WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday 25 April 2008

SEMBANG JUMAAT: PITA POLITIK (11)

BALASUNGKAWA
RUSTAM A. SANI (1944 – 2008)

Penulis, penterjemah, penyair, kolumnis dan penulis blog. Rustam meninggal dunia pada 23 April 2008 jam 3.30 pagi di kediamannya di 1759, Bt. 6 3/4, Taman Bukit Lela, Gombak, Selangor, akibat sakit jantung. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Rohani Zainal Abidin, mantan Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dan dua orang anak (seorang lelaki dan seorang perempuan).

Rustam dilahirkan di Ipoh, Perak, dan anak ahli politik terkenal, Ahmad Boestamam (Haji Abdullah Sani bin Raja Kechil). Berkelulusan ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England, 1975.

Pernah bertugas di Oxford University Press, Kuala Lumpur. Dan sebelum menceburi bidang politik sepenuh masa beliau bertugas sebagai Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia Rustam menjadi Felo Kanan di Institiut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) Malaysia yang berpejabat di Kuala Lumpur. Beliau pernah menjadi kolumnis di bebarapa akhbar perdana dan tabloid satu ketika. Sebelum meninggal beliau adalah kolumnis tetap dengan akhbar tabloid "Siasah" yang pro-pembangkang.

Sejak meminati puisi tahun 1961 sebuah antologi puisi bersama telah dihasilkan dengan judul "Riak-Riak Kecil" pada 1977. Dalam bidang penterjemahan beliau menghasilkan "Shoji" (1961), "Gaspar Ruis" (1967), "Ikhtisar Sejarah Islam" (1967), "Istana Impian" (1967), "Sastera Baru Indonesia" bersama Asraf (1970), "Pengantar Asas Statistik", bersama Muhammad Hj Yusof (1983) dan "Bagaimana Membaca Buku" (1989).

Beliau adalah salah seorang tokoh Parti Rakyat Malaysia yang memperjuangkan penggbngan dua parti politik alternatif - Parti Keadilan yang diketuai Datin Seri wan Azizah Wan Ismail, isteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim (penasihat PKR) dan Parti Rakyat Malaysia yang dipimpin Dr. Syed Husin Ali dengan Rustama dipilih sebagai Setiausaha Agungnya.

Antara rakan dan handai taulan yang menziarahi jenazah beliau Rabu siang termasuklah para pemimpin Parti Keadilan Rakyat dan DAP. Antara yang kelihatan En. Lim Kit Siang, (penasihat DAP), Dato’ Kamarul Baharin Abbas, Ketua PKR Negeri Sembilan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim (penasihat PKR), Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar, Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Pengerusi Eksekutif Yayasan Karyawan, Dato’ Baharuddin Zainal (Baha Zain) dan Datin,Tan Sri Adam Kadir, Dato’ Dr. Firdaus Abdullah,Ketua Pengarah DBP, Dr. Alias Muhammad, Haji Ayub Yamin, Haji Hamdan Yahaya, Saodah Abdullah, Wahba, Kamaluddin Lela, Rashid Azad Khan dan A.F.Yassin.

Jenazah selamat dikebumikan selepas Zuhur di Tanah Perkuburan Taman Ibukota, Gombak.
Penglibatan saya dengan Allahyarham bermula pada tahun 1974 apabila saya berpeluang bertemua dengan Ahmad Boestaman di pejabat Pustaka Antara di Jalan Raja Muda. Ketika itu saya ditugaskan berjumpa dengan pemilik Pustaka Antara, Abdul Aziz Ahmad. Secara kebetulan tiga tokoh persuratan ada bersama dengan Abd. Aziz, iaitu Ahmad Boestaman dan Arenawati.

Pertama kali saya dan Rustam bertemu ialah ketika sama-sama mengadakan majlis perbincangan di Dewan Bhasa dan Pustaka. Rustam pernah menghadiri majlis perkahwinan anak saya yang tua, Allahyarham Ahmad Faizal di Dewan MPPJ, Petaling Jaya pada tahun 1994. Terakhir saya terserempak dengan Rustam adalah di depan Maybank di Jalan Raja Laut pada tahun 2003. Bliau baru keluar setelah berurusan dengan bank berkenaan.

Kemudian kita hanya bertemu melalui laman blog dan kolom masing-masing, Rustam di akhbar Utusan Malaysia dan saya di Utusan Zaman. Dalam satu tulisannya di Utusan Malaysia Rustam menyatakan kurang senangnya apabila pada majlis perkhwinan anak saya itu, pemidato majlis, Dato’ Prof. Yunus Mohd. Nor, suami Datin Azlina, pengurus OUP Malaysia berckap dalam bahasa rojak (Inggeris dan Melayu). Ulasan terakhir beliau adalah terhadap satu artikel pendek tentang blognya. Beliau kurang senang dengan ulasan saya yang dianggapnya terlalu peribadi sifatnya.

Pemergiannya pada Rabu, 23 April lalu benar-benar satu kehilangan. Beliau pnulis prolifik yang menulis "without fear or favour". Pandangannya tajam lagi kritis. Ideanya bernas dan tersusun. Hal ini dapat dilihat melalui blog dan kolumnya. Baik kawan mahupun lawan pemergiannya amat dirasakan, apatah lagi beliau merupakan seorang intelek yang amat disegani. Semoga Allah mencucuri Rahmat Ke atas Rohnya. Amin!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).