WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday 19 November 2010

SUKAR DAPAT MAJORITI DUA-PERTIGA DI PARLIMEN?

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dilaporkan sebagai berkata adalah sukar bagi Barisan Nasional mengulangi kejayaan mendapatan 2/3 majoriti di Parlimen dalam Pilihanraya Umum yang akan datng. Pandangan Tun Mahathir ini dijelaskan oleh seorang bloger yang menggelar dirinya MRAKUNMAN yang memetik berita daripada laporan Bloomberg hari ini (18 November 2010). Bloomberg melaporkan bekas perdana menteri itu bahawa BN “kemungkinan boleh mendapatkan semula satu atau dua negeri.” Sekarang ada empat negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat, iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor.

Sementara itu Utusan Malaysia hari ini (19 Nov,2010) melaporkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato' Seri Dr. Rais Yatim sebagai berkata bahawa Barisan Nasional (BN) "boleh meraih majoriti dua pertiga yang minimum sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan seawal-awalnya pada hujung tahun depan." Alasan Dr. Rais ialah "gelombang menyebelahi BN telah mula dirasai jika momentum ekonomi dan kestabilan negara ketika ini berterusan.

Menurut Rais lagi harga getah dan sawit masa ini tinggi dan ringgit kukuh. Katanya seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan, ""Faktor pencapaian BN ketika Kedah dilanda banjir dan masyarakat di Selangor yang sudah meluat dengan pelbagai kerenah pakatan pembangkang selain kemenangan di Batu Sapi dan Galas dan dengan penjenamaan BN yang dilakukan juga menjadi faktor penyumbang.

"Jadi, ini bergantung kepada tempoh bila pilihan raya itu hendak diadakan, jika pada hujung 2011 ia adalah tempoh logik bagi BN untuk mencatat prestasi mencapai majoriti dua pertiga yang minimum... bukan dalam margin yang tinggi,"

Kajian Merdeka Center Mei 2010 lalu, menyebut populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus.

Komen: Ini dua tokoh BN yang membuat telahan dan sedikit bertentangan. Kedua-dua tokoh ini pernah tak sebulu satu ketika sehingga Dr. Rais snggup 'membakar jambatan' apabila keluar dari kabinet Tun Mahathir. Mereka memberikan alasan masing-masing dan menarik untuk mengikuti perkembangan selanjutnya.

Yang mana satu mahu diikut: Pndangan Mahathir atau Rais? Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak belum menjelaskan pandangannya. Begitu juga timbalannya Tan Sri Muhiddin Yassin. Pandangan akar umbi agak bercampur-campur macam mendengar atau membaca prestasi bursa saham. Yang dibimbangkan ialah pandangan dua tokoh tadi, seorang doktor dalam bidang perubatan dan seorng lagi PhD dalam bidang Undang-Undang mempunyai kekuatan persepsi atau tanggapan umum mereka yang tersendiri.

Namun seperti pandangan golongan pemerhati yang skeptis akan kemampuan terkini BN, hasil kajian Merdeka Centre April lalu belum boleh dijadikan alasan kukuh untuk Najib membuat pengumuman bila pilihanraya umum ke-13 patut diadakan. Dalam pada itu ramai juga pemerhati politik melihat hasil kajian Merdeka Centre itu mempunyai tujuan dan muslihatnya tersendiri. Kurang jelas apakah Merdeka Centre itu benar-benar bersifat berkecuali atau lebih cendung kepada BN atau Pakatan Rakyat?

Barangkali Pilianraya Setengah Penggal Amerika Syarikat boleh dijadikan ikhtibar. Presiden Barack Obama yang menikmati populariti hampir mencecah 70% pada awalnya kecundang dan Kongres kini dikuasai Parti republican. Di Dewan Senat Demokrat pimpinan Obama hampir hilang kuasa. Mungkinkah Najib mampu mengulangi kejayaan yang dicapai mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi yang menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004 dahulu sehingga Tun Mahathir pun membuat komen bernada sinis tetapi positif. Jangan lupa pula tidak siapa berhak untuk menidakkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun pada anggapan sesetengah golongan dalam kumpulan itu kini berada ditahap yang seperti disebut UMNO 'caca-merba'. Apakah tidak mungkin mereka bermain wayang untuk mengelirukan parti lawan. Barangkali kali ini Tun Mahathir lebih jujur memberikan pandangannya.

Apapu, dalam politik apa sahaja memungkinkan!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).