WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Monday 23 May 2011

MUHYIDDIN SINDIR KJ: MAHU SALAHKAN SIAPA KALAU UMNO TAK AKTTIF DALAM LAMAN SOSIAL?

 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin

 

Bloger Anak Omak hari ini menulis seperti di bawah:

 

Muhyiddin sindir KJ pembangkang


Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan presiden UMNO telah menyindir Khairy yang dikatakan  bersuara macam pembangkang. Bukan setakat Muhyiddin saja, tanpa dah ada yang kata Khairy suara sumbang.


Baca Rakyat Malaysia sini.

Apalah engkau ni Khairy. Memang nasib kau macam sial, tak boleh diikut. Campak aje sijil Oxford kau tu, kalau begini cara kamu.

Komen:

Komen Anak Omak ini tak ada anehnya. Sebab ahli-ahli UMNO mungkin masih ingat ketika kempen pemilihan Majlis tertinggi UMNO yang terakhir. Ketika itu mentua Khairy Jamaluddin masih lagi menjadi Predisen UMNO. Beliau menerima tentangan hebat daripada seorang tokoh veteran yang telah keluar dari UMNO dan berkempen seolah-oleh tokoh itu masih berada dalam UMNO. Ketika itu juga kelihatan Timbalan Presiden sekarang membuntuti ke mana sahaja tokoh bekas UMNO itu berkempen menentang presiden parti. Semua orang masih ingat bagaimana Khairy Jamaluddin yang juga berkempen sebagai calon Ketua pergarakan Pemuda UMNO dibelasah kiri kanan oleh sekutu-tokoh bekas UMNO itu. 

 

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Puad Zakarshi.

 Mungkin masih ramai yang ingat bagaimana tv juga memainkan peranan memperomosi calon-calon Majlis Tertinggi yang pro-bekas tokoh UMNO itu dan memperkecilkan mentua Khairy Jamaluddin. Khairy dan orang-orangnya tidak diberi peluang langsung dalam media, terutama media elektronik. Calon-calon untuk Pemuda UMNO ketika itu tiga orang, termasuk anak kepada bekas tokoh UMNO  itu. Tetapi apabila Khairy Jamaluddin berjaya mengalahkan dua calon lain untuk jawatan Ketua Pemuda, sepatutnya yang kalah menerimanya dengan hati terbuka. Ini baru namanya  demokrasi. Tetapi sampai la ini nampaknya Khairy masih dikucilkan. Apa sahaja yang disuarakan dan dilakukannya tidak langsung diberi pertimbangan oleh puak-puak yang menentangnya yang kelihatannya menjadi suara majoriti dalam UMNO. 

Inilah demokrasi orang UMNO. Kalah bagai abu dan menang tetap jadi arang. Semangat berkobar-kobar  nak tawan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Fuad Zakarshi dalam satu laporan akhbar hari ini berkata bloger-bloger UMNO dan penyokong BN kurang berkesan. Laman-laman sosial seperti twit dan FB tidak dimanfaatkan seagresif mungkin. Tetapi lihatlah blog-blog orang UMNO, baik pemimpin mahu pun penyokong-penyokongnya. Kandungan blog masing-masing tidak dikemas kini. Malah ada blog pemimpin UMNO sudah tak aktif sejak beberapa tahun yang lalu, termasuklah blog yang bernama FZ dan Noh Omar. 

Baik lagi blog pemimpin pembangkang yang aktif dan dikemaskinikan. Blog Lim Kit Siang, Azmin Ali, Nurul Izzah dan Anwar Ibrahim amat aktif. Begitu juga dengan Hadi Awang dan Nik Aziz. Satu ketika dulu blog MP bebas garang, tetapi sudah mulai luntur seperti yang terlihat dalam blog zahrainmp dan zul4kulim. Blog pemimpin ketua wanita langsung tak nampak bayang. Begitu juga dengan setiausaha agung UMNO. Blog ketua Penerangan UMNO seperti coklat sekejap ada entri baru sekejap tak ada. Masih belum ditemui blog Timbalan Presiden UMNO. Tak pasti wujud ke atau tidak.

