membincangkan isu PPSMI tak lama sebelum Pemilihan UMNO akhir Mac lalu.

Sekarang mantan Menteri Pelajaran itu telah memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Semkin kukuh sahaja kedudukannya dalam kabinet. Isu PPSMI kini terletak di pundak Menteri Pelajaran yang baru yang juga Timbalan Perdana Menteri. Dengan arkitek PPSMI mula membayangi PM yang baru beserta Kabinetnya, apakah ada kemungkinan masalah PPSMI ini dapat dirungkaikan.

Maka cerita lucu main tarik tali selama ini akan berterusan. Dan Menteri Pelajaran dan Timbalannya sekarang akan menjadi anggota "kelab terbaru" bermain tarik tali dengan rakyat!

Saturday 25 April 2009

AGAMA ANAK: BAGAIMANA DENGAN HUKUM SYARAK?


Pandangan dua mufti, Harussani Zakaria (Perak) kiri dan Nooh Gadut (Johor).

Anak ikut agama asal ibu bapa bercanggah syarak
Oleh Nor Azma Laila dan Haspaizi Mohd Zain
bhnews@bharian.com.my

Mufti minta kerajaan tarik balik keputusan elak kekeliruan

KUALA LUMPUR: Keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak mesti kekal menganut agama asal ketika ibu bapanya berkahwin walaupun selepas seorang daripada pasangan itu menukar agama, bercanggah dengan hukum syarak, kata beberapa mufti semalam.

Sehubungan itu, mereka meminta kerajaan menarik balik keputusan itu bagi mengelak kekeliruan, terutama di kalangan umat Islam.



Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.

"Soal Islam tidak boleh dipermainkan, begitu juga dalam masalah hukum tidak boleh dibincang atau dipinda sewenang-wenangnya, sebaliknya perlu mendapat pandangan ulama, mufti dan pakar agama supaya tidak timbul kekeliruan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, berkata Kabinet membuat keputusan itu sebagai langkah penyelesaian jangka panjang berhubung isu pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama.

Keputusan itu dibuat berikutan kes bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam, Mohd Ridzuan Abdullah, 40, menukar agama tiga anaknya kepada Islam, walaupun ibu mereka masih beragama Hindu.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak-anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

"Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya.

"Bagi saya kes ini membabitkan masalah manusia, bukannya hukum. Walaupun anak itu memeluk agama lain, hubungan mereka dengan ibunya tidak akan putus. Dalam Islam adalah haram sekiranya memutuskan hubungan persaudaraan, walaupun berlainan agama," katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peguam Syarie, Mohamad Isa Abd Rolip, berkata sebarang perubahan yang ingin dibuat perlu mengambil kira undang-undang sedia ada serta pandangan semua pihak supaya tidak menimbulkan kebimbangan masyarakat Islam.

"Keputusan itu seolah-olah satu dasar atau undang-undang baru yang perlu diikut, sekali gus menimbulkan kerisauan di kalangan umat Islam terutama saudara baru," katanya.

Setiausaha Agung, Yayasan Maklumat dan Perkhidmatan Islam, Sabariah Abdullah, berkata sebarang keputusan atau kenyataan berkaitan isu pindaan atau perubahan dalam hukum Islam tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.

Peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi, Ikbal Salam, pula menyarankan bahagian khas syariah yang menguruskan isu penentuan hak jagaan anak-anak yang mana ibu atau bapanya memeluk Islam perlu ditubuhkan di Mahkamah Sivil.

"Mahkamah Sivil juga perlu diberi kuasa menguruskan kes sebegini dengan melantik hakim yang terlatih dalam bidang sivil dan syariah bagi mengetuai bahagian khas itu supaya kepentingan pasangan yang memeluk Islam juga terbela," katanya.

Komen:
Kelihatannya, Kabinet kenalah beri pertimbangan semula keputusan terbarunya berhubung kes anak dan agama ini. Nilailah impaknya jika keptusan itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Hukum Syarak. Pelbagai andaian akan dibuat, malah persepsi orang Melayu, khususnya, terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak mungkin turut berubah secara drastik. Belum lagi kes PPSMI selesai kini datang pula kes yang lebih mendasar mengenai Perlembagaan dan Syariah.

