WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Tuesday 9 December 2008

PITA POLITIK (97): INSTITUSI RAJA KEMBALI KEBAL?


Persidangan Raja-Raja Melayu di Kuala Terengganu, 17 Oktober 2008.

Setuju rakyat, Parlimen putuskan soal kekebalan Raja

Oleh NOR ZAINAH NORDIN dan FAIZAH IZZANI ZAKARIA

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik bersetuju bahawa rakyat dan Parlimen adalah pihak yang berhak membuat keputusan sama ada perlu mengembalikan kekebalan raja seperti sedia kala atau dengan bersyarat.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda semula bagi mengembalikan kuasa raja-raja dalam memperkenankan sesuatu rang undang-undang di Parlimen.

Menurut beliau, ia sebagai langkah untuk memastikan kekebalan raja-raja Melayu kekal dan orang Melayu lebih yakin serta percaya bahawa institusi beraja di negara ini masih relevan.

“Perkasa menggesa Perkara 66 yang memasukkan Fasal 4A dipinda semula. Ini penting dalam masa kita bercakap soal ketuanan Melayu dan agama Islam yang tidak boleh diusik, mengembalikan kuasa raja-raja itu akan lebih meyakinkan orang Melayu,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Ditanya sama ada beliau akan mencadangkan untuk membawa usul mengenai perkara itu di Parlimen kelak, Ibrahim berkata, beliau akan menyokong sepenuhnya apabila ada parti politik berbuat demikian.

“Saya rasa ini bukan untuk kepentingan orang Melayu sahaja tetapi untuk mewujudkan satu situasi yang mampu mengekalkan kesejahteraan kepelbagaian kaum di negara ini,” katanya.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, kelmarin, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa rakyat dan Parlimen adalah pihak yang sebaik-baiknya membuat keputusan bagi mengembalikan kekebalan kepada raja-raja.

Baginda bertitah, mungkin kekebalan dengan syarat tertentu lebih sesuai diperkenalkan khususnya berkaitan dengan kuasa untuk bercakap supaya tiada pihak yang akan membawa raja- raja ke mahkamah atas apa yang dititahkan.

Pengerusi Gabungan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik pula berkata, pandangan Sultan Selangor yang menyerahkan kepada rakyat dan Parlimen untuk memutuskan soal pengembalian kekebalan raja-raja adalah tepat.

Beliau berkata, terpulang kepada rakyat dan Parlimen untuk mengambil tindakan jika didapati perlu dikembalikan kekebalan kepada raja-raja.

Bagaimanapun, secara peribadinya, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO berharap pindaan Perlembagaan yang baru dilaksanakan itu kekal kerana belum ada keperluan mendadak bagi mengembalikan kekebalan tersebut.

‘‘Dengan cara ini akan dapat memastikan tanggungjawab itu dilaksanakan sebaik-baiknya bersama-sama,” katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Syed Anuar Syed Mohamed pula berkata, soal itu perlu diperhalusi semula dan selagi tiada kaitan jenayah, raja-raja perlu dikembalikan kekebalan sesuai dengan fungsinya sebagai payung negara.

‘‘Saya tidak nampak raja-raja akan salah guna kelebihan tersebut memandangkan ada Majlis Raja-Raja yang diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai pihak yang akan mengimbangi kekebalan tersebut,’’ katanya.

Pada perkembangan sama, Ahli Jawatankuasa Gapena, Profesor Datuk Dr. Zainal Kling berpendapat, adalah elok kekebalan raja-raja Melayu dikaji semula untuk dikembalikan memandangkan institusi itu menjadi pengimbang kepada kerajaan yang dipilih rakyat.

“Jika tiada kuasa raja, kerajaan mungkin akan menjadi terlalu kuat seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu adalah wajar.(Utusa Malaysia Online 9 Disember 2008)

Komen:
Baginda sultan atau wakil Baginda daripada negeri-negeri yang dahulunya dinamakan "Negeri_negeri Bersekutu" (Federated Malay States), seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang, telah bertitah tentang institusi raja. Yang masih belum kita dengar dengan jelas titahnya ialah Negeri-Negeri yang dahulunya dinamakan "Negeri-Negeri Yang tidak Bersekutu",(Unfederated Malay States) seperti Kelantan, terengganu, Kedah dan Johor, termasuk Perlis. Negeri-negeri yang dahulunya dinamakan The Straits Settlements seperti Melaka dan Pulau Pinang, tak boleh bersuaralah. Kalau ada pun suara negeri-negeri ini adalah melalui Yang Dipertuan Agong. Tidak terkecuali untuk Sabah dan Sarawak, yang kini mempunyai Yang Dipertuan Negeri.

Kita dah dengar pandangan Anggota Parlimen Datuk Ibrahim Ali. Beliau memberi sokongan padu atas inisiatif mengembalikan "kekebalan" raja. Ada juga dalam kalangan rakyat terutama daripada NGO yang sependapat dengan pandangan Ibrahim dengan syarat kekebalan itu tidak melibatkan perkara-perkara jenayah. Ertinya bahagian yang melibatkan jenayah perlu terus dikekalkan seperti yang ada sekarang supaya tidak ada siapa yang boleh mengatasi undang-undang.

Banyak positifnya berbanding negatifnya. Perkara yang paling mendasar atau fundamental ialah "kekebalan" institusi raja adalah "kekebalan" ketuanan Melayu. Ini tidak bererti orang Melayu menjadi tuan dan orang bukan Melayu tidak menjadi tuan tetapi ia membawa erti orang Melayu sudah wujud di alam Nusantara ini sejak ribuan tahun lagi. Setidak-tidaknya sejarah menunjukkan nama gugusan alam bahagian ini ialah The Malay Archipelago, nama kaawasan yang menganjur ke selatan dari Thailand ialah The Malay Peninsular, nama negeri-negeri di dalamnya Federation of Malaya (Perekutuan Tanah Melayu, nama negeri yang dipecah dan perintah oleh penjajah Inggeris ialah The Federated Malay States dan Unfederated Malay States, nama negeri-negeri yang tidak beraja ialah Penang dan Malacca dan seterusnya dan seterysnya. ketika Melaka berada pada zaman puncak kegemilangannya pada pertegahan Abad ke-15 rajanya orang Melayu, lahir di alam nusantara atau "The Malay Archipelago". Maka orang Melayu kena ingatlah akan fakta sejarah. Tidak timbul soal politik.

Masalahnya sekarang ialah ada segelintir dalam kalangan orang (pemimpin) Melayu yang cuba nak jadi "jago" untuk mencari "political mileage".Jika pada zaman Kesultanan Melaka dahulu orang-orang seumpama ini tidak mungkin dapat bertahan lama.Riwayatnya juga mungkin tidak lama. Dalam pada itu, ada pula yang mahu melakukan "balancing act" dalam politik demi mempertahankan kuasa politik dan popularitinya. Tidak kisahlah sama ada orang seperti ini berada dalam parti yang memerintah atau sebaliknya.

Soalnya, patutkah orang-orang seperi ini dibenarkan terus berkuasa demi masa depan negara dan bangsa?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).