WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Wednesday 3 December 2008

(PITA POLITIK (96): MEDIA PUTAR BELIT CERITA POLITIK?

Soi Lek dakwa kenyataannya diputar belit
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menuduh ada pihak tertentu sengaja memutar belitkan ucapannya bagi membangkitkan kemarahan kaum Melayu.

Beliau sebaliknya menekankan bahawa istilah ketuanan Melayu dalam ucapannya baru-baru ini merujuk kepada konteks perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) dan bukannya mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu, kedudukan istimewa kaum bumiputera termasuk status bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

''Saya amat kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang sengaja memutar-belitkan ucapan saya.

''Mereka sepatutnya membaca terlebih dahulu keseluruhan kandungan ucapan saya sebelum membuat dakwaan sedemikian, biarlah kita berhujah secara rasional dan bukannya secara beremosi,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Soi Lek dilaporkan membuat kenyataan bahawa konsep ketuanan Melayu kini tidak lagi relevan semasa berucap pada majlis Anugerah Kancil di Petaling Jaya pada 27 November lalu.

Beliau dalam ucapan itu juga berkata, konsep ketuanan Melayu itu perlu ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda di negara ini.

Soi Lek menjelaskan, istilah ketuanan Melayu dalam perkongsian kuasa memberi tafsiran bahawa parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN adalah hamba.

Tambah beliau, pihaknya menerima kepimpinan yang diterajui oleh pemimpin Melayu namun konsep perkongsian dalam BN harus diubah kerana beranggapan parti-parti komponen bukan Melayu di dalamnya adalah hamba.

Soi Lek berkata, istilah ketuanan Melayu yang digunakannya adalah merujuk konsep perkongsian kuasa di dalam BN yang didakwa tidak adil dan saksama.

''Tidak dinafikan ada pihak tertentu yang mengeksploitasi kenyataan saya berhubung istilah ketuanan Melayu sehingga mencetuskan kemarahan orang-orang Melayu.

''Oleh itu, saya berharap supaya semua pihak benar-benar faham apa yang dimaksudkan saya mengenai istilah tersebut kerana ia tiada kaitan dengan cubaan untuk mencabar tiga perkara itu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,'' katanya.

Sementara itu, Soi Lek berkata, dalam ucapannya beliau hanya menyentuh berhubung perubahan landskap politik di negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu yang menandakan permulaan pada sistem dua parti.

Katanya, sejajar dengan itu, semua parti politik yang ada juga perlu berubah menjadi lebih berdaya saing demi meraih sokongan rakyat.

Malahan beliau berkata, parti-parti komponen BN juga harus menggunakan pendekatan baru bagi membela nasib semua kaum di negara ini dan bukan hanya menumpu pada satu kaum sahaja. (Utusan online 3 November 2008).

Komen: Biasalah, pihak media akan dituduh salah lapor. Walaupun ada bukti video, orang yang merasakan kata-katanya disalah lapor akan tetap berkeras bahawa berita yang disiarkan adalah salah mengikuti pemahamannya. Media akan menjadi mangsa setiap kali berita yang disiarkan tidak diterima umum, walaupun berita itu sebenarnya betul, tepat secara literal dan tafsiran. Benar daripada segi implisit dan eksplisitnya. Lalu media pun diruduh punya agendanya sendiri.

Kesihan orang media!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).