WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Saturday 16 July 2011

Dilema Orang Melayu yang Tak Kunjung Selesai. Apa Masih Adakah Jalan Keluar?


 Profesor Diraja Ungku Aziz banyak memberikan idea untuk memajukan ekonomi orang Melayu.

Yang Diperkatakan Datuk Salleh Majid, bekas Presiden Bursan Saham Kuala Lumpur di bawah ini adalah refeleksi kedudukan dan sikap orang Melayu yang dianggap berada dalam dilema. Betapa tidaknya, hak orang Melayu dalam bidng ekonomi ada dalam Perlembagaan tetapi tak boleh diungkit banyak kerana mengikut Salleh akan dianggap rasis atau perkaumnan.
Apakah masih ada ruang untuk membincangkan isu kelemahan orang Melayu dalam bidng ekonomi? Tak banyak, mungkin masih ada tapi semkin sempit. Apa yang harus dilakukan. PM sekarang sibuk dengn transformasi ekkonominya tapi perlu pula bersedia membuka ruang untuk orang bukan Melayu. Apa yang ditulis Salleh ini barangkali boleh membuka mata orang Melayu, terutama pemimpin daripad semua lapisan, tidak terkecuali dalam bidang politik. Ikutilah perbincaangan Salleh Majid yang dianggap arif dalam bidangnya ini.

Dipetik daripada artikel "Dilema Melayu Ketinggalan tetapi lalai" oleh  Datuk Salleh Majid, Utusan Malaysia, 16 julai 2011.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia).
ORANG Melayu hari ini berdepan dengan satu suasana yang menimbulkan dilema kepada mereka. Memandangkan kepesatan perubahan yang berlaku, orang Melayu ada yang cuba bersuara tetapi setiap orang Melayu bersuara terutama sekali tentang hak mereka walaupun termaktub dalam Perlembagaan, mereka akan dilabel rasis, sedangkan dia menyaksikan satu demi satu tuntutan daripada bangsa lain ditunaikan sehingga yang tidak mereka tuntut pun diberikan.
Orang Melayu difahamkan bahawa apa jua yang tersirat dalam Dasar Ekonomi Baru dulu tersurat dalam Modal Ekonomi Baru dalam bentuk tindakan afirmatif berlandaskan keperluan dan merit.
Syarat merit inilah membuatkan usahawan Melayu melepas dalam projek mega seperti MRT yang bernilai RM50 bilion. Merit inilah membuatkan usahawan sahih Melayu melepas projek ladang udang bersepadu. Merit inilah menyebabkan 300 vendor Melayu dalam Petronas akan terkapai- kapai kerana liberalisasi membenarkan orang asing menguasai perniagaan yang sama tanpa syarat, dulu mewajibkan mengambil rakan kongsi Melayu.
Kini Initiatif Perubahan Strategik yang diumumkan salah satu daripadanya ialah liberalisasi perkhidmatan untuk meningkatkan sumbangan perkhidmatan daripada 55 peratus (%) kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 70 %.
Apa jua jenis perkhidmatan yang ada pada hari ini seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, khidmat pengurusan, kewangan dan bermacam lagi akan dibuka. Perkhidmatan profesional juga akan dibuka seperti arkitek, perakaunan, perkhidmatan sekretarial dan yang berkaitan dengan kewangan.
Pada masa ini perbankan dan pengurusan syarikat broker saham sudah dibuka kepada pemilik asing. Malangnya syarikat broker saham asing lebih gemar mengambil pelabur tempatan daripada membawa masuk pelabur asing.
Menyentuh tentang memperbaiki keadaan usahawan Melayu, salah satu inisiatif yang digariskan ialah merapatkan jurang antara syarikat kecil dan sederhana dengan yang besar. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob. Apa yang diperlukan ialah apa yang dihasrat oleh Majlis Tindakan Bumiputera yang sekretariatnya Unit Peneraju Agenda bumiputera (Teraju).
Teraju difahamkan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan tidak mempunyai belanjawan yang cukup juga.Terpenting sekali Teraju tidak mempunyai kuasa dibandingkan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dalam suatu kenyataan mengulas apa yang telah dilakukan oleh Pemandu menyatakan bahawa Dewan telah hilang kepercayaan kepada Pemandu dan banyak perkara yang dilakukan oleh Pemandu tidak ambil pusing bahawa majoriti penduduk di negara ini ialah orang Melayu.
Pemandu telah mengambil alih fungsi jabatan-jabatan penting seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi (ICU) dan segala-gala transformasi ditentukan oleh Pemandu.
Ia dianggotai oleh perunding-perunding asing yang dibayar mahal-mahal dan menafikan peluang orang tempatan untuk turut serta. Tidak hairan kalau perunding-perunding asing ini berkongsi maklumat dengan pihak-pihak luar yang tidak sepatutnya ada akses kepada perancangan negara kita.
Perunding tempatan tidak sebaik perunding asing. Kalau ada seorang dua pun diambil sebagai 'token'. Segala-gala pembahagian dalam proses transformasi ekonomi ini sudah ditentukan, siapa dapat apa.
Orang Melayu dilihat sebagai tidak layak dalam apa jua bidang walaupun misalnya dalam bidang binaan, 39% daripada keseluruhan syarikat binaan adalah orang Melayu.
Inilah dilema orang Melayu. Mereka membawa ke tengah pelbagai usul termasuk memperkasakan Mara supaya dapat membantu usahawan Melayu, disusun semula, diperkuatkan strukturnya, diberikan suatu bentuk baru dan dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO supaya sesuatu dilakukan, malangnya selepas dua tahun berlalu, tiada juga tindakan.
Mereka mendengar taklimat demi taklimat oleh Teraju tetapi mereka diberitahu masalah yang dihadapi oleh Teraju bukan apa yang ingin dilakukan oleh Teraju untuk mempertingkatkan kedudukan usahawan Melayu.
Teraju hanyalah sekretariat tetapi Pemandu diketuai oleh seorang menteri. Di situ boleh dilihat perbezaan kuasa yang ada.
Inilah dilema orang Melayu. Kalau mereka menyuarakan rasa tidak puas hati, mereka dilabel bersifat perkauman sedangkan mereka melihat saja orang lain "memetik buah-buahan yang ranum-ranum."
Orang Melayu juga dibuai oleh hiburan. Pelbagai usaha untuk melalaikan orang Melayu atas nama perniagaan berlaku. Pelbagai macam festival, jom heboh, festival telekom dan seribu satu macam acara lagi semuanya dihujani oleh orang Melayu.
Begitu juga di media elektronik televisyen, orang Melayu disuapkan hari-hari dengan drama-drama kurafat yang kebanyakannya menunjukkan perkara yang melanggar akidah seperti nasi kangkang, sejundai dan ilmu hitam yang tidak patut dipertontonkan.
Dalam bidang pendidikan orang Melayulah yang ketinggalan. Pelajar insitutusi awam tidak dapat menguasai komunikasi, pengetahuan am dan keyakinan diri seperti pelajar institusi pengajiran tinggi swasta. Mereka lemah dan bilangan mereka bertambah setiap tahun memenuhi angka pengangguran. Yang menerima biasiswa daripada syarikat milik kerajaan pun menganggur.
Seperkara lagi bilangan pelajar perempuan hampir lima kali ganda pelajar lelaki. Ke mana perginya pelajar lelaki. Di pusat serenti? Kita mengetepikan bahasa Inggeris kerana takutkan bahasa Melayu tergugat kedudukannya sedangkan realiti di luar, misalnya di syarikat-syarikat lebih rela mengambil graduan yang fasih berbahasa Inggeris.
Apakah terkorban kedudukan bahasa Melayu bila kita berbahasa Inggeris? Pergi sahaja mana-mana mesyuarat jabatan kerajaan dan dengarlah bahasa apa yang digunakan. Yang menjadi mangsa pelajar-pelajar kita. Sedih melihat mutu penguasaan bahasa Inggeris mereka walaupun mereka di universiti.
Dalam bidang perniagaan kita tahu bahawa rantaian bekalan dikuasai oleh bukan Melayu. Kalau dapat pun projek bahan binaannya boleh didapati daripada pembekal bukan Melayu dan harganya berbeza daripada kontraktor bukan Melayu. Rantaian bekalan patut ditembusi supaya keadaan atas belas kasihan bukan Melayu ini tidak berlarutan.
Begitu juga barang makanan. Pembekal boleh memboikot sesuatu usaha untuk memperbaiki keadaan. Misalnya penangkap ikan di laut dalam baru-baru ini boleh mogok kerana soal subsidi kepada mereka. Akhirnya kompromi terpaksa dilakukan, melemahkan pendirian kerajaan.
Begitu juga dalam soal gula dan tepung dulu. Mereka tidak mahu dilesenkan. Ini menunjukkan "kartel" ini perlu dipecahkan supaya tidak terus mencengkam kita.
Inilah dilema orang Melayu, sudahlah ketinggalan dalam pelbagai bidang terus dibuaikan dengan hiburan yang tidak berfaedah supaya terus lalai dan tidak menghiraukan masalah yang dihadapi.

