WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Tuesday 5 May 2009

KAJIAN LIMA TAHUN PPSMI BELUM CUKUP?!


SN Dato' A. Samad said (kiri) bersama Prof. Dr. Abdullah Hassan di Johor Bahru. Protes PPSMI?

TPM arah kajian PPSMI dilanjutkan
KUALA LUMPUR 4 Mei - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan kajian mengenai dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) dilanjutkan kerana beliau tidak berpuas hati dengan hasil kajian yang telah dibuat.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, kementeriannya bersedia untuk 'menunggu lebih lama' bagi memastikan keputusan yang akan dibuat tidak flip flop.

''Hasil kajian itu hanya akan dibentangkan ke Kabinet apabila saya telah berpuas hati, sama ada ia telah dijalankan dengan mendalam mengenai kesan dan adakah ia boleh ditambah baik.

''Adakah perlu berlaku perubahan dasar dan apabila ia sudah lengkap dari semua sudut ia akan dibentangkan ke Kabinet, sekarang ini ia belum selesai,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja pertama ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Beliau menambah, terdapat keperluan untuk melanjutkan kajian PPSMI itu memandangkan terdapat hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik pertubuhan bebas berlainan dengan hasil yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat.

Katanya lagi, maklumat yang dikumpulkan dalam sesi meja bulat yang dibuat oleh kementerian adalah berdasarkan kepada perasaan individu terlibat, tetapi apa dibuat oleh penyelidikan bebas ini berdasarkan bukti.

''Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI,'' katanya. (Utusan Malaysia, 6 Mei 2009)

Komen:
Demikianlah, bila menteri berganti maka semua usaha dan pertimbangan menteri yang terdahulu "hilang" entah ke mana. Ke mana ya perginya semua hasil dialog, kertaskerja dan pelbagai bantahan yang dikemukakan kepada menteri pelajaran yang terdahulu sehingga apabila menteri pelajaran yang baru mengambil alih tugas, semacam tak wujud pemindahan tugas. Mungkin semua usaha yang lalu "ghaib" dibawa angin perubahan.

Nampaknya, segala usaha rasional selama lima tahun untuk memansuhkan PPSMI hanya tinggal sia-sia. Sekarang, Menteri Pelajaran yang baru nak kaji semula kerana katanya beliau perlukan bukti kerana selama ini kononnya semuanya dibuat ikut perasaan. Seperti katanya, "Apabila saya telah berpuas hati dengan kajian, saya akan buat kenyataan terperinci mengenai PPSMI." Sedapnya cakap. Nampaknya dialog dengan kementerian dan kertas kerja yang diserahkan oleh golongan pendidik bertaraf profesional ibarat menjurus air di daun keladi. Hasil kajian mereka dianggap ikut perasaan bukan berdasarkan bukti. Tokoh-tokoh seperti Tan Sri Ismail Hussein, Dato;' A. Samad Said, Prof. Abdullah Hassan, Dato' Dr. Hassan Ahmad, prof. Dr. Awang Sariyan dan lain-lain gamaknya tidak gunakan fikiran tapi perasaan apabila mereka menuntut PPSMI dimansuhkan.

Semacam ada "sesuatu" dalam agenda menteri pelajaran kita yang baru ini. Seperti halnya menteri terdahulu, agaknya menteri yang sekarang ini pura-pura lupa dari mana beliau berasal kerana negeri Johor selama ini mahukan PPSMI dimansuhkan dan kembali menggunakan bahasa Kebangsaan. Tapi apa yang hendak dihairanlah kerana sewaktu kempen untuk jawatan presiden UMNO baru-baru ini menteri pelajaran ini asyik sahaja bersama-sama tokoh yang menjadi arkitek PPSMI. Takkanlah beliau nak tolak keputusan arkitek PPSMI.

Jangan-jangan nanti, gara-gara PPSMI UMNO akan semakin tidak dipedulikan orang Melayu. Jadikanlah Bukit Gantang, Selambau dan Kuala Terengganu sebagai suara prihatin rakyat, khususnya orang Melayu.

Masih saya ingat amaran seorang pemimpin NGO yang bekerja di DBP sebelum pilihanraya kecil dua bukit: "Jika UMNO tak sedar lagi, tunggu Bukit Gantang dan Bukit Selambau." Akhirnya semua orang tahu ke mana Bukit Gantang dan Bukit Selambau hari ini. Kemudian kita nak tanya apa dah jadi dengan laporan polis GAPENA mengenai pelaksanaan PPSMI yang melanggar Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan?

Dan seperti biasa menteri pelajaran akan mengambil masa lima tahun pula sebelum "membuat keputusan dan mungkin sahaja menyerahkan" isu PPSMI ini kepada menteri pelajarannya yang baru.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).