WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Tuesday 2 December 2008

PITA POLITIK (95): PERLUKAN KITA RATAPI NASIB BANGSA?


Mungkinkah Allahyrham Tun Razak menjangkakan tidak akan berlaku polarisasi kaum apabila menggubal dasar Pelajaran Razak ketika itu?
BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
SAMPAI hari ini Awang merasakan kerajaan telah melakukan kesilapan pada awal era kemerdekaan apabila membenarkan sistem pendidikan yang berbeza berasaskan kaum.

Rasanya tiada negara lain termasuk negara jiran serantau yang melaksanakan sistem tersebut.

Akibatnya sehingga saat ini, Malaysia berdepan dengan masalah polarisasi kaum yang serius walaupun setelah 50 tahun merdeka.

Ternyata kewujudan sekolah jenis kebangsaan tidak membantu penyatuan kaum.

Sebab itu, Awang bersetuju dengan cadangan Ahli Parlimen Jerlun, Mukhriz Mahathir agar kerajaan mewujudkan hanya satu sistem pendidikan berteraskan semangat kebangsaan bagi menggantikan sistem pendidikan sedia ada.

Menerusi sistem tersebut, pelajar kaum Cina dan India tetap diwajibkan mempelajari bahasa ibunda walaupun menggunakan perantaraan Bahasa Malaysia di sekolah.

Walaupun cadangan sedemikian pernah dikemukakan oleh beberapa tokoh tetapi keperluannya kini lebih mendesak.

Sebenarnya sistem pendidikan yang berbeza mengikut kaum tidak lagi relevan.

Dalam hal ini, semua kaum seharusnya lebih mengutamakan kepentingan negara. Apa maknanya menjadi warganegara jika kita masih berkiblatkan negara asing.


Awang – Di mana bumi dipijak... (Utusan Online, 2 Disember 2008)

Komen:
Kita telah mula merasakan bahang dasar pendidikan yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu. Ada kemungkinan inilah yang diinginkan Penjajah British apabila mereka memaksakan sesuatu yang sekarang ini menyusahkan rakyat dan pemimpin Malaysia apabila mahu mencapai kemerdekaan dahulu. Tidak berjaya dalam usaha mereka menubuhkan Malayan Union mereka gunakan cara lain yang dalam jangka panjang mengkucar-kacirkan hidup harmoni rakyat berbilang kaun. Setelah 50 tahun barulah kita merasakannya.

Lalu pun kita kembali bercakap tentang perpaduan sedangkan "the root cause of the problem" tidak pernah kita sentuh.

Inilah padahnya jika kita terlalu berlembut dengan dasar. Tak kiralah apa sahaja dasarnya. Perlukah kita menyesal? Perlukah kita bersedih? Dan perlukah kita meratapi nasib bangsa yang bernama Malaysia!

1 comment:

  1. Soalan pertama yang ku ucapkan apabila lahir kedunia fana ini..."kenapa sekolah di Malaysia ini mengunakan banyak sangat bahasa? Yang mana satu bahasa ibundaku?..
    Hapuskan saja sekolah yang mengancam perpaduan itu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).