Tuesday 12 July 2011

Pasca Bersih 2.0: Hubungan PAS-DAP-PKR Semakin Kental?


Penyokong BERSIH 2.0 tiba di Stesen KTM Kuala Lumpur sebelum memulakan perarakan.


Sesetengah penganalisis politik memberikan pandangan bahawa  hubungan tiga serangkai DAP-PKR-PAS semakin erat dan kental selepas Peristiwa Bersih 2.0, 9 Julai 2011 yang lalu. Ada jalinan kerjasama dalam kalangan pemimpin ketiga-tiga politik terbabit. Ini dapat dilihat daripada kehadiran tokoh-tokoh penting berkumpul di Hotel Hilton, KL Sentrl sejurus sebelum turun menyertai perhimpunan di KL Sentral. Kalaulah tidak kerana tindakan Polis yang menghalang pergerakan mereka menuju ke Istana Negara, mereka dikatakan sudah pasti lulus ke destinasi. 

Apapun jua seperti yang dilaporkan para bloger di lapangan dan  wartawan dari media Barat, terutama dari CNN, BBC dan Aljazeera yang melaporkan mengikut kehendak "tuan" mereka, akhirnya terjadilah peristiwa yang telah sama-sama kita dengar, baca malah alami. Berikut adalah petikan rencana wartawan Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar yang mengikuti Peristiwa berkenaan mengenai analisisnya terhadap PAS yang dianggapnya sebagai "setia jadi pak turut" :

