WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday 31 October 2008

PITA POLITIK (85): DEBAT PEMUDA UMNO, APA YANG HENDAK DITAKUTKAN?


Calon Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, yang juga Ahli Parlimen Rembau, yang mencadangkan debat terbuka untuk calon-calon yang merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Mac tahun 2009 nanti.

Utamakan usaha perkenal diri calon

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
(WARTAWAN UTUSAN)

DALAM politik, kepetahan berpidato merupakan salah satu aset tetapi tidak mutlak dalam usaha meraih sokongan. Namun begitu berdebat bukan sekadar harus menjadi retorik malah apa yang didebatkan perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

Justeru apabila Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan supaya diadakan perdebatan antara calon-calon Ketua Pemuda UMNO, ia telah mendapat reaksi pro dan kontra. Ada pihak yang menyokong dan ada pula pihak termasuk salah seorang calon iaitu Datuk Mukhriz Mahathir menentang.

Tanpa mahu menyebelahi mana-mana pihak, adakah wajar perebutan jawatan dalam parti harus diperluaskan dengan diwujudkan acara debat yang bertujuan untuk menilai visi dan misi bakal Ketua Pemuda.

Sebenarnya cadangan yang dikemukakan oleh Khairy tidaklah salah tetapi lebih wajar jika ia diwajibkan untuk perdebatan di hadapan perwakilan sahaja. Ertinya, semua calon boleh berdebat sesama mereka secara tertutup di hadapan perwakilan di satu lokasi, contohnya Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dua atau tiga hari sebelum pengundian.

Kaedah ini adalah lebih baik kerana misi utama Ketua Pemuda selepas ini ialah memperkukuhkan terlebih dahulu kekuatan dalaman pergerakan tersebut sebelum memikirkan bagaimana hendak meraih sokongan generasi baru di luar UMNO.

Atau mungkin juga setiap calon yang bertanding dibenarkan berpidato dan berdialog secara tertutup dengan perwakilan sebelum pengundian dilakukan. Melalui cara itu ia akan memberi keadilan kepada semua calon yang bertanding untuk mengetengahkan misi dan visi mereka.

Tetapi kalau diadakan pidato secara berasingan pula mungkin timbul persoalan, sejauh manakah perwakilan akan bersikap terbuka untuk menghadiri majlis berkenaan. Mungkin mereka sudah 'set' menyokong seseorang calon itu, justeru apabila giliran calon lain berpidato mereka mungkin tidak akan hadir.

Kesudahannya undi yang dilontarkan bukan berdasarkan visi dan kewibawaan seseorang calon tetapi kerana sentimen yang melumuri perwakilan.

Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan ini tetapi kita juga harus ingat bahawa semasa pemilihan di peringkat bahagian, beberapa calon Ketua Pemuda sudah melahirkan kekesalan mereka kerana tidak diberi peluang bertemu dengan ahli-ahli Pemuda.

Fenomena ini akan berterusan jika pidato berasingan diadakan manakala untuk mengadakan perdebatan terlalu banyak pro dan kontranya. Justeru adalah lebih baik jika kita menerima cadangan Ketua Pemuda yang masih berkuasa, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang menyatakan kaedah memperkenalkan diri kepada perwakilan dilihat lebih berkesan.

Oleh itu, dalam mencari yang terbaik di kalangan yang terbaik bagi mengisi jawatan Ketua Pemuda, perwakilan Pemuda harus bertindak jujur dan bersikap terbuka.

Berdebat dan berpidato bukanlah syarat mutlak bagi melayakkan diri untuk menjadi pemimpin yang baik. Sejarah juga telah membuktikan ramai juga pemimpin yang berjaya tidak pandai berpidato tetapi mereka mampu membawa kejayaan kepada parti dan negara.

Kini terserahlah kepada Pemuda UMNO memikirkannya, tetapi janganlah sampai polemik berhubung isu perdebatan ini mencetuskan salah faham di kalangan rakyat bahawa dalam soal hendak berdebat atau tidak pun, UMNO berpecah-belah. (Utusan Online 31 Oktober 2008)

Komen:
Ada pandangan pro dan kontra tentang debat terbuka memperkenalkan calon dalam pemilihan UMNO, terutama pemilihan jawatan sayap Pemudanya. Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencadangkan, Dr. Khir Toyo bersetuju, tapi Dato' Mukhriz Tun Mahathir tidak setuju. Soalnya, pada hakikatnya bagus ke mengadakan debat terbuka seperti ini?