Siapa menterinya yang mengndalikan kes ini perlu berhati-hati menasihatkan PM jangan sampai rakyat Melayu "naik meluat", sekadar menyebut kata-kata seorang khatib masjid di Johor Bahru.

Wednesday 22 April 2009

BILAKAH MEDIA MALAYSIA AKAN BERSIKAP BERKECUALI?

MEDIA: MEMIMAHAK ATAU TIDAK MEMIHAK

Kebiasaannya, setiap sesuatu itu akan wujud berlawanan. Misalnya, hidup lawannya mati. Lelaki lawannya wanita. Sakit lawannya sihat. Dan seterusnya.

Begitulah juga dalam kita berfikir atau berhujah. Misalnya, dalam kita berfikir, sudah tentu kita akan memikirkan yang positif dan yang negatif. Dalam berhujah, sudah tentu kita akan dengar pihak yang menyokong dan yang membantah. Maka akan sentiasa ada perkara yang berlawanan. Pro dan kontra.

Sayangnya, perkara yang berlawanan ini belum lagi mentradisi dalam dunia media kita. Misalnya, dalam media cetak kita baca, kita sering baca berita dan rencana yang berdasarkan kecondongan (slant) dan sudut yang menyokong kerajaan. Mungkin tidak dapat dielakkan, khususnya dalam media perdana. Dalam media alternatif kita lihat pula kecondongan dan sudut. Ini pun biasalah. Lalu kita pun lihat dan nilai sendiri kecondongan akhbar seperti Utusan Malaysia, New Straits Times, The Star, Harakah, Suara Keadilan atau Rocket.

Dalam media elektronik pula kita akan lihat hal yang sama. Tontonlah RTM 1 dan 2, TV3 dan kumpulan rangkaiannyadan ASTRO (AWANI) dan Bernama TV. Kecondongan RTM jelas bersifat pro-Kerajaan, malah bersifat propaganda. Ini perkara biasa. TV3 lebih mirip kepada pro-kerajaan. Bernama TV dan Astro Awani cuba menunjukkan kelainan dan mahu dilihat berkecuali.Sifat dan perisian “hitam-putih” dalam media elektronik ini bagaikana tidak dapat dielak. Sebabnya, setiap mediaa itu dikuasai sesuatu golongan tertentu, baik antar media mahupun intra media.

Bagaimanapun masalah yang ingin saya kongsi bersama ialah “penghujahan yang tak seimbang dalam program “bual bicara” media elektronik ini. Lebih tepat, soal yang membabitkan keseimbangan dalam mengutarakan pandangan dan hujah. Atau dalam bahasa yang mudah, berhujah dari tiga sudut: menyokong, menentang dan berkecuali. Dan dalam hal ini media elektronik mestilah bersifat berkecuali..

Kita ambil CNN di Amerika Syarikat, misalnya. Apabila mendapatkan pandangan tentang sesuatu isu CNN akan kemukakan sekurang-kurangnya dua ahli panel tokoh: wakil yang menyokong dan wakl yang menentang. Contohnya, dalam isu kempen calon Presiden yang baru lalu, kita akan tonton perbincangan antara wakil Demokrat dan Republikan. Dalam isu membabitkan kempen calon Parti (baik Demokrat mahpun Republikan) kita akan tonton perbincangan antara dua calon Demokrat atau dua calon Republikan pada satu-satu masa.

Di Negara kita, tradisi berbincang begini belum ada. Tontonlah “talk show” dalam mana-mana TV kita, terutama yang membabitkan politik atau ekonomi. Contohnya, Kempen pemilihan Majlis tertinggi UMNO yang baru lalu. kita dipertonton dengan rancangan apa yang kita sebut “satu hala” atau “one-way street.” perbincangan menjurus kepada pandangan sepihak. Sementara pihak yang lain yang berpandangan kontra tidak berpeluang menjawab.