Pas terus setia jadi pak turut Oleh ZULKIFLEE BAKAR um 11 julai 2011

S



DENGAN fikiran yang tenang, ingatkan kembali wajah-wajah penunjuk perasaan yang menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, kelmarin. Lihatlah dengan teliti satu persatu, siapakah kumpulan majoriti dalam demonstrasi itu? Apakah keturunan dan agama mereka? Apa pakaian yang mereka pakai? Serta siapa yang mereka sokong?
Kita akan mendapat satu sahaja jawapan iaitu majoritinya ialah orang Melayu, beragama Islam dan penyokong Pas. Ada antara mereka yang kononnya atas nama perjuangan sudah berhari-hari di ibu negara dan ada pula baru tiba semata-mata untuk menyertai demonstrasi berkenaan.
Mereka sanggup datang daripada jauh dan dekat, merempat di masjid dan surau, stesen bas dan kereta api, menumpang rumah saudara dan taulan hanya dengan satu matlamat iaitu menyertai perhimpunan haram!
Akibat ketaksuban yang menguasai pemikiran dan mata hati, mereka tidak sedar bahawa perjalanan jauh mereka ke ibu negara adalah semata-mata untuk menjayakan satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.
Ambiga bukanlah ahli politik dan malahan beliau tidak pernah menyertai mana-mana pilihan raya sebagai calon, sebaliknya Ambiga lebih dikenali sebagai salah seorang penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang suatu ketika berusaha menggugat kesucian agama Islam.
Malahan penyokong Pas yang bersedia menjadi 'pak sanggup' itu juga tidak memikirkan bagaimana biadabnya Ambiga menunjukkan kedegilannya kepada pihak berkuasa yang melarang perhimpunan haram tersebut diadakan. Tetapi pemimpin dan sebahagian ahli Pas yang sudah diresapi semangat politik kebencian seperti biasa mudah lupa dan begitu senang memaafkan, biarpun individu berkenaan pernah menggugat agama mereka.
Apa yang mengecewakan sehari sebelum itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengingatkan mengenai siapa penganjur perhimpunan haram berkenaan.
Malahan Jakim secara tegas menyatakan, '' Mimbar ingin menyatakan bahawa mereka ini sebenarnya pernah menimbulkan kemarahan umat Islam. Mempertikaikan hak-hak orang Islam serta memperalatkan sebahagian daripada pemimpin yang beragama Islam yang dikaburi oleh keghairahan untuk mendapatkan kuasa.''
Kita bersimpati dengan penyokong-penyokong Pas berkenaan yang sanggup berkorban datang ke Kuala Lumpur semata-mata menyahut seruan Ambiga yang disampaikan melalui pemimpin-pemimpin mereka. Dalam demonstrasi haram tersebut, penyokong Pas basah kuyup bukan sahaja disirami hujan malah ada yang pedih mata akibat terkena gas pemedih mata dan semburan air kuning oleh pihak polis.
Dalam soal ini, jangan sesekali menyalahkan pihak berkuasa yang bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Ketika berkumpul pula Pas yang ada pemimpinnya begitu mudah mengatakan mereka lebih hebat dalam perjuangan Islam tidak pula mempedulikan mahram dan bukan mahram.
Semuanya bercampur gaul bersama-sama sama ada yang berserban atau berkopiah, bertudung atau berpurdah, semuanya sudah dianggap 'halal' kononnya atas nama menegakkan kebenaran dan meranapkan kebatilan. Tingkah laku mereka juga amat menyedihkan sebagai seorang penyokong kepada sebuah parti yang selama ini merasakan mereka lebih Islam daripada UMNO.
Lebih mengecewakan ialah sebahagian mereka adalah penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang sanggup mengingkari arahan kerajaan supaya jangan terlibat dalam perhimpunan tersebut semata-mata menjadi alat kepada pemimpin-pemimpin Pas.
Sebab itulah pemimpin-pemimpin Pas perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku ke atas penyokong-penyokong mereka termasuklah jika ada di kalangan mereka dibuang dari IPT.
Ia kerana sudah berminggu-minggu amaran telah diberikan oleh pihak berkuasa bahawa perhimpunan di Kuala Lumpur pada Sabtu lalu melanggar undang-undang negara.
Tetapi sebahagian besar penyokong Pas yang hadir tidak diberi gambaran sebenar kesan buruk akibat penyertaan mereka, sebaliknya pemimpin Pas meracunkan pemikiran ahli-ahli parti itu dengan menyatakan inilah adalah satu perjuangan bagi menuntut keadilan dan meruntuhkan kezaliman kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Maka tersenyumlah Ambiga, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kerana mempunyai rakan sekutu seperti Pas yang cukup akur mematuhi arahan agar mengerahkan ahli-ahlinya menghadiri perhimpunan haram berkenaan.
Penyokong-penyokong Pas yang hadir juga seolah-olah tertipu apabila tidak ramai penyokong PKR apatah lagi DAP yang datang untuk berhadapan dengan pihak berkuasa.
Kesudahannya penyokong Pas yang menjadi sasaran dikejar dan ditangkap oleh pihak polis sedangkan penyokong kedua-dua parti itu hanya menonton di televisyen atau membaca di dada-dada akhbar bagaimana 'lawaknya' gelagat kawan mereka dalam Pas yang menyertai demonstrasi berkenaan.
Namun begitu tidak semua ahli Pas yang sejahil kelompok yang datang ke Kuala Lumpur, semalam, masih ada lagi sebahagian pemimpin dan ahli Pas yang mampu berfikir secara waras.
Mereka tidak menyahut seruan turun ke Kuala Lumpur biar pun Presiden Pas sendiri, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyertainya. Ia kerana mereka amat memahami kesan buruk akibat perhimpunan haram tersebut.
Beberapa pemimpin muda Pas yang dihubungi oleh penulis beberapa hari sebelum perhimpunan berkenaan memberitahu bahawa mereka tidak rela menjadi 'pak turut' bagi memenuhi agenda Ambiga, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP.
Tambahan pula mereka sendiri merasakan ketiga-tiga pihak berkenaan mempunyai agenda tersirat di sebalik perhimpunan haram tersebut.
Malahan ketangkasan pihak polis membongkar pelbagai elemen yang cuba menyerap masuk semasa demonstrasi berlangsung juga turut membimbangkan pemimpin-pemimpin muda itu.
Ia kerana mereka merasakan perhimpunan haram tersebut bukan sekadar menuntut sebuah pilihan raya bebas, adil dan telus tetapi lebih daripada itu menjurus ke arah menghuru-harakan negara dan menjatuhkan kerajaan secara tidak sah. Tetapi semua ini tidak ada dalam pemikiran pemimpin-pemimpin Pas terutamanya di kalangan mereka yang menjadi penyokong kuat kepada Anwar.
Sikap mereka yang terlalu taksub berpegang kepada kerjasama dengan pakatan pembangkang membolehkan Anwar memanipulasikan kekuatan Pas untuk kepentingan politiknya.
Anwar tidak boleh bergantung kepada PKR yang semakin merudum sokongannya di kalangan rakyat. Malahan PKR tidak sehebat Pas dalam penyusunan organisasinya.
Tambahan pula Anwar tahu ahli-ahli Pas sentiasa patuh dan taat kepada arahan pemimpin-pemimpin mereka, oleh itu Anwar memanipulasikan semua itu bagi membolehkan Pas menjadi penggerak utama dalam demonstrasi yang dilancarkan.
Berdasarkan kehadiran pada perhimpunan haram, kelmarin ramai yang yakin bahawa ia tidak akan seramai mana jika penyokong-penyokong Pas tidak turun ke jalanan.
Bersih tidak ada kekuatan, begitu juga PKR manakala DAP pula tidak akan memperbodohkan diri dengan menyuruh masyarakat Cina meninggalkan masa berfaedah mereka dengan menyertai demonstrasi tersebut.
Ini berbeza dengan Pas yang pemimpin-pemimpinnya begitu ghairah untuk menunjukkan semangat setiakawan sehingga mengerahkan ahli-ahlinya menyahut seruan Ambiga, Anwar dan DAP.
'Lebih hebat' lagi ada pula di kalangan penyokong Pas yang sanggup menjadi 'penaja utama' dengan memberi elaun khas kepada penyokong parti itu yang menyertai perhimpunan haram tersebut.
Demikianlah nasib Pas, dari semasa ke semasa, parti itu terus menjadi 'pak turut' yang boleh diarah membuat itu dan ini untuk kepentingan orang lain.
Semua itu terjadi kerana Pas kini bukan lagi pejuang negara Islam, Pas tidak lagi berdiri atas prinsip menegakkan syariat Allah atau sebuah parti yang berdiri di atas kaki sendiri tetapi Pas kini adalah sebuah parti yang dahagakan kedudukan dan memburu kekuasaan sama seperti PKR dan DAP sehingga terus rela menjadi 'pak turut'!

