WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Wednesday, 14 January 2009

PITA POLITIK (100): SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA MELAYU - PKPIM

AJAR SEMULA SAINS DAN MATEMATIK DALAM BAHASA KEBANGSAAN

Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) ingin mengulangi pendiriannya bahawa dasar dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) harus segara dimansuhkan.

Dalam suasana ketidaktentuan politik negara, pilihan raya kecil P36, Parlimen Kuala Terengganu yang menggamit tumpuan umum, ditambah isu penindasan rejim Zionis terhadap Palestin yang tidak dinafikan kepentingannya kepada dunia sejagat, namun isu PPSMI tidak seharusnya dipandang sepi.

Kenyataan terbaru Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bahawa kumpulan kertas kerja telah berada di peringkat akhir persiapanya untuk menyokong apa jua keputusan yang bakal diumumkan kelak mengundang kerisauan dan kebimbangan kami.

Hal ini bermaksud segala usaha yang digerakkan kami selama ini meliputi siri forum ‘Mansuh PPSMI’, Konvensyen Bahasa Melayu, Konvensyen Tamadun Malaysia, siri pertemuan bersama pihak KPM, pimpinan politik dan Badan Bukan Kerajaan (BBK) dan sebagainya akan dapat dilihat keputusannya.

Kebimbangan kami ada asasnya. Adakah keputusan ini telus sepenuhnya dan tidak sama sekali terkesan dengan sentimen politik semasa? Sejauh manakah keterbukaan pihak KPM dalam mengambil respon dan pendapat golongan yang berprinsipkan penentangan kepada dasar yang sedia ada?

Apakah masyarakat umum khususnya kelompok pertengahan telah benar-benar faham implikasi yang jauh lebih besar disebalik PPSMI ini selain hanya maklum bahawa dasar ini murni dalam meningkatkan kebolehcapaian kepada ilmu alam yang dominannya dalam bahasa Inggeris? Adakah wajar konsensus umum diambil sedang tahap kefahaman sejumah besar masyarakat masih lagi diragukan?

Justeru, kami berharap KPM akan lebih waras, rasional dan berhikmah dalam menanggapi isu ini. Demi kepentingan generasi mendatang, setelah sekian banyak ulasan yang diberikan baik dari soal perundangan, asas kebudayaan dan perpaduan, survival bangsa dan asas ketamadunan, sejarah dan teras hala tuju kerajaan, serta konsep keadilan yang menyantuni semua pihak tanpa ada sebarang diskriminasi, kami menggesa agar KPM meresolusikan pemansuhan terhadap PPSMI.

Keputusan ini tidak bermaksud kami memperlekeh kepentingan bahasa Inggeris dalam menghadapi cabaran globalisasi. Menyedari hakikat tersebut, kami turut menggesa agar pelan yang lebih konkrit dirancang dan dilaksanakan dengan penuh iltizam bagi memastikan tahap penguasaan bahasa Inggeris para pelajar dapat ditingkatkan.

Sebagai meningkatkan desakan ini, PKPIM dan Sekretariat Gerakan Mansuh PPSMI yang turut disertai Kumpulan Prihatin, parti-parti politik dan BBK yang lain akan mengadakan perhimpunan besar-besaran pada 15 Januari ini bertempat di Kuala Terengganu yang bakal menyaksikan penyerahan memorandum bantahan kepada Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden UMNO, YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. Penyerahan memorandom kepada YAB Perdana Menteri akan berlangsung di Kompleks Darul Iman di sebelah pentang. Semua dijemput hadir.

Kami percaya bahawa kerajaan masih punya pertimbangan sosial yang baik. Justeru, kami tetap komited bahawa keputusan kelak akan mengembirakan semua pihak.

“Bahasa teras bangsa,

pupus bahasa pupuslah bangsa”.

ABU QASSIM NOR AZMI
Exco Pendidikan dan Penyelidikan
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia
Sekretariat PKPIM Pusat
Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA
T+603-6187 9520
F+603-6184 2570
H+6019-3565805
W+www.pkpim. net
E+info@pkpim. net
aqna_86@yahoo.com

Komen:
Hantar juga memorandum bantahan ini kepada ketua semua parti yang bergabung dalam Barisan Nasional, terutama UMNO, MCA, MIC dan Gerakan. Kalau rak boleh hantar tangan hantar kirim sahaja melalui faks atau "courier". Tujuannya supaya memoranum ini serentak sampai ke tangan semua parti politik Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional).

Amat disayangkan Prof. Dato' Abu Bakar Hamid, yang sepatutnya menyerahkan Memorandum ini di Kuala Terengganu nanti tidak dapat hadir bersama. Sebagai pemimpin gerakan ini alangkah baiknya jika beliau dapat bersama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).