WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Wednesday, 20 April 2011

MELAYU DAN PRIBUMI MENANG SORAK TAPI KAMPUNG TERGADAI DI TANAH AIR SENDIRI.


Baru Bian (kiri) dan Dato' Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam kempen di Sarawak menjelang Pilihanraya Negeri 16 April 2011 lalu.


  SESUATU yang menarik berlaku di lobi Parlimen semalam, apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditanya apakah tindakan yang akan diambil ke atas Mingguan Malaysia berikutan tulisan Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di akhbar tersebut menyentuh mengenai sikap pengundi Cina. Soalan yang dikemukakan kepada Hishammuddin jelas menjurus ke arah desakan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan, atas alasan Awang Selamat dan Mingguan Malaysia bersikap perkauman.

Tetapi Hishammuddin bijak memberi jawapan. Beliau menganggap seperti juga akhbar-akhbar lain, akhbar Mingguan Malaysia berhak untuk memberikan idea serta membuat ulasan mengenai sentimen dalam landskap politik negara. "Itu hanya idea, kita lihat akhbar The Star, mereka juga bercakap mengenai pelbagai sentimen dalam politik negara, kita lihat juga akhbar berbahasa Cina, saya pantau laporan mereka mengenai sentimen politik negara adalah begitu teruk sekali.

"Bagaimanapun, kita perlu memberikan semua akhbar-akhbar ini ruang kerana mereka tahu landskap politik negara yang kini bukan sahaja telah berubah, malah jauh lebih berbeza daripada sebelum ini.'' Itulah jawapan tegas yang diberikan Hishammuddin sekali gus menutup mulut pihak-pihak tertentu terutamanya daripada media pro pembangkang yang mahu sesuatu dilakukan ke atas Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang dianggap akhbar rasis.

Sepatutnya sebelum pihak-pihak berkenaan membuat tafsiran atau andaian apatah lagi memutar belit fakta, mereka perlu mengkaji terlebih dahulu apa yang dimaksudkan oleh Awang Selamat dalam ruangan berkenaan. Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

Malahan Awang Selamat juga menegaskan, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Tetapi malangnya tulisan berkenaan tidak dibaca dalam konteks sebenar, maka wujud pelbagai tafsiran membuta-tuli yang boleh mengusutkan keadaan.

Persoalannya, apakah masyarakat Cina begitu istimewa sehinggakah tiada siapa pun boleh mengupas atau memberikan pandangan terhadap sebarang tindakan mereka?
Kita bukanlah ingin mencetuskan isu perkauman tetapi sekadar bertanya memandangkan selama ini apabila media-media pro pembangkang membangkitkan sesuatu perkara berkaitan orang Melayu, tiada pula ia dianggap perkauman.

Tetapi kenapakah apabila Awang Selamat hanya sekadar memberikan pandangan, ia dianggap tindakan perkauman dan perlu dikenakan tindakan.Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan di dalam akhbar-akhbar Cina. Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara.

Jangan lupa ada sesetengah tulisan memberi pandangan bagaimana kaum Cina bangkit menguasai politik, tetapi orang Melayu tidak marah atau melenting kerana menganggap itu hak penulis berkenaan memberikan pandangan.Oleh itu, Hishammuddin telah memberikan jawapan yang bijak dengan menyatakan laporan akhbar berbahasa Cina mengenai sentimen politik negara lebih teruk sekali.. (Sebahagian petikan artikel Bukan rasis tetapi strategi Oleh ZULKIFLEE BAKAR, pengarang@utusan.com.my, Utusan Malaysia, 18 April 2011).

Komen:
Ada komen menarik daripada seorang penganalisis politik dari Melaka. Menurutnya semua sudah tahu bahawa parti DAP, terutmanya dan Pakatan Rakyat umumnya menmperalatkan semangat perkauman dan agama untuk memancing undi di kalangan pengundi Cina di Sarawak baru-baru ini. Menurutnya lagi, semangat perkauman yang tebal yang dibawa parti DAP hari ini hampir menyamai tahap semangat yang menebal golongan etnik ini menjelang Peristiwa 13 Mei 1969 dahulu. Dan Peristiwa berdarah itu sudah lebih 42 tahun berlalu. Peristiwa itu akhirnya memaksa Perdana Menteri yang pertama Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj menyerahkan kuasa kepada penggntinya, Tun Abdul Razak Hussein.

