WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Saturday, 23 April 2011

M. NOOR AZAM : BAHANA NATIJAH DARIPADA PENGUNDIAN RAKYAT SARAWAK SELEPAS 16 APRIL 2011

Dato' M. Noor Azam, bekas Setiausaha Politik kepada Tun Mahathir Mohamad. Beliau juga ialah bekas Pengarang majalah Dewan Masyarakat, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Bukunya, Perspektif menyentuh tentang politik dan perkembangannya di Malaysia, mendapat sambutan hangat sehingga dicetak ulang beberapa kali. Edisi baru buku ini diterbitkan beberapa tahun kemudian. 

 Dilampirkan rencana sepebuhnya oleh Pengulas politik veteran, Dato' M. Noor Azam tanpa sebarang ulasan atau komen. M. Noor Azam terkenal dengan ruangan Perspektifnya dalam Dewan Masyarakat sekitar tahun 1970an dahulu. Barangkali rencana ini ada manfaatnya untuk renungan semua. Rencana ini dipetik daripada Utusan Malaysia, 23 April 2011.

Natijah dan mesej pengundi


Pengundi bumiputera dan bukan bumiputera mempunyai pendirian yang berbeza terhadap masa depan politik Sarawak.


“APAKAH Tan Sri sudah jangka BN menang 55 kerusi?" Ini soalan wartawan dalam sidang akhbar kedua Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kali ketujuh.
Jawapannya di luar jangkaan saya. Rupa-rupanya kemenangan 55 kerusi itu bukan lagi perkara penting kepada beliau.
Jawapan Abdul Taib: “Saya telah jangka keputusan ini. PBB akan menang 100 peratus. Namun ada polarisasi kaum dalam trend pengundian ditunjukkan dalam pihak pembangkang dan ia suatu yang tidak sihat untuk Sarawak. Saya mengambilnya sebagai luahan perasaan para pengundi.
Apakah natijahnya, saya sendiri tidak tahu dan saya sedang memikirkan cara untuk menghadapi situasi ini. Hanya ada dua calon Cina (BN) yang memenangi pertandingan kali ini.
“Saya perlu meneliti perkembangan ini dengan sebaik-baiknya untuk memahami apa mesej yang ingin disampaikan oleh masyarakat Cina kepada kerajaan. Jika mereka ingin menggunakan pendekatan perkauman, ia adalah sesuatu yang tidak boleh saya penuhi kerana ia akan menimbulkan situasi tidak elok di antara kita.”
Apabila ditanya: “Apa komen tentang Presiden SUPP, Tan Sri George Chan?" Beliau menjawab: “Hanya, apakah yang akan kita buat dengan mesej daripada orang Cina.
Seperti saya katakan, jika mereka mahu mengguna pakai politik perkauman, itu adalah sesuatu yang tidak boleh kita benarkan. Walaupun ia sah, kita akan mundur dalam perkembangan sebegitu.”
Menjawab pertanyaan mengenai Kabinet baru, kata Abdul Taib: “Saya tidak mahu jawab sekarang kerana kita mahu kaji dahulu apakah cara kita nak respon kepada keputusan ini.” (Utusan Malaysia, 18 April 2011).
Ini bukahlah mood orang yang baru menang besar dalam pilihan raya. Nampak benar betapa kecewanya Abdul Taib terhadap sikap politik masyarakat Cina di Sarawak.
Sebenarnya, ramai yang sudah lama tahu, apakah mesej dan matlamat politik mereka. Samalah dengan mesej masyarakat Cina di Semenanjung yang telah lama disampaikan melalui DAP.
Abdul Taib tentu sudah tahu. Di Sarawak mereka sudah mula tunjuk pada tahun 2006. Sehari sebelum kenyataan Ketua Menteri Sarawak itu disiarkan, Awang Selamat berkata dengan terus terang: “Hakikatnya, selepas menguasai ekonomi negara sebegitu lama, masyarakat Cina mahukan pengaruh dan kuasa politik yang dominan.” Kerana nak jaga hati, sebelum ini orang tak mahu cakap.
Sekarang ditunjukkan dengan terang-terang. Inilah matlamat “perubahan” yang dilaungkan oleh masyarakat Cina yang hendak dicapai melalui DAP.
Kekalahan SUPP di Sarawak itu adalah mesej dan amaran terbaru, susulan cita-cita yang tak tercapai pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008. Strategi kempen politik perkauman, yang sangat dikesalkan Abdul Taib, pasti akan terus mereka pergunakan.
Goh Kien Nan dalam tulisannya (Sin Chew Daily 18 April 2011) menegaskan “fenomena orang Cina melawan arus bukan lagi hanya terbatas di Sarawak, sebaliknya rentak sama berlaku di seluruh negara. Ia bukan saja tidak reda, malah sudah menjadi begitu kuat, mungkin akan terus melarat, semarak dan membara sehingga PRU akan datang.” (Utusan Malaysia, 21 April 2011). Ini memang benar dan suatu amaran yang keras.
Maka apa pun cara Abdul Taib dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak menangani situasi ini, natijahnya kepada negeri Sarawak dan negara seluruhnya, pasti tidak baik.
Api yang dikatakan Kien Nan “terus melarat, semarak dan membara” itu pasti akan membakar kita semua. Natijah inilah yang cuba dibendung oleh kerajaan, terutama selepas PRU 2008. Tetapi mereka tidak peduli. Alasan Kien Nan, “jasa masyarakat itu membangunkan negara ini dilupakan apabila segala kemahuan mereka diabaikan.”
Kemenangan besar BN di Sarawak, jelas sekali kerana sokongan semua suku kaum Bumiputera. Walaupun majoriti mereka hidup serba kurang dan jauh di pedalaman, cinta mereka kepada bumi tumpah darah tak pernah luntur.
Justeru apa pun dakyah pembangkang dari Semenanjung, mereka tetap menyerahkan masa depan kepada parti dan pemimpin Bumiputera Sarawak.
Natijahnya Abdul Taib tiada cara lain, kecuali terus memperkukuh barisan pertahanan dan membina kubu politik di kalangan rakyat Bumiputera.
Mereka mesti dibela sepanjang masa. Merekalah harapan bangsa dan negara. Tidak boleh lagi mengharapkan kerjasama daripada bukan Bumiputera.
Jika tindakan seperti ini terpaksa dilakukan juga di Semenanjung, maka akan jadilah perang politik Melayu melawan bukan Melayu, yang akan penuh dengan kebencian dan permusuhan. Situasi inilah yang cuba dielak selama 50 tahun dengan pelbagai tindakan sosial-politik-ekonomi.