Saturday 25 June 2011

Puteri UMNO; Apa cerita?

 YB Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin, Ketua Puteri UMNO.



Little Napoleons blamed for rumblings in Puteri


"LITTLE Napoleons" must have been running wild everywhere.

The term, made famous in the local context by former prime minister Tun Abdullah Ahmad Badawi, then echoed by dissatisfied Parti Keadilan Rakyat members last year, has since been invoked by Puteri Umno chief Datuk Rosnah Rashid Shirlin.


"These 'little Napoleons' are more concerned about their personal interests instead of working for the wing," she said in a rather long text-message when the New Straits Times enquired about latest developments in Puteri Umno.



In particular, she was asked about speculation within and outside the young women's wing about there being several factions in the movement.

It seems she is being undermined. The "little Napoleons", according to Rosnah, were more than happy to manipulate and were on a whispering campaign to influence certain people to give the impression that the leadership was not up and running.Have some of the pink sweethearts -- Puteri Umno members -- really turned into troublesome "little Napoleons"? What are the sentiments about this in the movement?



Expanding on her near-outburst, Rosnah said a tiny internal issue should not be turned into a personal vandetta.

"The Puteri leadership shall not be silent on this."

Indeed, Rosnah has every right to be flustered.



Already, Umno deputy president Tan Sri Muhyiddin Yassin and vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi have warned party movements not to bicker among themselves.All their energy and efforts must be directed at strengthening the party and Barisan Nasional towards the next general election, they had emphasised.


Ahmad Zahid had specifically mentioned last month that Rosnah and her deputy, Shahanim Md Yussof, should stop acting cold towards one another.Certainly, he was referring to the differences in opinion between the two. The long-standing issue cropped up after the election of the Puteri top leadership in March 2009.The No. 2 was even claimed to be organising her own activities and requesting sponsorships from other parties without consulting the No.1.Even Puteri members in the states are well aware about this.


"They should have settled their differences for the sake of the movement," said a division chief.

Shahanim, however, denied any differences, saying that activities carried out by her international bureau had the nod from Rosnah.Still, the mutterings among the grassroots have not stopped.The NST pointed this out to Shahanim who, in her text reply, produced a cluster of phrases in capital letters, prodding members to focus on the task at hand.

"I have absolutely no problem working with Rosnah," she stressed.

Perhaps, there is this matter of perception, including one of a cliquish leadership, as alluded to by Kota Melaka deputy division head Roshidah Zainal.Amid all these perceptions, criticisms and personality clashes, Rosnah had pushed ahead with the general election agenda, including organising a three-day course for division heads last week to discuss streamlining the election machinery.


In fact, Rosnah said the wing had set up a task force to monitor and assist the membership bureau to show it was committed in carrying out its responsibilities.The wing recorded a jump of more than 10,000 new members between April and June. It now has 345,848 members.Therefore, Rosnah felt it was unfair to say that Puteri had not been working. She felt the appearance of Puteri sliding back in performance could be reversed by the media giving prominence to the movement.

"Maybe the media is not all too keen (to report) on our programmes." (Excerpt from an article in The New Straits Times, 22 June 2011).

  Komen:

Tidak menghairankan. Kerana itulah politik. Ramai juga dalam kalangan orang muda, tidak terkecuali gadis remaja menyertai parti politik, khususnya UMNO sebagai satu kerjaya. Ketika dalam pergerakan itu ada yang berusaha untuk naik melalui jenjang heirrki parti dan seterusnya meningkatkan kerjaya dalam politik. 