Bernama TV dalam rancangan Helo Malaysia!nya menjelang perhimpunan dan sesudah perhimpunan UMNO sering mendatangkan tokoh-tokoh dalam rancangan Helo Malaysia!nya yang dilihat menyokong sesuatu golongan tertentu dalam UMNO. mengemukakan tiga tokoh yang jelas tidak bersifat berkecuali dalam membincangkan pemilihan. Sudahnya, kita tidak diberi kesempatan untuk mendengar hujah yang bertentangan. Ertinya subjek yang menjadi sasaran penentangan tidak diwakili dalam perbincangan ini

Saya fikir ramai yang menonton rancangan seperti ini melihat susunan ahli panelnya dirancang begitu rupa sehingga pandangan sepihak ini sahaja yang mahu ditonton oleh khalayak. Ada pemanggil luar yang pandangan atau soanya tidak diambil kira langsung, jika dinilai kontraversi oleh moderator rancangan.

Di Astro Awani, lain lagi ceritatanya. Ada kalanya anggota panelnya tertalu bersifat berkhurbah dan mahu mengajar, seolah-olah anggota panel ini sahaja yang “maha tahu” atau “serba tahu.” Contohnya dalam satu programnya ada dalam kalangan anggita panelnya “mengajar” kerajaan yang baru dibentuk untuk “melakukan “ segala sesuatu yang menurut pandangnya betul dan bijaksana. Sehingga ada yang mencadangkan PM baru meniadakan kementerian itu dan ini dan mengurangkan jumlah menteri. Hebat!

Malah dalam satu rancangan, ada pemanggil yang berkata bahawa tokoh-tokoh panel itu sepatutnya menjadi menteri. Nasib baik dia tidak kata “patut menjadi PM.”

Ini belum lagi cerita tentang ahli-ahli panel yang terdiri daripada tokoh-tokoh akademik di universiti. Tokoh-tokoh ini aada yang seperti mahu menunjukkan kepetahannya berbincang, kelihaiannya berbahasa akademik, penuh dengan jargon politik atau ekonominya sehingga menjadikan penonton terpinga-pinga dalam keterpesonaan.

Kita membaca ribuan blog dalam internet. Kadang-kadang bolgger ini jugalah yang menjadi ahli panel dalam rancangan TV ini. Tidak kiralah sama ada RTM, TV3, Astro atau Bernama TV. Kadang-kadang mereka ibarat burung kakak tua, mengulangi pandangan dalam blognya untuk khalayak penonton TV pula.

Agaknya beginilah resam orang-orang media kita, ya!

Thursday 16 April 2009

1 MALAYSIA OH SATU MALAYSIA!


PM Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Foto oleh Asia Sentinel

Tengah digembar-gemburkan sekarang ini slogan kabinet baru pimpinan Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak – 1 Malaysia. Keperluannya untuk mengenengahkan slogan 1 Malaysia ini mungkin berpunca daripada kerapuhan kesatuan dan perpaduan bangsa Malaysia hari ini. Sepanjang 50 tahun lalu, ada sahaja halangan untuk membentuk kesatuan dan persatuan rakyat. Barangkali semua kaum di Negara ini berpijak di bumi rapuh, terutama jika dilihat daripada sudut budaya dan lanskap politik. Pandangan dua ahli panel Rancangan Helo Malaysia (Bernama TV), dari UIA dan Universiti Terbuka malam tadi dan beberapa pemanggil interaktif melalui rancangan itu mungkin boleh dijadikan contoh dan iktibar.

Najib mungkin berdepan dengan beberapa pilihan untuk membancuh rakyat majmuk Malaysia menjadi 1 Malaysia. Pilihan itu ada di beberapa Negara, seperti Singapura dengan didasarkan kepada “Malaysian Malaysia” yang diperkenalkan mantan Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia. Kini DAP mencanangkan konsep Malaysian Malaysia itu. Ada Indonesia dengan ramuannya, Satu bangsa, satu Negara dan satu bahasanya. Mantan presiden UMNO, Dato’ Onn Jaafar pernah mencadangkan untuk Tanah Melayu tetapi tidak mendapat sambutan. Kemudian ada pula ramuan Amerika Syarikat dengan “bahasa dan budaya Inggeris sebagai alat pemersatu. Mana satu ramuan atau acuan yang diperlukan Najib? Singapura, Indonesia atau Amerika Syarikat? Atau ada acuan yang lebih molek buat Malaysia?

