WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday 27 February 2009

BETUL KE MODEL PERPADUAN NEGARA ANTARA YANG TERBAIK?


Peristiwa yang berlaku di bangunan Parlimen semalam. (gambar NST, 27 Feb 09)

Malaysia satu model perpaduan - Shabery
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Malaysia bukanlah contoh sempurna sebuah negara bersatu padu tetapi rakyatnya telah membuktikan bahawa di sebalik pelbagai perbezaan, mereka tetap bersatu dan bersikap bertolak ansur, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.
"Kita dapat menunjukkan bahawa kepelbagaian itu tidak bererti kita berpecah," katanya pada perasmian Persidangan Antarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.
Ia dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Persidangan itu adalah inisiatif bersama Kementerian Penerangan serta Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Pusat Serantau Asia Timur Menentang Keganasan Malaysia dan Suruhanjaya Kebangsaan Malaysia bagi UNESCO.
Ahmad Shabery berkata, rakyat Malaysia yang berbilang kaum, budaya dan agama, sentiasa sedar mengenai pentingnya mereka saling hidup dalam keadaan aman walaupun terdapat perbezaan.
Para pemimpin juga, katanya, sentiasa bekerja keras ke arah mencapai impian bagi mewujudkan sebuah negara yang kuat dan bersatu.
Beliau juga berkata, Malaysia sentiasa berpendirian menentang semua bentuk keganasan dan mencari puncanya.
"Kita dapati semakin banyak golongan muda didorong untuk melibatkan diri di seluruh dunia," kata Ahmad Shabery.
Beliau berkata, Malaysia berwaspada untuk tidak membenarkan sikap ekstrem menjejaskan keamanan dan keharmonian yang wujud dalam kalangan rakyat.(Petikan Utusan Malaysia 27 Feb 09)

Komen:
sesetengah yang baca berita ini mesti senyum kambing. Lucu! Menteri Penerangan kita, Datuk Shabery Chik ini memiliki "sense of humour" yang tinggi juga. Adalah dirasakan dengan suasana politik panas sekarang ini di mana letaknya model terbaik perpaduan yang diuar-uarkan Menteri Penerangan kita ini? Mungkin juga benar Datuk Menteri Penerangan kita ini merujuk kepada konsep "setuju untuk tidak bersetuju".Peristiwa di bangunan Parlimen semalam antara Pemuda UMNO Selangor dengan Pengerusi DAP menceritakan segala-galanya. Masih terlupakah kita akan Peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan haru-biru kepada negara? Inilah akibatnya jika golongan majoriti di negara ini saling sengketa dan berpecah-belah.

Tidak dapat dinafikan trend konflik politik sekarang mengarah kepada usaha perlindungan kaum, bukan prlindungan rakyat seluruhnya. Melayu dengan perlindungan Melayunya, Cina dengan perlindungan Cinanya atau India dengan perlindungan Indianya. Tidak salah kalau kita katakan trend "economic protectionism sudah menular kepada "political protectionism."

Lihat sahaja telatah parti-parti yang bergabung dalam sama ada kelompok Barisan Nasional atau kelompok Pakatan Rakyat. Setiap parti dalam kedua-dua gabungan itu mempunyai unsur perlindungan kaum masing-masing. Semuanya bersetuju bergabung asal sahaja "kita bersetuju untuk tidak bersetuju" dalam beberapa perkara penting, terutama dalam perjuangan parti masing-masing. Kurang sangat kita lihat wujudnya usaha untuk menutup atau mengurangkan jurang itu. Malah sekarang telah terdengar suara-suara supaya Malaysia mengamalkan dasar terbuka seperti di Amerika Syarikat di mana sesiapa sahaja boleh menjadi Perdana Menteri tanpa mengira kaum.

Dan dalam satu blog yang diberita Utusan malaysia hari ini ada yang bertanya dalam tulisannya yang bertajuk "UMNO atau bangsa, yang mana dahulu?". Blogger ini bertanya sama ada keputusan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahu mengundur diri sebagai Perdana Menteri memberi kesan kepada UMNO ataupun bangsa.

"Saya harap Tuhan membuat keputusan yang memberi kebaikan kepada bangsa," tulisnya.
Penulis turut mempersoalkan apabila ahli UMNO membuat keputusan berkaitan kerajaan dan apabila mereka memilih pemimpin terbaik, adakah pemilihan itu untuk UMNO atau negara?

"Jadi, apabila UMNO memilih lebih perkauman atau lebih Melayu di kalangan mereka, apakah ini menterjemahkan bahawa ia adalah pilihan terbaik untuk rakyat Malaysia yang pelbagai kaum?

"Tidakkah lebih baik jika UMNO memilih rakyat Malaysia yang terbaik dan paling moderat sebagai Perdana Menteri dan paling Melayu sebagai Presiden UMNO... Dua orang berbeza untuk dua jawatan berbeza," tulisnya

Inilah pola pemikiran rakyat umumnya. Soalnya sekarang mahu disalahkan siapa jika keadaan begini terus-terusan berlaku. Seorang yang telah lama merasakan asam garam hidup, berpengalaman lama sejak sebelum merdeka lagi mencadangkan "kita rombak sistem yang ada dan sesuaikan dengan sistem Amerika Syarikat itu atau setidak-tidaknya kita rombak semula sistem pendidikan kita. Kembalilah kepada sistem yang digubal Tun Razak dahulu atau Rahman Talib. Kemudian kalau pun ada dalam Perlembagaan yang bertjuan untuk perpaduan manfaatkanya . Jangan sampai mengabaikan tujuan murni pemimpin terdahulu. Jangan buat sekehendak hati. Pemimpin kata buat lain kita buat lain. Tukar pemimpin kita ganti lagi."

Menurutnya, tak payahlah lihat jauh-jauh untuk mencari model perpaduan terbaik untuk menyatukan masyarakat. Katanya, " Lihat sahajalah jiran kita seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, malah Singapura. Contohilah negara-negara ini bagaimana mereka menyatukan rakyatnya. Tak perlulah lihat jauh-jauh hingga ke Amerika Syarikat. Daripada sudut politik negara-negara ini telah dapat menyatukan pemikiran dan rasa kebanggaannya kepada negara.Kita di sini masih lagi mahu bertengkar tentang macam-macam. Bahasalah, ketuan Melayulah, Islamlah atau Malaysian Malaysialah dan lain-lain. "Naik lemas di buatnya," kata warga emas ini.

Sekarang timbul pandangan seorang ADUN tempatan yang ingin menyamakan dasar kebumiputraan "Bumiputraism" di negara dengan dasar Apartheid di Afrika Selatan. Kurang faham apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan dasar kebumiputraan atau apartheid ini? Barangkali ADUN ini mahu kaitkan layanan antara bumiputra dengan bukan bumiputra.

Jika demikian halnya, saya tak pasti apa sebenarnya yang dimaksudkan Menteri Penerangan kita apabila menyebut model atau acuan perpaduan yang terbaik yang kita gunakan untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini.

Barangkali Menteri Penerangan kita itu sekadar cakap-cakap politik sahaja kot!!
Ada

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).