WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Friday 23 May 2008

PITA POLITIK (26): PERSPEKTIF BAHASA KHOO


Profesor Sejarah, Datuk Prof. (Emeritus) Dr. Khoo Kay Kim, ketika ditemu bual di Universiti Malaya, 15 November 2007.

KHOO KAY KIM: TIDAK ADA MASALAH MENGAJR DALAM BAHASA MELAYU?

Sebenarnya, saya mula mengajar dalam bahasa Melayu pada tahun 1965. Pada masa itu saya mengajar hanya kepada penuntut Sekolah Alam Shah yang menggunakan bahasa Melayu di peringkat universiti. Jadi,tak ada masalah. Tapi pada tahun 1970-1971 apabila universiti mula menerima penuntut daripada aliran Melayu saya menghadapi masalah kerana apabila saya mula memberi kuliah dalam bahasa Melayu, kebanyakan penuntut bukan Melayu tak faham. Maka buat sementara, universiti membuat keputusan supaya pensyarah macam saya memberi kuliah dalam bahasa Melayu. Pada masa yang sama saya membut terjemahan dalam bahasa Inggeris. Keadaan itu tak lama. Saya rasa tak sampai dua tahun.

Kemudian satu keputusan dibuat, iaitu kita tidk lagi membuat apa yang disebut sebagai ‘conqueror vandalism’. Kita terus mengajar dalam bahasa Melayu. Semua penuntut pun beransur-ansur menyesuaikan diri. Kita dapati penuntut bukan Melayu semakin mahir berbahasa Melayu. Maka kita tidak menghadap sebarang masalah, kecuali sesetengah pensyarah memang tak biasa menggunakan bahasa Melayu. Maka, pada peringkat awal itu, bermacam-macam kesilapan mereka buat semasa memberi kuliah. Maka di sini yang penting ialah kita perlu memperkenalkan sesuatu perubahan itu dengan beransur-ansur. Dalam masa dua tahun semua pelajar telah menggunakan bahasa Melayu.

Apakah yang menyebabkan mereka begitu cepat menguasai dan mengadaptasi kepada bahasa Melayu? Sebabnya, pertama, mereka (penuntut) tahu pada masa itu, ada pensyarah yang boleh menolong mereka kalau mereka menghadapi masalah. Kedua, walaupun kuliah diberi dalam bahasa Melayu, buku yang mereka gunakan untuk rujukan adalah dalam bahasa Inggeris. Dengan demkian keadaan menjadi seimbang. Malah bukankah ada kelebihan untuk penuntut yang menggunakan bahasa Melayu kerana mereka kena membaca dalam bahasa Inggeris. Jadi seimbanglah. (Petikan hasil temu bual dengan Datuk Khoo Kay Kim di Universiti Malaya, 15 November 2007.)

Komen:
Alangkah moleknya jika pengakuan seorang profeor sejarah seperti Datuk Prof. (Emeritus) Dr. Khoo Kay Kim ini dapat dijadikan pedoman setiap kali kita memikirkan tentang kedudukan bahasa Melayu sesuai dengan statusnya dalm Perlembagaan Persekutuan. Jika pedoman ini dipegang besar kemungkinan tidak perlu diadakan persidangan Majlis Permuafakatan Melayu di Persada Johor Bahru, 2 - 4 Mei 2008 yang lalu, atau persidangan yang serupa yang diadakan di PWTC, Kuala Lumpur sebelumnya.

Seperti komen seorang peserta majlis, "Kita mesti ingat ini adalah kehendak majoriti akar umbi. Janganlah sekali-kali menidakkan kehendak mereka. Mereka hanya mahu kerajaan terutamanya yang dipimpin oleh UMNO mengamalkan apa yang termaktub dalam Perlembagaan. Kalau kita dah sesat eloklah balik ke pangkal jalan. Bak kata orang tua-tua. Itu pun kalau kita tidak mahu sesat berterusan. Atau kita sengaja menyesatkan diri."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).