WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Saturday 14 February 2009

KRISIS POLITIK PERAK: ATAS NAMA RAKYAT ATAU PARTI


Kenderaan Diraja dihalang daripada meneruskan perjalanan menuju istana untuk majlis angkat sumpah MB yang baru.

ATAS NAMA RAKYAT ATAU PARTI?
Kadang-kadang kita baca dan kita dengar cerita politik di Perak ini macam kita dengar dan baca cerita kartun. Atau katakanlah kita dengar dan baca cerita kartun politik. Betapa tidaknya. Di Perak, krisis politik haru-biru berterusan sejak beberapa minggu lalu, walaupun sepatutnya keadaan telah kembali tenang. Nampaknya ia tidak jadi begitu. Malah ia menjadi semakin panas. Kedua-dua pihak – Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat – saling menuding jari dan tuduh-menuduh bahawa pihaknya sajalah yang betul dan ikut perlembagaan Negeri Perak.

Yang anehnya kedua-dua tokoh yang menjadi sentral kepada krisis ini dipilih oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Tokoh dari Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin ditentukan sebagai menteri besar oleh Sultan Perak selepas Pilihanraya Umum ke-12 dahulu. Walaupun dalam Pakatan Rakyat majoriti ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah daripada parti DAP. Parti PAS hanya ada enam ADUN. Malah ADUN PKR lebih banyak berbanding ADUN PAS. Bagaimanapun Sultan Perak atas budi bicara baginda melantik ADUN Pas, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar. Maka Nizar pun muncul dari istana senyum puas.

Setelah berlaku peristiwa tiga ADUN Pakatan Rakyat beralih kiblat melompat menjadi BEBAS, ditambah seorang yang sebelumnya melompat ke PKR tetapi kembali ke BN beberapa hari kemudian, Nizar pun membubarkan DUN tanpa terlebih dahulu mohon perkenan Sultan Perak seperti lazimnya. Nizar juga menganggap tiga ADUN yang lompat parti itu telah mengosongkan kerusi DUN mereka berdasarkan surat aku janji untuk melepaskan kerusi DUN kerana engkar peraturan parti (Pakatan Rakyat). Namun surat ini dianggap tidak sah oleh Suruhanjaya Piliahanraya. Maka semakin haru-biru jadinya suasana politik di negeri itu.

BN memanfaatkan keadaan dengan menghadap Sultan Perak. BN yakin cukup majoriti untuk membentuk kerajaan baru menggantikan yang lama. Sultan Perak yang tidak memperkenankan pembubaran DUN menggunakan budi bicara baginda melalui proses yang sama ketika Baginda memperkenankan pembentukan kerajaan di bawah pimpinan Nizar terdahulu. Dan akhirnya apa yang telah berlaku pun berlakulah. Dato’ Dr. Zamry Abd. Kader, ADUN Pulau Pangkor dilantik Menteri Besar dan Nizar enggan meniktiraf perlantikan itu sambil mendakwa beliau masih menteri besar yang sah.

Di sinilah bermulanya cerita kartun ini. Satu ketika Nizar begitu terharu dengan perlantikannya sebagai Menteri Besar oleh Baginda Sultan walaupun beliau daripada PAS yang tidak mewakili parti yang mempunyai majority dalam Pakatan Rakyat. Ada yang berpendapat jika Nizar benar-benar ingin berlaku adil demi Pakatan Rakyat beliau sepatutnya “membuat sembah derhaka” kepada Sultan Perak untuk tidak menerima perlantikan Baginda atas alasan beliau bukan mewakili parti yang mempunyai majoriti dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh sahaja “menyembah derhaka” meminta salah seorang ADUN Melayu daripada Parti Keadilan Rakyat, misalnya, untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Agaknya Apalah yang difikirkan Nizar ketika menerima perlantikan sebagai Menteri Besar itu? Apakah beliau setuju demi kepentingan PAS atau demi kepentingan pribadinya? Apakah Nizar tidak memikirkan implikasi daripada penerimaan perlantikan itu kepada ADUN_ADUN yang lain yang menganggotai Pakatan Rakyat yang lain, khusunya dari DAP dan PKR? Atau beliau bersedia menerima jawatan itu kerana “titah Sultan” dan akan dianggap akan tulah jika menolak perkenan sultan? Atau Nizar punya agenda tersembunyi lain yang hanya diketahui oleh setiap parti dalam Pakatan Rakyat sahaja. Maksudnya, Nizar diketengakan oleh Pakatan Rakyat dengan bersyarat, iaitu beliau “hendaklah menari mengikut lagu yang diputarkan oleh tangan-tangan di belakang tabir.”

