WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Sunday, 11 January 2009

PITA POLITIK (99): PERAK, SELANGOR MULA GUNA KENDERAAN BUKAN PROTON


Tun Mahathir (kanan) perkenalkan proton sebagai kenderaan rasmi kerajaan, manakalah Pak Lah (kiri) meneruskan dasar proton jadi kenderaan rasmi.

NGO kritik tindakan ganti Perdana V6
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tindakan kerajaan Selangor dan Perak yang sudah mula menggunakan kereta Toyota Camry untuk kegunaan rasmi anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri itu disifatkan sebagai usaha memperlekeh kereta buatan tempatan.

Presiden Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Datuk Moehamad Izat Emir berkata, kerajaan negeri yang dipimpin oleh pakatan pembangkang itu tidak mempunyai semangat untuk menyokong industri barangan buatan tempatan.

"Mereka sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dalam menggunakan barangan buatan tempatan tetapi keadaan sebaliknya berlaku di kedua-dua negeri ini,’’ katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini. (Mingguan Malaysia Online, 11 Januari 2009).

Komen:
Susah nak kata apabila ada yang mengaitkan kemudahan perkhidmatan dengan semangat. Jadi apabila salah seorang pemimpin NGO, seperti Datuk Moehamd Izat (Perdasama) mendakwa kerajaan Selangor dan Perak dikatakan "tidak mempunyai semangat untuk menyokong industri barangan buatan tempatan" maka ia kelihatan sedikit ganjil.

Adalah dirasakan menggunakan barangan buatan tempatan tidak ada kaitan dengan semangat. Yang lebih penting ialah setiap tindakan yang dilakukan oeh sesiapa sahaja hendaklah memberi manfaat. Selama ini banyak berita yang didengar bahawa penyenggaraan kenderaan rasmi kerajaan adalah terlalu tinggi. Kemudian didengar pula kerajaan yang dipimpin parti bukan BN tidak akan "membuta tuli" menurut peraturan kerajaan terdahulu. Kerajaan baru ini mungkin ada perkiraan untung ruginya dalam melaksanakan sesuatu peraturan.

Rasanya tidak salah bagi kerajaan baru memikirkan semangatnya pula apabila diberi peluang memerintah. Kerajaan pimpinan terdahulu sepatutnya merenung di mana silapnya sehingga kerajaan pimpinan baru ini mengambil inisiatf membeli kenderaan rasmi yang baru. Mungkin mereka fikirkan kualiti kenderaan lebih baik. Mungkn mereka fikirkan kos penyenggaraan dalam tempoh jangka panjang menguntungkan. Mungkin pimpinan kerajaan baru mempunyai buruk sangka terhadap apa sahaja yang dilakukan pimpinan kerajaan terdahulu. Dan lebih penting lagi sikap berpolitik belum matang yang ditunjukkan oleh pemimpin semua parti yang adalam negara ini masih lagi menjadi faktor dominan.

Malah sikap "aku berkuasa" yang ditunjukkan sesetangah pemimpin parti yang memerintah pun (sama ada dalam BN atau Pakatan Rakyat)masih lagi terserlah. Sebagai contoh,lihat sahaja perubahan yang dilakukan oleh pemimpin yang bertukar ganti dalam satu kementerian. Contohnya Kementerian Penerangan. Tiga menteri yang memimpin kementerian itu melakukan tiga macam perubahan. Masih ingat bekas Menteri Penerangan Dato' Mohamad Rahmat! Beliau memperkenalkan logo RTM dalam bentuk "tin biskut". Setelah itu pada zaman Dato' Zainuddin Maidin, diperkenalkan pula siaran radio "Klasik Nasional" hasil pembaikan daripada radio "Rima" (Radio Irama Melayu Asli)yang diperkanalkan menteri sebelumnya. Dan menteri yang sekarang pula memperkenalkan pembahagian antara TV1 dan TV2. TV1 khusus menjadi saluran maklumat (informasi) sementara TV2 hiburan.

Program siaran dirombak. Kalau dahulu TV1 dianggap rangkaian nasional. Semuanya rasmi dan nasional sifatnya, termasuk menggunakan bahasa rasmi bahasa kebangsaan. Sekarang tidak lagi. Berita disiarkan dalam semua bahasa, sambil menganggap "semua waktu adalah "prime time", walaupun kebanyakan orang berkata "pukul 8.00 malam adalah waktu "prime time itu."

Maka adakah salah jika keajaan baru yang diterajui parti bukan BN mengambil inisiatif menggantikan kenderaan rasmi kepada jenis yang tidak digunakan kerajaan BN? Apabila ditanyakan isu semangat ini kepada bekas pegawai kanan kerajaan yang mengetuai satu agensi kerajaan tetapi masih menggunakan "Encik" sebelum namanya, beliau dengan selamba menjawab, "Kalau menjimatkan, apa salahnya.Adakah kita terus membuat peraturan yang merugikan."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).