WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Saturday 23 May 2009

KONSULAT SINGAPURA DI JB: PERLU KE?


Pusat Pentadbiran baru Johor di nusajaya, kira-kira dua batu dari kawasan latihan tentera Singapura. Pix oleh The Star.

Singapura dibenar buka pejabat konsul di Johor Bahru
SINGAPURA 22 Mei - Malaysia bersetuju membenarkan Singapura membuka pejabat konsul di Johor Bahru sebagai satu langkah praktikal ke arah meningkatkan lagi hubungan dan interaksi kedua-dua negara.
Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, Singapura membangkitkan cadangan untuk membuka sebuah pejabat konsul ekoran peningkatan interaksi dan lawatan rakyat dari kedua-dua negara.
"Pejabat konsul itu diperlukan bagi memberi khidmat kepada rakyat Singapura untuk mendapat bantuan serta khidmat konsul, seperti ketika sakit atau mengalami kemalangan.
"Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dengan murah hati telah bersetuju dengan cadangan tersebut," katanya pada sidang akhbar bersama selepas kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata serta mengetuai mesyuarat delegasi di sini hari ini.
Najib tiba di republik ini tengah hari semalam sebagai sebahagian daripada kunjungan muhibah dan lawatan rasmi beliau ke negara-negara anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) selepas dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April lalu.
Menurut Hsien Loong, keputusan itu bukan sahaja menjadi isyarat terhadap keakraban hubungan Malaysia dan Singapura, tetapi juga satu langkah praktikal dalam meningkatkan lagi kerjasama kedua-dua negara.
"Keputusan ini memberi manfaat kepada rakyat Singapura, dan tentunya ke arah meningkatkan lagi kerjasama kita," tambahnya. - UTUSAN 23 Mei 09

Komen:
Bincang punya bincang di kedai kopi macam jagoan politik bersama kawan lama sebentar tadi berdekatan Pantai Lido yang sekarang lebih mesra dengan nama Danga Bay menghasilkan satu persepsi sedikit negatif berhubung penubuhan konsulat Singapura di Johor Bahru (Nusajaya?)
“Very dangerous!” kata teman yang mulai kenal sejak tahun 1962 lagi.
“Kamu bercakap gomen. Apa hal?”
“Aku rasa aku ini macam orang Singapura pulak. Aku bimbang dan bukannya kau tak tahu. Tak sampai dua batu Nusajaya berada betul-betul di depan pusat latihan tentera Singapura. Mereka berlatih pakai kereta tank, pesawat pejuang dan segala macam kelengkapan berat tentera. Dan kau tak ingat ke sebuah artikel yang dimuatkan dalam akhbar kita tidak lama dulu. Artikel itu kata kalau terjadi konflik persenjataan antara kedua-dua Negara negeri Johor akan dijadikan zon selamat (buffet zone) oleh Singapura.
“Kita tak bolehlah prasangka macam itu dengan jiran kita.”
“Ini bukan prasangka, Ini satu calculated risk, you know!”
“Makin parah ngomong kamu ini.” Teman saya ini orang Jawa. Di kampungnya dia berbahasa Jawa dengan anggota keluarganya.
“Aku juga hairanlah pelat Inggeris kamu itu tak ada pelat Jawanya, malah aku dengar kau bercakap Inggeris gaya orang Singapura pula.
“Sajalah kau ni. Dah merepeklah tu.”
“Ok. Bayarlah kopi ini. Aku nak balik.”
“Kan masih belum asar. Kita kan baru sampai.”
“Aku ada hal. Aku nak balik KL.”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).