WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 27 January 2011

MELAYU SINGAPURA DENGAN MELAYU NEGARA LUAR SINGAPURA

Kuan Yew sangsi orang Melayu, negara jiran
Bersama Rejal Arbee
2011/01/27

APAKAH gerangannya dengan bekas Perdana Menteri Singapura sekarang Menteri Mentornya, Lee Kuan Yew ini? Tidak habis-habis menunjukkan sikap berseteru dan bermusuhan hingga berterusan menghina negara ini dan juga orang Melayu termasuk warganya sendiri?

Terakhir ialah pandangannya yang dibukukan dalam terbitan terakhir bertajuk Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going mengenai kedudukan rakyat beragama Islamnya serta perbelanjaan yang begitu tinggi untuk pertahanannya.

Pandangannya terhadap dua topik ini menunjukkan betapa dia dihantui kesangsiannya terhadap orang Melayu/Islam dan jirannya Malaysia dan Indonesia kerana berada di tengah-tengah Alam Melayu. Kesangsiannya itu sudah lama dirasai tetapi kini dia sendiri terang-terangan mengakuinya.

Maka itu tidak menghairankan bagaimana Melayu di Singapura menghadapi pelbagai tekanan walau pun ada antara mereka itu yang pertikaikan pandangan ini seperti wujud cemuhan sesetengah daripada mereka yang menulis kepada Berita Harian Singapura mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menimbulkan lagi pandangannya bagaimana Melayu Singapura berterusan dipinggirkan.

Peminggiran Melayu di republik itu berlaku sejak awal lagi bermula apabila republik itu dinyahkan dari Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman pada 1965 kerana kempen Kuan Yew dan parti PAPnya pada Pilihan Raya Umum 1964 yang memainkan isu perkauman dengan begitu ketara, tetapi masih gagal mendapat sokongan bukan Melayu. Kempen perkauman itu berlarutan walaupun selepas pilihan raya itu.

Kedua-dua hal ini menjadi dendam kesumat dalam sanubarinya hingga mempengaruhi dasar yang dilaksanakannya di republik itu.

Peminggiran Melayu didedahkan dengan panjang lebar oleh Dr Lily Zubaidah, anak bekas Menteri Republik itu Abdul Rahim Ishak serta anak saudara Presiden Pertamanya, Yusof Ishak dalam bukunya The Singapore Dilemma: Political and Educational Marginality of the Malays yang diterbitkan pada 1998.

Dr Lily yang lama menetap di Australia bertugas sebagai pensyarah kanan di University of Sydney menerbitkan buku keduanya berjudul Singapore in the Malay World Jun lalu.

Kedua-dua buku itu mengenai kedua-dua isu yang banyak menghantui pemikiran Kuan Yew hingga ada yang berkata dia sudah hilang pertimbangan waras terhadap kedua-dua isu itu. Dia mendapatkan penasihat Yahudi Israel sejak 1965 yang banyak membantu Singapura dalam hal keselamatan dan pertahanan.

Kuan Yew menggunakan kepakaran Israel dalam keselamatan dan pertahanan kerana wujudnya persamaan kedudukan republik itu di kelilingi Alam Melayu seperti Israel di tengah-tengah Alam Arab. Singapura dan Israel juga mempunyai persamaan rakyat minoriti mereka iaitu orang Arab bagi Israel dan minoriti Melayu di republik itu yang mereka curigai.

Bagi Israel cara menangani kedudukan itu ialah dengan melakukan pelbagai usaha sulit mengadu domba antara negara Arab supaya tidak bersatu seperti juga diusahakan republik itu yang tidak senang melihat wujudnya hubungan akrab antara Malaysia dan Indonesia.

Demikian juga bagaimana wujudnya persamaan terhadap perlakuan Israel yang berterusan mencurigai rakyat minoriti Arabnya yang sentiasa dipantau dan diperhatikan secara sulit oleh badan perisikannya seperti Mossad. Singapura juga dituduh melakukan perkara sama terhadap rakyat berketurunan Melayu dan baru-baru ini menambahkan pengambilan polis cawangan khasnya dikatakan untuk melakukan pemantauan itu dengan lebih menyeluruh.