Keadaan begini begini bukan satu kejutan malah sudah menjadi "the name of the game". Isu dan masalah yang timbul dalam puteri, misalnya telah lebih satu dekad ditimbulkan, silih berganti. Misalnya pada tahun 2002 saya memberi melontarkan pandangan terhadap perjalnan Puteri UMNO seperti berikut: 

CATATAN A.F.YASSIN

Puteri UMNO : Perlu Kejujuran & Kesabaran


Dua kali saya melihat Ketua Penaja Puteri UMNO Azalina Othman dan Erma Fatimah, salah seorang exconya, jalan bersama dalam satu majlis. Pertama, ketika berlansungnya Pertemuan Dunia Melayu di Kuala Lumpur beberapa bulan lalu. Dalam pertemuan itu Azalina membentangkan kertas kerja dan Erma mengiringnya sepanjang masa. Kemudian, ketika Ratib Seribu Syair di Rumah Gapena. Kalau tak silap kedua-dua Azalina dan Erma membaca sajak malam itu.



Tiba-tiba terdengar khabar Erma meletakkan jawatan sebagai exco. Dengan demikian Erma sebagai salah seorang selebriti dan artis merupakah orang selebriti kedua berbuat demikian selepas Erra Fazira. Alasannya sama, iaitu ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya filem. Tahun lalu selebriti Erra Fazira meletak jawatan dengan alasan demikian. Berdasarkan laporan, sudah lapan orang anggota penting Puteri UMNO meletak jawatan sejak penubuhannya setahun setengah yang lalu. Antaranya, Setiausaha Eksekutif Nazariah said, penolongnya Maz Ayu Mahadi, Bendahari Raja Amylia Raja Lope dan penolongnya, Elena Kamaruzzaman dari Biro Latihan dan Ketua Penerangan Mastina Abdul Hamid. Alasannya tidak dapat bekerjasama dengan Ketua Penaja Asalina Othman yang dianggap mereka “agak garang”.



Dua alasan yang diberikan mereka, mahu menumpukan kepada kerjaya dan dakwaan sifat garang Azalina membawa mesej jelas, iaitu ada sesuatu yang tidak kena dengan pucuk pimpinan Puteri UMNO. Seorang anggota veteran UMNO di Kuala Lumpur geleng kepala melihat gelagat anak muda “wanita kita” ini. Menurutnya baru setahun jagung “dia orang sudah tidak sebulu.” Katanya, “Dia orang perlu banyak belajar bersabar dan lebih bersikap jujur, bukan sahaja kepada perjuangan UMNO tetapi juga kepada  diri sendiri.” Ahli veteran itu menjelaskan dalam parti, cara kerja berbeza dengan cara bekerja di pejabat. “Ini kerja sukarela. Ini kerja perjuangan. Kita tak bolehlah hendak buat sesuka hati kita. Hubungan kamanusiaan mesti bagus. Lainlah kalau kita bekerja makan gaji. Lebih banyak mengikut peraturan am atau peraturan pejabat. Soal birokrasi jangan dibawa-bawa dalam parti,” ujarnya.



Ini nasihat orang tua kepada generasi muda UMNO hari ini. Sabar dan jujur dan jangan terlalu birokratik. Soalnya apakah perletakan jawatan begitu ramai anggota jawatankuasa penaja  bertitik tolak daripada kurangnya sikap sabar dan jujur kepada diri sendiri di samping terlalu brokratik?  Apakah tidak ada kemungkinan wujudnya satu konspirasi daripada pihak-pihak tertentu untuk mengganggu-gugat kestabilan Puteri UMNO? Manalah tahu, mungkin sahaja pihak-pihak tertentu itu kurang senang dengan kewujudan Puteri UMNO. Pelbagai kemungkinan boleh ditafsirkan daripada perletakan jawatan orang-orang penting Puteri UMNO.



Bagaimanapun, pengakuan tulus Ketua Penaja, Azalina bahawa dia memang sedikit garang menunjukkan ada sesuatu yang kurang disenangi oleh mereka yang meletak jawatan. Sikap “garang” Azlina yang ditambah dengan sikapnya “mahu sesuatu itu dibuat dengan cepat dan betul” demi keutuhan Puteri UMNO tidak dapat disesuaikan dengan sikap wanita  remaja. Lazimnya para remaja masih belum sampai waktunya untuk bekerja seperti yang dikehendaki Azalina. Apatah lagi mereka masuk Puteri UMNO dengan kerelaan, tanpa ada unsure paksaan. Oleh yang demikian, apabila berdepan dengan unsur paksaan ketika menjalankan tugas, mereka terperangkap dalam satu kejutan budaya.



Bayangkan sahaja jika puteri-puteri UMNO yang meletak jawatan itu mempunyai latar belakang dan pendidikan formal dan tidak formal yang tidak mengenal  unsur paksaan. Kata anggota veteran UMNO tadi, Azalina  “telah sedia maklum akan latar belakang orang yang dipilihnya menjadi pembantu terdekat. Sepatutnya Azalina lebih banyak bersabar dan berusaha untuk tidak menimbulkan kejutan budaya. Yang dipilih Azalina bukan calang-calang wanita muda. Semuanya dari golongan keluarga yang tidak mengenal erti paksaan dan sikap garang. Ini contoh sahaja.”



Ada setengah kalangan yang berpendapat sikap consensus atau pemuafakatan barangkali belum begitu membudaya dalam Puteri UMNO. Jika benarlah pendapat ini maka pimpinan Puteri UMNO menghadapi krisis dalaman yang serius, walaupun Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin  dilaporkan tidak menerima sebarang aduan “dari mana-mana pihak termasuk ahli Puteri UMNO mengenai krisis dalam pergerakan itu.” Dalam pada itu Muhyiddin mencadangkan  kepimpinan Puteri UMNo perlu meneliti punca krisis berkenaan dan mencari penyelesaian  bagi membaiki keadaan yang menurutnya “ demi  kestabilan pergerakan itu.”  Nasihat Muhyiddin Azalina dan barisan exconya perlu menunjukkan kemampuan  menerajui pergerakan itu supaya (dapat) meyakinkan  wanita muda menyertai Puteri UMNO.



