WELCOME TO THE BORDERLESS WORLD OF POSSIBLITIES!

How about sharing your slants and perspectives - left, right, up above or down below!?

Monday 5 May 2008

SEMBANG SELASA: PITA POLITIK (14)


Tan Sri Ismail Hussein (kanan) dan Dato' Tengku Alauddin berbincang sebelum resolusi Majlis Permuafakatan Melayu dibentangkan, Persada Johor Bahru,4 Mei 2008

Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit: Ali
04-05-2008 09:36:03 PM
MELAKA: Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah hak dan kuasa mereka sudah hilang kerana semuanya masih termaktub dalam perlembagaan persekutuan yang telah dipersetujui bersama kaum lain.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata apa yang perlu dilakukan sekarang ialah pihak bertanggungjawab, melaksanakan apa yang terkandung dalam dasar kerajaan dengan berkesan dan sempurna.

"Orang Melayu tidak perlu menjerit-jerit seolah-olah kita tidak ada kuasa, kita sudah ada perlembagaan, undangundang, peraturan dan dasar, jadi kita buat kerjalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Ek Te di Tanjung Kling dekat sini, hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar bahawa apa jua usaha memulihkan kembali Barisan Nasional (BN) yang ditunjangi Umno hendaklah dilakukan tanpa kompromi terhadap kuasa dan hak Melayu. (petikan The Star Online, 5 Mei 2008).

Komen:
Orang UMNO ini kembali ke perangai lamanya. Belum pun sampai dua bulan dilanda tsunami politik, seorang pemimpin kanannya masih tak serik-serik. Memperlekeh pandangan akar umbi. Mana beliau tahu yang peserta Majlis Permuafakatan Melayu di Johor Bahru "menjerit-jerit". Sebenarnya pemimpin seperti beliaulah yang tidak pernah memijak ke bumi sebaik sahaja berada di puncak. Apakah beliau faham apa yang dituntut oleh 2,100 peserta pertubuhan bukan kerajaan yang sedang menganalisis suara rakyat tanpa mengira ideologi politik.

Sebaiknya selamilah apa yang hendak disampaikan akar umbi di JB itu. Yang mereka mahu hanyalah orang Melayu terutama pemimpin, baik yang berkuasa atau tidak berkuasa memahami perlembagaan dan melaksanakannya. Itu bukan menjerit Dato' Seri. Itu tandanya pemimpin, dari UMNO, khususnya, tidak melaksanakan apa yang termaktub dalam Perlembagaan.

Lihat sahaja Perlembagaan tentang Melayu. Dalam perlembagaan nama "bahasa Melayu" tetapi ditukar "bahasa Malaysia", dalam dasar pendidikan kebangsaan sepatunya bahasa pengantar bahasa Melayu dirobah ke bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik. Ini baru contoh. Siapa yang memperlekeh Perlembagaan? Siapa yang mengubah seenak-enaknya nama dan istilah dalam beberapa fasal Perlembagaan. Saya rasa bukan orang dari akar umbi.

Dato' Seri kita ini ada "hati" nak beri nasihat dan nak minta orang bertanggungjawab melaksanakan apa yang terkandung dalam Perlembagaan. Tetapi, selama ini apakah orang berkuasa seperti Dato' Seri kita ini telah melaksanakan dan tidak mengubah apa yang termakstub dalam Perlembagaan itu sepenuhnya.

Adalah dikhuatiri kalau beginilah sikap pemimpin UMNO yang memperlekeh suara hati nurani akar umbi, PRU yang akan datang bukan sahaja tsunami politik akan berulang lagi, malah keputusan PRU akan datang akan merubah terus senario dan lanskap politik negara, terutama UMNO dan BN sendiri.

Kita perlu belajar dam mengambil iktibar daripada "kehakisan" Parti Kongres di India sehingga ke hari ini ia belum juga pulih-pulih dan masih gagal berkuasa semula.
Nasihat daripada akar umbi, "Janganlah terlalu memperkecil suara pertubuahan bukan kerajaan hanya kerana majlis seperti itu dikelolakan oleh persatuan penulis seperti GAPENA!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

FAMILY BLOGS

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Special Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
With Tan Sri Dol Ramli, Ex-Director General (RTM) at his residence, Bukit Ampang, KL..

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007

Interview Session with Malaysian Personalities, 2007
Sharing a light moment with Tun salleh Abbas at his residence in Kuala Lumpur.

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983

RTM MALAY LANGUAGE ACTION COMMITTEE 1983
Dato' Dr. Firdaus Abdullah chairing the session, with Dr. Sulaiman Masri (extreme right) and Haji Jajuli Abd. Rahman (second from right).