Saya kira idea mengadakan debat ini baik lagi bernas. Walaupun baru lima dekad merdeka, sekurang-kurangna mestilah ada usaha untuk mencadangkan cara baru dalam pemilihan calon. Dan sehrusnya orang UMNO bersetuju. Kalau sebelum merdeka UMNO atau orang Melayu mencadangkan "kita merdeka" maka saya rasa tidak keterlaluan jika UMNO juga yang mula mencadangkan idea debat ini. Terbuka atau tertutup soal kedua.

Sebagai parti politik yang bertunjangkan Melayu, ahli-ahlinya hendaklah mencipta dan mendahului cara berfikir. Bak kata orang putih, "UMNO should set the trend and let other parties follow." UMNO perlu memulakannya. Jika ini dapat dilakukan maka orang Melayu akan dianggap jagoan dalam politik, jauh ke depan berbanding bangsa lain, waima dari bangsa Amerika sendiri. Amerika Syarikat mengambil masa hampir seratus tahun sebelum mula mengadakan debat terbuka antara dua parti terbesarnya - Republikan dan Demokrat - dalam kempen memperkenalkan calon presidennya. Kita di Malaysia mencadangkan idea yang sama dalam masa hanya lebih kurang 50 tahun. Hebat!!

Soal sama ada debat begini berbahaya kepada UMNO atau rakyat atau sebaliknya tidak timbul. Jika debat hendak diadalah buatlah syarat untuk berdebat, seperti apa yang boleh dibincangkan dan apa yang tak boleh dibincangkan. Dalam UMNO, barangkali perlu penekanan kepada usaha memperkenalkan calon dan mesejnya, aspirasinya, wawasannya dan apa yang dapat calon itu lakukan untuk parti agama dan bangsa.

Kita mahu melihat kehebatan retorikanya yang kemudian akan disusuli dengan tindakannya jika berjaya terpilh akhirnya. Dengan cara begini kita dapat mengelak daripada calon itu hanya dianggap pandai retorik tetapi kurang berkesan dalam tindakan susulan. Jika ini berlaku dalam pencalonan yang akan datang calon begini bolehlah disingkirkan. Apatah lagi jika dia muncul untuk "menghabiskan boreh sahaja".

Saya rasa debat begini lebih menjanjikan, lebih banyak baiknya daripada buruknya. Sekarang kita bimbang calon-calon yang ada hari ini lebih banyak becakap tetapi tak banyak bikin. Bak kata orang sekarang "cakap tak serupa bikin." Takut apa yang dijanjikan tak boleh ditunaikan.

Cara debat begini juga boleh elak daripada penggunaan politik wang yang berleluasa kerana ahli-ahli akan lebih memahami peribadi dan personaliti calon.

Saya tabik bagi mereka yang mahu bedebat. Ambillah yang terbaik daripada cara berpolitik negara-negara maju dan janganah berselindung di bawah "ketiak emosi" ahli-ahli politik, terutama dalam kalngan UMNO sendiri.

Pemimpin kanan UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pemimpin kanan dalam Pemuda seperti Datuk Mukhriz perlulah membuka "minda" sedikit. Mereka seharusnya bersetuju dengan debat ini. Letaklah syarat, jika perlu. Kalau tak boleh secara terbuka buatlah secara tertutup. Bagi mereka yang berminat mendengar debat secara tertutup, cctv boleh memainkan peranan. Barangkali tempat yang sesuai ialah PWTC atau Pusat Konvensyen Putrajaya atau Dewan Persada di Johor Bahru. Kalau mahukan tempat neutral kenapa tidak diadakan di Sultan Sulaiman Kelab, Kg. Baru.

Ahli-ahli UMNO pasti rindukan debat ala "America Votes 2008" yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat sekarang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).