WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 26 June 2008

PITA POLITIK (43): EPIK ALTANTUYA DAN RAJA PETRA

Satu penipuan – Najib ‘Akuan sumpah Raja Petra bertujuan cemar imej politik saya’

Oleh hata wahari

Najib Tun Abdul Razak menjelaskan mengenai kedudukan isterinya, Rosmah Mansor yang dikaitkan dengan kes Altantuya Shaariibuu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Sabah di bangunan Parlimen, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



KUALA LUMPUR 25 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan akuan bersumpah yang mengaitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebagai satu penipuan yang bertujuan mencemarkan imej politik beliau.

Timbalan Perdana Menteri berkata, isterinya telah memberi keterangan kepada pihak polis yang membuat siasatan mengenai akuan bersumpah penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Beliau sendiri bersedia untuk memberi kenyataan kepada polis berhubung siasatan perakuan tersebut yang diumpamakannya sebagai ‘akuan sumpah sampah’.

“Saya mengalu-alukan siasatan polis serta berharap siasatan itu dapat disiapkan dengan cepat.

“Saya percaya semua yang terlibat akan memberi kenyataan kepada pihak berkuasa termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Raja Petra, 58, yang pernah mengendalikan laman web menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah memfailkan akuan bersumpah di Mahkamah Tinggi pada 18 Jun lalu yang menamakan tiga individu termasuk Rosmah sebagai orang yang berada di tempat kejadian Altantuya dibunuh pada 2006.

Akuan itu turut menyebut Perdana Menteri menerima laporan daripada perisikan tentera mengenai apa yang didedahkan Raja Petra tentang kes Altantuya.

Bagaimanapun semalam, Abdullah menafikan beliau ada menerima laporan bertulis daripada perisikan tentera mengenai mereka yang terlibat dalam kes pembunuhan itu.

Sambil menjelaskan apa yang dilakukan oleh Raja Petra itu tidak betul, Abdullah menegaskan: “Perbuatan itu tidak boleh diterima.”

Pada Mei lalu, pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu dituduh di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya kerana menerbitkan artikel berkaitan pembunuhan Altantuya.

Perbicaraan kes bunuh wanita Mongolia itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam baru selesai di peringkat pendakwaan Isnin lalu selepas mahkamah bersidang selama 124 hari.

Raja Petra yang merupakan pengendali blog pertama didakwa atas kesalahan hasutan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurmala Salim.

Mengikut pertuduhan, Raja Petra didakwa menerbitkan satu artikel bertajuk Let’s Send The Altantuya Murderers to Hell yang mengandungi ayat-ayat menghasut di laman web Malaysia Today.

Raja Petra didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.(Petikan Utuan Online, 26 Jun 08)

Komen:
Perlu komen? Rasa-rasa tak perlu malah tak payah!! Menghabihan boreh jo, kata orang Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).