WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 23 December 2010

ANTARA 1MALAYSIA NAJIB DENGAN TSUNAMI POLITIK II ANWAR IBRAHIM


Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menyampaikan hadiah Sastera perdana Malaysia kepada Dato' Shahnon Ahmad baru-baru ini.

Paling-paling Pakatan Rakyat (PR) sudah mengumumkan manifesto menuju Putrajaya dalam konvensyen yang diadakan di Pulau Pinang dua minggu lalu.. Bila pilihanraya umum ke-13 diadakan bukan soalnya. Impian PR ialah Putrajaya dan PR mahu menjelaskan kepada rakyat apa yang akan tiga parti (DAP, PAS dan PKR) lakukan menjelang pilihanraya. Tidak kiralah bila ia akan diadakan walaupun ramai kata pada suku pertama tahun 2011.

Bagaimana dengan Barisan Nasional (BN)? Begitu yakinkah parti-parti komponen yang bergabung dalam BN sehingga tak perlu terburu-buru mengumumkan manifesto. yang jelas tema manifestonya nanti mestilah pembangunan untuk rakyat. Lagi pun Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak belum bercadang hendak mansuhkan Parlimen dan memberi laluan untuk mengadakan pilihanraya umum. Sesetengah orang politik berpendapat, PR dan BN memang sedang menguji kesiap-siagaan masing-masing menjelang hari keramat itu.

Ramai pula dalam kalangan parti-parti komponen BN memberikan pandangan bahawa persiapan jentera BN belum lagi mantap untuk menghadapi hari keramat itu. Walaupun setiap parti mendakwa angotanya selalu siap sedia, tetapi realitinya BN belum bersedia sepenuhnya. Dan boleh pakai ke pendapat umum hari ini yang mengatakan Najib sedang menikmati populariti kerana 1Malaysianya dan jika pilihanraya diadakan waktu ini BN akan menang besar?

Dalam UMNO sendiri ada masalah yang belum selesai. Tidak kurang pula di kalangan akar umbi parti itu masih ada yang tidak kena, terutama kalau dilihat wujudnya kumpulan yang berpuak-puak. Contohnya Presiden UMNO, Najib nampaknya masih belum mampu kontrol UMNO yang membabitkan masalah bersendiri terutama dalam menyelesaikan masalah berpuak-puak. Dua puak yang kini wujud jela ialah puak yang menyokong mantan perdana menteri Tun Mahathir dengan puak yang menyokong mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Lihat sahaja apa yang terjadi selepas pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang lepas. Calon terpilih YB Khairy Jamaluddin masih lagi dalam keadaan "terumbang-ambing" . Malah beliau kini dianggap si kitol dalam UMNO dan dianggap agen Singapura dalam kebanyakan blog yang dilaporkan menyokong seorang mantan PM.

Datuk Mukhriz Mahathir, calon yang kalah menikmati segala kemudahan dalam UMNO dan Kerajaan. Ada cakap-cakap beliau mungkin dilantik Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Berjawatan timbalan menteri lagi. Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim pun jadi timbalan menteri juga. Khairy masih lagi berada dalam Pimai-Pimai Tang Tu.

Bukan tidak mungkin Tun Mahathir masih melihat Khairy sebagai "sore point" dalam UMNO. Blog-blog yang pro-Mahathir menjelaskan semua ini, bagaikan tidak surut-surut. Najib kelihatan tak dapat berbuat banyak. Tak pasti apakah beliau terlalu mementingkan konsep 1Mlaysianya sehingga tak mampu "mendamaikan" kedua-dua mantan PM ini. Tun Mahathir dengan anaknya Mukhriz di satu pihak dengan Tun Abdullah dengan menantunya Khairy di satu pihak yang lain.

Sementara Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga tidak berbuat banyak. Barangkali Muhyiddin masih berhutang budi kepada Tun Mahathir atas "kerjasama" Tun dalam kempen pemilhan UMNO dahulu.

Dan lebih menarik lagi ke mana perginya tokoh-tokoh yang dahulu dilihat dekat dengan Tun Abdullah? Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Syed Hamid Albar (sekarang Pengerusi SPAD), Datuk Shahril Samad, Datuk Noraini Ahmad atau mantan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh?

Jangan nanti oleh kerana Najib terlalu asyik dengan 1Malaysianya PR akan guna kesempatan untuk mewujudkan semula gelombang politik tsunami keduanya, dalam diam-diam. Sekarang pun setiap paarti dalam gabungan pakatan sedang berpadu tenaga. Dalam pada itu rakyat umumnya masih berharap Malaysia mampu mewujudkan sistem dua parti yang boleh dan mampu mentadbir negara secara silih berganti.

Atau akan wujud pula kuasa ketiga, pakatan baru dengan Datuk Zaid Ibrahim menjenamakan semula parti KITA dan Datuk Jefrey Kitingan menuntut kuasa autonomi untuk rakyat Sabah dan Sarawak. Bilakah agaknya?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).