WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 17 July 2008

PITA POLITIK (56): MENCARI KEBENARAN ATAU MENCIPTA PERSEPSI?

Jangan letak syarat jika ikhlas

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI

ALOR STAR 16 Julai - Pas tidak harus meletakkan sebarang syarat bagi bermuzakarah jika parti itu benar-benar berminat untuk mengutamakan perpaduan umat Islam di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, Pas juga tidak harus mengaitkan muzakarah dengan pelbagai perkara lain termasuk kononnya permintaan untuk bermuzakarah harus datang daripada akar umbi parti.

"Kalau hendak bincang, tak semestinya kita tetapkan syarat, yang penting sama ada kita ada keinginan atau fikirkan sesuatu langkah yang baik untuk kepentingan negara, maka kita boleh adakan perbincangan.

"Sebenarnya apa sahaja yang datang daripada akar umbi, tidak kira di mana sahaja, akhirnya akan diterima oleh pemimpin di peringkat berkenaan dan kita tidak boleh membelakangkan suara ahli," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas majlis Perjumpaan Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan Kepimpinan UMNO Bahagian bersama Timbalan Presiden UMNO di sini hari ini.

Najib diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk parti itu bermuzakarah dengan UMNO yang sedang berhadapan kemelut kepimpinan.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, kesediaan bermuzakarah oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah pendirian peribadi Perdana Menteri itu semata-mata dan bukannya kehendak akar umbi UMNO.

Mengenai pertemuan dengan UMNO bahagian berkenaan, Najib berkata, ia memberi peluang kepadanya untuk menerangkan perkembangan mutakhir dalam parti dan kerajaan.

Beliau berkata, perkembangan mutakhir itu khusus melibatkan pelan peralihan kuasa, kenaikan harga minyak dan kesannya serta soal struktur parti.

"Saya juga berpeluang menerangkan bagaimana harus UMNO menghadapi cabaran yang akan datang terutama di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang," katanya.(Utusan Malaysia Online, 17 Julai 08)

Komen:
Kelihatannya rakyat (baca: yang mewakili kerajaan dan pembangkang) betul-betul dipaksa bermain politik oleh pemimpin-pemimpin masing-masing. Jika benarlah seperti yang dilaporkan media, mungkin ramai yang tertanya=tanya, mengapa perlu ada syarat untuk bermuzakharah? PAS diberitakan mahu pertemuan hendaklah mendapat isyarat daripada akar umbi. Sedangkan UMNO kata tak perlu.

Rakyat menjadi bingung. Bertemu sahajalah,dan mereka tentu kata "Seiapa sahaja boleh bertemu. Nak buat macam debat Anwar-Shabery boleh. Nak buat antara dua pemimpin yang sama setara pun boleh.

Kata seorang penganalisis yang kebetulan wartawan Melayu di KL,"Kalau nak orang Melayu bersatu semula janganlah kira sangat fasal ideologi atau fahaman politik. Betulkanlah cara berfikir orang Melayu. Ketepikanlah segala macam kecenderungan yang banyak dipengaruhi oleh fahaman. Melayu itu kan Melayu. Tak ada Melayu UMNO, Melayu PAS atau Melayu PKR. Buanglah titik-titik hitam dalam Qalbu dan putihkanlah yang hitam-hitam itu."

Bersemangat benar wartawan yang seorang ini, yang menurutnya telah berkecimpung dalam bidang ini sejak tahun 50an lagi. Katanya lagi, "Bosan benar saya dengan sikap kebudak-budakan pemimpin politik ini. Nak satukan orang Melayu pun kena paka pakai syarat. Mana pergi semangat Melayu yang menentang Malayn Union dulu? Mana pergi perjuangan kemerdekaan dulu? Aku memang tak faham dan mungkin tak akan faham jika pemimpin masih bercakaran dan pengikut pula menggalakkannya. Dah naik muntah dengan karenah dia orang ini. Titik."

Dalam politik semua serba mungkin. "Dah nak muntah" pun alah satu yang serba mungkin itu. Tujuan utama sekarang ini ialah perang atau kempen mengubah persepsi rakyat. Melalui kempen ini maka tak hairanlah timbul pelbagai kegiatan seperti "main hulur tali" atau "main hulur masa". Ada pula kegiatan "cat-and-mouse game."
Yang "mudah dipersukar-sukar." Orang komunikasi kata ini kempen "mencipta pandangan umum (creating public opinion)." Mungkin lebih tepat "mencipta persepsi rakyat". Tetapi ada pula pendapat yang mengatakan bahawa ada keinginan untuk menjadikan isu nak menyatukan orang Melay ini digunakan untuk nak tunjuk "Kalau kamu hendak kamu ikut cara aku."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).