WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?
There was an error in this gadget

Friday, 23 January 2009

PITA POLITIK (105): MANTAN KETUA PENGARAH DBP KINI SENATOR


YB Senator Dato' Dr. Firdaus Adullah (No. 2 dari kanan) dan YB Senator Tan Sri Jins Shamsuddin, dua tokoh budaya yang kini mewakili golongan mereka di Parlimen.

<
ARKIB : 22/01/2009
Dr. Firdaus Abdullah dilantik sebagai Senator

Oleh SAIFUL HAIZAN HASAM
saiful.hasam@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Bekas Pengerusi Eksekutif Utusan Karya Sdn. Bhd. yang juga tokoh akademik, Datuk Dr. Firdaus Abdullah, 65, mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara untuk penggal pertama hari ini.

Felo Penyelidik Kanan (Pelawat) di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) itu mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Pawanteh dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Dewan Negara pukul 10 pagi ini.

Hadir sama isteri Firdaus, Datin Anim Hassan serta anaknya, Falahi Sarisatriya dan Dininasihah Sariyati.


Di Tingkat 30, Bangunan DBP inilah terletknya pejabat Dato' Dr. Firdaus Hj. Abdullah.


Firdaus yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ketika ditemui pemberita berkata, beliau terharu dan bersyukur diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk memikul tugas sebagai Senator.

Katanya, keanggotaan di Dewan Negara akan dimanfaatkan untuk mengambil bahagian secara membina bagi meningkatkan mutu perdebatan.

"Saya tidak dijelaskan mengenai kriteria pelantikan saya, barangkali berasaskan penglibatan dalam bidang akademik, budaya dan penulisan.

"Semoga peranan saya menyuburkan sistem demokrasi berparlimen di negara ini," katanya yang akan membuat penampilan pertama pada Sidang Dewan Negara pertengahan bulan depan.

Mengenai isu yang akan diperjuangkan, Firdaus berkata, ia berkaitan harapan melihat pemurniaan dan pengamalan kebudayaan kebangsaan diberi keutamaan oleh kerajaan.

Katanya, kedudukan penulis dan budayawan juga perlu diberi perhatian sewajarnya dalam struktur masyarakat.

"Saya berharap obsesi kita kepada sains dan teknologi dapat diimbangi dengan pertimbangan kemanusiaan dan kebudayaan dalam membentuk serta melaksanakan polisi.

"Saya tidak nafikan kepentingan sains dan teknologi namun ia perlu seimbang dengan unsur kemanusiaan, bak kata pepatah 'rasa dibawa naik, akal dibawa turun', katanya.

Firdaus yang merupakan bekas wartawan Berita Harian memulakan kerjaya akademiknya di UM pada 1972 sebagai penolong pensyarah dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah, profesor madya, profesor, dekan dan seterusnya Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar).

Bermula 3 Mei 2005 hingga 2 Mei 2008, anak kelahiran Kuang, Selangor itu dilantik sebagai Ketua Pengarah DBP. (Utusan Malaysia Online, 23 Januari 2009)

Komen:
Maka mantan Ketua Pengarah DBP, Dato' Dr. Firdaus Abdullah pun berhijrah pula ke Bangunan Parlimen setelah menghuni bangunan baru DBP selama tiga tahun. Demikianlah adanya. Kata orang tua-tua, sesuatu benih yang baik itu kalau jatuh ke laut menjadi pulau. Beliau mungkin tersenyum sendirian memikirkan liku-liku yang dilaluinya sejak terpaksa meninggalkan DBP tanpa upacara-serah terima seperti lazimnya seorang CEO yang keluar kepada CEO yang masuk.

Agaknya bagaimanalah perasaan pegawai dan kakitangan DBP yang ditinggalkannya tanpa salam dan dakapan, tanpa ucapan dan keraian. Apatah lagi sepulangnya dari Johor Bahru menghadiri satu seminar yang ada kaitannya dengan maasalah orang Melayu, beliau secara rasminya tidak boleh menjejakkan kaki di pejabatnya di Tingkat 30, selagi tidak menerima surat tawaran lanjutan tempoh khidmat yang baru dari Kementerian Pelajaran.

Bagi para hadirin dan peserta yang hadir dalam seminar di Johr Bahru itu, barangkali itulah kali terakhir mereka dapat berjabat salam dengan Ketua Pengarah DBP. Khabarnya, menurut cerita burung Dato' itu tidak lagi menjejakkan kakinya di pejabatnya di bangunan DBP angkara belum terima sebarang surat tawaran baru lanjut tempoh, jika ada.

Dengan pelantikan beliau sebagi Senator, maka kedudukan beliau berubahdaripada seorang "Yang Berbahagia kepada Yang Berhormat". Secara langsung atau tidak langsung bertambah lagi seorang budayawan di Parlimen. Masih ingat Senator Tan Sri Jins Shamsuddin yang mungkin masih lagi bekhidmat sebagi Senator. Sepatah kata seorang kawan yang masih bertugas di DBP, "Segala sesuatu itu ditentukan Allah, macam mana sekalipun kemungkinan ada usaha yang cuba menghalangnya. Siapalah kita, insn yang lemah dan serba kekurangan. Dan orang pun, lambat laun orang akan dapat bezakan juga yang mana dianggap ma'nikam dan yang mana dianggap bukan."

Hasni Abbas, ketua Kesatuan Pekerja DBP tentu akan senyum simpul apabila mendengar berita terbaru ini. Dalam pada itu beliau mungkin juga bersedih kerana sehingga hari ini belum terdengar cerita siapa pengganti Firdaus di DBP. Dan nak masuk lapan bulan DBP belum lagi melantik Ketua Pengarah yang baru.

Tahniah YB Dato' Senator!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).