Oleh kerana nasihat ini datangnya dari salah seorang pemimpin tertinggi UMNO, maka sebarang krisis yang melanda sebarang sayap parti tentunya akan turut menjejaskan kredibiliti UMNO sendiri, sebagai parti komponen besar dalam pemerintahan. Krisis kepimpinan sepatutnya tidak lagi wujud dalam sebuah parti yang cukup berpengalaman luas mentadbir. Usia UMNO lebih tua dari Persekutuan Tanah Melayu dan Malaysia. “perbalahan dalam barisan kepimpinan tidak sepatutnya berlaku sekarang ini, terutama dalam keadaan Melayu berpecah sekarang,” kata seorang anggota Pemuda UMNO.



Semua persoalan tentang krisis Puteri UMNO mengarah kepada satu titik sentral, iaitu Azalina sendiri, sebagai ketua penaja. Dibahunya sekarang terletak tanggungjawab “mententeramkan” ahli-ahli exconya dan seluruh anggota Puteri UMNO. Sikap sabar dan jujur seperti yang disyorkan oleh anggota veteran UMNO itu  menjadi ubat mujarab kepada kelangsungan hidup Puteri UMNO. Andainya Azalina bersikap garang, dia sepatutnya manfaatkan sikapnya itu di tempat-tempat yang sesuai dan wajar. Azalina perlu menyedari bahawa memimpin barisan exco tidak sama dengan memimpin barisan peguam, misalnya, yang bekerja dalam satu pejabat. Mengurus gerakan puteri UMNO yang berentiti politik tidak sama dengan mengurus kegiatan dagang atau pentadbiran sebuah pejabat.



Lebih penting, menurut anggota veteran UMNO itu lagi ialah kesungguhan dan kejujuran Azalina melantik barisan exco penajanya. Biasanya perlantikan barisan exco ditentukan oleh pelbagai faktor. Walaupun faktor kebersamaan dalam profesion penting sebagai satu persamaan minat dan halatuju, tetapi ia tidak semestinya menjadi kayu pengukur kejayaan kepemimpinan. Faktor lain yang perlu difikirkan ialah latar belakang calon exco, dari segi pembawaan, keluarga dan pendidikan. Kemudian ada pula faktor kefahaman dalam memahami aspirasi dan sejarah perjuangan parti, dulu, sekarang dan masa depan. Ertinya, sikap sayangkan parti mengatasi segala-galanya.



Kata anggota veteran itu lagi, “Tidak ada gunanya kita mempunyai barisan pemimpin yang kelulusan dan profesionnya hebat-hebat tetapi kalau sikap kecintaan kepada parti masih boleh dipersoal, bagaimana? Kadang-kadang terfikir juga apakah orang profesional yang masuk parti itu betul-betul semuanya mahu berjuang mati-matian demi UMNO. Takut-takut  ada udang di sebalik batu.” Dia tidak menjelaskan lebih lanjut.



Pandangan anggota veteran itu jelas menunjukkan dia masih tidak berani berkata bahawa barisan Exco Puteri UMNO yang banyak bertukar ganti itu adalah satu kumpulan inti yang benar-benar setia kepada aspirasi UMNO. “Kalau dah sampai lapan orang meletak jawatan maka saya meragukan keikhlasan mereka masuk pergerakan itu. Kita dulu pernah juga bertelagah dengan pucuk pimpinan pada awal-awal penubuhan parti, tapi tak ada yang sampai meletak jawatan. Dengan Dato’ Onn sendiri pun, dia meletak jawatan kerana prinsip, bukan remeh temeh seperti sikap garang atau lainnya.”



Jalan keluar kepada krisis ini masih banyak. Tetapi adakan formula yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak yang bertelagah. Cari jalan tengah. “Kalau tidak pun barisan Puteri UMNO perlu bersatu sehingga pemilihan diadakan untuk menggantikan exco penaja yang ada. Malulah kalau hanya kerana sikap kita mengundur diri. Dalam parti bukankah ada pegangan bahawa bersetuju untuk tidak bersetuju,” katanya.



Kalau benarlah Azalina garang, dia perlu ambil pendekatan lain dalam mentadbir pergerakannya. Dalam hal ini Azalina perlu mendapatkan iktibar daripada cara bekerja pergerakan Wanita UMNO. Andainya cara bekerja pergerakan Wanita UMNO itu kurang berkesan  pada fikiran Azlina, tetapi mampu mewujudkan perpaduan, maka tidak ada salahnya mengikuti cara demikian. Barangkali pergerakan Wanita punya sebab mengapa ia ditadbirkan begitu. Memandangkan Pergerakan Wanita UMNO sudah jauh lebih berpengalaman dan telah banyak kali saling bertukar ketua, maka perlu Azalina mengambil tauladan, terutama kejayaannya meleraikan sebarang krisis dengan baik dan efektif buat parti. Tidak ada salahnya Azalina menuruti jejak ibu-ibu dan kakak-kakaknya dalam Wanita UMNO.