Ramai kawan memberikan pandangan. Pandangan mereka boleh dirumuskan, bahawa Malaysia perlu membancuh semua ramuan dalam semua acuan tadi menjadi 1 Malaysia. Malaysia perlukan Malaysian Malaysia berdasarkan merit dengan syarat rakyat Malaysia tidak lagi dibelenggu masalah handicap politik dan ekonomi (keterbatasan). Malaysia perlukan satu bangsa - bangsa Malaysia, satu Negara - Negara Malaysia dan satu bahasa - bahasa kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam perlembagaan.

Dan Malaysia perlukan acuan Amerika Syarikat dengan rakyat berfikir secara satu bangsa, keluar dari kepompong kaum-kaum, berbahasa kebangsaan di peringkat nasional. tanpa memperkecil peranan bahasa ibunda.
Malaysia tidak perlu sikap dan sifat ekstrim mengasimilasikan rakyat. Begitu juga Malaysia tidak juga perlu sikap dan sifat akomodatif yang dianggap berbahaya dari segi jangka panjangnya. Maka carilah satu cuan yang boleh diterima pakai. Barangkali mencampurkan semua ramuan daripada tiga Negara yang disebutkan di atas mserupakan ramuan terbaik mengadunkan rakyat menjadi 1 Malaysia.

Namun, mahu ikut acuan Singapura sahaja, ya boleh. Mahu ikut acuan Indonesia sahaja ya boleh. Malah mahu ikut acuan Amerika Syarikat sahaja, juga ya boleh. Trserah kepada kebijaksanaan Najib dan kabinetnya.

Kita tunggu sahajalah dengan masa sebagai faktor penentu!

Sunday 12 April 2009

ANTARA RELA TERPAKSA DAN MENANG TAK MENANG SEMUA BUAT KHAIRY!


Dato' Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO (kiri) bersama Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO di Perhimpunan UMNO Mac 2009: Sekadar mendengar bisikan hati Khairy? Foto Utusan Malaysia.

PM jelaskan peranan Khairy
PATTAYA 11 April - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan tumpuan terhadap tugas parti meskipun tidak terpilih menganggotai Kabinet.

"Dia faham keadaannya dan tak ada masalah bagi dia," kata Najib apabila ditanya mengenai pendapat sesetengah pihak bahawa Ketua Pemuda UMNO patut diberi peranan dalam Kabinet.

Pada sidang akhbar dengan media Malaysia di sini malam tadi, Najib berkata adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang.

"Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat," katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO, termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau akan juga meneliti struktur parti daripada sudut politik dan kedudukan kerajaan pada masa akan datang dalam usaha memperkemaskan parti.

Pada Khamis lepas, Khairy berkata beliau sedia membantu Perdana Menteri untuk mengukuhkan parti terutama Pemuda UMNO. - BERNAMA (12 April 2009 seperti dipetik Utusan Malaysia hari ini.)

Komen:
Inilah yang dinamakan konsep ideal dalam politik Malaysia: Yang menang tak menang semua, yang kalah tak kalah semua. Bagaimanalah agaknya perasaan "rakyat" Rembau yang teleh memberikan kepercayaan kepada Khairy secara demokrasi menerima konsep ideal ini?

"Rakyat" di Rembau perlu menerima hakikat bahawa:
1. Khairy didapati bersalah kerana melanggar etika pemilihan UMNO Mac 2009 lalu, tetapi dibenarkan bertanding. Manakala Ali Rustam yang didapati bersalah atas isu yang sama tidak dibenarkan bertanding.

2. Khairy menang Ketua Pemuda dalam pemilihan itu tapi tidak menganggotai kabinet PM yang baru. Sedangkan Naib Ketuanya Razali Ibrahim diberi tempat sebagai timbalan menteri. Kemudian calon yang kalah dalam pertandingan Mukhriz Mahathir turut diberikan tempat sebagai timbalan menteri.Maka Khairy terpaksa berpuas hati menjadi seorang lagi "Suhaimi Hj Kamaruddin" atau "Harun Idris" yang tidak diberi tempat dalam kabinet suatu waktu dahulu. Harun sedikit bertuah kerana ketika terpilih sebagai menjadi Ketua Pemuda beliau adalah Menteri Besar Selangor.

