WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Thursday, 14 January 2010

UMNO: BUKTIKANLAH JANGAN CAKAP JE!

WEDNESDAY, JANUARY 13, 2010
UMNO JUARA RAKYAT!? BUKTIKANLAH WAHAI PEMIMPIN UMNO!


Salah satu 'PENYAKIT' para pemimpin UMNO semenjak pemerintahan PM ke-5 lagi ialah mereka SUKA sangat menCIPTA SLOGAN yang mereka sendiri TIDAK faham dan tidak tahu pengISIannya.. Entah kenapa mereka suka sangat berbuat demikian, kita pun tak tahu? Kali INI, sekali lagi UMNO telah menCIPTA satu SLOGAN yang sebenarnya MUDAH UNTUK DILAFAZKAN TETAPI SUKAR UNTUK DILAKSANAKAN.. Rasanya tak mana pun SLOGAN nih..

UMNO JUARA RAKYAT..

Itulah satu lagi SLOGAN terbaru ciptaan UMNO.. Nampak macam GAH, hebat, berSEMANGAT dan ada motivasi.. Namun, untuk siapa SLOGAN ini diKHUSUSkan? Untuk orang UMNO sendiri atau untuk RAKYAT? Siapa 'TARGET' bagi slogan ini? RAKYAT? Rakyat mana? Rakyat Malaysia ada Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, orang Asli dan lain-lain.. Jadik UMNO nih juara RAKYAT yang mana? KeSEMUA rakyat? Kalau BETUL, kenapa UMNO nyaris tumbang pilihanraya LEPAS? Takkan rakyat masa tu tak TAHU yang UMNO nih sentiasa jadik JUARA kepada rakyat?

ATAU..........

Adakah ini SATU lagi SLOGAN yang diILHAMkan oleh Ketua Penerangan UMNO yang mendapat IDEA semasa berlakon sebagai PENOREH GETAH di Manek Urai tahun lepas? Almaklumlah.. Kalau BAB bagi cadangan MENGARUT atau memBODOHkan rakyat, takde sapa lagi dah dalam UMNO selain dia ketika ini.. Mampukah dia memberi penjelasan apa yang diMAKSUDkan dengan slogan tersebut? Klik sini

TERUS-terang katalah.. Rakyat TAK nampak pun UMNO sebagai JUARA RAKYAT.. Tambah pulak bila LIHAT gelagat Ketua Pemuda UMNO pesalah POLITIK wang dan KONCO-konconya bermaharajalela dalam UMNO dan kerajaan, rakyat makin meluat dan semakin sukar nak mempercayai UMNO sebagai juara rakyat.. PERSEPSI rakyat terhadap UMNO tidak banyak berubah.. Malah diKHUATIRI jika UMNO terus berSLOGAN seperti ini, ianya pasti akan 'BACKFIRE' balik nanti..

Kalau UMNO ingin menjadi JUARA RAKYAT, pertama sekali UMNO harus berani berubah dan membersihkan parti sendiri daripada unsur-unsur TIDAK sihat contohnya seperti POLITIK WANG yang menyebabkan rakyat meluat.. Jika benar UMNO mahu menjadi JUARA rakyat, SILAlah 'HUMBAN KELUAR' para pesalah POLITIK wang daripada UMNO! Ada BERANI? Itu yang rakyat mintak jika UMNO ingin menjadi juara mereka!

UMNO tak perlu pun berSAING dengan pembangkang melalui penciptaan slogan ala-ala IKLAN sabun kat TV! Rakyat dah tahu menilai dan ramai rakyat yang jauh lebih CERDIK berbanding segelintir pemimpin UMNO ketika ini.. Terlampau banyak masalah dan isu-isu yang UMNO harus tangani jika ingin menampilkan diri sebagai juara RAKYAT.. Malah, masalah-masalah tersebut bukan daripada rakyat sebaliknya berpunca daripada keLEMAHan dan keALPAan UMNO sendiri.. Jika ini semua ditangani, tak payah SLOGAN pun rakyat akan mengiktiraf UMNO sebagai juara mereka..

Setakat ini, rakyat melihat UMNO sendiri menentang dasar-dasar mereka yang selama ini memperlihatkan mereka sebagai juara RAKYAT semasa kepimpinan 4 PM terdahulu.. Orang Melayu melihat hak-hak mereka yang diperjuangkan UMNO selama ini telah diABAIkan dan dilupuskan atas alasan demi menjaga kepentingan bukan Melayu.. Namun, sokongan bukan Melayu terhadap UMNO tak banyak berubah pun? Rakyat mana yang UMNO kata mereka jadik JUARA nih?

Nak jadik JUARA rakyat bukan senang oiii!!! Tak percaya, tanya SUPERMAN, SPIDERMAN, BATMAN, CICAKMAN dan apa-apa 'MAN' lagi! KAH!KAH!KAH!

HARI TUH YB-YB UMNO NAK MASUK PARLIMEN MENGUNDI LULUSKAN BAJET KERAJAAN PUN MALAS DAN LIAT, HARI NIH DAH KATA JADIK JUARA RAKYAT? KAH!KAH!KAH!

Hasil Nukilan Tukang Dok Peghati

Kalau korang nak baca lagi pasal isu ini, sila klik sini, korang mesti baca sebab ini pun artikel yang tersangat la panasnya!

Formula untuk UMNO membersihkan parti adalah mudah saja, tak payah nak berslogan-slogan, just bersihkan UMNO dari PERASUAH HARAMJADAH! Itu aje bukan susah sangat pun cuma nak buat atau tidak! Itu aje!

Macam kata orang tua-tua dulu, kalau nak seribu daya kalau tak nak seribu dalih! Janganlah disebabkan alasan takutkan perpecahan maka si Perasuah di biar saja untuk bermaharajalela dalam parti Keramat ni!

JUST DO IT!
Posted by House PK at 5:01 PM

komen:
Tidak ada yang lebih betul daripada apa yang dihujahkan oleh House PK ini. Kalau UMNO mahu wujud terus, tunjukkanlah. Jangan dok aasyik bercakap aje. Cukuplah. Dengarlah lagu Tan Sri S. M. Salim: Dulu Lain Sekarang Lain.

Walk the talk-lah orang-orang UMNO dari pemimpinnya hingga ke akan umbi. Jangan asyik nak bertekak je. Buat dan buktikan. Tabik kepada House Pk dan blognya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).