Demikianlah, sikap dan krisis dalam pergerakan Puteri UMNO memberikan gambaran seolah-olah barisan exco pergerakan itu belum matang, baik dalam cara berfikir mahupun dalam cara bertindak. Tidak ada peraturan rigid dalam memimpin parti, semuanya disesuaikan mengikut keadaan dan suasana. Kalau sikap perlu diubah maka ubahlah sikap, kalau peraturan perlu diubah maka ubahlah peraturan. Matklamat akhirnya, keutuhan dan kestabilan parti. Maka dalam hal ini cara memilih anggota exco juga akan mentaati pegangan ini. Ramai berkata keutuhan UMNO dan kemampuannya melayari gelombang pasang surut politik sejak ia ditubuhkan pada tahun 1946 adalah disebabkan sikap anggotanya mengutamakan kepentingan parti berbanding kepentingan individu. Lebih penting lagi, UMNO didirikan atas keteguhan sikap ahli-ahli akar umbinya. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Puteri UMNO belum menampakkan keteguhan di peringkat akar umbinya.  Dan bagi saya peluang untuk Azalina berjalan sama dengan Erma Fatimah nampaknya tidak akan ada lagi. (Catatan A.F.Yassin, 29 Mac 2002).  





 


Saturday 4 June 2011

AN IMMINENT POLITICAL SHOWDOWN BETWEEN MAT SABU ND ANWAR IBRAHIM ON THE CARD?

 

  Muka Hadapan Utusan Malaysia, 4 Jun 2011 Splashing Hadi's Remarks. Where is Hadi leading PAS to: A moderate PAS?

PAS polls result: Mat Sabu is new deputy, ulama lose out

By SIRA HABIBU


KUALA LUMPUR: The PAS polls saw the ulama faction lose out in the top hierarchy, with the Erdogan (moderate) factions dominating the central posts.
Activist Mohamed Sabu toppled heavyweight ulama Nasharudin Mat Isa (incumbent) and Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man in the race for one of the stiffest race for deputy presidency.
Mohamed, who won by a 21-vote majority, clinched 420 votes followed by Tuan Ibrahim (399) and Nasharuddin (224).
Datuk Husam Musa of the Erdogan clan won the vice presidency, while incumbent vice presidents Salahuddin Ayub and Datuk Mahfuz Omar managed to retain the post in a six-cornered fight for the three posts.
Salahuddin clinched the highest number of votes (753), followed by Husam (660) and Mahfuz (616).
Ulama candidates Idris Ahmad (491) and Datuk Mohd Amar Abdullah (321), as well as former Perak Mentri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (217), failed in their bid to secure vice president posts.
The only ulama in the top hierarchy is Datuk Seri Abdul Hadi Awang who was returned unopposed for the fifth term.
The Erdogans dominate the central committee posts, controlling eight out of the 18 posts, while the ulama only managed six seats.
Felda activist Mazlan Aliman clinched the highest vote in the central committee election (804).
The Erdogans in the central committee are Dr Mohd Hatta Md Ramli (765), Datuk Kamarudin Jaffar (739), Hanipah Maidin (735), Dr Dzulkefly Ahmad (702), Dr Mujahid Yusof Rawa (651), Khalid Abdul Samad (643), Datuk Dr Mahfodz Mohamed (449), and Dr Siti Mariah Mahmud (445).
The ulama who made it to the central committee are Kedah Mentri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak (721), Abdul Ghani Shamsuddin (579), Abu Bakar Chik (527), Mohd Amar Abdullah (470), Abdul Ghani Abdul Rahman (430), Nuridah Salleh (416). The professionals who made it are Selangor executive councillor Datuk Dr Hassan Ali (437)and Kedah executive councillor Amiruddin Hamzah (576). Dr Hassan is a pro-ulama supporter. (The Star, 4 June 2011).



Comment:
Majority of the PAS members mentioned of  new leaf in the party's struggle towards the centripetal of mainstream national politics. Irrespective of what opponents. especially UMNO people  said about PAS agenda and its link with Pakatan Rakyat, PAS would transform into a more moderte force, doing away with its Islamic struggle towards converting Malaysia into an Islamic State. Political analysts ponder if the recently announced PAS election was the name game of realistic approach, flirting with and imbedding into the so-called Erdogen's Muslim way of life. Interntionlly, I mean.

Anyway, no matter how and where one looks at the result, one thing is for sure. The newly elected Deputy President, Mohamed Sabu, popular known as Mat Sabu, will be embracing his once closed ally, DS Anwar Ibrahim, stging as some put it as a prelude towards  an imminent political showdown in the Pakatan Rakyat's two component parties -PKR and PAS, the other being DAP. Mat Sabu and Anwar were two inseparable political siblings in the heydays of the now-not-so-famous ABIM. However lately they are poles apart with Mat Sabu nicknaming Anwar al-Juburi, a nasty Arab-originated Malay term. And this nickname has ever since popular notably  among bloggers. 

So, woud there be  a politicl showdown between the two personlities. One from the PKR and the other from PAS. Or some people would want to suggest that the two are just putting up an intended  show to divert public attention. Their sruggle is still mutual, i.e.,"Marching towards Putrajaya."

With the result,  PAS is surely transforming into a moderate entity, with Islam being gradually diluted. Its new President DS Abdul Awang, has said it it in his opening Muktmar Speech. Even though he mentined something like an unworkble relationship  with UMNO but many did not buy it. With his deputy Nashruddin Mat Isa out of the fray, Mat Sabu will no doubt would have has an inkling of what goes on in the back of Hadi's mind. Even then there are some PAS members who still believe with the right recipies and ingredients, UMNO-PAS relation will continue to dominate future discussion. They suggest Hadi's speech yesterday was partly intended to   accomodate the presence of some "big fish" in the shoal, whoever they may be. Notebly absence in the Muktamar opening was the PKR advisor, Anwar Ibrahim. And Lim Kit Siang, who was present, was uncommitted, when asked to comment on Hadi's speech.



Monday 23 May 2011

MUHYIDDIN SINDIR KJ: MAHU SALAHKAN SIAPA KALAU UMNO TAK AKTTIF DALAM LAMAN SOSIAL?