3. Suhaimi kalah dalam perebutan Ketua Pemuda kepada Anwar Ibrahim dengan hanya satu undi. Namun Ketua Pemuda yang baru menang itu mendapat tempat dalam kabinet yang baru dirombak sebagai Timbalan Menteri. Kadang-kadang terfikir juga adakah semua ini dirancang atau disebabkan suasana dan keadaan (mood).

4. Untungnya Anwar. Untungnya Harun Idris. Untungnya Razali Ibrahim. Untungnya Mukhriz Mahathir. Kasihannya Suhaimi. Kasihannya Khairy Jamaluddin.

4. Khairy pun berikrar patuh kepada pucuk pimpinan parti, sedia bekerjasama membantu Presiden UMNO. Bunyi macam "rela terpaksa" sahaja. Atau seperti kata orang putih "sour grapes" dengan berkata bahawa menjadi sebahagian daripada kabinet tak penting.

Saturday 11 April 2009

MUHYIDDIN DALAM ZON BAHAYA TIGA TAHUN LAGI?

MAMPUKAH MUHYIDDIN BERTAHAN?

Sepulang dari Bandung beberapa hari yang lalu, berhajat pula pulang ke rumah di Johor Bahru, menziarah ibu mentua yang kurang sihat. Seperti biasa malamnya sempatlah kami (ipar duai) berbual santai di Danga Bay, untuk melihat keindahan lampu malam di seberang sana (Singapura). Lazimnya kami “lepak” sambil “ngopi” di satu gerai. Kami pergi berrempat. Seorang bekas tentera berpangkat Mejar, biras dan asal Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Seorang bekas penjual kenderaan. adik ipar, dahulunya bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Seorang pesara kerajaan, biras, orang Muar dan pernah bekerja di Jabatan Kebajikan Masyarakat. Saya pula pernah bekerja di penerbitan swasta.

Malam itu di Danga Bay kami sembang tentang politik Johor dan kaitannya dengan susunan kabinet Perdana Menteri Baru, Dato’ Seri Najib Tun Razak. Kami pun sudah saling maklum. Seperti kata biras dari Kuala Pilah, “Apa lagi cara hendak habiskan malam. Ini kerja yang paling baik, daripada menyibuk cerita hal orang ya tak, Bang?” Dia mengarah kata-katanya itu kepada saya.

“Nampaknya ramai juga orang Johor dalam kabinet,” kata biras dari Muar. “Kuota kot!”

Kata biras dari Kuala Pilah, “You nonton tak ulasan orang politik dalam TV. seperti Tan Sri Sanusi Joned atau Datuk Ruhanie Ahmad.” Katanya “Sekarang TPM orang Johor. Menteri Pendidikan orang Johor, Menteri Pendidikan Tinggi orang Johor, Menteri Dalam Negeri orang Johor.” Sambil ketawa dia menyambung, “ Yang kena rijek pun banyak juga dari Johor. Ada Shahril (letak jawatan). Ada Azalina Othman dan ada Syed Hamid. Tiga pergi, tiga masuk. Orang Negeri Sembilan apa kurangnya. Ada dua wakil dalam kabinet. Shaziman Abu Mansor dan Dr. Rais Yatim.”

“Tapi dua orang menteri ini orang lama, bukan orang baru,” kata biras dari Kuala Pilah. Dan tak ada pula orang Kuala Pilah. Seorang dari Jelebu, Dauk Rais dan seorang dari Tampin. Mana aci macam tu?” Suaranya mulai tinggi sedikit.”

“Tak kiralah dia orang mana. Yang penting dia orang awak.”
“Apa kata Abang? Adil ke?” soalnya, sambil menoleh kepada saya.
“Yang kita sampai nak gaduh-gaduh ini fasal apa. Kita kan cakap tentang orang Johor. Dan kita kena faham juga, kita ni kan dah masuk Johor. Kita cakaplah tentang Johor,” jawab saya.