Keputusan Pilihanraya Negeri Sarawak 16 April lalu menunjukkan keadaan politik perkauman semakin hampir tidak terkawal. Rata-rata calon-calon DAP yang menang di Sarawak masih dalam lingkungan usia 30an , muda-muda belaka dan belum lahir ketika peristiwa 13 Mei berlaku. Mereka tidak tahu erti penderitaan yang diakibatkan peristwa berdarah itu. Dan hari ini dengan memperalatkan semangat perkauman ini mereka menganggapnya satu tanggungjawab atas dasar hak asasi kemanusiaan setiap kaum, tanpa memikirkan soal sensiviti kaum-kaum yang lain. Bagi kebanyakan golongan muda DAP ini apa yang diperjungkan PAP Singapura mempunyai kewajarannya atas dasar persamaan hak setiap kaum. Perjuangan Malaysian Malaysia yang diasaskan Lee Kuan Yew ketika Singapura berada dalam Malaysia dulu diteruskan oleh DAP, terutama oleh Lim Kit Sing dengan anaknya Lim Guan Eng.

Ironiknya, Dato' Seri Najib Tun Razak, anak PM yang kedua begitu ghairah dengan konsep transformasi 1Malaysianya manakala DAP tetap dengan konsep Berubahnya (change). Setelah menang besar di Sarawak, DAP akan memperluas konsep Berubahnya ini sebagai kempen wajibnya dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Konsep Berubah ini ternyata amat berkesan di Sarawak baru-baru ini dengan Pehin Seri Abdul Taib Mahmud menjadi sasaran utamanya. Kini telah kedengaran suara bahawa negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat akan menangguhkan pilihanraya negerinya sehingga tamat tempohnya. Mereka akan fokus kepada Pilihanraya Umum Ke-13 tanpa pilihanraya negeri untuk Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Penang.Dengan cara demikian, Pakatan Rakyat, khususnya DAP akan mengelak daripada diserang akibat pentadbiran mereka yang didakwa lemah oleh Pusat.

DAP juga berjaya mendendangkan lagu pembangunan dalam pilihanraya Sarawak baru-baru ini. Kata DAP Pengundi Cina tidak mempunyai masalah biarpun mereka mengundi pembangkang DAP. Sebabnya pembangunan di bandar-bandar akan tetap diteruskan walaupun pengundi Cina beralih arah daripada menyokong kerajaan. Najib tentu bermurah hati untuk meneruskan politik pembangunan "with or without the support of the urban Chinese community." PM Najib tidak akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang menyusun semula dasar serampang dua mata ekonomi barunya. Najib mahu memberi perhatian yang sama kepada semua kaum seperti yang diwar-warkannya dalam konsep 1Malaysia. Ini diterima baik oleh orang Cina di bandar-bandar. Tidak pasti apakah ini akan memberi keuntungan yang sama banyak kepada semua etnik. Dibimbangi, akhirnya Najib banyak memberi daripada menerima.

Siapa yang untung siapa yang rugi sama-sama kita lihat nanti. Kesempatan inilah yang akan dimanfaatkan golongan cuvinis Cina sekarang ini. Dan Melayu dan kaum bumiputra akan menjadi golongan yang menang sorak kampung tergadai. Selepas kejayaan Tanjung 111 di Pulau Pinng, DAP kini terarah untuk menjayakan Projek Bumi Kenyalang 11 atau 111 lima tahun akan datang. DAP akan memujuk kaum Iban dan Dayak untuk bergabung dengn DAP untuk menjayakan projek ini.Pada permulaan, parti SNAP akan dipujuk DAP.

Ketika itu Abdul Taib Mahmud mungkin entah di mana kerana seperti yang didakwa DAP beliau telah overstayed the people's welcome.. Malah Najib pun telah terikut-ikut dengan rentak DAP mendesak Taib mengadakan pelan peralihan kuasa. Sedangkan pada hakikatnya ada pemimpin DAP atau PAS yang jauh lebih lama menguasai politik kepartiannya berbanding Taib.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).