WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 18 June 2009

PERPADUAN MELAYU: PERLUNYA PERANAN RAJA-RAJA MELAYU


Persidangan Majlis Raja-Raja yang berlangsung saban ketika.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT
TOKOH Maal Hijrah Kebangsaan 2008, Tan Sri Harussani Zakaria ternyata gusar mengenai tahap perpecahan orang Melayu. Awang cukup faham mengapa Mufti Perak itu begitu bimbang soal perpaduan Melayu yang baginya terlalu lemah sekarang.

Perpaduan jitu orang Melayu yang merupakan majoriti penduduk negara ini dengan sendirinya akan dapat menjulang agama Islam.

Melayu perlu cepat sedar akan teguran Harussani itu. Amatlah malang jika orang Melayu gagal mempertahankan agama rasmi negara semata-mata kerana bercakaran sesama mereka.

Bagi Awang, perbezaan fahaman politik di kalangan orang Melayu tidak mengapa. Namun, perbezaan itu patut setakat itu sahaja.

Tiada tolak ansur dalam perjuangan, maruah dan kewibawaan orang Melayu dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, pendidikan dan agama.

Oleh itu, amatlah malang jika ada pengamal politik Melayu terlalu taksub dengan perjuangan politik peribadi sehingga mengabaikan kepentingan Melayu seluruhnya.

Seluruh orang Melayu perlu mencipta semula perpaduan sesama mereka kerana sejarah tidak pernah membuktikan perpecahan boleh membawa kejayaan.


Awang – Anak Melayu.

(Petikan daripada Utusan Malaysia, 18 Jun 09).

Komen:
Sejarah menunjukkan ketika Melayu dipecah-perintah oleh penjajah British umat Melayu bersatu di bawah pimpinan Dato' Onn Jaafar menentang konsep Malayan Union. Ketika itu kebanyakan Raja Melayu "telah dipaksa terima pakai" konep itu. Umat Melayu menyelamatkan kedudukan raja-raja Melayu.

Kini umat Melayu berada dalam keadaan sedemikian, cuma kita dalam sebuah negara bebas merdeka. Kedudukan raja-raja Melayu terjamin dalam Perlembagaan. Maka amat wajarlah raja-raja Melayu mengambil inisiatif menyelamatkan umat Melayu daripada dipinggir oleh politik rakus sesetengah pemimpin Melayu dari semua parti hanya kerana kepentingan peribadi dan puak masing-masing.

Raja-raja Melayu boleh mainkan peranan, bukan setakat retorik tetapi melalui tindakan. What better place to begin with than the next "Persidangan Raja-Raja Melayu."
Titah-titah beberapa Baginda Sultan di beberapa negeri, seperti Perak, Selangor, Pahang dan Kedah boleh dijadikan asas tindakan.

Yang menjadi penghalang mungkin kebanyakan orang Melayu hari ini "mengenepikan secara keterlaluan sejarahnya sendiri".

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).