Biras dari Kuala Pilah ini panas baran sedikit orangnya.Maklumlah bekas tentera. Darah masih panas kot!

“Ini lagi satu tentang Si Khairy (Jamaluddin), Ketua Pemuda. Kalau tak hendak namanya naik, bagi isyarat awal-awal lagi. Dia salah janganlah kasi bertanding. Buat macam Ali Rustam. Dia tak boleh bertanding. Ok jugalah. Ini bila Khairy dibenar bertading dan menang, dia tak ada tempat dalam kabinet. Ini apa cerita?” Semyumnya mula menguntum.

“Saya ikutlah juga siaran TV Bernama dan Astro AWANI. Dengarlah juga ulasan dan komen dalam TV itu. Saya rasa macam dirancanglah bila dia orang pilih ahli panel ke rancangan itu,” kata biras dari Muar.
“Maksud you.”

“Yalah, kalau kita tonton siaran CNN atau BBC, misalnya, bila dia orang pilih panel untuk beri pendapat, dia orang pilih yang berbeza pendapat. Tapi dua tiga menjak menjelang perlantikan itu, saya lihat trafik berjalan satu hala sahaja.”

“Saya masih tak faham,” kata biras dari Kuala Pilah.
“hei apalah punya member. Takkan you tak faham. You nonton tak CNN atau BBC?”
Angguk.

“Biasanya kita dapat dengar tiga pandangan yang berbeza bila ditanya satu soalan yang sama. Ada fikiran mewakili suara Demokrat, Ada Republikan dan ada yang berkecuali. Tapi dalam rancangan kita. FIkiran dan pendapat hanya ikut cara satu golongan dalam UMNO sahaja. Lebih peliknya, golongan yang diberikan peluang bercakap itu mewakili kumpulan yang bukan anggota UMNO sendiri.”

“Maksudnya berfikir secara mantan PM kita, Tun Mahathir.”
“Saya tak cakap, ya. You yang cakap.”

“Saya dapat baulah ini kerja satu konspirasi nak pinggirkan Pak Lah,” pintas biras dari Muar.

“Kan itu politik. Kita tak boleh salahkan sapa-sapa. Konspirasi ke, tikam belakang ke, tepuk bahu ke, fitnah dan dendam-mendendam ke, itu kan kerja orang politik. Kita tak payah hairanlah,” celah si ipar.


“Balik semula tentang politik Johor. Apa pandangan youi?” tanya biras dari Kuala Pilah. “Saya tengok tiga tahun lagi, berantam lagi orang Johor.” Kata biras dari Muar. “Masalahnya dalam kabinet Najib ada dua orang Johor yang kanan. Ada Muhyiddin yang secara lazimnya akan menjadi pengganti Najib. Ada pula Hishamuddin, sepupu Najib, seperti halnya Razak dahulu yang berbiras dengan Hussein Onn, walaupun hanya Naib Presiden.”

“Mampu ke Muhyiddin bertahan dan rasanya sala seorang perlu dikorbankan untuk jawatan nombor satu. Tidak ke akan berlaku main mata antara Najib dan Hishamuddin. Saya rasa nasib tidak akan menyebelahi Ahmad Zaid Hamidi atau Shafie Afdal. Apatah lagi kita dengar semua jawatan akan ditandingkan setiap kali ada pemiilihan dan lebih ramai pula dibenarkan memilih.”

Pengulas amatur berempat ini yakin Najib dan Hishamuddin akan bersatu menyusun strategi supaya mereka dapat mengulangi apa yang berlaku dengan gandingan Razak-Hussein terdahulu.

“Masalahnya, UMNO sekarang tidak lagi dianggap mencerminkan kehendak rakyat banyak. Orang muda telah mula beralih arah. Sempatt ke gandingan Najib-Muhyiddin-Hishamuddin keluar dari kepompong persepsi negatif ini?” ujar biras dari Kuala Pilah.

Dalam perjalanan pulang kami teringat mesej akar umbi. Walaupun kami tidak bergiat dalam politik, tetapi bila bertemu sesekali, topik politiklah yang paling menarik yang kami bincangkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).