Saya pernah cadang dalam dua tulisan saya Disember 2005, agar satu wadah Melayu yang baru, dipimpin oleh tenaga muda ditubuhkan. Bukan parti politik, tetapi tetap dengan perjuangan kebangsaan Melayu-Islam. Wadah ini patut dianjurkan oleh gabungan pertubuhan generasi muda Melayu, bukan oleh UMNO.
Tujuan wadah ini bukan untuk melawan Cina, tetapi waktu itu nampak benar fikiran Melayu tidak menentu, seperti hilang pedoman dan sasaran. Badan-badan yang ada lemah tak berdaya. Masalah sosial-ekonomi tambah menjadi-jadi. Maka kita perlu wadah baru dengan tenaga baru, semangat dan pendekatan baru, tidak terikat kepada mana-mana parti politik.
Ikatannya hanya satu iaitu pribumi Malaysia. Sekarang wadah baru ini diperlukan. Perkasa sudah ada. Perkukuhkan saja?
PKR dan rakan-rakannya, termasuk DAP, memang berhak mencari jalan untuk memerintah negeri dan negara melalui pilihan raya. Tetapi mencari pengaruh dan sokongan melalui emosi benci dan membakar sentimen perkauman, adalah jalan yang amat berbahaya. Tidak akan ada lagi negeri Cina yang baru di sini selepas Singapura. Di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung.
Abdul Taib tegas menolak “pendekatan perkauman” tetapi beliau menegaskan “kita kena kaji dahulu apakah cara kita nak respon kepada keputusan ini dan apakah ertinya suara rakyat melalui pilihan raya ini.”
Mengkaji “ertinya suara rakyat” memanglah tepat sekali. Namun dengan apa cara pun, pemimpin dan kerajaan yang bertanggungjawab mestilah ada keberanian politik untuk mengambil tindakan.
Rakyat dan ibu pertiwi mesti diselamatkan. Kita hanya ada satu Bumi saja. Di sini kita berdiri, di sinilah kita mati. Siapa-siapa pun yang tak senang hati, jangan buka dada bawa angkara, nyahlah dari Bumi ini.
DATUK NOOR AZAM ialah bekas Setiausaha Politik kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.
IKLAN@UTUSAN

2 comments:

  1. Masalahnya apabila bercakap tentang orang Melayu, kita kadang-kadang rasa malu sendiri. Siapa yang ambil komisyen untuk kapal selam - Melayu, siapa yang ambil komisyen PKFZ - Melayu. Siapa yang yang tolong perniagaan perkapalan anak yang hampir bangkrap - Melayu. Siapa yang tukar royalti kepada wang ihsan - Melayu. Siapa yang tidak mahu buat tempat pendaratan minyak dan gas di Kelantan - Melayu. Sebenarnya berderet sikap Melayu yang tidak tahu malu terpampang di media sepanjang masa. Saya Melayu yang tidak sedar diri inilah kadangkala menyebabkan baik saya diperintah oleh bangsa lain yang mempunyai integriti dan nilai diri yang bik.

    ReplyDelete
  2. Saya nak tanya bagaimana dengan sikap pemimpin politik Melayu dan sikap pentadbir Melayu hari ini? Apakah disebabkan oleh wang dan kuasa mereka tak pedulikan lagi nasib bangsanya sendiri. Kemudian tanya pula tokoh-tokoh Melayu yang kononnya apolitical. Bagaimana dengan sikap mereka. Bandingknlah cara mereka berfikir dalam menangani keadaan dan status orang Melayu hari ini.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

MALAYSIAN POLITICS

Loading...

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).