Jadi tak perlulah pemimpin UMNO merungut jika dalam kalangan mereka ada yang tak aktif dalam laman sosial. Dan janganlah iri hati apabila ada pemimpin pembangkang yang begitu mengambil berat tentang laman sosial dan peranannya menjangkau hati dan minda rakyat. Maka jangan salahkah orang lain kalau UMNO dan kebanyakan anggotanya sudah terlalu selesa dan tak perlu meningkatkan perjuangan menawan minda rakyat, kerana nampaknya semuanya boleh diusahakan dengan hanya menggesel ibu jari dan jari telunjuk berulang kali.

Tuesday 10 May 2011

ANTARA KEADILAN DAN DEMOKRASI DENGAN PERPADUAN ORANG MELAYU

r

Presiden PAS, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dikatakan pernah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Melayu UMNO?

Tulisan Noor Azam ini tersiar dalam Utusan Malaysia pada 4 April 2009 lalu. Tiga bulan lagi artikel ini sudah dua tahun dibaca umum. Apakah ada kesan yang sama-sama dirasakan oleh setiap orang Melayu. Barangkali ramai yang tertarik dengan ayat-ayat pertama dalam para pertama rencana itu yang berbunyi: “Apa yang dikehendaki oleh  orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP. Demi perpaduan oranag Melayu, elok rasanya rencana ini kita baca semula supaya dari sudut sejarah dan politik mudah-mudahan orang Melayu tidak terus-terusan bertengkar sesama sendiri.

Melayu jangan jadi bacul
Oleh NOOR AZAM
APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Saya mulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:
1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.
2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.
3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.
4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.
5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.
6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.
Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, komentar Awang Selamat dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam.

Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa.
Orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan Kumpulan Utusan Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.
Kata Awang Selamat, "Hati Awang semakin hari semakin ditoreh-toreh oleh tuntutan pelbagai pihak bukan Melayu yang bersikap terlalu rasis selepas PRU Ke-12."

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga.
Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja.
GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja.
Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.
Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang.
Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap.

Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.
Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa". Penglibatan istana ini menunjukkan kemelut politik di negara kita sudah sangat serius. Memerlukan tindakan segera. Bukan hanya retorik kata-kata.
Situasi politik yang tergambar dalam imbasan akhbar inilah, saya rasa, membuat Dr. Mahathir pun tidak boleh tahan lagi.

Lalu dalam blognya pada 20 Julai lalu, beliau menyiarkan tulisan "Kaki Dalam Kasut". Artikel itu diserang oleh aktivis dan pejuang politik pembangkang Cina dan India sebagai suatu pemikiran yang rasis.
Tidak pelik beliau dituduh rasis. Meski pun Dr. Mahathir hanya menyatakan fakta-fakta sejarah yang benar.

Tuduhan rasis kepada pemimpin Melayu adalah salah satu senjata politik parti pembangkang yang amat berkesan untuk membunuh kuasa politik Melayu, yang sejak merdeka di tangan UMNO.
Apakah sebenarnya cita-cita orang Cina dan India - khususnya DAP yang disokong kuat oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)? Malah mereka turut mendapat sokongan Mursyidul Am Pas, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Anwar sendiri.

Kumpulan ini berdemonstrasi dan memekik-mekik menuntut 'hak, keadilan dan demokrasi'.
Berpuluh-puluh tahun Anwar memegang kuasa besar dan menjalani kehidupan amat mewah dan berpengaruh dalam BN. Ketika itu tidak pernah pun beliau mempersoalkan hak, keadilan dan demokrasi.
Malah beliau menyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Ini baru beberapa tahun lalu. Tentu Anwar belum lupa.

Akhbar rasmi Pas, Harakah pada 5 Julai lalu menyiarkan tajuk besar "Pakatan ganti BN" dengan berita megah: "Himpunan perdana perpaduan 100,000 anjuran pakatan rakyat (pembangkang) di Petaling Jaya, 30 Jun lalu menjadi saksi betapa gabungan Pas, Keadilan (PKR) dan DAP terus mantap dalam usaha meneraju perubahan dan seterusnya menggantikan BN."

Turut dipaparkan ialah foto pemimpin kanan DAP, Lim Kit Siang bersalaman amat erat dengan Abdul Hadi sambil diperhatikan dengan penuh teruja dan megah oleh rakan lama saya, Anwar Ibrahim.
Memang patut benar dimegahkan kerana Anwar yakin tidak lama lagi beliau akan menjadi Perdana Menteri. Musuh lamanya dalam politik lama, sudah dipeluk erat dan mesra.
Bagi Nik Abdul Aziz, musuh yang berkekalan sehingga kiamat adalah "UMNO yang kafir". DAP dan Kit Siang tidak kafir! Pas sanggup memeluk Kit Siang. Juga kerana hendak mendapat kuasa memerintah. Demokrasi dan Islam hanya alat kempen sahaja. Siapakah yang munafik?

