WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Monday 25 August 2008

PITA POLITIK (73): BOIKOT-MEMBOIKOT JUGA ADALAH AMALAN DEMOKRASI?

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
‘‘KENAPA DAP dan PKR terus memboikot Utusan Malaysia. Apakah kerana kedua-dua parti itu memang anti institusi Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan suara utama masyarakat Melayu ditentang?”

‘‘Sepatutnya DAP dan PKR tidak mengambil pendirian yang bercanggah dengan demokrasi dan kebebasan yang mereka laung-laungkan selama ini.”

Itulah antara e-mel yang Awang terima sebagai respons kepada tindakan terbaru DAP melarang Utusan Malaysia membuat liputan persidangan tahunan parti itu.

Awang tidak berhajat menjawab soalan itu. Biarlah para pembaca khususnya orang Melayu menilai sendiri.

Yang pasti parti-parti komponen BN malah Pas yang baru mengadakan muktamar parti itu, jauh lebih bersikap terbuka dengan membenarkan semua wakil media membuat liputan.

UMNO sendiri tidak pernah memboikot sesetengah akhbar bahasa Cina dan Inggeris yang lantang mengkritik parti itu dan dilihat membawa aliran perkauman sempit.

Pada Awang, tindakan DAP dan PKR itu hanya menampakkan belang mereka sebenar. Kalau mereka memerintah negara ini, entah bagaimana nasib Melayu nanti.

Sesungguhnya itulah kebimbangan orang Melayu.

Awang– Nampak motif. (Utusan Online 25 Ogos 2008)

Komen:
Jika diteliti lebih mendalam, sebenarnya tindakan boikot-memboikot adalah juga satu amalan demokrasi juga. Mereka bebas memilih membaca atau tidak membaca akhbar yang mereka pilih. Contohnya, ramai tidak membaca akhbar-akhbar yang diterbitkan pelbagai parti bukan kerajaan. Dan ramai pula tidak begitu berminat membaca akhbar arus perdana kerana mereka menganggap akhbar-akhbar itu "milik" parti yang memerintah dan dianggap berbau propaganda. Walaupun sebenarnya akhbar milik parti-parti bukan kerajaan adalah juga bersifat propaganda.

Hanya kadang-kadang bagi yang tidak memihak kepada sebarang parti, mereka barangkali ingin membaca kedua-dua aliran akhbar ini. Setidak-tidaknya mereka dapat melihat dua perspektif yang saling bertentangan. Dan mereka boleh menilai yang mana satu "news story" yang layak dipercayai. Tanpa pamrih dan prasangka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).