WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Monday 2 April 2012

SAMAKAH PERJUANGAN ANWAR DENGAN AUNG SAN SUU KYI?


DS Anwar Ibrahim (gambar kanan): Samakah perjuangannya dengan pejuang kebebasan Myanmar, Aung San Suu Kyi?

Su Kyi Bukan Anwar Ibrahim, kata rachel Motte, wartawan New Ledger.
Rachel Motte, wartawan New Ledger menyifatkan Anwar Ibrahim dan Aung San Suu Kyi adalah tidak sama berdasarkan rekod peribadi kedua-dua tokoh tersebut.
“Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi,” tulis Motte, penulis New Ledger laman web berhaluan kanan di AS.
Menurut Motte, rekod peribadi Anwar sangat berbeza apa yang berlaku terhadap Suu Kyi, malah lanskap politik Malaysia dan Myanmar tidak langsung mempunyai persamaan.
Ujarnya, Suu Kyi pernah dinobatkan dengan Anugerah Nobel pada 1991 atas usaha perjuangan tanpa keganasan untuk demokrasi dan hak asasi manusia di Myanmar. Ayahnya, Aung San yang terlibat dalam proses perundingan kemerdekaan Burma dari jajahan British pada 1947, telah dibunuh oleh musuh politiknya ketika Suu Kyi berumur dua tahun.
“Apabila ibunya yang berkhidmat sebagai duta meninggal dunia pada 1989, Suu Kyi telah menghambakan diri dalam memperjuangkan demokrasi seperti mana keluarganya. Beliau aktif dalam pergerakan pro-demokrasi di Myanmar yang kemudian mengakibatkan Suu Kyi dikenakan tahanan rumah pada 1989 tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan dilakukan”, katanya.
Katanya lagi, Suu Kyi yang dibebaskan dari tahanan rumah pada 13 November lepas telah menderita akibat dikenakan tahanan rumah dalam tempoh 15 tahun dari 21 tahun lepas selain terpaksa berpisah dari keluarga. Beliau hanya berpeluang menemui suaminya Michael Aris sebanyak lima kali dalam 10 tahun terakhir sebelum kematiannya.
“Walaupun terdapat campur tangan dari tokoh seperti bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan dan Pope John Paul II, ia tidak mampu mengubah pendirian pihak junta supaya Aris diketemukan dengan Suu Kyi.
“Beliau juga telah terpisah sejak sekian lama dari dua orang anaknya selain terpaksa hidup dalam keadaan kesempitan dan kesusahan dan adakalanya tanpa bekalan elektrik,” kata Motte.
Tegasnya, “Jika ada sesiapa yang tersiksa dalam usaha menegakkan demokrasi, orang itu adalah Suu Kyi tetapi bukan Anwar. Beliau telah menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan untuknya seperti faedah perbicaraan, sepasukan peguam, kemudahan kepada perhubungan media sama ada tempatan dan luar negara, memiliki parti politiknya sendiri malah berpeluang mengembara ke seluruh dunia”.
Ujar Motte lagi, bukti paling kukuh Anwar tidak sama dengan Suu Kyi adalah penglibatan Anwar sebagai pengasas sebuah pertubuhan Global Muslim Brotherhood menunjukkan beliau sebenarnya menolak idea mengenai demokrasi yang diperjuangkan Suu Kyi.
Tulisnya, pada tahun 70-an dan 80-an ketika Suu Kyi sibuk dengan kerja-kerja yang mengakibatkan beliau dihumban ke penjara, Anwar pula terlibat dalam gerakan Islam, PKPIM, ABIM yang mempunyai rangkaian antarabangsa, termasuk WAMY (World Assembly for Muslim Youth) dan IIIT (International Institute of Islamic Thought).
“Pada 2002, Suu Kyi telah mengambil peluang dari pembebasan sementara untuk menyambung kerja-kerja berkaitan pembebasan Myanmar.
“Manakala Anwar pula melalui IIIT telah dikenakan saman bagi pihak mangsa dan keluarga yang terkorban dalam peristiwa 11 September 2001, yang dilancar terhadap pertubuhan yang didakwa membantu dana kumpulan radikal Islam,” tulis Motte yang juga graduan dari Torrey Honors Institute dalam pengajian Sejarah.
Menurutnya, pada 2007, apabila Suu Kyi membuat kenyataan nasional media, yang pertama dalam tempoh empat tahun dari tahanan rumah, Muslim Brotherhood pula menamakan IIIT yang dikaitkan dengan Anwar dalam senarai ke 29, “pertubuhan kami dan pertubuhan untuk rakan kami” (our organisations and the organisations of our friends).
“Walaupun secara terang-terangan Anwar cuba menyamakan masalah politik dan perundangan yang dihadapinya di Malaysia dengan penyalahgunaan hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh Suu Kyi di Myanmar, namun tiada siapa pun boleh menyamakan mereka.
“Anwar dan Suu Kyi mungkin menjadi pemimpin pembangkang di negara masing-masing tetapi persamaan antara mereka hanya setakat itu saja,” katanya.
Komen:
Komen di atas dikutip daripada Bloger AIDC, 2 April 2012. AIDC memetik sumber dari New Ledger yang bepankalan di Amerika Syarikat apabila wartawannya Rachel Motte membuat perbandingan antara dua tokoh pembangkang dari dua negara di Asia Tenggara itu. Mungkin pembaca dapat menilai sendiri apa yang baik untuk majoriti rakyat di kedua-dua negara 

1 comment:

  1. AI - bullshitter. Can only critique but cannot lead. Empty can. USA/Israel supporter. Unnatural sex practitioner. Populist at expense of objectivity. Cronisim. Unwilling to swear/oath knowing he is guilty. Power crazy at any cost. Not fit to be PM. A coward.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).