 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

 

Bloger Anak Omak hari ini menulis seperti di bawah:

 

Muhyiddin sindir KJ pembangkang


Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan presiden UMNO telah menyindir Khairy yang dikatakan  bersuara macam pembangkang. Bukan setakat Muhyiddin saja, tanpa dah ada yang kata Khairy suara sumbang.


Baca Rakyat Malaysia sini.

Apalah engkau ni Khairy. Memang nasib kau macam sial, tak boleh diikut. Campak aje sijil Oxford kau tu, kalau begini cara kamu.

Komen:

Komen Anak Omak ini tak ada anehnya. Sebab ahli-ahli UMNO mungkin masih ingat ketika kempen pemilihan Majlis tertinggi UMNO yang terakhir. Ketika itu mentua Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi Predisen UMNO. Beliau menerima tentangan hebat daripada seorang tokoh veteran yang telah keluar dari UMNO dan berkempen seolah-oleh tokoh itu masih berada dalam UMNO. Ketika itu juga kelihatan Timbalan Presiden sekarang membuntuti ke mana sahaja tokoh bekas UMNO itu berkempen menentang presiden parti. Semua orang masih ingat bagaimana Khairy Jamaluddin yang juga berkempen sebagai calon Ketua pergarakan Pemuda UMNO dibelasah kiri kanan oleh sekutu-tokoh bekas UMNO itu. 

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zakarshi.

 Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana tv juga memainkan peranan memperomosi calon-calon Majlis Tertinggi yang pro-bekas tokoh UMNO itu dan memperkecilkan mentua Khairy Jamaluddin. Khairy dan orang-orangnya tidak diberi peluang langsung dalam media, terutama media elektronik. Calon-calon untuk Pemuda UMNO ketika itu tiga orang, termasuk anak kepada bekas tokoh UMNO  itu. Tetapi apabila Khairy Jamaluddin berjaya mengalahkan dua calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda, sepatutnya yang kalah menerimanya dengan hati terbuka. Ini baru namanya  demokrasi. Tetapi sampai la ini nampaknya Khairy masih dikucilkan. Apa sahaja yang disuarakan dan dilakukannya tidak langsung diberi pertimbangan oleh puak-puak yang menentangnya yang kelihatannya menjadi suara majoriti dalam UMNO. 

Inilah demokrasi orang UMNO. Kalah bagai abu dan menang tetap jadi arang. Semangat berkobar-kobar  nak tawan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Fuad Zakarshi dalam satu laporan akhbar hari ini berkata bloger-bloger UMNO dan penyokong BN kurang berkesan. Laman-laman sosial seperti twit dan FB tidak dimanfaatkan seagresif mungkin. Tetapi lihatlah blog-blog orang UMNO, baik pemimpin mahu pun penyokong-penyokongnya. Kandungan blog masing-masing tidak dikemas kini. Malah ada blog pemimpin UMNO sudah tak aktif sejak beberapa tahun yang lalu, termasuklah blog yang bernama FZ dan Noh Omar. 

Baik lagi blog pemimpin pembangkang yang aktif dan dikemaskinikan. Blog Lim Kit Siang, Azmin Ali, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim amat aktif. Begitu juga dengan Hadi Awang dan Nik Aziz. Satu ketika dulu blog MP bebas garang, tetapi sudah mulai luntur seperti yang terlihat dalam blog zahrainmp dan zul4kulim. Blog pemimpin ketua wanita langsung tak nampak bayang. Begitu juga dengan setiausaha agung UMNO. Blog ketua Penerangan UMNO seperti coklat sekejap ada entri baru sekejap tak ada. Masih belum ditemui blog Timbalan Presiden UMNO. Tak pasti wujud ke atau tidak.

Jadi tak perlulah pemimpin UMNO merungut jika dalam kalangan mereka ada yang tak aktif dalam laman sosial. Dan janganlah iri hati apabila ada pemimpin pembangkang yang begitu mengambil berat tentang laman sosial dan peranannya menjangkau hati dan minda rakyat. Maka jangan salahkah orang lain kalau UMNO dan kebanyakan anggotanya sudah terlalu selesa dan tak perlu meningkatkan perjuangan menawan minda rakyat, kerana nampaknya semuanya boleh diusahakan dengan hanya menggesel ibu jari dan jari telunjuk berulang kali.

Tuesday 10 May 2011

ANTARA KEADILAN DAN DEMOKRASI DENGAN PERPADUAN ORANG MELAYU

r

Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan pernah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Melayu UMNO?

Tulisan Noor Azam ini tersiar dalam Utusan Malaysia pada 4 April 2009 lalu. Tiga bulan lagi artikel ini sudah dua tahun dibaca umum. Apakah ada kesan yang sama-sama dirasakan oleh setiap orang Melayu. Barangkali ramai yang tertarik dengan ayat-ayat pertama dalam para pertama rencana itu yang berbunyi: “Apa yang dikehendaki oleh  orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP. Demi perpaduan oranag Melayu, elok rasanya rencana ini kita baca semula supaya dari sudut sejarah dan politik mudah-mudahan orang Melayu tidak terus-terusan bertengkar sesama sendiri.

Melayu jangan jadi bacul
Oleh NOOR AZAM
APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:
1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.
2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.
3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.
4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.
5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.
6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.
Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.
Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.
Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga.
Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.
GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.
Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.
Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang.
Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap.

Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.
Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata.
Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.
Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan UMNO.
Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.
Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.
Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN" dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim.
Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra.
Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah "UMNO yang kafir". DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja. Siapakah yang munafik?

Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.

Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.

Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.
Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.

Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera.
Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.

Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian" rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi "kemarahan dan kebencian" yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.

Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan "orang yang bacul, akan mati sebelum mati".
Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Abdul Hadi pula berikrar "akan terus mengukuhkan pakatan pembangkang".
Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: "Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?"
Dalam artikel "Kaki Dalam Kasut", Dr. Mahathir mengingatkan: "Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.

Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar."
Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).