Menjadi parti pemerintah adalah hak semua parti yang menang pilihan raya. Berdasarkan jumlah calon Cina dan India dari pakatan pembangkang yang menang pada PRU 12 kita sudah dapat melihat betapa besar kuasa politik yang boleh mereka capai.

Buktinya jelas di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur. Dan apabila mereka berkuasa dan meminda Perlembagaan supaya Wilayah Persekutuan juga mengadakan pilihan raya, pastilah mereka akan memerintah ibu negara kita.

Datuk Bandar dan pegawai-pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur seperti yang ada sekarang akan bertukar tangan.
Berdasarkan jumlah calon bukan Melayu yang akan menang pada PRU 13 nanti, sudah dapat dibayangkan berapa kementerian penting yang akan mereka pegang.

Siapa akan jadi Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah Jabatan, pegawai-pegawai kanan dan Pegawai Daerah. Siapakah akan jadi pegawai kanan dalam pasukan polis dan angkatan tentera.
Saksikan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Hak Istimewa Melayu dan Dasar Ekonomi Baru pun tidak akan ada lagi.

Strategi yang mereka pergunakan sekarang sudah nyata berjaya. Terus menyemarakkan isu rasis untuk menimbulkan "kemarahan dan kebencian" rakyat kepada apa juga kuasa yang ada kepada orang Melayu, termasuk kuasa mahkamah, polis dan tentera. Dan kuasa Raja-Raja Melayu.

Oleh itu, apa pun yang telah dan akan dilakukan oleh kerajaan BN sukar sekali mengatasi "kemarahan dan kebencian" yang terus mereka bakar setiap hari. Mereka menggunakan kesempatan daripada apa juga isu, termasuk isu orang mati.

Anehnya ramai juga orang Melayu-Islam yang ikut benci kepada kuasa bangsa sendiri. Bangsa Melayu sudah menjadi bangsa yang tolol dan bacul. Dan "orang yang bacul, akan mati sebelum mati".
Walaupun bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kaum Cina, ramai juga orang Melayu mengundi beliau pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang.

Abdul Hadi pula berikrar "akan terus mengukuhkan pakatan pembangkang".
Benarlah bangsa Melayu yang memerintah sudah nak mati! Dan saya ingin bertanya Anwar Ibrahim: "Di manakah nanti duduknya kuasa politik Melayu dalam kerajaan pakatan pembangkang?"
Dalam artikel "Kaki Dalam Kasut", Dr. Mahathir mengingatkan: "Apabila Semenanjung Tanah Melayu dicantum dengan Singapura, Sarawak dan Sabah, perkataan Tanah Melayu digugur dan cantuman negeri-negeri ini dinamakan Malaysia.

Dengan itu hilanglah identiti Melayu dalam nama negara sendiri dan orang bukan Melayu yang menjadi tuan yang sebenar."
Apakah tindakan politik yang perlu kita buat sekarang? Demonstrasi atau laporan polis lagi?

Sunday 1 May 2011

ANTARA AGENDA NASIONAL DAN KENYATAAN ULTRA KIASU



Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang, En. Lim Guan Eng.

 Kolumnis Mingguan Malaysia Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya hari ini bertanya "Di mana agenda nasional kaum Cina. Tulisnya:
"PARTI ultra kiasu menjadi semakin bongkak selepas memenangi beberapa kerusi tambahan di Sarawak. Kemenangan mereka turut diraikan oleh akhbar-akhbar perkauman yang pro-ultra kiasu. Cara pemberitaannya tidak banyak bezanya dengan kenyataan ultra kiasu.

Mendesak dan mengugut dan memanipulasikan isu untuk mencari simpati. Satu kebaikan mereka diberikan publisiti besar-besaran, manakala 100 kebaikan orang lain disenyapkan.
Paling ketara, kumpulan ultra kiasu ini mendabik dada mengatakan mendapat sokongan semua kaum. Mereka bukan lagi parti perkauman. Saya tidak nafikan, sokongan mereka semakin meningkat, tetapi itu bukan bermakna mereka tidak perkauman dan dipercayai? Pas sudah tentu ada jawapannya. Sebenarnya mereka tidak kuat, kita yang lemah. Maka kesempatan ini gunakan sepenuhnya.

Kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Kidurong yang mengandungi 27,225 pengundi, mewakili 46.2% Iban, 38.1% Cina, 15.2% Melayu dan lain-lain 1%, dijaja ke sana ke mari sebagai contoh. Majoriti 6,930 yang diperolehi didakwa hasil undian semua kaum. Sedangkan kita tahu, ia adalah undi solid orang Cina dan undi protes Iban dan Melanau terhadap 'Pek Mo' (dalam bahasa Hokkien disebut sebagai rambut/bulu putih) dan Barisan Nasional.

Sama juga seperti sebuah artikel terbitan Utusan Malaysia yang terus menerus dimanipulasikan oleh media dan parti ultra kiasu untuk memberikan tekanan kepada Perdana Menteri dan UMNO.
Pemimpin ultra kiasu Selangor bertaraf ini mendesak Perdana Menteri supaya menggunakan kuasa untuk bertindak tegas terhadap akhbar tersebut dan penulisannya dengan kadar segera, bukannya setakat mengatakan itu adalah pandangan peribadi penulis. Sikit-sikit apa juga yang bertentangan dengan mereka, maka gagasan 1Malaysia dijadikan sebagai hujah. Fahamkah ultra kiasu ini apakah gagasan 1Malaysia sebenarnya?

1Malaysia bukan gagasan menjaga hati orang dan memuaskan hati semua pihak. Tetapi gagasan ini adalah idea mengurus dan mentadbir negara berasaskan perlembagaan. Perlembagaan adalah asas keadilan. Melaksanakan apa yang termaktub dalam perlembagaan adalah asas kepada kepada gagasan 1Malaysia, walaupun pada ultra kiasu mungkin tidak adil. Jika pemimpin ultra kiasu dan akhbar perkauman boleh sewenang-wenangnya mengata orang lain, kenapa tidak kebebasan bersuara akhbar tersebut?

Saya tidak bertujuan mempertahankan tulisan dan penulis tersebut. Tetapi lebih baik kita melihat apa yang benar, apa yang salah. Apakah selama ini ultra kiasu tidak mempertahankan 1Cina? Saya masih teringat dan tidak dapat melupakan reaksi pemimpin ini sebaik sahaja mereka berjaya menguasai negeri Selangor dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Perkara pertama yang dicadangkan adalah untuk mewujudkan Bandar Cina di Selangor. Bandar Cina yang mengandungi universiti Cina, industri Cina dan lain-lain berasaskan Cina. Alasannya amat dangkal, untuk menarik pelabur-pelabur Cina. Seolah-olah dalam dunia ini hanya ada orang Cina, bangsa lain tidak wujud. Terang-terang kenyataan bercanggah dengan perlembagaan dan gagasan 1Malaysia. Tidak ada sesiapapun termasuk akhbar Utusan Malaysia mengutuk kenyataan tersebut dan meminta beliau meminta maaf. Saya hanya terbaca dalam akhbar Harakah. Saya minta akhbar Utusan Malaysia korek balik kenyataan ini. Kita lihat reaksi parti ultra kiasu dan akhbar perkauman ini.
Bermaharajalela

Nasib baik mereka tidak memerintah Malaysia, hanya berjaya di Pulau Pinang dan 'Selangor' sahaja. Kebetulan negeri tersebut adalah Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Bersekutu, kuasa kerajaan pusat masih ada. Jika tidak, lagi bermaharajalah ultra kiasu ini dan sudah pasti 1Cina menjadi realiti. Sebenarnya, ia telah pun wujud, kita sahaja yang masih buta atau sengaja membutakan. Misalnya, Universiti Merdeka (IPTS) yang diperjuangkan oleh ultra kiasu selama ini telah wujud sekian lama, berselindung di bawah nama yang berbeza. Bahasa Melayu tidak langsung digunakan, kenapa masih boleh beroperasi? Jangan pergi jauh, singgahlah ke Kajang untuk melihatnya.

Kenapa tiba-tiba tulisan itu sengaja diperbesar-besarkan? Walhal, belum ada lagi modus operandinya. Ia hanya pendapat seorang penulis sahaja, bukan melambangkan pendapat keseluruhan akhbar tersebut mahupun UMNO. Sudah dua minggu berlalu, isu ini terus hangat dan diperbesarkan. Mereka terus menuding jari menyalahkan Perdana Menteri dan UMNO, mungkin selepas ini saya.