Yang menariknya ialah semua peristiwa dan insiden dalam politik Perak ini adalah atas nama “rakyat”. Kononnya rakyat telah bersuara untuk Pakatan Rakyat menguasai kerajaan. Padahal majoriti kerusi dalam DUN tidak sampai sepuluh orang pun. Dan amat menarik lagi apabila berlaku lompat parti oleh tiga ADUN Pakatan Rakyat dan terus menjadi anggota bebas tetapi menyokong Barisan Nasional. Pakat Rakyat menjadi panik bagai nak rak. Nizar sanggup menyembah derhaka kepada Sultan dan segala budi bicara Sultan Perak tidak lagi dianggap Nizar mengikut Perlembagaan Negeri.

Tiba-tiba sahaja Sultan Perak, yang sewaktu dahulu pernah bertugas sebagai Ketua Hakim Negara, telah engkar mengikuti lunas-lunas Perlembagaan. Padahal jika difikir-fikirkan budi bicara dan pertimbangan Sultan Perak itu adalah sama sahaja dengan budi bicara dan pertimbangan yang dilakukan ketika melantik Nizar 10 bulan yang lalu.

Apakah tidak mungkin Nizar terpaksa melakukan sembah derhaka kepada baginda Sultan kerana sebab-sebab wujudnya tangan-tangan tersembunyi di belakang tabir politiknya. Fkir punya fikir, sebesar manalah kuasa Nizar dan parti PAS Perak untuk menafikan kemungkinan agenda di luar jangkauan Nizar dalam Pakatan Rakyat, terutama daripada DAP yang mempunyai majoriti berbanding dua parti yang lain. Malah ada yang berpendapat jeritan Nizar dengan “sembah derhakanya” kepasa Sultan tidak selantang jeritan orang-orang di belakangnya.

Sembah derhaka Nizar adalah atas nama Rakyat yang telah memilihnya. Kalau statistik boleh bercakap maka kita lihat antara Pakatan Rakyat dan BN jumlah kerusi DUN sama sahaja banyaknya, iaitu 28. Tiga lagi telah menjadi anggota bebas dan masih menjadi ADUN. Tidak ada undang-undang yang mengatakan bahawa tiga ADUN yang kini menjadi anggota Bebas telah terlucut jawatan. Yang beriya-iya sangat hendak membawa Sultan Perak ke mahkamah untuk menentukan kesahihan budi bicara dan pertimbangan Baginda adalah parti DAP. Dua lagi parti komponen - PKR dan PAS - tidak pula berbuat demikian. Nizar pula hanya membawa Dr. Zambry ke mahkamah untuk membatalkan perlantikannya sebagai Menteri Besar. Nizar mahu mahkamah memutuskan bahawa beliau masih menjadi Menteri Besar yang sah mengikut Perlembagaan.

Semuanya atas nama “rakyat”. Bagi Nizar rakyat telah memilihnya. Hanya mungkin beliau lupa atau pura-pura lupa bahawa beliau dilantik sebagai menteri besar atas budi bicara Sultan Perak, walaupun Nzar hanya mewakili sebilangan kecil rakyat melalui enam kerusi ADUN yang dimenangi PAS. Apakah Dr. Zamry tidak mewakili rakyat sedangkan beliau mewakili 27 ADUN yang lain dalam BN. Daripada sudut statistik ini siapakah yang lebih berhak menjadi Menteri Besar? Nizar daripada PAS atau Zamry daripada UMNO (BN)?

Barangkali Nizar masih berpegang kepada andaian bahawa tiga ADUN yang melompat parti menjadi ADUN Bebas itu benar dan sahih bukan lagi anggota DUN Perak. Perlembagaan berkata begitu. Surat akujanji tiga ADUN berkenaan berkata begitu. Tapi Itu hanya tafsiran Nizar dan Pakatan Rakyat!

Nizar hanya menggunakan nama “rakyat” untuk mnyembah derhaka kepada Sultan Perak dan parti-parti yang mempunyai majoriti anggota DUN di Perak seperti DAP dan UMNO! Tetapi ramai pula yang setuju bahawa Nizar bertindak menyembah derhaka kepada Sultan atas nama “parti”.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).