Jadi, kenyataan terakhir Kuan Yew ini yang mencurigai Melayu yang berpegang kuat ke atas agama Islam hingga menuduh sikap itu menjadi batu penghalang terhadap usaha mengintegrasikan pelbagai kaum di republik itu tidak menghairankan. Maka dia menyarankan rakyat Islamnya, iaitu Melayu melonggarkan pegangan agama mereka untuk berintegrasi, bahkan berkahwin dengan bangsa lain mungkin tanpa pasangan mereka menukar agama untuk memeluk Islam?

Kerajaan PAP Singapura sudah melakukan pelbagai usaha yang sememangnya mendiskriminasi rakyat Islam/Melayunya. Misalnya untuk mengaburi mata ramai bahawa jumlah penduduk Melayu tidak seberapa, orang Melayu dibeza-bezakan dengan mereka berketurunan Jawa atau Bawean (Boyan) yang tidak diterima sebagai Melayu dalam kad pengenalan mereka.

Demikian juga keturunan rakyatnya dari India atau Pakistan berkahwin dengan wanita Melayu tidak diiktiraf sebagai Melayu walaupun sudah beberapa generasi dan mereka sudah pun diserap dan mengamalkan cara hidup Melayu dan bertutur bahasa Melayu di rumah.

Demikian juga orang Melayu dikecualikan daripada menyertai Khidmat Negara (National Service) kerana mencurigai kesetiaan Melayu. Ini memberi kesan buruk kepada anak muda Melayu apabila memohon pekerjaan kerana majikan tidak akan mahu mengambil mereka bekerja selagi tidak mempunyai sijil mengatakan mereka sudah menjalani latihan National Service.

Seperti ditohmahkannya, Kuan Yew amat tidak menyenangi orang Melayu yang banyak menghabiskan masa di masjid menunaikan solat wajib. Di Singapura masjid yang ada bukannya didirikan dengan biaya atau bantuan pemerintah. Semuanya dibiayai derma penduduk setempat, misalnya di kawasan perumahan flet HDB.

Mengikut dasar kerajaan PAP yang diwujudkan oleh Kuan Yew semua flet itu harus mempunyai sehingga 20 peratus penghuni Melayu dan mereka inilah yang mengutip/mengumpul derma mendirikan masjid.

Ini yang tidak disenangi Kuan Yew yang sebolehnya mahu rakyat berketurunan Melayu menyertai balai rakyatnya yang ditubuhkan di setiap kawasan rumah pangsa HDB seperti juga rakyat keturunan Cina dan India. Balai rakyat itu dikendalikan Jawatankuasa Perundingan Rakyat, iaitu pertubuhan akar umbi PAP.

Dalam pertahanan pula seperti ruangan ini sudah beberapa kali sebut beberapa tahun lalu republik itu juga mengikuti jejak Israel berbelanja besar mengadakan pelbagai peralatan canggih khusus untuk tentera udaranya termasuk beberapa skuadron pesawat tempur tentera udaranya yang dilengkapi peluru berpandu terkini yang diperoleh dari Amerika Syarikat.

Ruangan ini sebelum ini mempersoalkan kenapa Singapura perlu berbelanja begitu besar mengadakan peralatan tempur yang begitu canggih termasuk peluru berpandu yang terkini. Peralatan itu bukan hanya untuk pertahanan tetapi ialah untuk bertempur. Siapa yang hendak ditempurinya?

Itulah sebabnya beberapa skuadron pesawat tempurnya tidak disimpan di pulau sebesar sekangkang kera itu, tetapi ditempatkan di Australia dan Taiwan, kononnya kalau ia diserang pesawat tempurnya boleh bertindak balas segera.
Terakhir ia membiayai sebahagian kos membangun dan mengadakan suatu sistem perisai udara menggunakan teknologi satelit yang diusahakan Israel diberi nama ‘Dome’ untuk pertahankan pulau itu daripada serangan peluru berpandu.

Republik itu berbelanja sehingga hampir 2.5 peratus daripada keseluruhan Keluaran Dalam Negara Kasarnya (KDNK) bagi pertahanannya hingga mencecah lebih RM30 bilion setahun untuk beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini adalah kerana ia bersikap dikepung hingga takutkan bayang-bayang sendiri. Maka itulah ia membangunkan pulau itu seperti sebuah kubu dan mecurigai jirannya khususnya Malaysia.