Orang kuat MCA pula mengajak rakyat Malaysia memboikot akhbar Utusan Malaysia. Saya hanya tersenyum sendirian. Akhbar Utusan pun tidak perlu bimbang. Saya yakin selama ini pun mereka tidak pernah membaca Utusan. Kalau mereka baca pun, hanya untuk mensensasikan isu. Pilihan mereka hanya berminat membaca berita-berita akhbar pro-ultra kiasu sahaja.

Saya ingin bertanya, tidak cukupkah lagi dengan China Town, sekolah perkauman, universiti perkauman, kegiatan perkauman dan banyak lagi yang bersifat perkauman yang telah diluluskan oleh kerajaan selama ini? Soalan khas kepada ultra kiasu ini dan juga ultra kiasu yang lain, adakah mendesak kerajaan mengiktiraf sekolah vernakular dan membantu sepenuhnya, setanding dan setaraf dengan sekolah kebangsaan tidak menggambarkan tindakan 1Cina? Kerajaan telah pun memenuhi tuntutan tersebut. Yang peliknya, pentadbiran dan pengurusan sekolah tersebut tidak dibenarkan kerajaan campur tangan langsung? Ini termasuk kurikulum, tanah, bangunan dan sebagainya. Adakah tindakan ini tidak melambang atau tidak sama dengan 1Melayu 1Bumi?

Saya tidak nampak akhbar dan kumpulan ultra kiasu ini membincangkan dengan serius masalah kajian terbaharu Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) tahun lalu, membabitkan pelajar-pelajar Cina di 159 sekolah-sekolah Cina seluruh negara. Kajian mendapati ramai pelajar dari sekolah terbabit tidak faham dan tidak boleh bertutur dalam bahasa kebangsaan apabila mereka melangkah ke sekolah menengah kebangsaan dan menjadi dewasa.

Kajian tersebut membuktikan, sejumlah 98 peratus bergaul dengan kawan-kawan Cina dan hanya bercakap dalam bahasa Cina setiap hari. Kehidupan mereka hanya melihat satu bangsa. Bermakna, sosialisasi kita hampir 100 peratus perkauman. Penggunaan bahasa Melayu hampir sifar.

Semua sedia maklum bahawa bahasa ibunda adalah bahasa rasmi sekolah vernakular dan diajar dan bertutur hampir 24 jam, jika tidak tidur. Manakala bahasa kebangsaan hanya diajar lebih kurang 3 kali seminggu dalam jangka masa 40 minit setiap waktu. Dengan makna, bahasa kebangsaan ini hanya 'digunakan' 2 jam untuk 5 hari persekolahan daripada 120 jam yang ada. Jika dicampur hari cuti Sabtu dan Ahad, bermakna bahasa kebangsaan hanya digunakan tidak sampai satu peratus seminggu dari 168 jam. Adakah ini wajar bahasa Melayu 'dilayan' sedemikian rupa dalam sebuah negara yang mendaulatkannya (Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan)? (Petikan daripada Mingguan Malaysia, 1 Mei 2011)

Komen: 
Tak perlulah ada komen lagi keran semuanya jelas dan terang. Inilah yang membimbangkan rakyat Malaysia. Setiap kaum masih terus dengan sikap dan tindakan yang anti-perpadunnya. Mungkin ada yang masih tidak lupa tindak-tanduk Parti Tindakan Rakyat (PAP) sewaktu mula memerintah Singapura dahulu. Dan masih juga kita tidak lupa dengan ruangan  "Apa orang lain kata" yang saban hari dihebohkan dalam Radio Malaysia, Singapura. Dan amat popular di kalangan orang bukan Melayu.

Hari ini semua orang tahu di mana kiblat sesetangah kaum kita, terutama kaum Cina seperti yang dinyatakan Ridhuan Tee. Dan penjelasan kolumnis Mingguan Malaysia ini tidaklah mengejutkan. Kurang pasti ada cerita burung yang mahu DAP menjadi anggota Barisan Nasional, menggantikan MCA. Barangkali dalam kalangan anggota dn pemimpin DAP ini satu strategi parti yang amat berkesan dari sudut jangka panjang parti dan mungkin boleh dimanfaatkan sekiranya menjadi anggota BN.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).