WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Wednesday 2 July 2008

PITA POLITIK (47): MENGAPA ANWAR TIDAK PAK LAH?


pak Lah (kiri) Tun Mahathir dan Dato' Seri Anwar: Siapakah yang diusukai Pentadbiran Amerika Syarikat!

Hisham pelik AS hanya minat pasal Anwar

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR 1 Julai – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melahirkan rasa pelik dengan sikap Amerika Syarikat (AS) yang hanya campur tangan dalam kes-kes mahkamah di Malaysia apabila ia melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, sikap AS yang hanya menjurus kepada pihak tertentu jelas mempunyai tujuan tersembunyi.

“Kenapa AS hanya bersikap campur tangan dalam kes-kes yang melibatkan Anwar? Kenapa mereka tidak cuba campur tangan dalam hal-hal lain dan kes orang lain?

“Bagi saya, sikap AS ini memang agak pelik dan menjadi tanda tanya... nampaknya mereka memilih kes dan isu tertentu,’’ katanya di sini hari ini.

Hishammuddin mengulas kenyataan pentadbiran AS semalam yang menyatakan ia menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.

“Sudah pasti (kita) akan menentang sebarang penguatkuasaan undang-undang atau prosedur kehakiman atau apa juga yang tidak mengikut undang-undang.

“Perkara utama bagi kami adalah kedaulatan undang-undang mengatasi politik,’’ kata jurucakap Jabatan Negara AS, Tom Casey.

Pentadbiran AS memberikan reaksi itu selepas seorang pembantu Anwar, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 23, menuduh Anwar, 60, meliwatnya beberapa kali, satu tuduhan yang dinafikan oleh Anwar.

Ini merupakan kali kedua bekas Timbalan Perdana Menteri itu didakwa terlibat dalam jenayah seks luar tabii selepas tuduhan sama 10 tahun lalu yang turut mendapat simpati AS.

Menurut Hishammuddin, Washington tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan perundangan negara lain termasuk dalam kes dakwaan liwat melibatkan Anwar.

AS, katanya, tidak boleh mempertikaikan kewibawaan perundangan Malaysia serta siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara ini dalam kes tersebut.

“Pemuda UMNO menentang sekeras-kerasnya campur tangan AS ini,’’ tegas Menteri Pelajaran itu.

Beliau memberitahu, Pemuda UMNO mahu siasatan dakwaan liwat melibatkan Anwar dijalankan dengan ketelusan dan keterbukaan tanpa pembabitan pihak lain.

“Pemuda juga mahu pemeriksaan kesihatan ke atas Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat oleh Anwar dijalankan dengan telus dan terbuka.

“Kalau boleh hasil laporan penuh pemeriksaan tersebut perlu didedahkan kepada umum,’’ katanya. (Petikan Utusan Malaysia, 3 Julai 2008)

Komen:
Apa yang hendak dipelikkan Dato' Sri, dasar Amerika Syarikat kan begitu. Amerika bergantung kepada kelompok pelobi untuk menentukan dasarnya terhadap sesuatu negara dan membuat keputusan. Yang kita pelik sepatutnya ialah kenapa kerajaan tak anggup mewujudkan kelompok pelobi atau kelompok pencipta pendapat umum yang boleh mempengaruhi atau membentuk/mencipta pendapat umum rakyat dan pentadbiran Amerika Syarikat sehingga boleh menyebelahi kerajaan dan akhirnya "favourable" terhadap negara. Mialnya, bagaimana pandangan kerajaan boleh mempengaruhi dasar luar Amerika Syarikar terhadap kerajaan. Bagaimana Petadbiran Amerika boleh diyakini untuk menerima pandangan kerajaan.

Untuk mencipta pandangan umum memanglah memerlukan kos. Tetapi sudah tentu kos itu berbaloi daari segi jangka panjang dasar luar negara. Inilah yang kurang, terlalu amat kurang. Pernahkah pemimpin kerajaan terfikir bahawa pemimpin tertinggi kita diberi layanan yang super baik oleh Pentadbiran Amerika Syarikat? Masalah kelompok pelobi atau dengan perkataan mudahnya "kerja-kerja perhubungan awam (PR)" untuk mencipta pendapat umum di negara "Pakcik Sam" itu berada di paras sifar. Hanya mengharapkan kedutaan Malaysia di Amerika Syarikat boleh berbuat demikian? Mereka diplomat bukan pelobi atau pekerja PR.

Takkanlah Hishamuddin tak terfikir siapa Pak Sheik (Anwar) dalam kalangan rakyat Amerika, terutama dalam kalangan Pentadbiran Bush. Tidak kiralah sama ada Pentadbiran itu daripada kalangan Parti Republikan atau Demokrat. Barangkali Malaysia boleh belajar banyak daripada Israel atau Mesir! Atau dari Lubnan atau Iraq sajalah!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).