WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Thursday 25 June 2009

PPSMI: NAMPAKNYA UMNO BIKIN HELAH LAGI!

UMNO mahu PPSMI diperhalusi - PM
KUALA LUMPUR 24 Jun - Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang bermesyuarat malam ini telah memberi pandangan dan cadangan kepada Kementerian Pelajaran untuk memperhalusi dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pandangan itu diberikan selepas mendengar taklimat daripada Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran mengenai beberapa opsyen berkaitan dasar PPSMI.

"Tan Sri Muhyiddin telah memberi taklimat yang panjang lebar (kepada MT) mengenai apa opsyen yang terbuka (berkaitan PPSMI) dan MT ambil maklum tentang pelaksanaan PPSMI dan kesannya terutama kepada pencapaian Sains dan Matematik.

"(Selain itu) apakah opsyen terbuka itu untuk ditentukan sama ada dasar ini akan diteruskan atau dilakukan rombakan dan kajian semula.

"MT telah memberi sedikit pandangan dan cadangan kepada kementerian itu untuk ia diperhalusi secara lebih mendalam lagi.

"Setelah diteliti semasak-masaknya, perkara ini akan dibentangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu pejabat UMNO di sini.

Najib memberitahu, selepas Kabinet membuat keputusan mengenai dasar itu dalam mesyuarat akan datang, pengumuman berhubung perkara tersebut akan dibuat oleh Muhyiddin sendiri.

Semalam, Muhyiddin dilaporkan berkata, keputusan mengenai PPSMI akan diumumkan awal bulan depan selepas analisis pelaksanaan dasar tersebut dibentangkan kepada Kabinet dalam tempoh terdekat ini.

Mengulas mengenai persiapan UMNO dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, Kelantan bulan depan, Perdana Menteri berkata:

"Kita telah mendengar taklimat daripada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed mengenai pilihan raya Manek Urai dan dapat pandangan serta input daripada sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri mengenai persiapan kita.

"Nama calon akan diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin di Manek Urai pada 28 Jun ini," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Manek Urai pada 6 Julai ini, manakala hari pengundian dijalankan pada 14 Julai sekiranya ada pertandingan. (Petikan Utusan Malaysia, 25 Jun 09)

Komen:
Nampaknya tak habis-habis UMNO buat helah tentang PPSMI. Kali ini PPSMI mahu diperhalusi lagi hingga mungkin menghulur-hulur waktu sehingga selepas pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan. Mungkin UMNO nak lihat bagaimana keputusan sama ada memihak kepada UMNO atau PAS.

Teringat juga kata-kata salah seorang pemimpin anti-PPSMI, yang juga salah satu orang kuat kesatuan sekerja DBP semasa kempen Pilihanraya Bukit Gantang tak lama dahulu, " Kita tunggu di Bukit Gantang."

Agaknya pemimpin ini juga akan berkata, "Kita tunggu pula di Manek Urai. Dulu Menteri Pelajarannya lain, dan hari ini lain pula. Nampaknya UMNO ini tidak akan serik-serik."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).