WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Monday 11 August 2008

PITA POLITIK (70): SIAPA SEBENARNYA MEWAKILI RAKYAT MAJORITI ?


Dtuk Seri aNajib Tun Razak (tengah) dan Tan Sri Rahim Tamby Chik (kiri) di majlis perasmian pameran dan konvensyen hartanah di PWTC hari ini(gambar Utusan)

Jangan cuba ungkai Perlembagaan Persekutuan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Semua pihak diingatkan tidak cuba mengungkai perkara yang telah menjadi asas dalam Perlembagaan Persekutuan terutama menyentuh isu sensitif kerana ia boleh menggugat kestabilan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedegilan Majlis Peguam untuk membatalkan Forum Memeluk Islam semalam merupakan bukti bahawa program itu telah mengundang tindak balas di kalangan masyarakat Islam kerana berang dengan tindakan badan tersebut.

Beliau berkata, kerajaan sendiri telah menjangka keadaan seperti itu akan berlaku apabila Majlis Peguam berkeras untuk terus membincangkan isu sensitif berkenaan secara terbuka.

''Saya sudah katakan, jangan buat secara terbuka. Apabila ini yang mereka putuskan, tentu akan ada reaksi daripada kumpulan yang lain tetapi mereka berdegil. Mereka teruskan juga.

''Perkara seperti ini memang sensitif dan kita telah jangka keadaan seperti ini akan berlaku,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputra 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai forum kontroversi Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam yang diteruskan juga semalam.

Forum itu terpaksa ditamatkan kira-kira pukul 10 pagi iaitu tiga jam lebih awal daripada jadual bagi mengelakkan kejadian tidak diingini ketika bantahan keras daripada pelbagai pihak semakin memuncak.

Forum yang bermula pukul 8.45 pagi di ibu pejabat Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar di sini, pada awalnya berlangsung dalam suasana tenang dengan sesi pertama melibatkan tiga wakil keluarga bukan Islam dengan penuh emosi menceritakan 'penderitaan' mereka.

Di luar bangunan, kira-kira 1,000 ahli Majlis Angkatan Antara Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam (Mapan), UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan demonstrasi dengan membawa sepanduk menentang program berkenaan.

Pada sepanduk berkenaan tertera perkataan 'Hidup Islam, Batal Forum', 'Jangan Cabar Islam' dan 'Majlis Peguam Jangan Bermain Api'.

Mereka juga mengancam untuk menyerbu masuk ke dalam dewan sekiranya forum itu tidak ditamatkan segera.

Najib berkata, sebagai sebuah negara pelbagai kaum, asas yang menjadi kekuatan hingga berjaya mengelakkan permusuhan dan salah faham adalah wujudnya sifat toleransi dan hormat-menghormati.

Beliau berkata, dengan adanya sifat sedemikian telah membuatkan rakyat di negara ini hidup rukun dan damai.

''Hubungan (pelbagai kaum) juga berpandukan kepada Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, jika ada cubaan mempertikaikan perkara-perkara asas (dalam Perlembagaan) sudah tentu akan timbul timbal balas dan reaksi daripada kumpulan lain.

''Usaha untuk mengungkai balik (Perlembagaan) hanya akan mencetuskan satu perbalahan yang akhirnya boleh menggugat kestabilan dalaman negara,'' katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan Majlis Peguam itu boleh dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Najib berkata: ''Itu terpulang kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri.'' (Utusan Malaysia Online 11 Ogos 2008)

Komen:
Sudah berbuih mulut. ingatan, amaran nasihat dan segala bentuk buah fikir diberikan tapi depa tak peduli. Sebenarnya ada orang nak tengok sejauh mana kebebasan bersuara dibuka oleh pihak berwajib. Sejauh mana hak asasi dibenarkan. ada yang bercakap tentang hak asasi individu. ada yang bercakap tentang hak asasi orang banyak. Ada yang memperjuangkan kebebasan bersuara individu dan ada yang bercakap tentang kebebasan bersuara majoriti rakuyat. ada yang bercakap dengan mengatas namakan rakyat, walaupun mereka tidak meawakili majoriti rakyat. Contoh, sebuah parti politik hanya mempunyai seorang dua perwakilan rakyat di parlimen tetapi apabila bercakap mereka mengatasnamakan rakyat. Kononnya "kami berjuang untuk rakyat".

Dan inilaha demokrasi yang mereka perjuangkan. padahal demokrasi bererti tunduk kepada kuasa majaoriti. Nah persoalannya sekarang siapa sebenarnya yang berhak mewakili rakyat; yang majoriti atau yang seorang berdua ini. Nampak gayanya BN kena fikirlah dam cadangkan supaya tukar nama "Barisan Nsional" kepada "Barisan Rakyat" kerana kumpulan pembangkang di partlimen "Pakatan Rakyat" sudah sesuai dengan namanya walaupun belum boleh dianggap mewakili rakyat majoriti.

Kalau perlu eloklah diberikan definisi baru kepada istilah "takyat" ini supaya tidak ada yang terkeliru. Dalam hal ini cuma nak tanya bagaimana kedudukan Majlis Peguam. ia bukan pertubuhan politik tetapi caranya bertindak macam pertubuhan politik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).