Penulis ialah Felo Kanan UKM (Dipetik daipada Berita Harian, 27 Jan 2011)
Menteri Mentor Singapura, En. Lee Kuan Yew


Komen:
Dah berbuih kita bercakap tentang sikap pemimpin Singapra terutama sikap Menteri Mentornya Lee Kuan Yew. Pandanganya tidak ada apa yang positif. Baginya, Malaysia sepanjang masa tak betul saja.

Namun begitu atas kertas dikatakan orang Melayu Singapura bangga dengan sikap keMelayuan mereka. Ada aeorang kawan lama, yang segan untuk menyebut namanya, yang berkata bahawa beliau adalah generai Melayu Singapura yang kini hidup berdikari tanpa perlu apa-apa bantun daripada pemerintah. Katanya, "Kita orang ada berdisiplin tinggi. Apa sahaja kerja kita orang lakukan secara gotong royong. Kita orang generasi Melayu Singpaura menjadi contoh kepada orang Melayu di tempat lain, terutama apabila meteka masih lagi mengharapkan bantuan pemerintahnya.

Menurutnya lagi,Melayu Singpaura tidak berpolitik 24 jam. Katanya, "Kita orang berpolitik ikut musim, iaitu waktu pilihanraya sahaja.Selain itu kita orang kerja dan kerja. Kita orang memiliki rumah sendiri."

Macam perli Melayu di luar Singapura nampak


. Melayu Malaysia apa cerita?

Thursday 20 January 2011

BERITA NOVEL INTERLOK DIBAKAR SAMPAI KE HYDERABAD, INDIA

Book burning by Malaysian Indians sparks debate
Wednesday, 19 January 2011

Kuala Lumpur, January 19: Burning of copies of a book that refers to caste system among Malaysian Indians, allegedly by some Hindu groups, has triggered an animated debate.

The point being made is whether the Hindus, who worship books as a symbol of knowledge, should be burning it to register a protest about its content.

A commentator has said it signifies "a gulf between reason and recklessness", and of the "distinct lack of leadership in and among Indians in Malaysia".

Some non-government organisations (NGOs) lodged a police complaint alleging that one of the persons behind the book burning was M. Manoharan, a legislator who was jailed for organising a protest rally in 2007 under the banner of Hindu Rights Action Front (Hindraf).

At the centre of controversy is "Interlok", a book by Abdullah Hussain that has been made compulsory Malay literature reading for Form Five students this year. It refers to caste system among ethnic Indians.

Multi-racial Malaysia is home to 2.1 million ethnic Indians, a bulk of them Tamils.

Malaysian Indian Congress (MIC), the largest Indian-based party and its nominee in the government, Human Resource Minister S. Subramaniam, has called for the book being withdrawn or at least the offending parts being deleted.

The MIC has called for the book to be taken out of the curriculum, saying that the word "pariah" used to describe the caste system was a sensitive topic among ethnic Indians.

Deputy Education Minister Puad Zarkashi, who chaired a meeting Tuesday, said: "The issue was discussed intellectually and rationally. We also explained the criteria and methods used in choosing literature text, such as the theme and plot."

Six Indian representatives, including Malaysia Hindu Sangam president R.S. Mohan Shan, MIC education bureau chairman T. Marimuthu and Universiti Malaya's Indian Studies Department head S. Kumaran were among those who attended the meeting.

Universiti Kebangsaan Malaysia Malay Civilisation and World Institute deputy director Teo Kok Seong said people should "refrain from jumping to conclusions".

"While 'pariah' is a taboo word, we need to first look at the context in which it is used. In Interlok, it is used to simply describe a particular caste and not to malign an entire community - the whole novel in fact promotes racial unity."
--IANS (From The Siasat Daily, Hyderabad, India)

Komen: Berita pembakaran salinan naskhah novel Interlok, karya Dato' Abdullah Hussein mendapat perhatian akhbar harian The Siasat Daily dari India hari ini, 19 Januari 2011. Sehingga saat ini Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia masih di peringkat menghantar laporan ke kabinet. Harap sangat kejadian membakar naskhah novel ini tidak berulang dan berpanjangan.

Jika berita pembakaran ini sudah sampai ke luar negeri, implikasinya tentu serius kerana ia dibimbangi akan meibatkan hubungan antara dua negara. Tidak diduga pula pengarangnya Datuk Abdullah Hussein berada dalam sitiasi yang serba salah begini. Karyanya yang diterbitkan puluhan tahun dahulu tidak pernah diungkit sehingga ia menjadi buku teks wajib di peringkat SPM.

Tidak siapa pun menilai novel itu sebagai satu bentrokan sosial ketika DBP menerbitkannya. Atau novel ini tidak pernah dinilai terlebih dahulu sebelum ianya layak diterbitkan. Alasannya novel ini mungkin merupakan pemenang satu pertandingan. Bagus juga kalau ada dalam kalangan anggota panel pertandingan yang masih ada memberikan alasannya mengapa novel ini patut menang pertandingan, paling-paling daripada sudut perhubungan kaum.

Friday 14 January 2011

MB KHALID PERLU MENCARI JALAN KELUAR MELALUI POLITIK BIPARTISAN

Baginda Sultan Selangor bertitah supaya MB Khalid Ibrahim minta perkenan baginda Tuanku sebelum adakan Sidang Tergempar DUN Selangor 24 Januari 2011 ini. Tujuan sidang tersebut adalah untuk meminda Perlembagaan Negeri agar kuasa Sultan dikembalikan untuk perlantikan tiga pegawai kanan kerajaan negeri: Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri. Lebih penting perkenan Tuanku diberikan setelah mendapat nasihat daripada Menteri Besar.


Baginda Sultan Selangor perlu berada di atas politik.
.
tetapi dalam hal sidang tergempar ini Speaker DUN Selangor beserta seorang peguam dari IPT tempatan berkata perkenan Tuanku tak perlu. Nampaknya ada percanggahan pendapat antara Baginda Tuanku dengan Speaker dan peguam ini. Mana satau yang betul?

Rakyat Selangor pun semakin pening dibuatnya. Dilaporkan wakil rakyat Barisan Nasional akan memboikot sidang itu kalau sidang tidak mendapat restu Baginda Tuanku. Sementara MB Selangor akan mengusahakan satu bentuk kompromi berdasarkan politik bipartisan untuk meluluskan pindaan perlembagaan itu. MB Khalid kena kerja keras ke arah kompromi itu dan lebih penting mengenepikan sistem whip dalam DUN di mana pengundian dijalankan melalui block-voting.

Kalau boikot BN menjadi pindaan tidak mungkin dapat diluluskan kerana pindaan perlukan dua pertiga majoriti. Kerajaan Pakatan Rakyat tidak memiliki kemudahan dua pertiga itu. Bagaimanapun, mampak gayanya kerajaan Selangor sudah bersedia dengan jawapan jika pindaan gagal diluluskan. Kerajaan akan menuduh BN tidak menunjukkan taat setia kepada Baginda Tuanku kerana menentang pindaan yang dikatakan untuk mengembalikan kuasa Sultan.

Kalangan pemerhati politik berpandangan wakil rakyat BN tak perlu boikot, memadailah dengan mencari jalan tengah supaya pindaan itu dapat diluluskan. Jalan tengahnya adalah dengan meminda usul tentang kuaasa Sultan, iaitu memberi Sultan Kuasa melantik tetapi menghilangkan frasa yang memerlukan nasihat MB untuk perkenan Sultan. Bagimana Ok ke tak Ok?

Jika ini dapat dilakukan dan pindaan kepada pindaan diluluskan, Baginda Tuanku boleh perkenan bahawa sidang tergempar boleh diadakan tanpa ada boikot oleh wakil rakyat BN. Pindaan boleh diluluskan dengan sebulat suara. Cuma masalahnya bolehkah wakil rakyat DAP menerima pindaan ke atas pindaan ini. Ini sebenarnya boleh kalau wakil rakyat DAP tidak mempunyai agenda lain

Lebih penting rakyat bawahan tentunya akan bergembira keana "kedaulatan" baginda Sultan akan dikembalikan. Dan tentunya baginda tidak lagi bertitah seperti apa yang dititahkannya kepad MB Khalid dalam pertemuan baru-baru ini berhubung perlantikan Datuk Muhamad Khusairi sebagai SUK Negeri Selangor yang baru

Tuesday 4 January 2011

tok bah online: MANA LEBIH SERONOK: PROPAGANDA ATAU GOSIP POLITIK?...

tok bah online: MANA LEBIH SERONOK: PROPAGANDA ATAU GOSIP POLITIK?...: "Ulasan bloger A. Kadir Jasin 2 Januari 2011, bahawa pengedaran akhbar arus perdana prokerajaan semakin menguncup dan kegiatan “channel switc..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).